Seroja Amaya terkejut melihat rumah agam yang berdiri megah dihadapannya sekarang.
" N-Nash ni ke rumah kau? " tanya Seroja Amaya memandang suaminya yang baru keluar dari kereta " bukan, ni rumah keluarga aku, jom masuk " Nashriq Hamzah menggenggam erat tangan Seroja Amaya dan masuk ke dalam rumah agam tersebut setelah memberi salam.
" alhamdulillah sampai pun menantu umi ni kat rumah " Puan Hanifa menyambut kedatangan Seroja Amaya dan memeluk tubuh gadis itu, Seroja Amaya yang belum cukup selesa hanya senyum kekok, Nashriq Hamzah mencium tangan Puan Hanifa begitu juga Seroja Amaya " abah mana umi? " tanya Nashriq Hamzah lembut kepada Puan Hanifa.
" abah dekat atas tu dalam bilik, Seroja kamu duduk dulu ya umi pergi buat air " Seroja Amaya dengan pantas menarik lembut lengan ibu mertuanya
" tak apa u-umi susahkan je " tolak Seroja Amaya malu pula dia, Nashriq Hamzah hanya senyum " takpe biar Nash pergi buat air umi dengan Maya sembang lah dulu " tawar Nashriq Hamzah.
Seroja Amaya yang mendengar menarik hujung baju Nashriq Hamzah dan menggeleng kecil, dia tidak mahu ditinggalkan sendiri.
" takpe renjana... umi tak makan orang pun " Nashriq Hamzah mengusap lembut kepala isterinya itu, Puan Hanifa hanya memerhati drama tak berbayar itu suka pula dia melihat layanan Nashriq Hamzah yang lembut.
Mahu tidak mahu Seroja Amaya mesti lepaskan Nashriq Hamzah seketika, matanya hanya melihat Nashriq Hamzah berlalu pergi ke ruang dapur
" sini duduk mesti penat kan " tangan lembut Puan Hanifa menarik menantunya duduk disamping " umi suka tanam pokok bunga ya? " tanya Seroja Amaya mencari topik memandangkan tadi sebelum dia masuk dia nampak ada taman kecil tadi di luar.
" haah umi suka tanam pokok, maklumlah makin tua ni kita kena cari aktiviti sikit bagi sihat tubuh badan " respon Puan Hanifa
" ok lah tu umi, kalau ibu dia suka kumpul koleksi tupperware tak tahu lah terpakai ke tidak kat rumah tu " kata Seroja Amaya yang mengingat Puan Hadalia yang suka mengumpul tupperware di rumah, Puan Hanifa hanya senyum lucu mendengarnya.
" anak umi macam mana? ada buat benda tak elok ke dekat Seroja? " tanya Puan Hanifa sambil membelek tubuh badan Seroja Amaya, laju saja gadis itu menggeleng.
" takde lah umi, setakat ni dia layan baik baik je ada haritu minyak wangi Seroja pecah tapi tu memang salah Seroja pun, tapi abang pula pergi ganti bukan satu tau umi dah lah mahal " selesa pula dia berbual dengan Puan Hanifa ni, ibarat macam berbual dengan ibu sendiri.
" nanti kamu terbiasa lah dengan Nash tu dengan adik-adik dia pun macam tu tapi tegas sikit lah dengan diorang biasalah abang kan " Seroja Amaya mengangguk tidak dia nafikan yang dia dapat rasa aura ketegasan Nashriq Hamza cuma mungkin lelaki itu belum mempamerkan lagi kepada dia
" abang kan anak sulung mestilah kena tegas " kata Seroja Amaya dengan ketawa kecil.
Puan Hanifa diam sejenak dan senyum tawar " sebenarnya Nash tu ada kakak tapi dah lama meninggal " rasa bersalah menjalar dalam diri Seroja Amaya mana dia tahu cerita tu
" Seroja minta maaf eh umi, Seroja tak tahu... abang takde cerita pun " ucap Seroja Amaya mengusap kedua tangan Puan Hanifa.
Puan Hanifa perasan cincin yang tersarung dijari manis Seroja Amaya dan senyum " cincin yang Seroja pakai ni, cincin arwah anak umi tau nama dia Naima Hijannah dia lah anak pertama umi sebelum Nash " terang Puan Hanifa lembut rindunya kepada Naima Hijannah terubat apabila melihat cincin tersebut.
" kalau Seroja boleh tahu, arwah anak umi meninggal sebab apa? " tanya Seroja Amaya perlahan melihat Puan Hanifa.
" anak umi meninggal sebab sakit parah, dia dari kecil memang sakit Nashriq lah selalu teman kakak dia, jaga Naima... diorang beza setahun je " dapat Seroja Amaya melihat mata Puan Hanifa yang memerah menahan airmata.
" Naima yang hadiah cincin ni dekat Nash dia cakap macam ni dekat Nash.. kakak tak dapat kahwin... takde siapa nak kahwin dengan kakak, jadi kakak nak Hamzah sarung cincin ni dekat isteri adik bila dah kahwin nanti tau, kakak suka sangat dengan cincin ni " sebak Seroja Amaya mendengar perlahan dia menarik Puan Hanifa dalam pelukan.
" tak sangka pula cincin ni muat dekat jari Seroja kan? padahal Nash tu kahwin tak rancang pun " lawak Puan Hanifa mengusap airmatanya, Seroja Amaya hanya senyum dan mengusap belakang Puan Hanifa.
Seroja Amaya melihat kelibat suaminya yang membawa dulang kearah mereka, perlahan dia melepaskan pelukan tersebu dan mengelap matanya malu pula dia kalau lelaki itu melihat dia menangis
" aik sembang apa ni umi sampai menangis ni? " tanya Nashriq Hamzah yang hendak menuang air teh ke dalam cawan namun dihalang oleh Seroja Amaya.
" takpe biar Seroja tuang " Nashriq Hamzah mengusap kepala isterinya itu dan duduk disalah satu sofa " takde umi nampak cincin kat jari Seroja terus ingat dekat Naima " Nashriq Hamzah hanya angguk tanda faham, matanya melihat gerakan isterinya
" nah umi " Seroja Amaya menghulur cawan kepada umi dan langsung duduk disamping Puan hanifa.
" umi je? " tanya Nashriq Hamzah memandang dengan kening yang terangkat sengaja mahu mengusik Seroja Amaya, Seroja Amaya mencebik lalu bangun dan menghulur cawan yang berisi teh itu kepada Nashriq Hamzah.
Sebelum sempat dia duduk ditepi Puan Hanifa, Nashriq Hamzah terlebih dahulu menarik Seroja Amaya duduk ditepinya.
" seorang isteri tempat dia disisi suami Maya " kata Nashriq Hamzah lembut mencuit hidung Seroja Amaya, ketawa Puan Hanifa membuat Seroja Amaya menunduk malu.
" ingat sweet lah tu macam tu " sapa Nasha Hashima yang turun dari tangga mendekati mereka.
" eleh kau kahwin pun nanti macam ni jugak " balas Nashriq Hamzah sambil meniupkan teh yang masih hangat lalu disua ke bibir Seroja Amaya
" bismillah dulu " kata Nashriq Hamzah dia mahu menjampi isterinya itu supaya semakin sayang dekat dia(gurau je gais) Seroja Amaya menggaru dagunya dan mahu tidak mahu dia harus menghirup sedikit takkan lah dia mahu tolak nanti apa pula kata umi dan Nasha Hashima.
Membulat mata Seroja Amaya apabila merasa teh hangat tersebut " sedap lah abang buat " kata Seroja Amaya mengambil cawan tersebut tanpa sedar dia memanggil Nashriq Hamzah 'abang' lelaki itu apa lagi teruja lah sekian lama dia tak mendengar gadis itu memanggil dia abang.
" abang? haah abang memang pandai buat teh ni " usik Nashriq Hamzah yang suka melihat isterinya meminum air tangannya kalau macam ni hari-hari dia sanggup buat teh hangat untuk isteri dia, Nasha Hashima mencebik dan menuang teh hangat ke dalam cawan untuk dia.
" Nasha, kak Haiza dengan Deem belum balik ke? " tanya Puan Hanifa yang turut menikmati teh hangat buatan Nashriq Hamzah
" belum umi, biasalah Deem tu kalau masuk kedai buku terus tak jumpa jalan keluar " kata Nasha Hashima yang duduk atas lantai dan meminum teh hangat tersebut.
" minum slow-slow Maya, tak lari pun teh abang tu " geram Nashriq Hamzah melihat isterinya itu teruja minum teh hangat sampai bibir dia terbakar sedikit.
" habislah kau kak nanti abang Nash jampi-jampi air minum akak tu " kata Nasha Hashima selamba membuatkan Seroja Amaya terhenti dan memandang teh hangat yang tinggal setengah itu.
Betul juga tadi sebelum Nashriq Hamzah bagi dia minum sempat lelaki itu meniup ke teh hangat itu, Nasha Hashima yang melihat Seroja Amaya ketawa besar.
" akak percaya ke? " tanya Nasha Hashima tak sangka pula dia kakak ipar dia ni polos macam tu, tak boleh diajak gurau kasar lah nampaknya.
Nashriq Hamzah berdecit membuatkan Nasha Hashima yang dengar diam takut dengan abangnya itu
" heheh sorry kak, gurau je " ucap Nasha Hashima dengan senyum lebar, Seroja Amaya mengeluh lega dan membalas senyum Nasha Hashima.
" siap kau aku kerjakan Deem kalau buku ni kau tak baca, memang aku bakar kau hidup-hidup " marah Nuhaiza Hanan kepada Nadeem Harraz yang baru sampai dari berjalan.
" kakak tahu apa Deem baca ke tak? tahu tak membaca tu amalan mulia " balas Nadeem Harraz tidak mahu mengalah sepanjang perjalanan mereka bergaduh saja.
" haah memang.. membazir tu amalan syaitan dengar tak " Nuhaiza Hanan sendiri pun tidak mahu mengalah dia menarik telinga Nadeem Harraz kuat geram dengan dia " aduh! kakak sakit " marah Nadeem Harraz menolak tangan Nuhaiza Hanan.
Mereka berempat hanya melihat dengan senyap " melawan lagi, aku bagitau dekat abang kang menangis kau dia bantai " ugut Nuhaiza Hanan dan hendak naik keatas namun langkah kakinya terhenti apabila melihat kelibat yang amat dia kenali memandang dia dengan tajam.
" eh! abang dengan kakak bila sampai? " Nuhaiza Hanan tak tunggu lama bersalaman dengan Nashriq Hamzah dan kakak iparnya, begitu juga dengan Nadeem Harraz dengan bibir muncung mahu merajuk dengan Nuhaiza Hanan.
" masa abang takde Deem bukan study pun padahal SPM dah nak dekat " lapor Nasha Hashima sengaja mahu mengenakan adik bongsunya itu
" mana ada, abang jangan percaya dengan cakap kak Nasha, dasar melayu dengki hmph! " Nadeem Harraz naik keatas sambil menghentak kaki padahal apa yang Nasha Hashima cakap memang betul lebih baik dia larikan diri sebelum kena bebel.
Seroja Amaya ketawa melihat mereka tadi, rindu pula dia dengan Sa'id Aezman dan Syaqif Ahmad " kamu jangan layan sangat perangai anak-anak umi ni memang pelik semua " kata Puan Hanifa, Nuhaiza Hanan duduk disamping umi penat juga dia dari tadi berjalan.
" akak tidur sini ke? " tanya Nuhaiza Hanan selepas menemani kakak iparnya itu semalam, teruja pula apabila berbual dengan Seroja Amaya mungkin sebab umur mereka sama.
" haah dua malam je lepastu abang nak bawa akak balik rumah abang " kata Nashriq Hamzah, Nuhaiza Hanan hanya mengangguk tanda faham.
" Nasha pergi panggil abah dengan adik kat atas, umi dah masak lauk tengahari dah ni " arah Puan Hanifa lembut bangun dari duduknya " umi nak Seroja tolong apa-apa ke? " tanya Seroja Amaya segan pula dia begitu.
" takpe Seroja umi dah siap semuanya tinggal makan je, Nash bawa isteri kamu ni ke dapur " Nashriq bangun dan memeluk bahu isterinya itu
" jom isteri kesayangan ABANG kita pergi dapur " sengaja Nashriq Hamzah menekan perkataan 'abang', laju saja tangan isterinya itu mencubit perutnya, Nashriq Hamzah hanya mempamerkan wajah pura-pura sakit padahal cubitan Seroja Amaya ibarat cubitan bayi baru lahir.
NASHRIQ Hamzah menunjuk setiap sudut rumah agam tersebut kepada Seroja Amaya " ni area abang kalau nak hilangkan stress " ujar Nashriq Hamzah apabila berjalan ke kolam renang yang terletak dibelakang.
Mata Seroja Amaya meliar dan terhenti melihat tingkap bilik Nadeem Harraz yang terbuka luas kedengaran juga bunyi muzik yang dipasang, Seroja Amaya ketawa kecil melihat Nadeem Harraz yang pandai menari.
Nashriq Hamzah yang pelik melihat isterinya ketawa memandang kearah Seroja Amaya memandang " adik kau pandai menari eh? " tanya Seroja Amaya masih melihat Nadeem Harraz yang tidak sedar dia diperhatikan.
Nashriq Hamzah mengeluh kecil dan bercekak pinggang " haah dia memang minat menari " Seroja Amaya hanya mengangguk " Nadeem Harraz Bin Nadhir! " jerit Nashriq Hamzah membuat Seroja Amaya yang berada ditepi terkejut.
Nadeem Harraz pula sudah terjatuh akibat dengar jeritan abangnya " alamak lupa pulak singa dah balik sangkar " gumam Nadeem Harraz yang sudah ketakutan langsung menutup tingkap dan menarik langsir " kau dah kenapa jerit " marah Seroja Amaya mengusap telinganya.
" kuat sangat ke? sorry lah " Nashriq Hamzah senyum menampakkan giginya yang tersusun rapi, Seroja Amaya hanya menjeling dan berjalan duduk di gazebo yang tersedia ditepi kolam renang tersebut.
Nashriq Hamzah mengikuti dan duduk berhadapan dengan Seroja Amaya " kau memang tegas ya dengan adik kau? " tanya Seroja Amaya, nasib baik lah abang dia tak macam Nashriq Hamzah " kena lah tegas, kita yang tua ni kena jadi contoh dekat diorang "
" jangan lah tegas sangat " Nashriq Hamzah meraup rambutnya ke belakang dan memandang Seroja Amaya.
" kena didik dari awal Maya, kita ni bukan tahu bila-bila masa boleh mati, jadi aku kena pastikan lah adik-adik aku pandai bawa diri diorang elak daripada benda tak baik " Seroja Amaya memandang Nashriq Hamzah lama.
" arwah kakak kau mesti bangga dengan kau " Nashriq Hamzah ketawa dan meletakkan kedua tangan di atas meja dan digenggam.
" banyak kenangan aku dengan dia Maya nak dicerita satu persatu pun belum tentu dapat " Seroja Amaya senyum kecil dan mengangguk.
" so, what about this ring? umi tadi cerita kak Naima hadiahkan cincin ni dekat kau bukannya kau patutnya sarungkan cincin ni dekat orang yang kau cintakan ke? " tanya Seroja Amaya sambil mengangkat tangannya menunjuk cincin tersebut.
' sebab tu aku berani sarungkan dekat kau '
Nashriq Hamzah senyum tidak menjawab pertanyaan isterinya itu biarlah menjadi rahsia " aik aku tanya kau tak jawab pulak " kata Seroja Amaya, Nashriq Hamzah memandang keatas lalu memandang Seroja Amaya.
"what if aku cakap kau orang yang aku cinta? " soal Nashriq Hamzah membuatkan Seroja Amaya ketawa besar " nonsense! kita baru je jumpa tau dekat masjid haritu, tak payah merepek lah mustahil orang boleh jatuh cinta secepat tu " kata Seroja Amaya.
' haah mustahil juga untuk aku lupakan kau '
" takde mustahil dekat muka bumi ni Maya, cinta tu tak kenal tempat, waktu dan hari, senang cerita dia datang tanpa diundang pun " Seroja Amaya ketawa kecil melihat Nashriq Hamzah.
Tidak lama Iphone 12 milik Nashriq Hamzah berbunyi, nama Zubayr Ali yang tertera membuatkan dia faham tanpa perlu ditanya " Maya aku kena pergi dulu ni ada kerja dekat office " tipu Nashriq Hamzah dan bangun dari duduknya.
" kalau ada apa-apa kau perlu jangan segan tanya diorang, lagipun kau kan dah jadi sebahagian keluarga ni " ujar Nashriq Hamzah sambil menghulurkan tangan kanan dihadapan wajah Seroja Amaya membuat gadis itu mengerut dahi tidak faham.
" kena salam suami baru hidup tu berkat " Seroja Amaya menggaru dahinya lalu memegang tangan kanan lelaki itu dan dibawah ke dahi " aip! kena cium baru berkat " ujar Nashriq Hamzah melihat gaya Seroja Amaya.
Seroja Amaya mengeluh " banyak mulut lah kau ni " marah Seroja Amaya
CUP!
Seroja Amaya berlari masuk ke dalam rumah malu dia melihat Nashriq Hamzah yang sudah ketawa, Nashriq Hamzah memeluk tubuh melihat isterinya dari belakang " adjust sikit boleh dah ni jatuh cinta kat aku " gumam Nashriq Hamzah masih berdiri.
Terkejut Nashriq Hamzah bila Iphone 12 miliknya kembali berbunyi, laju saja dia berlari kearah kereta mewahnya " habislah aku dengan Ali "
Zubayr Ali menarik nafas yang dalam dan memejamkan matanya " kawan kau ni memang tak pernah kan nak angkat call aku " Jibrael Umayr yang berada ditepi hanya diam " nak buat macam mana bini diutamakan kerja dibelakangkan " balas Jibrael Umayr.
boleh tolong support tiktok saya hehehe Jazylea._
Share this novel