Nashriq Hamzah tersenyum melihat Seroja Amaya yang berlari anak kearahnya
" isteri abang dah balik! " Nashriq Hamzah langsung memeluk tubuh kecil itu lalu mencium lembut dahi Seroja Amaya.
" isteri Nashriq Hamzah dah balik " kata Seroja Amaya tersenyum lebar melihat suaminya.
Nashriq Hamzah ketawa kecil lalu membuka pintu kereta untuk isterinya " auch! " Seroja Amaya menolak tangan Nashriq Hamzah yang menyentuh tangannya.
Nashriq Hamzah terus berpaling melihat tangan Seroja Amaya yang melecur.
" tangan Maya kenapa? " muka Nashriq Hamzah yang ceria berubah serius memegang lembut tangan Seroja Amaya yang melecur.
Seroja Amaya menarik semula dan senyum ketakutan " tadi Maya buat kopi lepastu masa nak hantar tu kaki Maya tersadung " Nashriq Hamzah mengecilkan matanya mencari kejujuran di mata gadis itu.
Seroja Amaya memandang Nashriq Hamzah dengan mata yang berkelip, Nashriq Hamzah senyum kecil dan mengusap kepala Seroja Amaya.
" lain kali hati-hati renjana... " Nashriq Hamzah memberi laluan untuk gadis itu masuk ke dalam kereta, Nashriq Hamzah menutup pintu serta merta senyumannya hilang.
Nashriq Hamzah tahu isterinya itu menipu dia akan mencari tahu sendiri, Nashriq Hamzah masuk ke dalam dan memandu pulang ke rumah " Maya malam ni kita makan kat rumah umi ya dia rindu nak tengok menantu dia " beritahu Nashriq Hamzah.
Seroja Amaya hanya senyum dan mengangguk, Nashriq Hamzah memandang tangan Seroja Amaya lalu memandang isterinya dan senyum.
" kesian tangan isteri abang ni luka " Seroja Amaya mencium pipi Nashriq Hamzah dan senyum.
" tengok abang dah tak sakit " Nashriq Hamzah ketawa kecil dan mengusap pipi Seroja Amaya lembut sebelum kembali fokus dengan pemanduan.
Sa'id Aezman melihat kereta yang berhenti ditepi jalan lalu berhenti di belakang kereta tersebut
Sai'd Aezman melepaskan tali pinggang keledar dan keluar menuju ke depan " kereta kenapa ni bro? " sapa Sa'id Aezman memandang kearah gadis yang difikirkan lelaki.
" eh sorry saya fikir lelaki tadi " ucap Sa'id Aezman terpegun seketika melihat gadis yang manis bertudung bawal itu tersenyum kepadanya.
" eh takpe, tak ni engine kereta saya tiba-tiba rosak tak tahu lah nak betulkan macam mana " beritahu gadis itu.
Sa'id Aezman mengangguk tanda faham dan memeriksa enjin kereta tersebut, gadis itu memandang Sa'id Aezman yang berpakaian kerja.
" nama saya Huda Zulaikha, nama awak pulak? " ramah Huda Zulaikha yang tertarik dengan Sa'id Aezman.
" Sa'id Aezman awak tak hantar kereta ni pergi servis ke? " tanya Sa'id Aezman yang baru selesai memeriksa memandang kearah Huda Zulaikha.
" kena hantar servis ke? " tanya Huda Zulaikha polos membuatkan Sa'id Aezman tertawa kecil dan angguk.
" saya tak tahu sangat hal macam ni " Huda Zulaikha tertunduk malu, Sa'id Aezman terpesona melihat Huda Zulaikha.
" kak sorry Zai sesat tadi heheheh " Sa'id Aezman menoleh memandang kearah lelaki muda yang turun dari motor mendekati mereka.
" eish Zai lambat, nasib baik ada abang ni tolong akak " marah Huda Zulaikha mengusutkan rambut adiknya yang ketawa kecil.
" emm Sa'id ni adik saya Hudriz Zaiman " Hudriz Zaiman menghulurkan tangan mahu bersalam dengan Sa'id Aezman.
Sa'id Aezman mengelap tangannya di seluar lalu menyambut " apa kata awak tinggalkan kereta ni dengan saya, nanti dah siap saya call awak "
Huda Zulaikha mengangguk laju dan mengeluarkan telefon pintar milikya dari poket seluar dan diberikan kepada Nashriq Hamzah.
Hudriz Zaiman memandang Sa'id Aezman dari atas ke bawah dan senyum nakal memandang Huda Zulaikha.
" saya dah call number saya... nanti kereta ni kalau dah siap saya call awak " ujar Sa'id Aezman menghulur telefon pintar milik Huda Zulaikha.
" thanks tolong saya by the way awak baru balik dari kerja ke? " tanya Huda Zulaikha kepada Sa'id Aezman.
" yeah saya kerja dekat syarikat HTS Holdings " beritahu Sa'id Aezman membuat gadis itu terkejut mereka berdua lupa dengan kehadiran Hudriz Zaiman.
" really! just want to let you know yang pemilik syarikat tu kawan rapat saya " Sa'id Aezman mengangguk dan senyum tak sangka " ohhh awak kenal lah ni Daiyana? " Huda Zulaikha angguk perbualan mereka terganggu dengan dengusan Hudriz Zaiman.
" eh lupa, awak balik lah dulu kereta ni biar saya yang urus " Huda Zulaikha angguk dan berjalan masuk ke dalam kereta mahu mengambil barang miliknya.
Hudriz Zaiman yang melihat langsung berdehem " abang single ke? " tanya Hudriz Zaiman membuatkan Sa'id Aezman tersenyum.
" macam tu lah " Huzairi Zaiman angguk dan melihat Huda Zulaikha yang mendekati mereka.
" kakak saya pun single " bisik Hudriz Zaiman membuat Sa'id Aezman terangkat kening " okey lah saya balik dulu awak hati-hati tau " Sa'id Aezman angguk.
NASHRIQ Hamzah melihat Seroja Amaya yang bersembang dengan Puan Hanifa mencuci pinggan dan mangkuk lalu berjalan ke ruang tamu.
" abah Nash nak keluar kejap nak jumpa kawan kejap, nanti tolong cakap kat isteri Nash tau " ujar Nashriq Hamzah mencium tangan Tuan Nadhir yang mengangguk.
Nashriq Hamzah melihat Jibrael Umayr menunggu di luar duduk diatas motor besar berjenama Kawasaki Ninja 250.
" bapak lama sia kau dah lah tak jemput aku masuk dalam " marah Jibrael Umayr membaling helmet kepada Nashriq Hamzah, lelaki itu dengan tangkas menyambut dan senyum kambing.
" sorry ah nanti rosak projek kita " Nashriq Hamzah memakai helmet, Jibrael Umayr mencebik dan menghidupkan enjin motor besar miliknya.
Nashriq Hamzah melihat beg galas yang dipakai oleh Jibrael Umayr, kalau Zubayr Ali tahu perbuatan mereka sudah tentu dibasuh otak mereka.
Nashriq Hamzah naik ke belakang Jibrael Umayr " kau sure ke dia? " tanya Nashriq Hamzah.
" yelah kau jangan main dengan budak IT macam aku " Jibrael Umayr menurunkan visor miliknya dan memecut laju menuju ke destinasi mereka.
Linda duduk di ruang tamu menonton wayang hantu, tidak lama kemudian lampu di dalam rumahnya mati " ARGH! " Linda menjerit ketakutan memandang keadaan yang sudah gelap.
TOK!
TOK!
TOK!
TOK!
Linda terkejut mendengar bunyi ketukan yang bertalu-talu dari pintu utamanya " siapa tu!? " jerit Linda dengan badan yang menggigil ketukan tersebut masih belum berhenti.
Linda terkejut melihat lampu dapur yang berkelip.
" pergi lah! jangan ganggu aku! " halau Linda yang sudah ketakutan ini salah dia melihat cerita hantu tadi.
Linda yang rasa ingin tahu berjalan ke dapur dengan ketakutan.
"ark... arkkkk- uhuk! "
Linda tersentak mendengar bunyi suara yang garau dan seram, tiba-tiba lampu di dapur tersebut mati " s- siapa tu? "
Linda berlari semula ke ruang tamu dan mahu mengambil telefon pintarnya tapi langkahnya berhenti apabila melihat bayang-bayang yang muncul di jendela miliknya.
Linda sudah menangis ketakutan dan terduduk kembali di sofa memeluk lututnya " aku tak kacau kau! pergi lah! " halau Linda menangis.
" arkkk..... arkkkk "
Mata Linda membuntang apabila mendengar suara itu jelas di telinga kanannya perlahan dia menoleh..
" ARGHHHH! " Linda terus pengsan apabila melihat wajah yang menyeramkan tepat dihadapan mukanya.
" arkkkkk... uhuk! " Jibrael Umayr menyuluh kearah Linda yang tadi disuluhnya diwajahnya membuka topeng hantu dan ketawa senyap.
Dia memakai kain telekung yang di rembat dalam bilik Puan Juhaisya iaitu ibunya, dia melihat Nashriq Hamzah yang berdiri di jendela lalu keluar melalui pintu belakang sempat dia kunci dan berlari ke depan.
" Eh kau dari mana? " tanya Jibrael Umayr yang melihat Nashriq Hamzah berlari dengan telekung yang baru datang dari arah lain sambil memandang hadapan rumah Linda kosong tiada orang.
" aku matikan eletrik rumah dia lah tadi " ujar Nashriq Hamzah.
wajah Jibrael Umayr pucat " j- jadi aku nampak bayang siapa tadi kat jendela? " tanya Jibrael Umayr yang sudah meremang bulu romanya.
Nashriq Hamzah diam dan memandang kearah rumah Linda " sumpah Raef aku baru je nak join kau tadi " Nashriq Hamzah juga turut merasakan semua bulunya meremang.
Jibrael Umayr memegang bahu Nashriq Hamzah dan menelan air liurnya " aku tak tipu tadi aku nampak bayang-bayang kat tingkap aku fikir kau Hans "
mereka berdua diam seketika " kalau tu bukan kau, habistu siapa? " tanya Jibrael Umayr.
Nashriq Hamzah menggeleng tanda tidak tahu dan memandang kearah rumah Linda kembali.
" aku kira sampai 3 kita lari eh Raef... " ujar Nashriq Hamzah masih memandang kearah rumah Linda Jibrael Umayr angguk laju.
Nashriq Hamzah terus berlari kearah motor milik Jibrael Umayr yang terparkir jauh.
Jibrael Umayr yang menunggu Nashriq Hamzah mengira. Jibrael Umayr menoleh apabila lelaki itu diam, terkejut dia apabila tidak melihat kelibat lelaki itu.
" CIBAI KAU HANS SCAM AKU! " Jibrael Umayr turut berlari meninggalkan rumah Linda, kelihatan tiga orang budak yang baru balik dari mengaji.
" kat sini lah Umar cakap dia nampak hantu berlari " beritahu budak yang memakai songkok putih.
" lari macam tu ke? " sampuk budak yang tak memakai songkok menunjuk kearah Jibrael Umayr yang berlari dengan telekung.
" ARGHH! HANTU! " dua budak yang melihat itu terus berlari lintang-pukang meninggalkan budak yang tidak bersongkok itu.
Jangan lupa terus support saya >_<, saya hargai kamu semua yang tak berhenti tunggu saya update, terima kasih - salam sayang F.N
Share this novel