Happy reading =')
¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤
Ke esok kan harinya, Farisha hanya mendiamkan diri semasa sarapan seperti semalam.
"Isya, okay tak ni sayang?" tanya Tengku Farah yang kelihatan risau akan perubahan Farisha.
"okay aje umie. Jangan lah umie risau, okay" Farisha menampakkan senyuman walau kelihatan hambar.
"are sure, dear? Kalau ada apa-apa, jangan pendam. Bagitau umie, mungkin umie boleh tolong. Tak pun, umie boleh jadi pendengar untuk masalah yang Isya hadapi" pujuk Tengku Farah.
"mungkin ada sesuatu yang berlaku kelmarin. Umie tahu anak umie ni seorang yang matang dalam berfikir. Kalau ada masalah, selesaikan dengan baik. Jangan ikut hasutan setan. Tapi umie yakin, walau apapun masalah yang Isya hadapi, Isya akan berfikir dulu sebelum melakukan sesuatu" nasihat Tengku Farah. Sebab dia sangat yakin mesti sesuatu telah berlaku di sekolah.
Masakan Farisha boleh semoody itu. Dan dia yakin Faizam tahu apa yang berlaku. Tapi dia yakin Faizam sengaja buat tak tahu dan bagi alasan stress semalam. Sebab Faizam tak nak dia risau, tak pun Faizam nak kembar dia itu selesaikan sendiri masalah itu.
Begitulah pasangan kembar itu kalau seorang bermasalah, seorang akan tutup mulut menjaga rahsia konon nya. Tak nak orang di rumah itu risau. Dua-dua suka simpan rahsia. Bila dah terbongkar rahsia itu dan di tanya kenapa menipu masa di tanya. Dua ekor itu akan jawab 'tipu sunat umie, tak dosakan?' dengan senyum tanpa dosa dorang tayangkan.
Bukan dua ekor itu aje, dengan pasangan kembar dia yang dua ekor itu lagi. Semua anak-anak dia memang macam itu. Suka simpan dulu sesuatu masalah itu. Bila dah tahap tak boleh tak selesaikan, baru lah datang menghadap.
Waktu itu, rasa nak tumbuk-tumbuk je muka-muka handsome dan cantik anak-anak dia. Kadang itu, dengan si bapa sekali tumpang sekaki. Boleh naik darah dia.
Nasib suami dan anak-anak dia pandai memujuk. Kalau tak, tak tahu lah apa jadi.
"baik umie. Kalau ada apa-apa, nanti Isya roger-roger dengan umie. Okay lah umie...abah, adik ngan Am gerak dulu. Takut jalan jem pula jalan nanti" kata Farisha ingin melarikan diri dari di asak dengan pelbagai persoalan.
Farisha bangun dari tempat duduknya. Dia terus melangkah ke arah Faizam yang duduk di hadapannya dan menarik Faizam supaya berdiri sama.
Dia tak peduli Faizam baru duduk, perut tak terisi sepenuhnya. Yang dia tahu dia nak ke sekolah sekarang juga.
Dia dah fikir masak-masak semalam. Apa nak jadi hari ini, jadilah. Dia tak akan mundur selagi musuh dia tak tumbang melutut depan dia.
Faizam yang di paksa bangun itu, hanya menurut sahaja. Walaupun makanan dia belum pun sampai separuh dia makan, dia ikutkan juga kehendak Farisha. Nasib di sayang, kalau nak dah dia suruh Farisha pergi sekolah sendiri.
Oleh sebab dia tahu, Farisha sebenarnya nak melarikan diri dari 'digoreng' oleh Tengku Farah, di turuti. Nanti pandailah dia nak menbodek Farisha.
Semua yang berada di meja makan, hanya menggeleng kepala melihat pasangan kembar itu. Terutama muka pasrah Faizam bila di tarik macam budak kecil oleh Farisha.
"hati-hati bawa motor tu Am" pesan Tengku Farah. Dia pasrah, pandai lah anak gadis dia itu selesaikan masalah sendiri.
"okay, umie. Kami gerak dulu. Asslamualaikum." ujar Farisha setelah menyarungkan kasut hitam dan diikuti oleh Faizam.
Bila salam bersambut, mereka terus menuju motorbike Faizam di garage.
"kau okay tak ni? Kau abaikan aje Naufal tu. Anggap je dia 'angin'" Faizam membuka suara setelah agak jauh dari Tengku Farah.
"kau jangan risau lah. Aku tahu apa yang aku buat. Pandai lah aku setelkan mamat sengal tu" tutur Farisha dengan senyum senget dia.
Mata ada tersirat dendam kesumat.
Faizam hanya mampu menggeleng kepala. Nak aje dia tanya, apa yang Farisha nak buat. Tapi kalau dia tanya sekalipun, belum tentu Farisha nak jawab. Dia akan menunggu dan melihat apa yang bakal berlaku.
Faizam naik atas motor dia setelah menyarung helmet full face dan diikuti oleh Farisha.
Faizam menunggang motorbike itu meninggalkan banglo empat tingkat itu.
•••
Sesampai di parking lot, seperti biasa The heartless guy mesti akan sampai serentak dengan Faizam dan Farisha.
Hanya selang beberapa minit dari Faizam dan Farisha. Nak kata berjanji, mungkin tak. Tapi entah, mungkin dah jodoh dorang panjang kan.
Farisha dapat melihat Naufal, Amirul, Khairul dan Ikram berjalan ke arah Faizam dan Farisha berdiri.
Sebelum salah seorang dari mereka ingin menyapa Farisha atau lebih tepatnya lagi nak mengusik Farisha, kerana mereka dapat melihat mood raut wajah Farisha tak seperti biasanya.
Pagi ini, muka Farisha sangat jelas lagi bersuluh yang dia tengah bad mood. Kalau ada berani tegur, ada yang dia panggang hidup-hidup kejap lagi.
Farisha terus blah dan meninggalkan Faizam and the geng. Dia abaikan pelbagai pandangan yang sedang menatapnya.
Malas nak cari gaduh pagi-pagi ini. Dia perlukan tenaga yang banyak untuk 'berperang'.
Dah lah, waktu sarapan tadi dia tak kenyang. Jangan kan kenyang, masuk mulut pun hanya sesudu dua aje.
Ini semua sebab nak mengelak dari di asak dengan soalan dan persoalan dari Tengku Farah.
Dia tahu ada yang memandang dengan pandangan hairan, pelik. Ada juga menahan tawa. Dan paling dia yakin seratus peratus, ada yang menatap dia dengan pandangan sinis.
Walaupun dia tak toleh, tapi dia tahu siapa yang memberi tatapan itu. Siapa lagi kalau bukan musuh baru dia. Harimau gila, a.k.a Naufal.
"kau tunggu pembalas aku. Kali ini aku tak akan macam kelmarin. Lari sebelum perang bermula. Kau tunggu" ujar Farisha dengan penuh dendam kesumatnya. Dia tersenyum sinis membayangkan drama sebabak mereka.
Farisha membawa langkah menuju cafeteria untuk membeli makanan. Dia membeli sebekas sandwich ayam tuna dan secawan susu coklat panas.
Tak lupa juga dia belikan Faizam nasi goreng daging dan segelas susu coklat. Faizam kalau pagi kena makan yang berat.
Jadi dia belikan Faizam nasi goreng daging. Dia dan Faizam peminat susu coklat. Pelik jugalah, sebab selalunya lelaki ini mana gemar dengan coklat. Tapi tidak dengan Faizam. Boleh di katakan Faizam ini terlebih hantu coklat dari dia.
Kalau Farisha pencinta ayam, Faizam pencinta daging. Itu sebab kenapa Farisha order kan Faizam nasi goreng daging.
•••
Setelah menghilangnya Farisha, Faizam bersuara memecahkan kesunyian yang terjadi antara mereka berlima.
"aku tak tahu apa yang jadi kelmarin sehingga dia sebad mood itu. Aku cuma nak cakap, dia tak akan berdiam diri sehingga musuh dia mengangkat bendera putih. Faham-faham jelah maksud aku" Faizam berjalan menuju kelas lepas memberi amaran.
Tapi orang yang di beri amaran itu, masuk kanan, keluar kiri. Orang itu menjongket bahu dan tersenyum misteri.
Apa nak jadi dengan kawan dia yang seorang ini. Dari kelmarin asyik tersenyum je. Nak kata angau pun tak boleh juga. Sebab senyuman itu sangat misteri. Hanya tuan punya badan yang tahu erti senyuman itu.
Amirul, Khairul dan Ikram menjongket bahu serentak. Menghantar isyarat melalui mata. Tak nak ikut campur.
Dalam masa yang sama, mereka juga tak sabar nak tengok sambungan drama kelmarin. Mesti epik.
Mereka berlima menaiki tangga menuju kelas di aras paling atas.
Sesampai di dalam kelas, mereka melihat ada makanan dan satu cup susu coklat di atas meja Faizam.
Faizam tersenyum girang. Belum bodek dah ada depan mata. Memang kembar dia the best lah.
"Thanks Isya. Lop u muah" kata Faizam sambil melayangkan flying kiss ke arah Farisha. Dah macam sepasang kekasih je laganya. Hilang terus imej cool dia.
Farisha buat muka meluat. Ada yang makan penampar juga ini. Minta puji betul.
Sarah and the geng dah buat muka geli-gelimang. Meluat tak sudah.
"geli pula aku tengok. Macam pasangan kekasih aje." komen Anisah.
Dan yang lain mengangguk mengiyakan kata-kata itu.
Amirul, Khairul dan Ikram buat-buat nak termuntah dengan gelagat Faizam itu. Entah apa yang setan mana yang merasuk.
Naufal seperti biasa hanya berwajah datar. Tapi entah datang dari mana, ada secebis rasa cemburu dalam hatinya.
Faizam hanya mengabaikan pandangan orang terhadapnya. Nampak sangat orang yang jeles itu tak pernah bersweet-sawit dengan adik-beradik. Hambar sungguh hidup.
•••
Di satu sudut dalam cafeteria itu, terlihat lima orang gadis manis duduk sambil berbual kosong. Kadang bergelak tawa seandainya ada yang mengena di hati.
"Dee, kitorang nak tahu pasal kelmarin itu boleh?" tanya Amelia meminta izin. Dia berharap sangat Farisha nak berkongsi mengenai kejadian 'epik' itu.
Farisha tarik dan hembus nafas. Mata memandang satu persatu kawan-kawanya. Dia seboleh-bolehnya tak nak ingat kejadian yang menyakitkan hati itu
Kalau dia ingat, terasa darah dalam badan mendidih-didih minta 'di letuskan'.
Tapi bila melihat muka 'seposen' kawan-kawan dia itu, dia tak sampai hati pula.
Sudahnya, dia terpaksa juga buka cerita itu. Takut nanti kawan-kawan dia macam 'parasit' pula melekat dekat dia kalau dia tak cerita.
"sejujurnya, aku malas nak ingat balik kejadian paling pahit itu. Dan bukan aku tak sudi share dengan korang, tapi tu lah kalau aku ingat-ingat balik peristiwa itu, darah dalam badan aku ini macam mendidih-didih. Berbahang satu badan. Yang aku tahu, aku nak balas dendam dekat 'harimau' sengal tu" Farisha buka mukadimah dengan sangat dramatik ayat-ayat dia itu.
"tapi bila aku tengok muka 'seposen' korang, tak sampai hati pula. Nanti tak pasal-pasal sampai ke sudah aku korang kejar. Nanti nak masuk tandas pun jadi phobia sebab korang 'skoding' aku tengah buang 'hajat'" Farisha tergelak dengan kata-kata sendiri.
"eyuhh!! Tolong sikit eh!! Kau ingat kitorang ni lalu ke nak tengok kau buang 'hajat'? Memang tak lah. Buang-buang waktu" Aisyah membuat muka geli gelimang. Benggong sungguh Farisha ini. Sampai ke situ otak dia 'traveling'.
Farisha hanya mampu ketawa mengekek. Geli sungguh hati dia melihat muka menyampah kawan-kawan dia itu.
Farisha mula menceritakan tentang kejadian 'pahit' kelmarin itu. Dari A sampai Z, tanpa ada tersisa satu pun. Sebenarnya ada, part yang dia bilang Naufal itu handsome. Terlepas cakap, bukan niat dia nak memuji.
Keempat-empat gadis itu terkejut, sekaligus cuba menahan tawa dari meletus.
Takut kalau ketawa, ada juga meja depan dorang ini terbang melayang ke udara. Maklumlah, kalau 'singa' itu mengamuk, bukan nak fikir apa dah. Main lepas je.
"oh my god! Serius lah kau gaduh manja dengan Naufal kelmarin. Dan yang paling omg nya, kau gelar dia 'harimau'. Oh, so sweet" kata Amelia sengaja nak mengusik Farisha.
"gaduh manja, pala kau. Ini so sweet kau, nak?" Farisha menunjuk buku lima nya ke arah Amelia. Memang cari nahas betullah minah seorang ini. Kecik besar kecik besar je Farisha tengok Amelia ini.
Rasa nak melayangkan sedas dua das penumbuk sulung dia. Nasib member. Kalau tak ada yang terbang gigi tak lama lagi ini.
Amelia tak dapat nak tahan ketawa dia. Sudahnya dia ketawa lepas. Dia pegang perut, sebab dah kram ketawa tak ingat dunia.
"Ia Allah, Dee sampai kram perut aku ketawa" dengan Aliya sekali ketawa mengekek. Air mata pun sampai terkeluar.
Farisha menahan geram melihat kawan-kawan dia ketawa tak toleh kiri kanan. Entah apa yang lucu dengan cerita dia, sampai kawan-kawan dia sakan gelakkan dia.
Beberapa pasang mata sudah menjeling-jeling ke arah meja mereka. Ada yang bermuka hairan. Mana taknya, meja doranglah yang paling bising dalam cafeteria itu.
Jangan lah ada yang datang menegur. Farisha tunduk sedut air coklat sejuk dia. Kering tekak dia. Moga-moga air ini dapat menurunkan kadar takat didih dalam badan dia.
"hoi!! Yang korang gelak sampai nak terkeluar anak tekak tu dah kenapa? Apa yang lucu sangat, ha?" marah Farisha. Ingat kejap aje, rupanya hmm. Memang minta kaki betullah.
"lek lah Dee, takye nak marah-marah. Kitorang bukan apa, tapi kalau kau nak tahu, tak ada dalam sejarah sekolah ni yang berani lawan atau bagi gelaran pelik-pelik secara terang-terangan macam yang kau buat itu." ujar Aisyah bersama sisa tawanya.
"kau juga perempuan pertama yang buat dia tergelak macam kelmarin tu. Dia tu orang yang tak pernah nak ambil tahu pun apa orang cakap pasal dia. Dia akan abaikan je. Tapi kelmarin, boleh pula dia menyampuk bila kau kutuk dia..." Airin menarik nafas buat sesaat sebelum menyambung hujahnya.
"dan yang betul-betul kitorang speechless, dia bagi kau gelaran 'istimewa'. Sebab selalunya, dia panggil dengan 'hoi', takpun kata-kata cacian. Itu untuk orang yang berani nak lawan dia. Tapi mungkin sebab kau kembar Izam kut. Itu yang dia berlembut sikit dengan kau" Airin membuat andaian sendiri. Sebab macam mimpi bila nampak Naufal yang kelmarin itu.
"kau patut berbangga tahu. Kau lah satu-satunya perempuan yang paling berani dalam sejarah 'hidup' Naufal. Mungkin" di hujung ayat, Amelia tergelak kecil. Tahu-tahu je yang Farisha itu perempuan paling berani dalam hidup Naufal.
Entah-entah dulu ada perempuan lain yang lagi berani dari Farisha. Iyalah, dulu waktu awal-awal masuk sekolah Naufal bukan macam yang sekarang. Dulu Naufal itu boleh di kirakan murah dengan senyuman. Walau taklah lebar sangat. Tak juga friendly. Tapi dia tak pernah nak maki orang sesuka hati dia. Kalau ada masalah kecil pun, Naufal bukan mudah melenting macam sekarang ini. Tapi itu lah, sejak dua tahun lalu, Naufal berubah 180 darjah.
Dah takde dah kelembutan dalam mata Naufal. Dah takde dah senyuman pada bibir itu dan bibir itu dah takde insurans dah. Semua dah hilang di bawa oleh seseorang mungkin.
Sebab dulu dia adalah dengar cerita yang Naufal itu ada suka seseorang, tapi bukan satu sekolah dengan dorang. Tapi dia tak tahu sangat pasal perempuan itu. Itu pun dia dengar tanpa sengaja waktu Khairul dan Amirul berbual pasal Naufal dah angau dekat seseorang.
"kaki kau. Takde masa aku nak berbangga bagai. Ingat aku boleh dapat trofi ke?" balas Farisha laju. Membangkang statement itu.
" aku tak kisah lah, dia tu ketua geng ke, ketua pengawas ke, anak pemilik sekolah ke dan sama waktu dengannya lah. I don't care, okay. Dia fikir, dia terpaling berkuasalah sampai semua orang nak ikut telunjuk dia. In his dreams lah. Sebab Tengku Al Farisha Daniella tidak takut langsung dan tidak mudah tunduk pada orang yang berlagak nak mampus macam tu. Yang aku tahu, aku akan balas balik apa yang aku tak sempat buat kelmarin. Aku akan pastikan dia berlutut depan aku minta maaf" dengan gaya angkuh Farisha berkata.
Terlihat jelas terbias niat jahat dalam mata Farisha. Aura yang terpancar dari diri Farisha boleh buat bulu roma keempat-empat gadis itu meremang.
Farisha yang ini tidak seperti Farisha yang kuat membebel. Farisha yang ini sangat menakutkan. Entah berapa banyak sisi lain yang Farisha ada. Mereka pun tak tahu.
Airin, Aisyah, Aliya dan Amelia hanya mampu menggeleng kepala dengan semangat 'tempur' Farisha itu. Mereka hanya mampu berdoa semoga Farisha tidak tersungkur sebelum perang di mulai.
Tiada siapa yang tahu apa yang bakal berlaku dengan seiring waktu berlalu di kemudian hari. Mereka juga berharap semoga kata-kata Farisha tidak memakan diri sendiri.
Buruk padahnya. Takut ada yang membawa diri kelak kalau sesuatu telah berlaku. Tapi biarlah waktu yang menentukan segala-galanya.
"wish you good luck. Jangan sampai kau yang berlutut sudah. Hati-hati aku takut nanti kau tertangkap cinta pula dengan dia kalau terbenci sangat. Orang tua-tua dulu-dulu pernah berkata, mula-mula benci, lama-lama jadi cinta" dalam menasihat, sempat lagi Amelia mengenakan Farisha. Kening di jongket naik turun. Senyum senget terbias di bibir.
"hell no. Aku akan pastikan semua tu tidak dan tidak akan pernah berlaku. Walau dalam mimpi sekalipun. Aku tak sudi. Sebab aku lagi rela bercinta dengan anak tukang kebun daripada bercinta dekat spesis 'harimau' gila macam dia"
Amelia ini pun satu, suka sangat nak kenakan dia. Dia dengan Naufal? Huh! Itu tiada dalam kamus hidup dia.
Naufal adalah bakteria berbahaya yang patut dia jauhi. Bakteria yang membuat jantung dia 'sakit'. Eh! sakit sebab berdegup cepat ke?
Laju-laju Farisha menggeleng bila banyak persoalan tentang jantung dia berlegar di dalam otak dia. Buat sakit kepala je fikir.
"asal bising mesti korang. Bising aje mesti korang. Asal gelak tak ingat dunia, mesti lepas mengumpat orang. Suka sangat nak mengumpat orang, sampai bell masuk kelas pun tak dengar. Oops! Mana nak dengar kan, kalau dah sibuk buat dosa kering. Dengan anak tukang kebun nak di umpat. Entah apalah dosa dia. Dah tu sampai nak ajak bercinta. Kelakar eh, kau ni" sampuk satu suara tiba-tiba.
Terus senyap membisu meja gadis-gadis manis itu. Bagai hilang anak tekak bila di sergah tiba-tiba macam itu.
☜☆☞☜☆☞☜☆☞☜☆☞
Holla my girlboy friend : ')
Harap korang suka lah dengan bab ini. Kalau ikut bab yang asal punya, memang banyak perubahan. Pp pun lebih.
Entah lah, bila jari-jari aku dah atas keyboard, aku tak boleh nak berhenti menaip. 'ilham' aku selalu datang, sampai kadang belum habis satu perenggan, datang lagi untuk perenggan baru.
Tapi bila aku perlukan 'ilham', dia mesti tak akan muncul.Macam otak aku ke reset. Langsung satu apa pun takde.
Selalu 'ilham' aku datang malam. Dalam jam 10 ke atas. Kemuncaknya jam 12. Memang mencurah-curah dia datang.
Macam tak nak bagi aku tidur. Sampai aku terpaksa bersengkang mata gara-gara 'ilham' tengah malam.
Kalau aku dah mengantuk sangat dan aku tak sempat 'transfer', confirm sampai ke mimpi 'ilham' tu terbawa-bawa. Macam aku pula yang jadi watak dalam cerita sendiri. Hareyyy betul. Hahaha
Okay done meluah. heheheh.
Jangan lupa follow, comment dan vote story yang tak seberapa ini ;->
Selamat menjalani ibadah berpuasa my girlboy friend =)
See u next chapter. Lopp u ♡
(15/3/24)
Jangan lupa follow ig author : trianor_sd
Share this novel