Bab 9

Young Adult Series 6729

Happy reading ♡


¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤

Buat masa ini Farisha belum lagi bertegur sapa dengan geng-geng Faizam. Ada pun cuma Ikram dan Khairul itu pun sebab kedua orang ini merupakan ketua dan penolong ketua kelas.

Untuk dua orang itu lagi, Farisha belum berkesempatan untuk berkenalan dan kalau boleh dia langsung taknak kenal walau hanya sekadar 'hi, bye'. Tengok muka pun dah seram sejuk apalagi kalau dah bertegur mahu kena ngap nanti.

Terutama ketua dorang itu, muka alah-alah mafia pencen gitu. Tak pun macam king kong kelaparan kalau sudah marah.

Khairul selalu juga kacau Farisha, tapi Farisha tak pernah nak layan dan buat-buat tak tahu je. Nanti ada lagi haters dia kalau terlalu peramah.

Farisha leka membetulkan seragam sekolah dan rambutnya yang di tocang dua oleh Tengku Farah sebentar tadi. Semua stail rambut dia ke sekolah hampir semua Tengku Farah yang buat.

Walau sekolah elit dan swasta, tapi sekolah itu tidak seperti di Perancis yang bebas memakai pakaian apa pun.

LVY International High School mempunyai seragam yang boleh dikategorikan cantik dan agak royal juga lah.

Bagi lelaki, kemeja putih lengan panjang di dalam, blazer hitam, seluar slack hitam panjang dan necktie hitam bertaris-taris.

Manakala perempuan kemeja putih lengan panjang, skirt hitam beberapa inci di atas lutut, necktie berjenis ribbon tie hitam, stoking paras betis bawah lutut.

Peraturan sekolah itu di kategorikan agak ketat juga, seperti peraturan sekolah pada umum nya. Tidak di benarkan merokok atau bervape, smartphone tidak boleh bawa dan hanya boleh jika ada acara sekolah. Bila di dapati bawa phone tanpa kebenaran guru, maka pengawas akan merampas dan bakal memulangkan bila sesi persekolahan tamat buat tahun itu. Maksudnya hujung tahun.

Blazer kena selalu guna bila berada di kawasan sekolah, kecuali dalam kelas ada kelonggaran buat pelajar.

Lamunan Farisha terhenti saat ada ketukan di pintu dan ketukan itu semakin kuat bila tiada tanda-tanda Farisha ingin membukanya.

Farisha bergegas membuka pintu itu setelah melihat penampilannya sempurna. Kalau tak buka mahu roboh pintu dia itu. Bila Farisha buka pintu, terpacaklah muka handsome angah dia yang dah tersenyum lebar.

"yeah, Dr Tengku Al Fairul Darus, ada yang boleh saya bantu?" tanya Farisha seperti pembantu kepada Fairul. Fairul menjeling adik kecil dia itu.

"angah nak bagitau yang angah nak pigi Cameron hari ni. Adik nak kirim apa-apa tak?" tanya Fairul.

"adik nak strawberry fresh di petik dari pokok" Farisha dah membayangkan buah strawberry itu di celup dalam coklat nyam sedap giler.

Fairul menggeleng kepala. Macam tiada benda lain Farisha nak kirim. Macam lah dekat sini tiada strawberry, nak juga dari sana.

"okay, kalau ada apa-apa lagi adik nak, nanti call atau whatsapp angah. Tu lap air liur adik, habis meleleh keluar." Fairul terus berlalu setelah mengenakan adik dia itu.

Fairul tertawa melihat Farisha yang betul-betul mengelap tepi bibir dia. Bila Farisha sedar yang Fairul hanya nak kenakan dia, terus muncung itik keluar.

"Isya, cepat sikit siap. Aku bertugas pagi ni. Lambat aku tinggal" kata Faizam yang tiba-tiba muncul, membuat Farisha terus mengurut dada kerana terkejut.

"kau ni lain kali bagi salam. Aku ingat lembaga mana yang muncul pagi-pagi ni" sungut Farisha.

"sorry, ingat kau perasaan tadi. Dah lah aku tunggu bawah" Faizam terus meninggalkan Farisha yang masih berdiri depan pintu biliknya sebelum Farisha berlalu masuk bilik semula.

•••

"umie, hari ni Am balik lewat sebab ada pemilihan team baru. Tak lama lagi ada pertandingan" ujar Faizam apabila mereka ingin salam Tengku Farah.

Tengku Al Iman berada di Langkawi bersama Fakhrul atas urusan kerja buat beberapa hari.

"jadi adik macam mana, nak umie jemput atau adik nak tunggu Am sampai habis latihan?" tanya Tengku Farah, kerana dia tahu Faizam akan balik pentang.

"adik nak tunggu Am. Nak tahu juga dia ni hebat sangat ke" Farisha menaik turun kan keningnya. Sahaja nak mengusik Faizam.

Faizam buat pekak, malas nak layan kang ada yang bersilat depan Tengku Farah ini.

"kalau macam tu tak apalah. Dah baik korang gerak sekarang takut lambat pula kamu nak bertugas"

Farisha dan Faizam menangguk dan terus berlalu ke arah motor Ninja 400 hitam merah milik Faizam.

•••

Faizam parking motor di tempat dia dan gengnya selalu parking motor. Masih di kawasan untuk motor-motor pelajar lain, tapi tempat dorang agak special yang berhampiran dengan taman sekolah itu.

LVY International High School sudah menyediakan tempat khas parking untuk murid-murid yang membawa kenderaan ke sekolah.

Farisha dapat melihat ada 4 buah motor besar nan mewah baru sampai dan parking motor mereka di sebelah motor Faizam. Farisha tahu itu adalah kawan-kawan Faizam.

Farisha tidak tahu menahu tentang kawan-kawan Faizam, kerana Farisha malas mengambil tahu. Yang penting bagi Farisha asal dorang tak kacau hidup dia, dia akan okay-okay je.

Farisha turun dari motor dan membetulkan seragam sekolah dia dan membetulkan ikatan tocang rambutnya yang agak miring kerana helmet yang dia guna tadi di hadapan cermin motor Faizam.

"dah cantik dah tu" secara refleks Farisha memusingkan kepala 45 darjah mencari tahu dari mana datangnya suara sumbang itu.

Bila mengetahui suara siapa, Farisha tak terkejut sangat sebab memang orang itu selalu kacau dia. Siapa lagi kalau bukan Khairul musuh ketat Amelia. Itu pun Farisha tahu sebab Khairul dan Amelia pantang bertemu pasti mulut macam popcorn baru di buat.

Kadang tempat mereka bertegang urat itu, boleh bertukar jadi gelanggang WWE.

Farisha terus mengangkat kaki meninggalkan kawasan itu tanpa mengucapkan satu patah kata pun. Dia malas nak layan, nanti di layan makin menjadi. Sebelum semua itu berlaku, baik dia elak.

Hanya beberapa tapak melangkah, suara sumbang itu berbunyi lagi. "sombong juga eh kembar kau Izam. But I like it" tanpa menoleh ke belakang Farisha menyambung langkah kakinya.

Kalau dia layan buang-buang air liur dan tenaga. Baik dia blah.

Tanpa Farisha menyedari, semua perbuatan dia mencuri minat seseorang dari kalangan kawan-kawan Faizam. Sehinggalah bayangan Farisha tidak terlihat lagi, orang itu masih merenung di mana hilangnya Farisha dengan sebuah renungan yang tajam dan tersirat sesuatu.

•••

Di sudut Cafeteria, terlihat lima orang gadis rancak berbual dan bergelak tawa tanpa menghiraukan persekitaran.

Namun, perbualan dan tawa mereka terhenti begitu juga dengan suasana di Cafeteria itu yang tiba-tiba sunyi sepi seperti kuburan pada waktu malam apabila mendengar seseorang menjerit marah.

Mereka berlima terus berpaling mencari dari mana datang suara itu.

Di tengah-tengah Cafeteria itu, mereka dapat melihat drama antara lelaki dan perempuan yang sekarang kedua insan itu melakukan babak sang lelaki memarahi sang gadis yang terlihat lebih muda dari sang lelaki. Sang gadis kecil yang di marah hanya mampu menunduk kerana takut.

"kau buta ke apa? Kau tak tengok apa yang buat, habis basah baju aku. Dasar bodoh. Kalau bodoh, tolong simpan sikit dekat rumah jangan nak bawa semua datang sekolah dan jangan nak tunjuk sangat bodoh kau tu menyusahkan orang." marah sang lelaki tanpa menghiraukan perasaan sang gadis kecil.

"ma...maaf bang, sa...saya tak se...sengaja" tutur sang gadis kecil tergagap-gagap. Air mata yang bertakung akhirnya pecah. Sang gadis kecil menangis tanpa mengeluarkan suara. Dia hanya menundukkan kepala langsung tak berani nak mengangkat kepala melihat sang lelaki.

"tak sengaja konon. Dahlah gagap. Baik mampus lagi bagus dari menyusahkan orang."

Sang lelaki terus keluar dari cafeteria itu dengan muka yang sangat menyeramkan. Jangan ada yang tegur kalau tak nak kena baham hidup-hidup.

"kalau sebab kau, kitorang yang kena tempiasnya. Kau siap, kitorang cari kau dan mesti kau tahu kan apa yang bakal berlaku dekat kau. Kitorang tak kisah kau perempuan, ke lelaki ke. Kalau dah cari pasal dengan kitorang tanggung sendiri akibatnya" kali ini kawan kepada sang lelaki menyambung memarahi sang gadis kecil. Kawan-kawan sang lelaki pun blah meninggalkan sang gadis kecil yang tengah menangis tersendu-sendu.

Belum pun sang gadis nak menenangkan diri, ada lagi watak baru datang menambah perisa pada babak tadi.

Kali ini sang gadis kecil di jirus air sirap segelas.

Perbuatan itu mengundang tawa seisi cafeteria itu yang pada awalnya sunyi seperti kuburan itu. Gelak tawa sangat menyakitkan hati bagi yang mempunyai hati perut dan berhati bersih.

Sang gadis kecil yang dipermalukan hanya berserah diri kepada yang di atas, berharap ada sang malaikat datang membantu.

"ops, sorry. Tak sengaja air sirap aku tertumpah atas baju kau" kata sang iblis dengan memek muka minta tendang.

"lain kali jalan guna mata bukan kepala lutut. Kau ingat dengan cara menjijikkan kau ni dapat tarik perhatian Naufal ke. Kelakar lah kau ni dan bodoh. Gara-gara kau, boyfriend aku badmood." Ejek sang Iblis sambil menolak kepala sang gadis kecil.

Sang Iblis mengambil segelas lagi air dari pegangan kawan-kawan Iblis nya.

Belum sempat sang Iblis nak menjirus lagi air sirap ke arah sang gadis kecil, tiba-tiba ada yang menarik tangan sang Iblis dan menolak sang Iblis sehingga hampir tersungkur di lantai.

Kalau bukan sebab kawan-kawan sang Iblis, mungkin lantai dah dapat 'ciuman' percuma dari punggung sang Iblis.

"kau apa hal Dee tolak aku" marah sang Iblis

"kau yang apa hal Sarah. Nama je Form 5, tapi perangai prasekolah. Dengan budak-budak pun nak cari gaduh. If you know your boyfriend is in bad mood, why don't you persuade him" Marah sang peri penyelamat sang gadis kecil.

Sang peri penyelamat langsung tak terkesan dengan maki hamun yang dia dapat.

Farisha a.k.a sang peri penyelamat yang menolak sang Iblis a.k.a Sarah.

Farisha sebenarnya dari awal lagi nak tolong sang gadis kecil waktu kena marah dengan sang lelaki, tapi kawan-kawan Farisha melarang dia untuk ikut campur dengan 'drama' sebabak itu.

Kawan-kawan Farisha takut lepas ini Farisha yang kena. Dah lah sang lelaki a.k.a Naufal tengah baran tadi, mahu Farisha kena panggang hidup-hidup kalau dia masuk campur tadi.

Apabila melihat Sarah yang dengan sengaja menjirus air dekat sang gadis kecil, Farisha dah tak tahan hanya duduk menonton drama Juvana LVY International High School.

"dah puas ketawakan orang? Korang ni manusia ke setan yang tiada hati perut. Semua sakit jiwa. Nak kata bodoh kejam sangat tapi korang memang 'stupid' sedap sikit dengar. Stupid tahap tak tertolong." setepek Farisha bagi.

Semua yang berada dalam cafeteria itu terdiam mendengar suara nyaring Farisha. Gerun mereka dengan muka Farisha yang bertukar merah. Nasib merah bukan hijau, kalau hijau mau berlari mereka dari cafeteria. Farisha seperti Mama Hulk berversi merah gitu.

Walau ayat Farisha menusuk sampai ke hulu hati, tapi tak ada satu pun yang berani balas. Bukan sebab Farisha kembar Faizam walau pun itu juga salah satu sebab. Tapi yang penyebab utama adalah sebab aura Farisha yang membuat mereka semua kecut perut.

Aura Farisha sangat lain, sampai kawan-kawan Farisha tidak ada yang berani nak menenangkan Farisha.

Farisha tak faham betul dengan sekolah ini. Kata sekolah terbaik, Terpaling International, tapi attitude ke laut. Bagang tahap gaban

Farisha terus mengheret sang gadis kecil keluar dari 'neraka' itu. Farisha membawa sang gadis kecil menuju tandas perempuan dan di ikuti kawan-kawan Farisha.

Keempat-empat kawan-kawan Farisha yang sempat terkejut beruk melihat perubahan sikap dan aura Farisha hanya mengikut dari belakang.

Mereka ingat selama ini Farisha seorang yang cool, lemah lembut, tutur bahasa pun halus sedap di dengar.

Rupanya di sebalik itu, tersimpan seorang Farisha yang bermulut laser, cakap apa yang terlintas di fikiran tanpa tapis apa yang keluar. Farisha juga boleh berubah menjadi singa betina kalau ada yang tak kena di hati.

Betullah pepatah Melayu mengatakan 'jangan di jolok sarang tebuan' dan 'jangan di sangkak air yang tenang tiada buaya'.

Sesampai di tandas, Farisha membantu sang gadis kecil membersihkan baju yang terkena air sirap.

Tiba-tiba Farisha mengingat peristiwa waktu dia jadi mangsa buli beberapa minggu yang lalu. Cuma bezanya yang melihat dia 'mandi' sirap air hanya lima orang, tapi sang gadis kecil hampir satu sekolah.

"are you okay?" tanya Farisha dengan suara lembut tidak seperti waktu dekat cafeteria tadi. Farisha dah kembali kepada watak 'angel' dia sebelum topeng 'angel' dia tadi terbuka dan menampakkan watak 'devil' dia tanpa sengaja.

Sang gadis kecil hanya mengangguk kepala. Dia tak berani nak mengangkat kepala. Sang gadis kecil masih terkejut dan takut pada masa yang sama.

Walau sang gadis kecil merasa yang kakak-kakak di hadapannya ini baik, tapi dia sebab dia baru je mendengar suara salah seorang dari mereka yang begitu lantang dan berani memarahi satu cafeteria. Siapa lagi kalau bukan sang peri penyelamatnya.

"kamu form berapa dan siapa nama kamu?" tanya Aisyah. Dia tahu orang yang mereka tolong ini adalah junior menengah rendah, sebab menengah atas iaitu form 4 dan form 5 blazer dan skirt warna hitam. Manakala form 1 sampai form 3 blazer dan skirt.

"fo...form 3. Na..ma sa..ya Balqis Qistina" tergagap-gagap sang gadis kecil yang bernama Balqis nak bercakap.

"Balqis jangan lah takut dengan kitorang. Kitorang ni baik tau. Macam Angel dari kayangan yang di turunkan untuk menolong Balqis. Walau tiada sayap" Aliya cuba menenangkan Balqis yang ketakutan mungkin juga trauma dengan membuat lucu. Kata-kata Aliya itu di sambut dengan gelak tawa mereka semua.

"makasih kakak-kakak sebab tolong Balqis" ucap Balqis tulus sambil tersenyum manis.

"sama-sama kasih. Lain kali Balqis hati-hati tau, jangan sampai terlibat dengan The heartless guy lagi. Kalau boleh elakkan dari jumpa dorang. Anggap dorang itu Covid yang patut di elakkan demi 'kesihatan' metal." pesan Airin walau terselit sedikit gurauan.

"kalau ada orang buli Balqis sebut je nama akak atau pun terus jumpa akak. Akak walau macam lidi tapi akak ni gangster tau" sekali lagi Aliya mengundang tawa mereka semua.

"gangster konon. Padahal tadi kau yang paling takut antara kitorang sampai nak terkencing bagai. Gangster tahi kucing adalah" bidas Farisha. Aliya menjeling dan mencubit lengan Farisha. Mulut tak reti tapis.

Siapa je yang tak takut kalau sudah 'along' kawasan yang mengamuk. Kecuali Farisha lah yang tak takut sebab dia belum kenal lagi siapa itu 'along' kawasan dan macam mana kalau 'along' kawasan itu mengamuk mahu terbalik sekolah ini dia kerjakan.

Semua mereka tergelak bersama sebelum berpisah ke kelas masing-masing.

"bye akak-akak cantik sekalian. Sekali lagi makasih sudah tolong Balqis" ucap Balqis terus berlalu selepas The Crown gegirls mengangguk kelapa sambil tersenyum.

☜☆☞☜☆☞☜☆☞☜☆☞☜☆☞

Holla my girlboy friend : ')

Bab ni adalah first bab di tahun 2024. Yg spatutnya saya update mnggu lalu tpi sbb ada suatu hal, jdi saya update mnggu ni.

Sorry saya tak dapat nak update perweek ๏︿๏ . Saya dah cuba tapi banyak halangan. Kalau dalam seminggu saya tak updata mungkin ada hal yang tak dapat nak elak.

Bila saya kembali update saya akan cuba double update untuk mnganti mnggu yg saya tak update.

Jgn lupa follow, comment and rate story saya tau♡

P.s: bab kali ni saya tak ada nak edit balik (double check spti slalu sblm update utk check klu ada typo). Jdi klu ada typo saya minta maaf. Nnti saya akan prbaiki.

See u next chapter. Lopp u ♡

(10/01/2024)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience