Happy reading ♡
¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤
"weh, aku dah lama nak tanya ni. Sebenarnya dorang tu siapa?" tanya Farisha semasa mereka dalam perjalanan menuju kelas.
"dorang siapa yang kau maksudkan?" tanya Aliya kembali bertanya soalan. Berlakulah soalan berbalas soalan.
"siapa lagi kalau bukan Naufal and the geng. Sampai tak berkutik budak tu di buat. Yang si Naufal pun satu yang terlebih drama tu dah kenapa. Sikit je pun kena, tapi mengamuk macam kena tinggal awek dia. Menyampah betul dengan lelaki kaki emosi ni, sampai menangis anak orang dia buat. Kawan-kawan dia pun jangan cakap lah, sama-sama naik. Bukan nak tenangkan member dia yang mengamuk 'kena' tinggal awek tu, tapi menambah 'rasa' adalah. Dua kali lima, bangang. Budak tu ada masalah dengan Naufal, tapi dorang sekali terlebih sudu dari nasi. Kalau aku jadi Balqis, confirm masuk icu terus. Aku pancung kepala seekor-seekor tadi." berdas-das bebelan Farisha.
"ini lagi satu aku tak puas hati. Yang si Sarah tu pegi simbah Balqis tu dah kenapa, terkejut beruk budak tu. Dah lah satu cafeteria berjemaah ketawakan dia, satu orang pun tak dah yang datang tolong. Sekolah ni, sekolah 'heartless' ke apa? Kalau ye pun nak backup boyfriend dia tu, takye lah sampai nak malukan budak tu. Aku tahu lah dorang tu tiada 'pusat' tu yang dorang sesuka dahi luas dorang nak memalukan orang. Kalau blazer hitam takpe juga, tak nampak sangat. Tapi ni blazer maroon, memang nampak lah tompok kan air tu. Kalau beliau dia tanya nak jawab apa, jatuh parit? Macam tu" sambung Farisha meluahkan ketidakpuasan hati dia tu, sambil menekan perkataan boyfriend.
Sahabat-sahabat Farisha hanya mampu menadah telinga mendengar peluru berpandu Farisha itu. Sangat lah panas bila masuk telinga, terus menusuk ke jantung perhh.
Mereka juga menahan tawa bila melihat sikap Farisha yang suka membebel tanpa henti itu. Mengalah kan orang mak nenek. Ini kalau sekolah ada menganjurkan pertandingan 'bahas membahas' a.k.a berdepat, dorang akan calon kan nama Farisha. Dorang yakin seratus percen yang Farisha akan menang dan tak terlawan kan.
"korang dah kenapa, senyum-senyum macam kerang busuk. Ha ni lagi satu aku tak puas hati dengan korang. Yang korang larang dan tahan aku tadi apa hal. Aku cuma nak tolong budak tu, bukan nak berperang pun" kali ini peluru berpandu Farisha di tujukan kepada sahabat-sahabatnya.
"lek lah Dee. Kitorang tau niat baik kau nak tolong Balqis, kitorang pun nak juga tolong kesian kut dia kena buli macam tu. Tapi kitorang masih sayang dengan kau. Memang kau tak pigi berperang, tapi tu Naufal and the geng kut. Sekali kau dah cari pasal dengan dorang, hidup kau takkan tenang dalam sekolah ini. Tambah-tambah dengan Naufal tu ketua segala ketua dekat sekolah ni" Amelia cuba memberi penjelasan sebab dia tahu perangai Naufal macam mana.
"tapi kenapa, memang dorang tu siapa? Kalau nak cakap anak Dato atau Tan Sri mungkin lah. Tapi takkan sebab tu kut korang semua takut. Entah-entah Balqis tu sama dari golongan di raja, lagi tinggi dari empat ketul tu. Ke dorang anak pemilik sekolah ni yang macam dalam novel-novel remaja tu. Asal top je anak pemilik sekolah, anak orang kaya, tak pun pewaris Legasi perniagaan turun temurun atau pewaris ketua mafia. Sebab muka dan perangai Naufal pun dah boleh di kategorikan sebagai ketua mafia. Huahhh Cringe sangat" Farisha dah buat muka menyampah.
Keempat-empat gadis itu dah tergelak mendengar andaian Farisha. Ini kalau Naufal dengar yang Farisha samakan dia dengan ketua Mafia, mahu Farisha jadi mangsa pertama Naufal.
"cringe tak cringe tapi tu lah kenyataannya. Satu dari dorang memang anak pemilik sekolah ni" jawab Aisyah bila tawanya dah redah.
"hek eleh, baru anak belum lagi jadi pemilik lagi, tapi perangai dag mengalahkan seton nirogim. Kalau dorang yang jadi pemilik, mau jahanam lah sekolah ni. Berlagak nak mampus. Kalau dorang yang jadi pemilik tak hingin aku sekolah sini." Farisha cakap belakang beranilah, cuba kalau depan-depan mahu lari terbakar tapak kasut dia.
"dah lah tu. Nanti balik kau sambung lah membebel tu, sebab nanti kitorang pun stay juga nak tengok pemilihan team basket sekolah kita. Dan nanti kitorang story dekat kau pasal geng-geng tu" kata Airin dan Farisha menganggukkan kepala.
•••
DING DING DONG DING DONG!!!
Menandakan sesi persekolahan tamat untuk hari itu dan masa untuk pulang rumah. Namun tidak untuk Farisha dan kawan-kawan dia, kerana seperti yang dorang kata tadi waktu rehat, dorang akan stay untuk menyaksikan pemilihan team baru untuk menggantikan team senior yang bakal berambus dari sekolah itu.
Lagi pun Farisha tak sabar nak tahu siapa sebenarnya budak classmatenya iaitu Naufal and the geng.
"Dee yang kau termenung lagi tu kenapa, jom lah turun. Tinggal kita je yang masih menghuni kelas ni. Entah-entah semua satu bangunan ni dah kosong. Kalau kau nak bermalam dalam kelas ni, kau seorang je lah kitorang tak nak" Aliya dah ketawa mengekek melihat muka masam mencuka Farisha bila mendengar kata-kata dia.
"apa-apa lah kau" jeling Farisha dan terus berlalu dari situ meninggalkan kawan-kawan dia yang masih mengekek di belakang.
•••
Sesampai sahaja dalam dewan Basketball itu, hampir penuh dengan kaum adam dan hawa. Tapi yang peliknya, lagi ramai hawa dari adam.
'Ini kaum hawa yang main atau kaum adam?! Am bagitau pemilihan ini untuk lelaki bukan perempuan. Ke aku salah dengar?' naik pelik Farisha
"kita duduk sini lah, sebab aku malas nak melayan rakyat 'sotong-sotong' kurita tu. Menyampah aku. Lagipun kita bukan nak sangat tengok budak basket main." kata Amelia sambil menarik kawan-kawan dia duduk di tempat yang agak jauh dari kerumunan itu.
Setelah semua duduk, mereka mengeluarkan makanan dan minuman yang mereka beli di komparasi sebelum mereka masuk dewan basketball.
Lagak mereka seperti nak berkelah. Sudahlah duduk di atas lantai sambil bersila dalam bulatan, makanan pula di tengah-tengah. Makanan pun macam nak kenduri kesyukuran.
Lebih kurang sepuluh minit terus terdengar jeritan rakyat-rakyat 'sotong' yang berada dekat dengan gelanggang.
Kelima-lima gadis itu terus berpaling melihat kehebohan yang terjadi. Ternyata di sana ahli-ahli senior team basketball baru sahaja masuk dalam gelanggang.
Apalagi bila melihat lima orang jejaka yang sangat mempesona itu, tambah kuat jeritan rakyat-rakyat sotong itu.
"yang dorang over sangat tu dah kenapa. Aku ingat ada artis kpop yang datang sekolah sampai menjerit histeria. Rupa-rupanya the heartless guy. Menyampah aku" cemuh Amelia.
"siapa The heartless guy? Kalau korang nak tahu, selama sebulan aku dekat sekolah ni, boleh di katakan hari-hari lubang telinga aku dengar 'The heartless guy itu, the heartless guy ini dan the heartless guy' yang sama waktu dengannya lah" tanya Farisha sambil memerhati kaum hawa yang tidak henti-hentinya menjerit melihat team basketball melakukan pemanasan badan.
"serius lah kau tak tahu siapa the heartless guy tu. Takkan lah Faizam tak cakap dekat kau pasal geng dia" soal Aliya terkejut.
Farisha menggeleng kepala tanda tak tahu.
"kalau aku tahu, aku tak tanya korang dan apa kena mengena dengan Faizam pula?" dah mula dah sel-sel otak Farisha tak berhubung.
"memanglah ada kena-mengena dengan Faizam, Dee oiii. Dah Faizam tu sahabat Naufal. Kalau kau nak tahu, the heartless guy tu nama kumpulan geng kembar kau tu" terang Aisyah dan dia langsung menutup telinga apabila mendengar jeritan Farisha bergema dalam dewan yang sedia bising itu.
Dah lah Farisha duduk sebelah dia, jerit pula dekat telinga mahu tak pecah gegendang telinga dia. Dari yang bising terus sunyi sepi dewan itu bila suara jeritan Farisha lagi mendominasi dari suara rakyat-rakyat sotong itu.
"WHAT!!!" suara Farisha bergema di segenap penjuru. Apalagi terus semua mata tertumpu ke arah mereka berlima dengan riak pelik dan ada juga yang menyampah. Dahlah Farisha menjerit sambil berdiri. Entah macam mana tindakan refleks dia boleh secepat itu. Dari duduk terus berdiri.
"sorry, sorry. Kawan kitorang terkejut sebab tiba-tiba je cicak jatuh atas dia, tu yang dia jerit sampai nak terkeluar anak tekak tu" terang Aisyah sambil menarik paksa Farisha supaya duduk semula. Yang lain sudah ketawa dengan alasan bernas Aisyah.
Setelah itu, semua menyambung semula aktiviti yang terganggu akibat Farisha.
"kau buat malu je. Kau tau tak jeritan kau boleh pecah gegendang telinga aku. Dah lah aku duduk sebelah kau je" marah Aisyah. Kalau suara itu pelan tak apa juga, ni macam speaker surau.
Entah-entah masa kecil, Farisha tanpa sedar tertelan speaker yang dia ingat marshmallow.
Farisha tersenyum sambil mengusap telinga Aisyah. Aisyah terus menolak tangan Farisha itu, kang ada yang ingat dia ini lesbi pula.
"sorry lah aku terkejut tadi tu yang refleks tu. Back to story, seriuslah the heartless guy tu geng Faizam. No wonder lah dorang tu marah Balqis tadi tanpa memikirkan perasaan budak tu. Nasib baik Faizam takde tadi, kalau ada dia orang pertama aku pancung dengan parang tukang kebun" Farisha menghalakan pandangannya ke arah gelanggang di mana berlangsung sesi training.
'Sekarang aku dah tahu sebab kenapa awal-awal aku masuk sekolah ini banyak aku dapat haters, rupanya aku dah 'terdekat' dekat idol dorang.' desis hati Farisha sambil menggeleng kepala bila mengingat kejadian dia masuk sekolah sebulan lalu. Saat semua belum mengetahui siapa dia kepada Faizam, sampai mata pelajar-pelajar sekolah ini mahu terpusing 360 darjah sebab terlebih jeling.
"seriuslah ni, tu sebab kitorang tak nak kau ikut campur dengan 'drama' cafeteria tadi. Takut dengan kau sekali kena. Dorang tu tak kisah kau siapa, kau lelaki ke perempuan ke, semua dorang 'rembat' kalau kau dah berani ikut masuk campur atau cari gaduh dengan dorang. Memang kaw-kaw dorang bagi, sekali dengan extra 'perasa' lagi. Silap hari bulan boleh admit hospital tak pun, paling teruk 'tempah' batu nisan" sempat lagi Amelia melawak di hujung ayatnya.
"uish, segitu teruk perangai dorang? Even aku ni kembar Faizam?" tanya Farisha.
Macam mafia sekolah je geng Faizam ini sampai boleh tempah batu nisan.
"tu kitorang tak tau lah, tapi boleh jadi juga kau akan kena kalau kau dah cari masalah dengan dorang tu. Tengok si Syah ni, walau couple ngan salah seorang dari dorang pun kadang kena" sambung Amelia.
Sesaat kemudia Aisya terus menutup mulut Farisha dengan tangannya, sebab dia tahu Farisha mesti akan jerit lagi.
"kau jangan nak jerit bagai, kalau kau jerit lagi aku akan pastikan esok keluar 'artikel' tentang 'seorang pelajar sekolah masuk icu kerana tertelan stoking kawan dia'" ugut Aisyah dan ugutan nya itu di sambutan dengan gelak tawa mereka semua.
Sempat lagi Aisyah membuat Artikel tergempak abad ini.
"kau couple ngan sapa Syah dan kau Mel, aku tengok kau sihat walafiat je dan sampai ke hari ni macam belum ada tanda-tanda kau nak tempah batu nisan pun. Ke kau ni kucing, ada sembilan nyawa?" tanya Farisha dengan memek muka innocent di buat-buat itu.
Farisha terus ketawa bagai nak tercabut gigi bila melihat Amelia mengepal plastik keropok dan membalik ke arah nya.
"dah lah kau kata aku ni kucing, pastu tu kau doa kan aku mati awal pula. Sampai hati kau Dee" rajuk Amelia dengan tangan acah-acah menghapus air mata di tubir mata itu. Padahal tiada pun air mata. Sahaja nak berdrama queen.
"bukan doakan, dah kau yang cakap tadi 'silap hari bulan boleh admit icu, tak pun paling teruk 'tempah' batu nisan'. Dah kau dengan Khairul selalu gaduh, asal jumpah gaduh. Khairul kan member dorang juga, ke Khairul tu member pungut je?" sekali lagi pecah tawa mereka mendengar celoteh Farisha itu.
"bongok lah kau Dee. Sakit perut aku, sampai kejang dah. Ini kalau Khai dengar kau cakap macam tu, mahu meletup member tu." ujar Airin sambil mengelap air matanya.
"Syah couple ngan Mirul dari form 1 lagi. Kalau pasal Mel yang belum 'tempah' batu nisan tu sebab dorang dua memang dari darjah lagi dah kenal dan selalu 'perang'. Tu yang dia sihat walafiat sampai sekarang. Sebab Khairul memang dah biasa dengan Mel" Terang Airin lagi.
"tapi betul ke Khai tu member pungut je?" tanya Aliya tiba-tiba.
Keempat-empat gadis itu dah menepuk dahi sendiri. Dorang terlupa yang member dorang seorang ini agak lama 'loading'.
"oh my god, Liya. Dee tu main-main je. Yang kau percaya dah kenapa?" tanya Aisyah geram. Rasa nak bedah je otak kawan dia yang seorang ini. Loading memanjang. Orang dah sampai kutub utara dia masih terhegeh-hegeh di kutub selatan.
Aliya menayang gigi putih dia itu. Lepas ini dia akan tutup mulut walau rasa ingin tahu dia tinggi, daripada dia kena 'basuh' kaw-kaw lagi sakit mat.
"lagi pun dorang yang lain tu okay je. Cuma yang tak okay tu, Naufal. Sebab Naufal ni cepat marah dan 'gunung berapi' dia cepat meletus. Antara keliam-lima jejaka hot LVY High School ni, Naufal yang paling heartless, kejam, dan yang sama waktu dengan yang buruk-buruk lah. Lagi-lagi kalau sudah mata helang dia tu tenung lawan bicara dia tu, perhh mahu tembus ke punggung" kali ini Aisyah pula yang menerangkan.
"so, kitorang harap kau tak terlibat dengan the heartless, terutama Naufal dan kecuali kembar kau lah. Sebab kemana-mana pun kau tetap akan jumpa juga dengan Izam." kata Aisyah lagi
Farisha menangguk dan dia memang dan tak akan cari masalah. Cukup-cukup lah waktu awal-awal masuk sekolah dia dapat banyak haters. Bukan dia takut dengan haters, tapi dia takut kena 'brain wash' oleh Tengku Al Wina.
Macam yang kawan-kawan Farisha kata yang Naufal itu ketua dari segala ketua dekat sekolah itu dan salah satu pelajar paling popular, mahu tak banyak fans dia. So, Farisha pilih mengelak selagi boleh.
"satu lagi kalau kau nak tahu, Naufal ni dia ada anti sikit dekat perempuan. Dia paling benci dengan namanya PEREMPUAN terutama perempuan yang SUKA MINTA PERHATIAN atau lebih senang kau nak faham 'gedik'. Katanya lagi, perempuan ni spesis suka menyusahkan orang, tu sebab kenapa dia marah betul dekat Balqis tadi walau kita semua tahu yang Balqis tu tak sengaja. Eh, maksud aku, hanya kita dan yang berhati perut sahaja tau yang Balqis tu tak sengaja." Airin memperingatkan Farisha tentang apa yang Naufal benci itu.
"so, maksud dia dekat sini, mak dan girlfriend Naufal tu PEREMPUAN JADIAN-JADIAN lah kan. Sebab dia kata Perempuan ni menyusahkan, lah apa lah. Terpaling anti perempuan katakan. Dia ni pernah kena tinggal dengan awek dia kut, tu yang BENCI sangat dekat perempuan, sampai tak sedar mak dan girlfriend dia tu pun perempuan." perli Farisha.
Habis tersembur air keempat-empat gadis itu bila mendengar perlian Farisha itu. Ini kalau tuan empunya badan dengar, ada juga ini yang betul-betul tempah batu nisan.
" ni kalau dia dengar, mahu kitorang tolong kau tempah kan batu nisan. Takut habis stock pula" kata Amelia, sebenarnya dia tak habis fikir sampai ke situ Farisha fikir. Tapi apa yang Farisha kata itu memang ada betulnya, cuma tak berani nak suarakan takut admit icu nanti.
"betul apa aku kata. Lagipun aku tak kisah kalai dia dengar pun, lagi bagus kalau dia dengar supaya aku dapat 'clorox' otak dan hati dia sampai bersih dari daki-daki kebencian. Kalau dah bersih otak dia pun dah boleh berfikir luas dan tak sempit lagi" sambung Farisha.
Padahal tadi kata tak nak cari masalah, tapi ini hmm. Kalau empunya badan betul-betul dengar memang meletup kebabom lah katakan.
Sekali lagi tawa mereka pecah, sampai berkeluaran air mata. Perut pun dah kejang.
"Ya Allah, Dee aku rasa kau layak masuk stand up comedy lah. Confirm kau memang punya lah" Kata Aliya. Nasib dia tak loading masa ini jadi dia tak pelik kenapa kawan-kawan dia ketawa terbahak-bahak.
"tapi kan pelik juga kalau dia ni anti dengan perempuan, macam mana dia boleh ada girlfriend pula?" tanya Farisha tanpa menghiraukan ketawa kawan-kawan dia itu.
Mati terus ketawa keempat-empat gadis itu bila mendengar soalan Farisha. Kening dah berkerut-kerut.
"siapa girlfriend dia, kenapa kitorang tak tahu pun?" tanya Airin dan semua menangguk.
"Tengku Sarah Safarina, queen Wildcat. Dia yang kata tadi dekat Balqis macam ni..." Farisha membetulkan pita suara dia sebelum mengajuk kata-kata Sarah.
"...'gara-gara kau, boyfriend aku badmood'. Lebih kurang macam tu dia kata dekat Balqis di Cafeteria." ketawa sekali lagi menghuni acara 'kenduri' dorang petang itu. Tambah-tambah lagi bila Farisha mendemo balik kejadian beberapa jam yang lalu.
"bongok ah kau Dee. Sebiji sia kau buat. Aku tak sangkak dapat kawan yang banyak bakat terpendam macam kau ni" tutur Amelia di sela tawa nya.
Tiba-tiba tawa yang bergema yang tak ingat dunia itu terhenti apabila mendengar suara orang berdeham dari arah belakang mereka.
☜☆☞☜☆☞☜☆☞☜☆☞☜☆☞
Holla my girlboy friend : ')
Jangan lupa comment, follow and vote story saya tau.
ps: klu ada typo saya minta maaf, sbb sy tak double check sblm upload.
See u next chapter. Lopp u♡
(24/1/24)
Share this novel