Happy reading ♡
¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤
Keesokan harinya, Farisha hanya mendiamkan diri. Pagi itu juga, Farisha meminta Tengku Farah yang menghantar dia ke sekolah.
Disebabkan kejadian semalam, Farisha telah meng'on' kan suis perang persaudaraan antara dia dan Faizam.
Faizam sudah agak yang Farisha bakal men'on'kan suis perang persaudaraan itu pun hanya buat tak tahu. Malas nak layan.
Faizam yang kena bertugas awal pagi, meninggalkan Farisha yang buat-buat tak dengar apabila Faizam memanggilnya.
Tengku Farah hanya mampu menggelengkan kepala. Tengku Farah dah terlebih 'masak' dengan perangai pasangan kembar itu. Kalau dilayan mahunya dengan dia..dia sekali ikut stress.
Kejap lagi berbaik lah itu, macam tak pernah gaduh. Fikirnya.
•••
"umie, Isha masuk dulu" Farisha salam dan cium Tengku Farah yang menghantar dia ke sekolah.
"hati-hati. Balik nanti, balik ngan Am. Umie ada urusan petang nanti. Takut tak sempat nak ambil" ucap Tengku Farah sambil menahan tawa, bila melihat muka 'mencuka' Farisha itu bila di suruh balik dengan Faizam.
"umie..." rengek Farisha dan ingin protes. Tapi tak jadi bila melihat mata helang Tengku Farah.
"dengar cakap umie, kalau nak jadi anak solehah. Isya jangan nak buang tabiat nak naik Grab. Sesat kejap lagi baru tahu. Tadi umie dah pesan dekat Am yang Isya ikut dia balik. Sekarang pi masuk kelas" arah Tengku Farah tegas. Tidak mahu mendengar sebarang bantahan. Hanya ini cara untuk Farisha ikut cakap.
"fine. Assalamualaikum umie. Isha masuk dulu. Umie hati-hati bawa kereta" dalam tak relanya dia dengan arahan Tengku Farah, dia sempat juga berpesan supaya Tengku Farah berhati-hati bawa kereta.
Farisha mengalas begnya keluar dari kereta dan berjalan masuk kawasan sekolah. Farisha terus menuju kelasnya yang berada di tingkat paling atas menggunakan tangga.
Nama pun sekolah elit kan, mestilah ada lif di sediakan di setiap bangunan. Tapi Farisha lebih rela menaiki tangga daripada lif. Dia sedar diri, yang dia jarang nak buat exercise.
Tambah lagi dengan hati dia panas dari semalam, baik dia ambil angin untuk menyejukkan hati sambil menuju ke kelas.
•••
"hoi! Kau okay tak ni. Dari pagi, sampai sekarang muka kau macam baru habis minum sebotol cuka. Ape hal?" tanya Amelia apabila melihat muka Farisha tidak seperti kelmarin yang terlebih ceria.
"takde apa-apa lah" jawab Farisha malas, sambil mata melilau ke kawasan taman sekolah itu.
Ada sebuah kolam air pancuran yang di kelilingi dengan pelbagai jenis bunga. Menambahkan lagi keindahan kolam itu.
Sekarang ini, kelima-lima gadis itu berada di taman sekolah yang berada di belakang cafeteria. Mereka memilih rehat di taman sekolah, kerana cafeteria penuh dengan manusia. Tambah lagi mereka takut bakal melihat drama-drama 'sinatron' zoom-zoom out.
Mereka duduk di pondok cendawan, yang betul-betul berhampiran dengan kolam air pancuran itu.
Banyak juga pelajar yang rehat di taman sekolah ini. Hampir penuh pondok cendawan dengan pelajar-pelajar LVY International High School.
"ehhh, menyampahnya aku tengok geng wildcat tu. Macam nak tarik-tarik je rambut seekor-ekor. Betul-betul tiada rasa malu. Biar berkali-kali kena tolak pun, tapi tetap nak mengedik dengan the heartless guy. Tambah ketua dorang tu. Naufal dah tolak tapi tetap nak mengedik." kutuk Aliya.
Jangan ingat Aliya tak pandai nak mengutuk. Walau dia di gelak 'otak loading', lambat pick up, tapi bab-bab membahan orang ini laju je sel-sel otak dia berhubung.
Mereka semua terus memfokuskan mata ke arah yang di lihat oleh Aliya.
Di sana, mereka dapat melihat seorang pelajar duduk sangat dekat dengan seorang pelajar lelaki. Bahkan kedudukan dorang sangat dekat, sampai tiada ruang antara kedua mereka. Itu pun kalau di lihat dari tempat Farisha and the geng, tapi sebenarnya ada je ruang beberapa meter.
Riak wajah yang ditampilkan oleh kedua-dua pelajar berlainan jantina itu sangat berbeza. Seorang dengan riak khas gedik dia, dan seorang lagi muka tanpa riak. Seperti menahan amarah di dada.
Siapa lagi kalau bukan Naufal dan Sarah.
"ni dah lebih dah ni. Kau tunggu 'sotong', aku masak kicap kau kejap lagi. Berani betul nak ngorat pakwe aku. Kau tunggu" lepas berkata-kata Aisyah terus berjalan sambil menggulung lengan baju kemeja dia, menuju ke arah the heartless guy berada.
The heartless guy pun rehat di taman sekolah dengan harapan tiada yang mengganggu mereka rehat. Tanpa malangnya, kemana-mana mereka pergi, mesti ada 'rakyat-rakyat' sotong datang nak 'menyotong'.
Melihat Aisyah yang nak berubah jadi 'mama' Hulk itu, terus mereka mengikuti Aisyah dari belakang. Mereka takut Aisyah hilang kewarasan diri, sampai mengubah taman ini jadi gelanggang WWE.
Farisha sangat malas nak ikut campur dan dia malas nak ikut ke pondok di mana the heartless guy berada. Bukan sebab kejadian dia dan Naufal kelmarin, tapi sebab 'perang' dia nak Faizam semalam. Walau pun ada setitik dendam dia terhadap Naufal kelmarin, tapi tidak dapat melawan rasa dendam dia terhadap Faizam.
Aliya dan Airin terpaksa mengheret Farisha, kerana mereka melihat Farisha masih lagi berada dalam dunianya sendiri. Dengan terpaksa, Farisha mengheret juga kaki dia.
"hoi! sotong. Yang kau nak mengatal dengan boyfriend orang tu dah kenapa. Dah takde lelaki lain dah ke dekat sekolah ni yang kau nak 'sotongkan' ha?! Yang orang punya juga kau nak. Ke kau ni tak laku, tu yang boy orang juga kau nak?" sindir Aisyah dengan muka menyampah Kepada salah satu ahli wildcat iaitu nama kumpulan Sarah.
Wildcat terdiri daripada empat orang gadis, yang diketuai oleh Tengku Sarah Safarina atau Sarah. Dianggotai oleh Nik Hazirah Aira atau Zirah, Tengku Nur Anisah Syafilah atau Nisa, dan Syarifah Atiqa Faizah atau Tiqa.
"hek eleh, baru boyfriend belum suami, tapi berlagak macam suami dia kena sondol. Kau kata aku tak laku? Hello tolong sikit eh, kalau aku nak, petik jari orang terus beratur berebut nak kat aku." dengan bangga Anisah berkata. Walau panas juga mendengar sindiran Aisyah itu.
"puih. Petik jari konon. Tapi dengan boyfriend aku juga kau kejar-kejar dari dulu. Entah-entah kau ni bermimpi di siang hari kut, tu yang berangan orang nak beratur rebut spesis beruk macam kau ni. Cuba kau petik jari, aku pun nak juga tengok lelaki mana nak beruk dapat bunga macam kau ni" sangat makan dalam kata-kata Aisyah itu.
Anisah yang mendengar sindiran itu, mula hilang sabar. Dia maju mendekati Aisyah dan menolak Aisyah, sehingga Aisyah hampir jatuh terduduk mencium rumput-rumput dekat situ. Kalau bukan sebab Airin dan Amelia yang sempat menahan Aisyah dari jatuh tersungkur itu, mahu ada yang free show kejap lagi. Mereka dah dapat agak tindak tanduk Anisah, sebab itu mereka bersiap sedia di belakang Aisyah.
"eh, mangku. Kau pehal tolak-tolak Syah macam tu. Kau ingat aku tergugat dengan godaan murahan kau tu, pi mati lah" Amirul terus naik angin bila melihat buah hati dia kena tolak macam itu.
Amirul yang selama ini bermulut manis dan selalu melayan sapaan perempuan, tiba-tiba berkasar dengan perempuan. Walau dia ini selalu bermulut manis terhadap perempuan lain, tapi itu semua tidak sampai ke hati. Kerana di hati dia sudah terpahat nama Wan Syarifah Aisyah.
Boleh di katakan Amirul ini, playboy versi alim. Dan hanya Aisyah yang boleh bertahan dengan kelakuan Amirul itu. Walau kadang cemburu itu selalu dia rasakan, tapi dia tahu Amirul macam mana. Dah dia pilih Amirul yang dari dulu dikenal playboy berjaya di LVY International High School, jadi terima jelah dengan berlapang dada.
"awak, awak okay tak ni?" tanya Amirul sambil menghampiri Aisyah. Aisyah hanya menganggukkan kepala tanda okay.
Aisyah menjelirkan lidah kepada Anisah tanda kemenangan buat dia. Perbuatan dia itu membuat Anisah ingin mencakar-cakar muka Aisyah. Anisha memberi jelingan maut untuk Aisyah, tapi Aisyah membalas dengan mengenyitkan sebelah matanya dan tersenyum 'manis'.
"okay lah guys, kitorang nak blah dulu. Jom Syah, kita dating kat sana. Sini banyak 'nyamuk'." ajak Amirul dan terus mengheret Aisyah ke arah pondok cendawan yang selang dua baris dari pondok para single-mingle-tertingle berada.
Airin, Aliya dan Amelia hanya mampu menggeleng kepala melihat merpati dua sejoli itu. Tak menyempat betul. Dah lah tinggal member macam itu je. Tahulah dorang ini single, sekurang-kurangnya cakap lah 'bye, kitorang dating dulu. Jom di kelas jap lagi' ini tak main blah macm itu je.
Sedangkan Farisha hanya jasad berada di situ, tapi hati dan fikiran terbang entah ke mana. Entah apa yang bermain di fikiran Farisha saat ini.
"Mirul ni nama je pengawas, tapi dia sendiri yang langgar peraturan" kata Amelia seperti tak berpuas hati dan ketidakpuasan hati dia itu di dengar oleh Khairul. Kerana kedudukan Khairul dan Amelia hanya beberapa meter sahaja.
"kau jeles kan ni? Kalau kau nak cakap, aku boleh bawa kau dating bahkan lebih romantik dari dorang tu" Khairul sudah menaik turun kan keningnya sambil tersenyum mengejek.
Amelia menjeling dan memberi sedas pukulan di belakang Khairul, sampai Khairul mengadu sakit. Geram betul Amelia bila melihat senyuman dan ketawa Khairul itu. Kalau negara ini tiada undang-undang, dah lama Khairul jadi santapan 'buaya' betina.
"aku dengan kau dating? Memang tak lah. Dab jom tinggalkan otak miring ni. Takut nanti dengan korang sekali jadi miring macam mamat tiga suku ni" ajak Amelia sambil menarik tangan Farisha yang masih berada dalam alamnya sendiri.
Pandangan mata Farisha hanya tertuju ke arah Sarah yang berusaha menarik perhatian Naufal itu, sambil tangan Sarah itu cuba memeluk lengan Naufal.
Walau sekuat apa pun Naufal menolak, Sarah seumpama rumput kemuncup yang berusaha nak melekat di pakaian manusia walau dah dielak tetap juga melekat.
Yang entah kenapa hati Farisha terasa sakit yang amat. Bagai beribu pedang menusuk jantung dia. Sakit yang macam dia pernah rasa, tapi entah bila dia rasa perasaan sakit itu. Dia langsung tak ingat bila, di mana dan mengapa. Yang pasti hati dia sekarang ini sangat sakit.
Mungkin juga hanya perasaan yang terbawa-bawa dari semalam. Perasaan sakit hati dengan Faizam semalam belum redah, itu yang terbawa sampai sekarang.
'buat apa aku nak sakit hati pula, dah sah-sah Naufal tu boyfriend 'diva' tu' desis hati Farisha.
Tapi, tanpa Farisha sedar, dia mengepal tangan menjadi penumbuk. Bila-bila masa tumbukan dia akan melayang, seandainya tiada yang menyedarkan dia dari lamunan dia.
"hoi! Dee. Kau termenung apa, sampai kitorang panggil pun kau tak dengar" sergah Airin sambil menepuk bahu Farisha agak kuat.
Farisha tersentak dari lamunan. Terus dia menggeleng-geleng kepala menghalau segala fikiran negatif dia. Farisha menampar-nampar pipi dia, supaya dia kembali sedar ke alam realiti.
"kenapa korang panggil aku?" tanya Farisha bila dia dapat menguasai dirinya semula.
"kitorang panggil ajak masuk kelas. Kejap lagi loceng masuk bunyi, tapi kau boleh pula melamun." terang Amelia.
"dah melamun sambil tenung Naufal dan Sarah bagai nak tembus. Jangan cakap yang kau jeles?" tanya Airin menaik turun keningnya, mengusik Farisha.
Airin sengaja nak mengusik Farisha. Dia bukan tak tahu yang mata Farisha itu asyik melihat ke arah Sarah dan Naufal. Dan Airin juga melihat yang tatapan mata Naufal turut membalas renungan Farisha itu.
Seperti ada sesuatu dari tatapan mata kedua orang itu. Tatapan mata yang hanya di ketahui ertinya oleh mereka berdua.
Airin yakin yang Farisha tak perasaan yang Naufal membalas tatapan mata dia, kerana kalau Farisha perasaan awal-awal lagi Farisha akan mengalihkan tatapan mata dia.
Selama ini Airin tahu, Naufal selalu menatap Farisha, dan Airin juga tahu Farisha dan Naufal selalu bereye contact walau hanya sesaat kerana Farisha yang akan duluan memutuskan eye contact antara mereka berdua.
Airin tak tahu ada apa antara Naufal dan Farisha, tapi dia dapat rasa sesuatu antara Naufal dan Farisha. Tapi biarlah, nanti-nanti dia korek tersurat dan tersirat di balik semua ini.
Tiba-tiba Airin mengaduh sakit apabila lengan dia terasa pedas dan sakit. Bila dia menoleh Farisha baru menarik tangan dari lengannya. Ini mesti lembam kejap lagi, kerana cubitan Farisha sangat berbisa.
"kau dengan Faizam dua kali lima sepuluh. Patut korang ni kahwin sebab dua-dua gila, otak senget. Buat apa aku nak jeles, buang-buang waktu tahu tak. Dah lah aku naik dulu. Bye" tanpa mempedulikan Airin yang mengaduh sakit dan kawan-kawan dia yang tertawa itu, Farisha terus berlalu dari situ.
Sebelum berlalu itu, Farisha sempat melihat senyum senget Faizam, tanda Faizam mengejek dia.
Farisha tunduk, mencapai batu kecil sebelum nak membaling ke arah Faizam. Tapi Faizam yang dapat mengagak apa yang Farisha nak buat, dia dengan cepat mengelek dengan bersembunyi di belakang Naufal, sehinggal Farisha tak dapat nak membaling batu itu.
Oleh kerana rasa geram yang menguasai diri Farisha, Farisha membaling batu itu dengan ke arah kolam air pancuran. Nasib tiada sudah pelajar di kawasan itu, kalau tak ada yang balik benjol kepala akibat balingan batu Farisha.
Mereka yang berada dekat pondok itu terkejut dengan kelakuan Farisha. Dah lah sambil Farisha membaling batu dengan kuat, sambil dia menjerit melepas geram itu. Malah sambil dia berjalan, kaki di hentak ke tanah. Tanda dia betul-betul geram.
"Dee, lek lah. Aku gurau jelah tadi tu" jawab Airin, dia ingat Farisha marah kerana soalan dia tadi, sampai Farisha bertindak luar kawalan macam tadi.
Mereka tidak tahu masalah Farisha dan Faizam. Tapi Farisha juga sebenarnya tidak tahu kenapa dia boleh lepas kendali macam tadi. Padahal selama ini, kalau dia bergaduh sampai rumah nak terbalik pun, tak lah sampai melepas kan geram depan orang ramai macam tadi.
'apa tak kena dengan aku hari ni?' desis Farisha dalam hati sambil kaki laju melangkah menuju tangga sekolah. Dia tak peduli Airin, Amelia dan Aliya yang sudah tercungap-cungap mengejar langkah kaki dia.
Sekarang hanya mereka berempat sahaja, Aisyah mereka tinggal. Malas nak kacau daun. Pandai-pandai lah Aisyah naik ke kelas nanti. Aisyah kan dah ada pakwe.
"Dee, kau nak tau tak. Kau ngan Naufal tu sweet giler." tiba-tiba Aliya bersuara lepas dapat menyaingi langkah kaki Farisha itu.
Aliya langsung tak dapat membaca situasi apa yang tengah berlaku sekarang, malah dia menambah minyak tanah lagi ke api yang sedang nak membara itu.
Farisha terus memberhentikan langkah kaki nya yang menaiki tangga itu. Dia punsing dan menghadap kawan-kawan dia satu persatu. Tatapan mata dia sangat tajam menikam.
"korang ni dah kenapa, tadi jeles, sekarang sweet pula. Lepas ni apa pula?" tanya Farisha menahan diri daripada mencekak kawan-kawan dia itu.
"lepas ni love" dengan rasa tak bersalah nya, Amelia berkata selamba sambil membuat betul hati dengan jari telunjuk dan ibu jari nya itu.
"korang nak aku tolong tempah 'batu nisan' untuk korang ke, sebelum aku arwah kan korang. Nak?" tanya Farisha cuba berfikiran waras lagi.
"heheh. Lek lah Dee. Kitorang ada sebab kenapa kitorang cakap macam ni. Kan kan?" tanya Airin meminta sokongan dari Amelia dan Aliya.
Amelia dan Aliya dengan laju mengangguk kepala tanda setuju.
"cuba korang cakap, apa SEBABNYA?" tanya Farisha dan menekan perkataan 'sebabnya' itu.
Farisha kembali melanjutkan langkah menaiki anak tangga, dan diikuti dengan yang lain.
"tadi masa kau tenung Sarah dan Naufal tu, kalau kau nak tahu Naufal pun tenung kau juga. Tapi kitorang tak tahu lah apa maksud dari renungan Naufal tu" tutur Airin.
Dan tak tahu mana silap nya, berdebuk Farisha jatuh tersujud dekat anak tangga itu. Nasib tiada orang yang melihat, kalau tak malu Farisha nanti.
"Dee, kau okay tak ni?" seru mereka bertiga serentak.
Mereka terkejut bila Farisha tiba-tiba jatuh tersujud. Bila mereka asyik bercakap tiba-tiba Farisha hilang, rupa-rupanya dah tersujud dekat lantai itu.
Farisha menganggukkan kepala dan membuat tanda 'okay' dengan tangan kanannya.
Mendengar penjelasan Airin, dia tak tahu macam mana dia boleh tersadung anak tangga sampai jatuh tersujud dia dekat anak tangga terakhir itu.
Farisha melihat lutut dia dah tergores. Kejap lagi lembab lah ini.
"jangan risau, aku okay. Sikit je ni. Dah jom masuk kelas" ajak Farisha sambil di bantu berdiri oleh kawan-kawannya.
Airin dan Amelia membantu Farisha bangun dan memapah Farisha. Manakala Aliya, membantu membersihkan pakaian Farisha yang kena habuk itu.
'tak guna punya tangga. Sampai sakit kaki aku. Nak berjalan pun susah. Ini kalau sampai aku betul-betul tak boleh jalan, aku bom semua keturunan kau. Biar musnah semua generasi kau, sampai kau tiada waras di masa depan' marag Farisha sambil berjalan perlahan-lahan menuju kelas.
Nasib dia jatuh di tingkat kelasnya, dan nasib tiada orang yang lalu waktu dia jatuh itu. jadi tak lah malu sangat.
Itu lah, dah sekolah bagi kemudahan lif, tapi nak juga acah-acah exercise. Kan dah mendapat. Lepas itu play victim, salahkan tangga. Padahal salah sendiri yang tak hati-hati, tapi acah tersakiti.
☜☆☞☜☆☞☜☆☞☜☆☞☜☆☞
Holla my girlboy friend : ')
Jujur aku cakap, aku agak geli buat part yang berebut lelaki ini. Cringe. Yeahhh aku tahu dan sangat sedar yang part ini banyak cringe dia.
Tapi nak buat macam mana, memang ini dah tertulis dalam draf dulu aku buat. Aku hanya copy paste dan olah sikit-sikit menjadi ayat yang cantik dan menarik menurut aku lah. Tak tau korang macam mana.
Sorry kalau dalam bab ini banyak merapu. Sebab kalau ikut yang sudah aku karang di hari tu, tiada lah panjang begini. Tapi entah lah tetibe banyak idea pula. Jadi baca jelah hahahahah.
Jangan lupa follow, comment and rate this story.
See u next chapter. Lopp u ♡
(10/2/24)
Share this novel