Bab 4

Young Adult Series 6729

Happy reading ♡


~¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤~

"kamu boleh masuk sekarang"

Lepas mendengar arahan untuk masuk, Farisha tarik dan hembus nafas sebelum melangkah masuk. Nervous nak mampus dia rasa. Masuk je kakinya dalam kelas itu, dia langsung tak angkat kepala. Dia hanya menunduk melihat kaki melangkah masuk ke dalam kelas 5 Ibnu Sina.

Sebab apa dia tunduk, sebab dia yakin semua orang tengah pandang dia dengan pelbagai pandangan dan pelik apa yang kejutannya.

Padahal sama je dia dengan manusia lain. Ada kepala satu dan tubuh badan yang lengkap. Tak juga kepalanya tercabut macam BBL a.k.a hantu kepala terbang.

Farisha tidak lupa untuk menutup pintu. Dalam hati dia kagum dengan kemewahan sekolah ini, kerana dalam pun ada penghawa dingin. Macam mana Farisha tahu walaupun dia tak angkat kepala, hawa sejuk yang dia rasa lain bukan macam hawa kipas.

Hawa sejuk itu tambah membuat tubuh badan Farisha menggigil kesejukan kerana nervous. Dah serupa macam penghidap penyakit parkinson.

Farisha tarik dah hembus nafas sekali lagi, sebelum mendonggakkan kepala dan melihat semua yang berada dalam kelas itu.

Saat dia mendonggakkan kepala dan melihat ke depan, saat itu juga pandangan matanya jatuh tepat ke arah orang yang duduk di sebelah Faizam. Ya, Farisha dan Faizam sekelas.

Tanpa disedari oleh Farisha, matanya masih tertumpu ke arah orang yang tengah membaringkan kepala dia di atas meja. Orang itu langsung tidak mempedulikan apa yang tengah berlaku di sekelilingnya.

Lamunan Farisha terhenti ketika mendengar seseorang berkata dengan penuh penghinaan.

"cikgu, apa yang kejutannya. Dia hanyalah budak perempuan yang gedik dan gatal. Dia tenung Naufal tanpa berkedip. Kalau dah miang itu, miang juga." cemuh orang itu dan secara automatik kepala Farisha tertunduk semula. Dia berusaha menahan air matanya dari mengalir keluar.

'baru je tadi aku kata, kan dah kena sebiji. Apa sebenarnya salah aku dan apa masalah dengan orang dalam sekolah ni. Kenapa dorang benci sangat kat aku. Aku baru je masuk sekolah ni dan aku baru seminggu balik Malaysia. Tak sampai sebulan pun lagi, tapi aku dah banyak haters' kata hati Farisha.

'umie, abah. Hantar adik balik Perancis. Adik tak mahu sekolah sini. Adik rindu sekolah lama adik dekat sana' setitik demi setitik air mata Farisha jatuh membasahi pipinya.

"kau boleh diam tak Sarah. Kalau kau tak nak aku lempang kau, you better shut up. Aku tak kisah kalau orang panggil aku 'dayus', I don't even care. I warning you, jangan sesuka hati kau nak menghina orang yang baru kau jumpa for the first time. Especially that girl. Kalau kau berani nak cuit dia sikit pun atau kau sakitkan hati dia. Kau berurusan dengan aku" naik turun naik turun dada Faizam menahan amarah yang di hujung tanduk.

Tangan di kepal. Kalau Sarah masih berdegil dan membuka suara, ada yang mendapat penumbuk sulung dia buat pertama kalinya.

"yang you nak marah sangat ni dah kenapa? Ohh, I think I know why. It's because you already fall in love with that girl. Am I right." dengan kening dah terjongket-jongket sinis, tangan bertepuk-tepuk mencuba memprovokasi Faizam.

"for your information, that girl is my..." tergantung ayat Faizam apabila cikgu Kasma memotong percakapannya.

"dah jangan nak gaduh depan cikgu. Ingat sikit umur korang tu dah berapa. Korang tak malu ke gaduh depan kawan baru kamu ni? Kalau cikgu lah, cikgu dah malu dah" cikgu Kasma mendekati Farisha yang hanya diam menunduk. Dia serba salah dengan Farisha. Tak pasal-pasal kena cop 'miang'.

"kamu boleh memperkenalkan diri kamu dan kamu abaikan je dorang ni. Mungkin pagi tadi 'orang' tu lupa nak makan ubat. Tu yang perangai tak semegah tu" dalam memujuk, cikgu Kasma sempat lagi mengenakan anak muridnya yang seorang itu.

Farisha tarik dan hembuskan nafas panjang. Sekali lagi dia mendonggakkan kepala. Kali ini matanya dia fokuskan ke arah Faizam. Saat matanya dan Faizam bertembung, dia nampak Faizam senyum dan menganggukkan kepala.

Senyuman yang buat dia seketika dapat menenangkan Farisha. Farisha nampak Faizam macam mengatakan sesuatu tanpa suara. Farisha tahu apa yang ingin di sampaikan oleh Faizam.

'you can do it Isha' kata Faizam tanpa suara yang dapat ditafsir oleh Faizam.

"Je m'appelle Al Farisha Daniella Al Iman Nasser" tutur Farisha memperkenalkan diri tanpa menggunakan 'Tengku' di hadapan dia. Entah lah kenapa, tapi dari dulu dia memang suka sebut nama tanpa 'Tengku' itu.

Lagi pun dia selalu ingat pesan abahnya.

"Isha, apa yang kita miliki semua ni, bukan milik kita tapi Allah. Nama 'Tengku' itu hanya sebuah gelaran sahaja. Bukan satu tiket untuk kita mendongak langit dan merendahkan orang lain. Jadi abah tak nak Farisha sombong dengan orang. Selalu bersederhana dan ingat Allah selalu" pesan Tengku Al Iman sehari sebelum dia masuk sekolah ini.

Apabila mendengar nama lengkap Farisha, semua orang hampir ternganga. Mungkin terkejut sebab nama Farisha dengan Faizam hampir sama terutama nama bapa.

Di saat Farisha ingin menunduk semula, tiba-tiba terdengar seorang murid bertanya, "cikgu, kenapa nama bapa dia dengan nama bapa Faizam sama kecuali dia tiada Tengku?"

"kalau dah kembar, memang lah sama. Pasal Tengku tu..." belum habis cikgu Kasma menutur kata, terus ada yang memotong.

"yelah tu kembar. Entah-entah dia ni anak pungut or anak angkat. Dahlah berFrench bagai. Berlagak betul. Tak sedar diri yang dia tu duduk mana. Entah-entah tak reti cakap Melayu dan mengaku kembar Faizam" ejek Sarah sambil ketawa sinis. Gelak tawa itu menular kepada ahli kumpulannya.

Entah kenapa, bukan setakat Faizam yang nak tampar mulut celupar itu, tapi cikgu Kasma pun rasa gatal tangan nak tampar anak muridnya yang seorang itu. Kalau bukan sebab negara ini ada undang-undang, memang dah lama koma anak muridnya seorang itu dia kerjakan. Terlalu kurang ajar dan tak ada adab langsung.

Farisha dah rasa tahap kesabaran yang dia kumpul untuk hari ini dah sampai ke tahap sifar. Orang sekolah ini memang nak menguji tahap kesabaran dia ke apa.

Jangan sampai 'image' angel dia ini terbuka, baru orang nak bertekuk letut depan dia. Dia dah cuba untuk behave seperti janji dia pada kedua orang tuanya dan kembarnya pagi tadi, terutama Tengku Al Wina. Dia taknak memalukan Tengku Al Wina. Tapi memang sekolah ini nak menguji kesabaran dia yang senipis kulit bawang ini.

"perlu ke ada 'Tengku' depan nama saya untuk mengatakan yang saya ni kembar Faizam. Sedangkan nama 'Tengku' hanya sekadar gelaran keturunan dan tak ke mana pun. Bukan boleh terus masuk Syurga kalau ada 'Tengku' dekat depan nama. Nak masuk syurga kena lewati titian sirat dulu dan sebelum sampai titian sirat kena lewati dulu beberapa peringat. Belajar agama kan, mesti tahu apa yang saya cuba sampaikan" bidas Farisha dan tak pasal-pasal dia jadi ustazah instant pula.

Dia dah penat nak menangis. Buat habis tangki air mata dia je. Nampaknya image 'angel' itu memang tak sesuai untuk seorang Tengku Al Farisha Daniella Tengku Al Iman Nasser.

Cukup sampai sini dia berlagak naif dan berimage 'angel'. Sebab ikut arahan keluarga dan kembarnya untuk behave, sampai maruah dia di pijak-pijak.

Semua dah tertegun mendengar 'ceramah' percuma dari Farisha itu. Mata semua tertuju ke arah muka Sarah yang dah berubah merah. Tangan pun dah tergenggam membuat bentuk penumbuk.

Tak sedikit yang tersenyum sinis melihat Sarah yang terdiam tak berkutik itu. Sekarang baru Sarah tahu apabila buku bertemu ruasnya.

"kau..." sambil berdiri ingin membidas kata-kata Farisha itu, tapi tidak sempat dia menghabiskan ayat apabila Farisha memotong ayat dia. Sama seperti yang dia buat waktu cikgu Kasma ingin berucap tadi.

"Saya sangat sedar saya berada dekat mana sekarang ni. Sudah semestinya saya pandai bertutur bahasa Melayu, dah keluarga saya orang Melayu. Tak semestinya, apabila seseorang itu bertutur bahasa lain, dia lupa daratan. Seperti awak juga yang tadi bertutur bahasa English, padahal sekarang awak berada di Malaysia bukan dekat negara Barat." dengan selamba badaknya, Farisha menyambung 'ceramahnya' khas untuk Sarah.

Mahu tak berasap kepala Sarah, apabila ada orang yang memalukan dia secara terang-terangan macam yang Farisha buat itu. Dia dah kehabisan idea nak membalas kata-kata Farisha itu.

"Tapi untuk memuaskan hati cik kak, saya akan ulang memperkenalkan diri saya dalam bahasa Melayu. Nama saya Tengku Al Farisha Daniella binti Tengku Al Iman Nasser. Saya merupakan kembar seibu seayah sedarah daging kepada Tengku Al Faizam Daniel bin Tengku Al Iman Nasser." dah macam kena siasat polis pula yang meragui identiti nya.

"puas hati" kening dah terjongket-jongket memprovokasi Sarah, sama seperti yang Sarah buat terhadap Faizam di awal tadi.

Cikgu Kasma dah naikkan ibu jari tanda 'good job girl' . Dia suka sikap Farisha yang tak seperti murid yang lain, yang mudah untuk di tindas.

Cikgu Kasma juga rasa tak sia-sia masa mengajarnya terbuang begitu sahaja. Bukan apa, tapi cikgu Kasma memang menunggu moment di mana ada seorang murid terutama perempuan yang dapat mendiamkan mulut puaka Sarah itu.

Biar sedar sikit, yang tak semua orang boleh ditindas sesuka hati dia.

Apa lagi, bergema gelak tawa pelajar 5 Ibnu Sina itu. Dalam sejarah ada yang berani lawan Queen of LVY International High School.

Mungkin dorang bakal ada Queen baru tak lama lagi atau the real queen of LVY International High School.

Bak peribahasa Melayu, jangan bangunkan harimau yang sedang tidur atau jangan di jolok sarang tebuan.

Reaksi Sarah jangan dia tanya. Lepas mendengar berbakul-bakul sindiran yang dia dapat, dia hanya mampu terdiam menahan amarah di dada. Tambah lagi bila hampir sekelas gelak kan dia. Mukanya dah merah serupa buntut kerak kena bakar.

"tak guna punya perempuan, first day dah tunjuk taring. Berlagak pula tu. Kau silap orang lah nak lawan aku. Aku bukan mudah untuk dipermalukan macam tadi. Kau tunggu pembalasan aku" kata Sarah sambil duduk menghempas punggung di kerusi. Sakit di punggung tidak sesakit macam hatinya sekarang ini.

'ehek leh, minah seorang ni. Buat orang boleh, bila orang buat dia tau pula koyak rabak' kutuk Farisha dalam hati.

Farisha jongket bahu sambil mata di kenyit kan. Tanda menerima dengan hati terbuka serangan yang bakal dia hadapi kelak. Langsung tak takut sedikit pun dengan ugutan itu.

Malah dia rasa tak sabar. Dah lama dia tak semangat ini nak datang sekolah.

Korang boleh bilang dia gila, tapi dia memang suka jadi gila. Dia rasa nak bersyukur sebab dia tak tolak untuk sekolah dekat sini.

Walau waktu masuk kelas tadi dia nak di pulangkan semula ke Perancis, tapi sekarang dia dah mula rasa seronok.

'maaf kan Isha, wahai ahli keluarga tercinta ku. Isha tak rasa yang Isha boleh behave sangat, bila dah jumpa 'geng' perang dekat sekolah ni' Farisha tersenyum dengan fikirannya itu.

Ini kalau Tengku Farah tahu yang dia dah buat perangai di hari pertama masuk sekolah, mahu dia kena kejar dengan kuali legend Tengku Farah itu.

Faizam tersenyum bangga. Dia suka dengan Farisha yang ini, seorang yang tak mudah kena tindas. Awalnya dia nak menolong membidas kata-kata Sarah, tapi tak jadi. Malah dia terkejut dengan perubahan Farisha yang mengejutkan itu.

Tak sangka Farisha akan seberani itu membalas kata-kata Sarah 'sepedas' itu. Sebab selama ini Farisha hanya akan diam bila dia di tindas dan hanya tersenyum. Tapi tidak dengan Farisha yang ini. Memang osem.

Saat Farisha nak menundukkan semula kepalanya, sekali lagi terbantut. Bukan sebab Sarah, tapi sebab seseorang yang duduk di sebelah Faizam.

Lelaki yang sejak awal Farisha masuk, lelaki itu hanya membaringkan kepal di atas meja. Lelaki itu tiba-tiba mengangkat kepalanya, tepat saat Farisha menghantarkan isyarat 'perang' kepada Sarah tadi.

Kerana lelaki itu lah Farisha dapat sindiran dari minah gedik itu dan secara tak langsung hampir membuka 'topeng' angel nya secara keseluruhannya.

Saat ini, Farisha dan lelaki yang duduk di sebelah Faizam itu bereye contact buat seketika sebelum Farisha mengalihkan tatapan matanya.

Farisha rasa gerun dengan renungan mata lelaki itu. Sangat tajam menikam ke mata tebus terus ke hatinya. Ehh, kau hyeperbola sangat. haha

"seperti yang kamu ketahui, dia adalah kembar kepada Faizam. Jadi cikgu rasa tak salah pun kalau Faizam nak backup kembar dia" cikgu Kasma bersuara semula setelah keadaan kembali tenang, walau ayat dia itu serupa sindiran.

Bukan dia tak tahu perangai Sarah itu macam mana. Dia dah terlebih masak sangat dengan perangai Sarah itu. Hampir lima tahun dia mengajar Sarah dekat sekolah ini. Jadi dia tahu perangai Sarah macam mana. Apalagi kalau menyangkut perihal lelaki idaman dia itu. Memang habis orang itu dia kerjakan.

"kamu boleh duduk di sebelah Airin" arah cikgu Kasma. Masa itu juga ada seorang pelajar perempuan melambaikan tangannya dari arah kumpulan belakang yang berhampiran pintu belakang.

Sebelum berlalu, Farisha meminta diri terlebih dahulu daripada cikgu Kasma sebelum dia berlalu ke mejanya.

"hai, nama aku Tengku Lidia Airin, just Irin. Depan kau pula Tuan Amelia Afifah, just Mel. Sebelah Mel, Sharifah Fatin Aliya, just Liya. Dan yang bak seorang tuan puteri tu, nama dia Wan Sharifah Aisyah. just Syah" Airin yang duduk di sebelah kiri Farisha memperkenalkan setiap ahli dalam kumpulan itu.

"Tengku Al Farisha Daniella, just Dee." sekali lagi Farisha memperkenalkan diri.

Ahli kumpulannya senyum dan memuji tindakan Farisha yang berani melawan Sarah itu.

Dalam kelas itu terdapat lima kumpulan. Dalam satu kumpulan terdiri daripada empat ke lima orang satu kumpulan.

Kumpulan depan terdiri daripada dua kumpulan. Dalam satu kumpulan terdiri daripada empat orang satu kumpulan.

Manakala kumpulan belakang terdiri daripada lima orang satu kumpulan. Kecuali kumpulan dekat tingkap yang sebaris dengan meja guru, iaitu kumpulan Sarah yang hanya terdiri dari empat orang walau meja ada lima.

'Nasib lah cikgu tak campak aku dekat kandang harimau betina itu, kalau tak mahu ada salah satu check in ICU' desis hati Farisha.

Satu lagi kumpulan yang berada di tengah-tengah, iaitu kumpulan Faizam. Kumpulan itu juga mempunyai lima orang pelajar. Kumpulan Faizam special sikit, seperti orang yang paling berkuasa dalam kelas 5 Ibnu Sina ini.

Kerana kumpulan Faizam berada di tengah-tengah kelas.

Kata Airin dalam kelas 5 Ibnu Sina terdiri daripada 22 orang pelajar kesemuanya termasuklah Farisha. 11 lelaki dan 11 perempuan.

Dari tempat duduk Farisha, dia dapat melihat lelaki yang duduk di sebelah kanan Faizam itu, masih merenung dia dengan pandangan yang Farisha sendiri tak boleh nak tafsirkan.

Pandangan itu macam kosong tapi dalam masa yang sama macam ada sesuatu yang tersembunyi. Namun pandangan itu masih sama seperti tadi, tajam seperti helang.

Farisha cepat-cepat mengahlikan pandangan matanya ke hadapan bila sekali lagi dia dan lelaki itu bereye contact.

'hai lah cik jantung aku. Kau dah kenapa berdegup semacam je. Macam tak pernah nampak lelaki handsome je sebelum ni. Padahal dekat sekolah lama, berlambak lelaki handsome. Sampai mata kau dah bersih 'bercuci' tengok lelaki kacukan dan anak mat salleh. Tapi kau tak pernah buat hal macam ini' Farisha mengutuk cik jantung dia.


☜☆☞☜☆☞☜☆☞☜☆☞☜☆☞

Holla my girlboy friend : ')

Cause today is my birthday, so triple update for this week and double update for today ♡

It's my special gift for all my girlboy friend reader (●´з`)♡

Hope u guys enjoy it and don't forget to follow, comment and vote okay •_<

See u in the next chapter, lopp u guys ♡

(15/10/23)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience