Bab 11

Young Adult Series 6729

Happy reading ♡


¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤

"kenapa korang senyap, kenapa tak sambung ketawa?" tanya orang itu bila tawa yang rancang tiba-tiba senyap.

Farisha yang ingin bersuara tapi tidak jadi kerana Aisyah dengan cepat menutup mulut dia.

Pada waktu itu, Farisha melihat tatapan mata Faizam yang menghantar isyarat supaya dia tutup mulut dan jangan balas.

'dorang dah kenapa takut sangat dekat mamat ni. Manusia biasa je pun. Tapi kan, betul lah aura dia ini lain macam sikit. Macam sesuatu sampai seram sejuk aku rasa. Renungan mata dia itu sangat tajam seperti helang. Eh, dia tenung aku sampai nak bunuh aku dah kenapa? Ke dia dengar gosip kitorang tadi.' desis hati Farisha.

'tak boleh jadi ni, aku kena fikir cara nak ceria kan suasana yang serupa tanah kubur ni. Seram dan tegang' kata Farisha lagi dalam hati.

"Syah, tadi kau makan sambal belacan ke? Napa tangan kau bau belacan. Setahu aku kita mana ada beli sambal belacan" hanya itu yang dapat Farisha fikir untuk mengurangkan suasana canggung ini.

Farisha berbisik kunun supaya orang tak dengar, padahal suara dia itu boleh di dengar semua yang ada di sana.

Aliya, Amelia dan Airin dah menahan tawa mereka dari pecah. Mereka tak habis fikir dengan Farisha ini. Orang dah bagi amaran tapi tetap juga gatal mulut itu nak bercakap.

Bukan setakat dorang je yang menahan tawa, tapi jejaka-jejaka hot yang di hadapan mereka pun sama. Sampai merah muka menahan tawa itu. Kecuali satu orang itu, yang muka langsung tiada riak. Ketat memanjang.

Mereka adalah the heartless guy. Mereka sudah duduk di kerusi yang berhampiran kelima-lima gadis itu hampir lima minit dan mereka dapat mendengar apa yang sedang di gosip kan oleh gadis-gadis itu. Siapa lagi kalau bukan Naufal.

Macam mana lah kelima-lima gadis itu tak perasaan ada orang yang dengar perbualan mereka. Itulah kalau dah membawang memang takkan perasaan punya lah.

Namun, keempat-empat gadis itu tak dapat menahan tawa mereka apabila Aisyah menghidu tangan kiri dan kanannya.

"mana ada aku makan belacan. Wangi apa tangan aku ni, bau honeydew lagi." langsung tak sedar yang dia hanya dipergunakan untuk menceriakan suasana.

'kenapa lah awek aku ni biul sangat. Dah terang lagi bersuluh Farisha kenakan dia, dia boleh pula percaya bulat-bulat' batin Amirul dan dia hanya mampu menggeleng kepala melihat gelagat buah hati dia itu.

"kau kenakan aku eh Dee? Tak guna punya member" marah Aisyah sambil mencubit pinggang Farisha bila dia melihat kawan-kawan dia dah ketawa mengekek.

Farisha mengaduh kesakitan sambil menggosok pinggang yang kena cubit itu. Berapi oh.

"puas dah ketawa? Ke belum puas lagi? Kalau belum sambung lah, biar keluar semua ilmu yang korang belajar hari ni. Dah lah mengumpat orang, lepas tu apa yang di belajar hari ni semua keluar sebab ketawa sampai anak tekak nak terkeluar. Orang datang sekolah tambah ilmu, bukan tambah dosa macam korang ni. Ingat sikit ni sekolah, bukan Sarkes" dengan tanpa memikir perasaan orang, Naufal mengambur kata-kata pedas dengan bahasa 'berlapik' versi dia itu.

Dalam nada percakapan dia yang agak dingin itu, namun terselit nada mengejek yang dia khas kan untuk Farisha.

Farisha tahu yang semua kata-kata Naufal itu untuk dia, tambah lagi bila Naufal menjongket kening seperti mengejek dia.

"kau..." sudah mestinya Farisha tidak akan tinggal diam bila dah di ejek seperti itu. Tapi kata-kata cacian dia terpaksa tertelan balik apabila Airin dengan cepat menutup mulut dia dan diikuti Aisyah sampai tak bernafas dia.

Airin dan Aisyah melepaskan mulut Farisha bila melihat muka Farisha dah berubah merah. Tapi dorang masih berjaga-jaga. Kerana dorang tahu, Farisha bakal membidas kata-kata Naufal itu dengan tak kalah pedasnya.

Bukan Farisha seorang je yang perasaan, tapi dengan dorang sekali perasaan yang kata-kata Naufal itu memang khas untuk Farisha bila melihat renungan mata dan tingkah laku Naufal.

Jadi sebelum dewan bola keranjang itu bertukar jadi WWE, baik dia dan Aisyah menutup mulut Farisha.

"okay lah guys. Kitorang balik dulu dah petang sangat dah ni. Jumpa esok. Isha jom balik dah nak magrib dah ni, takut jalan jem pula." Faizam terus menarik Farisha keluar dari gelanggang itu.

Faizam tahu Farisha tidak berpuas hati dengan sindiran Naufal itu. Terlihat jelas di wajah Farisha yang merah sampai ke telinga tanda dia sedang menahan amarah.

"kenapa kau tarik tangan aku. Aku belum pun lagi meletuskan gunung berapi kau dah main tarik-tarik" marah Farisha tak puas hati bila amarah yang berada di puncak tak terlepas gara-gara Faizam menarik dia keluar dari dalam dewan.

"kau jangan nak mengada-ada meletus kan gunung bagai. Aku takut nanti kau yang 'meletus', pastu datang bilik aku menangis. Tak pun tak nak turun makan. Aduh!" Faizam mengaduh sakit apabila tangan dia panas kena 'sepit' ketam Farisha itu.

"padam muka. Baru puas hati aku" Farisha terus melarikan diri sambil menjelir lidah selepas mencubit Faizam.

Faizam menggeleng kepala melihat mood 'suis' Farisha itu. Sekejap k.o, kejap lagi okay. Sungguh Faizam sangat tak faham dengan mood swing perempuan.

•••

Selepas Farisha meninggalkan dewan meninggalkan, kawan-kawan Farisha yang sempat termangu-mangu akibat perbuatan Farisha, terus meninggalkan gelanggang itu bila kesedaran menguasai diri mereka kembali.

Sekarang dalam gelanggang hanya tinggal the heartless guy.

"boleh-bolehnya lah kita tak perasaan the heartless guy dekat belakang dan kita tak perasaan semua orang dah balik tinggal kita dan the heartless guy je." kata Aliya memulakan perbualan sambil menuju kenderaan masing-masing.

"macam mana nak perasaan kalau kita sibuk bergosip. Tiga jam kita habiskan dengan bergosip. Tu yang tak perasaan semua orang dah balik."

"ni semua gara-gara Dee. Dia yang tanya kita itu-ini, pastu boleh pula dia buat lawak masa Naufal ada. Lepas dah buat kita mati kutu, dia terus blah macam tu je." sambung Amelia lagi.

"aku tak sangka yang Dee tu kelakar juga eh. Sampai kejang perut aku ketawa dan dia kalau dah membebel tak reti pendek. Apa lagi kalau dah mengutuk orang, perhh kaw-kaw beb" tutur Aisyah. Sampai dia tak habis fikir, laju betul sel-sel otak Farisha itu berhubung.

"aku harap sangat yang Dee itu tak buat 'kerja' gila lepas ni. Tadu kalau aku tak tutup mulut dia, confirm gelanggang basketball tu berubah jadi gelanggang WWE." tidak dapat di bayangkan kalau sampai perkara itu berlaku. Mana nak di cari pengadil lagi.

"sampai di luar korang sambung. Tak habis-habis lagi ke gosip korang tu?!" dush terus jadi tugu negara keempat-empat gadis itu.

Sekali lagi, the heartless guy telah berada di belakang keempat-empat gadis itu tanpa gadis-gadis sedari.

Tanpa menoleh ke belakang, keempat-empat gadis itu terus berdesup lari menuju kenderaan masing-masing.

"nasib classmate dan awek member plus musuh member, kalau tak dah lama aku buat dorang tu pindah sekolah" tutur Naufal tanpa rasa bersalah.

Satu tumbukan hinggap di belakang bahunya.

"kalau kau berani buat awek aku pindah, aku tumbuk muka beku kau tu" ugut Amirul.

Naufal buat muka mengejek. Langsung tak takut. Naufal terus menuju ke arah Honda CBR150 motosikal dia yang berwarna hitam itu. Dia terus menyarung helmet full face dan tanpa salam, dia terus meninggalkan kawan-kawan dia yang terkaku di kawasan parking itu.

"aku rasalah kan, kejap lagi ni bakal berlaku perang. Aku tak sangkak perangai kembar Izam macam tu. Itu terlebih air dalam otak, sampai rosak segala wayar-wayar dalam kepala dia tu. Sangat berbeza dengan Izam yang cool dan pendiam" tutur Khairul.

"memang sesuai lah dia dengan Mel, Syah, Leya dan Irin. Satu kepala semua dan lepas ni makin bising lah kumpulan dorang tu" sambung Ikram.

"okay lah, aku chau dulu" kata Amirul dan mereka berjabat tangan alah-alah lelaki sebelum masing-masing menaiki motorsikal yang berkuasa tinggi itu.

•••

Farisha asyik menukar siaran tv di dalam bilik dia. Satu pun tiada yang menarik minatnya.

Homework dia dah siap dan nak layan 'oppa-oppa', dia tiada mood.

Farisha membuat keputusan untuk mengacau kembar tersayang dia iaitu Faizam.

Dia tahu Faizam sekarang berada di ruang keluarga di tingkat dua. Sebab tadi sebelum dia naik ke bilik, dia ternampak Faizam tengah menonton tv.

Farisha terus turun dari tingkat tiga ke tingkat dua dengan menggelongsor di pegangan tangga.

"ini kalau umie nampak aku 'buat gila', mahu 'naik' hantu umie aku tu. Haraplah umie dah berkurung dalam bilik" doa Farisha dalam bilik sebelum menggelongsor turun.

Ini lah kerja 'gila' yang Farisha selalu buat kalau dia malas nak guna kemudahan yang di sediakan. Kerana kerja 'gila' dia ini, selalu membuat Tengku Farah naik darah.

Farisha bukan apa, dia tak suka naik lif, sebab dia selalu pening kalau naik lif yang selalu naik secara mengejut dan turun mengejut.

Lif di rumah dia tak lah macam itu, kalau tidak dah lama Farisha bom lif rumah dia. Tapi sebab dia nak ada style, maka datang lah idea gila dia itu. Tanpa dia sedar perbuatan dia itu, seperti menyerah diri kepada malaikat maut.

Farisha nampak Faizam sedang asyik melayan movie di Netflix. Farisha tak tahu movie apa yang sedang Faizam tonton. Yang dia tahu movie itu seperti movie perang-perang.

"hoi!!" Farisha mengejutkan Faizam yang leka melayan movie.

Faizam langsung tak terkejut, kerana dia boleh melihat bayang-bayang Farisha dari kaca tv.

"kau nak apa datang-datang kacau aku ni, fikir aku terkejut lah tu. Eh, kau ni tepi lah. Punya luas sofa yang abah beli, sini juga kau nak" marah Faizam bila Farisha tiba-tiba datang dan duduk sebelah dia sambil membaringkan kepala di bahu dia.

Melihat Farisha yang tak 'makan' saman itu, akhirnya dia biarkan je. Dia dah terbiasa dengan perangai Farisha ini. Nasib kembar, kalau tak dah lama 'hilang' kepala Farisha itu dia buat.

Farisha hanya buat tak tahu. Dia terus menghala pandangan ke arah kaca tv. Tapi otak dia memusing kembali kejadian petang tadi, di mana persoalan yang dia ajukan belum terjawab oleh kawan-kawan.

"Am, aku nak tanya ni" Farisha memulakan mukadimah bila hampir setengah jam berdiam diri.

"hmm" sahut Faizam malas.

"aku nak tanya 'ulat bulu' dan 'harimau' tu couple ke?" soalan yang di ajukan oleh Farisha membuat dahi Faizam berkerut-kerut cuba mencerna soalan Farisha itu.

"siapa yang kau maksud 'ulat bulu' dan 'harimau' ni?" tanya Faizam apabila otak dia tidak dapat mencerna soalan itu.

"siapa lagi kalau bukan 'diva and mafia of LVY International High School'" kali ini kerutan Faizam bertambah dua kali lipat.

"aduh!! sakit lah bangang" marah Farisha bila Faizam tiba-tiba melastik dahi mulus dia.

"dah kau pun bercakap putar belit. Kalau 'diva' mungkin aku tahu lah, Sarah kan?! Tapi kalau 'mafia' siapa pula?! Boleh tak kalau tanya soalan tu straight to the point je, takpayah putar sana putar sini, pening kepala aku. Dah lah kacau aku layan movie" bebel Faizam.

Ini kalau orang luar nampak, mahu mulut sampai ke tanah sebab tak percaya seorang Tengku Al Faizam Daniel yang hanya bercakap sepatah dua patah, boleh membebel mengalahkan mak nenek. Sebelas dua belas dengan Farisha kalau dah start membebel.

"ish, kau ni yang lembab sangat dah kenapa? Lupa makan vitamin ke pagi tadi." ejek Farisha. Selepas itu, dia terus mengaduh sakit lagi apabila kali ini telinga dia pula jadi mangsa Faizam.

"mafia tu salah satu kawan baik kau lah, siapa lagi" Farisha menjawab sambil menggosok telinga dia yang merah akibat kena tarik oleh Faizam.

"Ya Allah, ada juga yang aku 'arwah' kan malam ni. Kawan aku banyak, yang kau maksudkan siapa?!!" Faizam dah mula hilang sabar dengan Farisha yang suka main tarik tali.

'kalau bukan sebab kau adik aku, dah lama aku humban kau dari tingkat dua ni ke tingkat satu' desis hati Faizam.

Kalau bercakap dengan Farisha ini, memerlukan stok kesabaran yang banyak. Kalau tak, mungkin ada yang maksud icu.

"bak kata mafia tu tadi, 'kalau bodoh tu simpan sikit jangan nak tunjuk sangat bodoh kau tu'" tutur Farisha sambil meniru gaya percakapan orang itu.

Semakin geram Faizam dengan Farisha ini. "kau kalau tak nak orang rumah ni hura hara, baik kau cakap betul-betul" semakin tinggi keinginan Faizam untuk menghumban Farisha dari tingkat dua ini.

"lambat pick up lah kau ni. Meh sini adik tercantik kau ni bagai tahu. Kau pasang telinga dan dengar betul-betul. 'harimau' plus 'mafua tu..." Farisha mengantungkan ayatnya sambil menarik nafas dalam dan menyambung semula kata-kata dengan sekali lafaz.

"TENGKU AZRIL NAUFAL BIN BAPANYA" oleh sebab Farisha tidak mengetahui nama beliau Naufal, jadi dia sebut lah berbin kan 'bapanya'.

Walau dah sebulan bersekolah dekat situ, tapi Farisha masih belum mengetahui nama penuh Naufal. Bukan setakat Naufal, hampir sekelas dia tak tahu nama penuh pelajar dalam kelas dia itu.

Faizam ketawa dengan kuat bila mendengar gaya percakapan Farisha yang menyebut nama Naufal itu dengan sekali lafaz. Dah serupa orang nak akad nikah pun ada.

"aku rasa kau dah boleh pigi Thailand kut, tukar jantina kau jadi lelaki. Boleh kau sebut nama Naufal mac kau nak akad nikah. Tapi kau kena lah sebut nama beliau Naufal dengan betul. Baru imam 'sah' kan korang" makin kuat ketawa Faizam melihat jelingan maut Farisha itu.

"kuang ajar kau. Kau yang patut aku 'arwahkan' biar lenyap terus kau dari muka bumi ni" marah sungguh Farisha bila Faizam suruh dia pergi Thailand tukar jantina. Faizam ingat dia ini geng abg Nur Sajat ke.

Mampus dia kena libas dengan belati oleh Tengku Al Iman dan Tengku Farah kalau sampai benda itu terjadi. Minta simpang Malaikat.

"suka hati kau je nak bagi orang gelaran. Ini kalau dorang dengar, 'arwah' lah kau" tutur Faizam dengan sisa tawa dia. Aduihh lah Farisha, sampai kejang perut di buat nya.

"cepatlah jawab soalan aku tu. Lagi pun aku tak takut lah dengan dorang itu. Aku lastik je dahi dorang, terus berlulut depan aku minta maaf" jawab Farisha berbangga diri.

"hek eleh, berlulut minta maaf konon. Kalau Naufal berlulut mungkin sebab nak lamar kau. hahaha" makin kuat ketawa Faizam bila melihat muka Farisha yang merah menyala itu.

"minta simpang Malaikat. Tak hengi aku kahwin dengan 'mafia plus harimau' itu. Tak pasal-pasal tak sampai sejam kahwin dah arwah dah aku kena serangan jantung mengejut" hanya dengan membayangkan sahaja Farisha sudah seram sejuk, apalagi kalau betul-betul tak terbayang kan macam mana.

Makin menjadi-jadi ketawa Faizam, sampaikan tv yang menonton 'drama' kembar berdua itu.

"yelah tu tak hengi. Tapi sibuk juga kau nak tahu hubungan dua orang tu kan. Mulut kata tak, tapi hati kata nak nak. Are you jealous if they are in a relationship?" tanya Faizam sambil menaik turun keningnya.

Dan kali ini, semakin bergema suara ketawa Faizam menguasai tingkat dua itu. Mungkin suara Faizam boleh di dengar hingga ke tingkat bawah. Semakin merah muka Farisha, maka semakin kuat lah ketawa Faizam.

Sungguh malam yang menyenangkan bila dapat membuli kembar dia ini. Sungguh moment yang dah lama dia rindu kan setelah bertahun-tahun berpisah.

"Ya Allah, Isha..Am. Korang ni dah kenapa, tahu tak sekarang dah jam 11 lebih. Yang tak tidur lagi ni kenapa. Dah lah tak tidur, buat bising pula itu." tiba-tiba terdengar suara petir seseorang dari arah belakang mereka berdua.

Terus berpusing kepala kembar itu ke belakang. Di sana dorang melihat Tengku Farah sudah bercekak pinggang dengan muka yang menakutkan. Siap nak 'makan' mereka berdua.

"nak tidur lah ni umie. Tapi ni haa Isha yang tiba-tiba datang dan ajak Am berborak sambil dia berangan-angan kalau Naufal berlutut dan melamar dia" tutur Faizam dengan selamba badak dan dia terus mengaduh sakit apabila pahanya jadi mangsa 'sepit' ketam Farisha.

"padan muka. Kau cakap yang bukan-bukan lagi aku cubit kau sampai tercabut kulit kau tu" marah Farisha apabila Faizam kata dia berangan-angan kena lamar Naufal. Memang cari nahas Faizam ini.

Farisha bersiap sedia nak mencubit Faizam sekali lagi, tapi dengan sepantas kilat Faizam berlari bersembunyi di belakang Tengku Farah.

"meh, sini umie cubit kamu berdua pula. Kalau tak gaduh memang tak sah kan. Dah sekarang umie nak korang berdua masuk bilik tidur sebelum umie cubit betul-betul" arah Tengku Farah.

Farisha yang masih belum berpuas hati, hanya pasrah dengan arahan Tengku Farah. Kang melawan derhaka pula.

Farisha salam tangan Tengku Farah dan terus menaiki tangga sambil menghentak-hentak kaki tanda protes.

"apa yang Am buat dengan Isha, sampai merah menyala muka dia tu. Nasib baik tangga tu simen tau, kalau tak nak runtuh tangga dia buat" Tengku Farah terus menyoal Faizam.

Tengku Farah sangat yakin mesti sesuatu telah berlaku antara kedua anak kembarnya itu. Kalau tak, takkan lah Farisha boleh semarah itu sampai menghentak-hentak kaki. Nasib tangga itu berbalut karpet baldu, kalau tak ada juga esok pergi sekolah pakai tongkat.

"tiada apa umie. Biasalah gurau-gurau manja." tutur Faizam sambil menahan tawa mengingat muka tak puas hati Farisha itu.

'Habis lah, mesti Farisha dah 'on' kan suis perang persaudaraan ini. Tak pelah bukan selalu dapat buat Farisha macam itu' desis hati Faizan.

"hm, yelah tu. Dah bagi mati tv tu, pastu naik bilik tidur dah lewat sangat dah ni. Esok sekolahkan." arah Tengku Farah yang hanya di anggukan kepala oleh Faizam tanda faham, sebelum beliau berlalu masuk ke bilik.


☜☆☞☜☆☞☜☆☞☜☆☞☜☆☞

Holla my girlboy friend : ')

Jgn lupa follow, comment and vote story saya tau ♡

See u next chapter. Lopp u ♡

(5/2/24)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience