Happy reading :')
¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤
"Hei! Perempuan, apa masalah kau eh? Tak sudah-sudah nak mengedik. Yang kau buat Naufal macam tu dah kenapa, nak cari perhatian? Jangan disebabkan kau kembar Faizam, kau boleh sedap rasa nak buat Naufal macam tu." sergah seseorang sambil menarik kasar bahu Farisah.
Hampir tersungkur Farisha dibuatnya.
"bila masa aku mengedik pula ni? Dan bila masa aku cari perhatian pula ni?" tanya Farisha malas.
Farisha balas menentang mata orang yang main kasar itu. Tak sah kalau tak main geng. Mentang dia tengah sendiri, terus kena serang hendap.
Tahu lah hari itu nak serang hendap tak jadi sebab ada Amelia kak long kawasan. Ini dia tengah sendiri mula main mengeroyok.
Empat lawan satu. Kau rasa boleh ke aku menang. Dah lah siap bawa air sirap lagi. Aku ini dah fobia bila orang serang beramai-ramai sambil bawa air sirap ini. Silap langkah, mandi free lagi.
"kau kata, kau tak mengedik? Tolak-tolak Naufal tu apa? Bukan mengedik dan cari perhatian ke nama dia?" sinis salah seorang pelajar yang berambut panjang di ikat ekor kuda.
Mengucap panjang Farisha dalam hati. Ini mesti kes tak tengok apa yang berlaku. Dah sah-sah Naufal halang jalan dia dan cari gaduh duluan dengan dia, takkan nak diam aje macam patung.
"dah lah sesuka kau aje gelar Naufal harimau. Suka lah tu bila Naufal pun balas gelar kau singa kan. Konon-konon sweet lah tu. Ada nama panggilan." tambah seorang pelajar berambut sebahu.
"jadi perempuan tu jangan nak murah sangat boleh tak. Jangan disebab kan Naufal tu kawan kembar kau, kau nak mengedik. Kau ingat ni novel ke. 'Sahabat kembar aku, kekasih hatiku'. Oh! Tolonglah. Cringe lah. Wake up girl, wake up. Naufal tak pandang pun kau ini. Dah lah pendek. Muka pasar malam. Ada hati nak dengan king sekolah ini. Sungguh memalukan." serang seorang pelajar yang tinggi beberapa inci dari Farisha.
Ini dah lebih dah ini. Main tinggi pula. Dia kata muka aku yang comel lagi cantik ini muka pasar malam. Banyak jelek muka dia.
Masa Farisha nak balas balik, pelajar tarik bahu Farisha tadi bersuara lagi.
"Naufal tu sepadan dengan Sarah. Queen sekolah ni. Kalau nak di bandingkan kau dengan Sarah, bagai langit dengan bumi. Sarah lagi perfect dari kau. Kau tu hanya muka PASAR MALAM. Ingat itu MUKA PASAR MALAM" kata Ain sambil ketawa. Dia menekan kata 'pasar malam'. Mesti ini ketua geng dorang. Muka aje baik, tapi mulut nauzubillah.
Keempat pelajar itu ketawa bila Farisha diam tak berkutik. Bila melihat muka Farisha merah, tambah kuat ketawa dorang.
Sekarang Farisha dah tahu, ini mesti 'penjilat' Sarah si wildcat itu.
Farisha buat muka bosan. Konon-konon berani. Walau dalam hati dah berdoa, meminta pertolongan. Mana tahu pengeran berkuda datang menolong puteri malang dia ini.
Sebenarnya boleh je Farisha melawan, tapi dia sudah janji untuk tidak buat masalah dah berakhir di bilik disiplin. Boleh terbang tahi telinga dia kena ceramah percuma.
"korang ni mesti 'penjilat' Sarah kan. Tu yang main serbu je bila aku buat queen korang jeles menonggeng malam tadi kan. Korang ini mesti buta mata dan buta hati. Korang tak tengok ke, siapa yang kacau siapa dulu. Siapa yang datang kacau siapa duluan? Ada aku datang merangkak dekat Naufal? Ke korang ini masa kejadian takde dalam cafeteria tapi bila queen korang tu mengaduh itu ini, terus percaya. Nampak sangat 'penjilat' dekat situ" balas Farisha tanpa dosa.
Kalau nak tunggu pengeran berkuda, lambett lagi. Sempat dia kena 'panggang'.
"hemp. Kau nak? Nak mandikan aku sekali lagi dengan air sirap ini? Cringe lah cara korang ini. Macam budak baru tabika pula. Sikit-sikit nak main dengan air. Jangan sebab kau tinggi macam tiang karat, kau nak siram aku macam kau siram bunga. Kalau nak jadi jahat tu, sila study dulu cara-cara orang nak membuli macam mana. Jangan asal ikut novel aje. Orang dah boleh agak lah. " Farisha menahan tangan pelajar yang tinggi itu sebelum orang itu sempat 'memandikan' dia. Farisha dah agak yang dia akan di 'mandikan' lagi, jadi dia sudah bersiap sedia.
"kau..." belum pun orang yang diberi nama Syuhadah nak membalas, datang seseorang dari arah belakang Farisha.
"kalau nak gaduh jangan tengah jalan. Itu padang luas. Sila pegi padang. Jangan nak gaduh dekat sini, menghalang orang nak lalu." tegur seorang itu dengan suara khasnya.
Adakah dia ini jawapan dari doa-doa aku tadi? Tapi takkan lah mamat ini jadi pengeran berkuda aku pula. Spoil betul lah.
Dari suara pun Farisha dah tahu siapa. Nampak sangat Farisha dah dihantui oleh suara itu.
Keempat-empat gadis itu dah menikus. Takut kena maki.
"mana ada kitorang gaduh. Kitorang ah...tu...Ha, kitorang nak berkenalan dengan kembar Izam. Mana tahu boleh jadi kawan. Kan" kata Ain sambil memeluk bahu Farisha. Buat-buat akrab gitu.
Farisha menjulingkan mata ke atas. Meluat sungguh. Tadi bukan main macam kak long kawasan main tarik-tarik bahu orang. Sekarang boleh pula nak peluk bahu aku. Ingat bahu aku ini apa.
"ini, orang dia dah. Kenapa korang tak tanya dia kenapa aku tolak dan gelar dia harimau. Daripada korang main keroyok aku macam ini, baik korang keroyok dia. Dah lah aku nak masuk kelas. Dari layan muka 'syling' macam korang, baik aku masuk kelas belajar. Sekurang-kurangnya aku boleh menambah ilmu pengetahuan, daripada layan geng duit 'syling' yang ada dosa aku bertambah. Tak pun mesti dah masuk bilik disiplin. Okay, bye" Farisha berkias.
Farisha melenggang meninggalkan pelajar-pelajar itu dengan Naufal. Ingat aku ini tak reti nak bermulut laser ke.
Kerana mulut laser aku ini lah, muka member itu, macam ketam rebus aku panggang kelmarin.
Tadi cakap orang mulut nauzubillah, last-last mulut sendiri yang terlebih nauzubillah.
Keempat-empat itu sekali lagi tercengang. Rasa nak cakar-cakar mulut celupar Farisha itu.
Mereka tertunduk, takut dengan pandangan mata lelaki di hadapan mereka.
Tapi sebelum salah seorang dari mereka menunduk tadi, dia sempat melihat senyuman kecil di bibir Naufal.
"korang pula, tak reti nak masuk kelas ke?" sergah orang Naufal tiba-tiba. Dia perasaan akan mata yang memandang dia itu, terus raut wajah dia berubah kembali beku.
Terus keempat-empat pelajar itu berjalan laju meninggalkan Naufal.
•••
Boleh tahan eh mulut kembar Faizam itu. Pedas. Sampai terbakar pelajar-pelajar itu.
Sekali membalas, boleh tembus ke jantung ayat dia. Langsung tak bertapis.
Ingat hanya dengan dia Farisha berani, rupanya Farisha jenis tak mudah kena tindas. Di nampak pendiam, tapi sekali bersuara memang hangus orang kena 'bakar'.
Sebenarnya tak sengaja lalu dekat situ. Dia ingin ke bilik gerakan untuk ambil buku nota dia. Tapi entah kenapa dia memilih jalan jauh.
Padahal boleh aje dia ikut laluan bilik guru sebab bilik guru bersebelahan dengan bilik gerakan. Tapi dia ikut laluan menuju locker pelajar.
Alhasil, dia layanlah drama sebabak itu. Rasa nak tergelak aje tengok muka Farisha bila pelajar itu gelar dia pendek. Memang eh, perempuan pantang kalau di sebut pendek.
Pendek itu cute apa. Comel aje kalau berlari terkedek-kedek.
Entah kenapa tadi, dia nak maju bila salah seorang pelajar itu hendak 'mandikan' Farisha dengan air sirap.
Tapi tak disangka Farisha cekap dan tahu apa akan berlaku. Mungkin belajar dari pengalaman yang hari itu kut.
"hoi, yang kau lama sangat ambil nota ni dah kenapa? Ke kau buat kilang buku nota?" tanya Amirul bila melihat Naufal masuk kelas.
Hampir dua puluh minit Naufal menghilang. Kata nak ambil buku nota dekat bilik gerakan, tapi macam pergi makmal sains yang dekat belakang bangunan sebelah pula.
Naufal tak menghiraukan soalan Amirul. Dia menyambung latihan fizik yang diberi tadi sebelum dia keluar kelas untuk ke bilik gerakan.
Mata dia sempat menjeling kumpulan dekat pintu belakang itu.
Dia senyum sinis bila Farisha tanpa sengaja tereye contact dengan dia. Kening di jongket.
Farisha julingkan mata ke atas. Menyampah betul. Orang nak tengok Faizam, sibuk aje dia nak tengok sini. Cucuk kang biji mata itu baru padan muka dia.
•••
Seminggu telah berlalu, Farisha dan Naufal patang bertemu mesti perang mulut.
Sinis menyinis takkan lari dari dua orang itu. Kadang macam laki bini yang tengah bergaduh.
Tak terbayangkan kalau dua orang itu kahwin. Adakah perabot dan pinggang mangku terbang berterbangan. Itu hanya takdir yang mampu menjawabnya. Itu pun kalau jodoh dua ekor itu ada dan panjang.
Macam saat ini. Orang nak beratur beli makanan pun nak juga bergaduh.
"kau jalan tu guna mata. Bukan main langgar aje. Ada mata tak reti guna. Baik derma aje mata tu dekat orang yang reti nak guna. Daripada ada mata tapi buat macam perhiasan"
"eh, kau ni dah kenapa nak salahkan mata aku pula. Dah terang-terang lagi bersuluh kau yang langgar aku. Aku duluan kot berbaris dekat sini. Kau yang datang main senggol-senggol bahu. Ingat sweet ke?"
"buat apa aku nak senggol bahu kau. Dah kau berbaris di barisan lelaki. Tak boleh beza ke mana satu barisan perempuan. Main tibai aje. Tahu lah lapar, tapi jangan nampak sangat kebulur kau tu buat malu kaum aje" Naufal senyum senget.
"Kau ini memang tak sah kan kalau tak cari gaduh dengan aku. Memang hidup kau tak lengkap kut kalau dalam sehari tu tak cari gaduh dan menyakitkan hati aku." balas Farisha. Rasa nak arwah kan aje mamat berlaga ini. Tahu lah tinggi macam gala, tapi jangan lah kutuk ketinggian dia.
"Oh, lupa kau memang sengaja nak aku kena serang terus menerus oleh pentaksub kau tu kan. Supaya kau datang, konon nak jadi hero tolong selamatkan heroin. Tolong lah tak hengin aku kau jadi hero aku. Yang ada aku masuk Icu sebab tengok muka kau terus"
"mulut tu kalau tak bercakap banyak memang tak sah kan. Kenapa, nak keluarkan ulat dalam mulut tu ke? Tu yang bercakap tak pandai sikit. Dah banyak gamaknya ulat dalam mulut tu" Naufal memulangkan paku buah keras dekat Farisha.
"satu lagi, aku nak jadi hero untuk kau? Hemp! lambet lagi nyah" Naufal buat gaya alah 'sotong' sahaja nak menyakitkan hati orang yang tengah hangin satu badan.
Puas hati dapat menyakitkan hati Farisha. Sungguh menghibur hati dia. Apalagi kalau muka itu dah bertukar warna. Perh! Sungguh hati dia ketawa jahatlah jawabnya.
"yang korang ini tak reti nak maju-maju kenapa? Nak aku sediakna karpet merah ke baru nak maju. Beli makanan pun nak gaduh. Ada juga aku panggil tok kadi, tolong nikahkan korang. Asal jumpa gaduh. Dua-dua mulut banyak ulat. Itu yang masing-masing berebut nak keluarkan ulat dari dalam mulut" sampuk Amelia sedas.
Orang nak beli makan pun sibuk nak berdrama samarinda dekat sini. Aku lepuk dua-dua karang, mengelepur nyawa dua ekor ni karang. Desis hati Amelia.
Khairul, Amirul, Airin, Aisyah dan Aliya dah tersenyum bila mata dua ekor itu tepat menatap Amelia seperti nak humban Amelia dalam kadang buaya.
Ikram dan Faizam tak ada bersama, sebab dua ekor itu kena jumpa cikgu Fizik mereka. Dorang hanya mengirim makan dengan Khairul. Kejap lah join lah dua ekor itu.
"ini, tok kadi kau. Sebelum kau panggil tok kadi, aku duluan panggil tok iman untuk solatkan kau." marah Farisha sambil menunjuk buku lima dia.
Yang lain dah ketawa bila memahami maksud 'solat' Farisha itu. Terus berubah kelat muka Amelia.
"sampai hati kau kan. Aku masih hidup kau dah get ready nak booking tok imam untuk aku." Amelia buat-buat merajuk.
Entah sampai bilalah drama sebabak demi sebabak ini akan habis.
"kalau nak berdrama sangat, sana untuk kelas teater. Sini orang nak beli makanan untuk di makan. Bukan nak tengok drama entah apa-apa korang ini" tiba-tiba satu suara menyampuk.
Semua menoleh ke arah suara itu.
Terlihat empat orang gadis berdiri sambil memandang sinis ke arah mereka. Lebih tepatnya ke arah Farisha.
Farisha menaikkan kening. Bertanya akan maksud pandangan itu. Bila dia dah dapat tangkap maksudnya, dia terus senyum senget sambil mata di kenyitkan.
"nak join ke, teater kitorang ini. Kitorang pun tengah mencari watak antagonis ini. Yang tinggal watak mak tiri. Hm, bila aku tengok Sarah pun macam sesuailah untuk watak mak tiri. Betulkan?" Farisha pegang dagu buat-buat berfikir sambil menilik muka Sarah.
Farisha sengaja nak balas dendam. Sebab selama seminggu ini, dia asyik kena serang aje oleh 'penjilat' the queen wildcat itu. Ada aje yang tak kena.
Sampai dia hampir tersungkur jatuh menyembah bumi di tolak dari belakang. Kalau bukan sebab Airin ada sama, mungkin lutut dia dah calar balar.
Tak pasal-pasal cuti sakit lagi dia.
Muka Sarah jangan cakap lah sekarang ini. Dah macam ketam terlebih rebus. Kalau apa yang di rasa boleh terluah, mungkin ada asap yang keluar dari hidung Sarah.
Yang lain dah ketawa. Ketawa Amelia dan Khairul paling kuat. Suka sangat dorang tengok muka Sarah.
Amelia, Amirul dan Khairul serentak mengangkat ibu jari tanda sokong kata-kata Farisha.
"kau ini makin lama, makin kurang ajar kan. Makin berlaga aku tengok. Kenapa, sebab Naufal dah dekat dengan kau, kau pun rasa boleh jadi queen sekolah ini lah, macam itu? Jangan nak bermimpi lah. Kau itu hanya pendatang yang tak diundang. Datang sekolah orang, tapi berlaga macam sekolah dia. Puih" luah Sarah dengan tangan dah membuat penumbuk.
"sekolah kau ke?" hanya sebaris ayat Farisha, tapi makan dalam.
Naufal hanya mampu menjongket kening. Menunggu dalam diam apa yang bakal keluar dari mulut Sarah.
Bila dirasa keberuntungan tidak berpihak pada mereka, terus wildcat angkat kaki. Beredar dari dalam cafeteria itu.
"Makin berlaga betul Dee itu. Mentang-mentang dah agak rapat dengan the heartless guy, mula lah taring dia keluar." komen Anisah.
"takpe. Dia belum kenal lagi Sarah wildcat. Nanti dia dah kenal, terus sujud minta ampun. Time itu aku pijak-pijak muka berlaga dia itu" Sarah berkata dengan dendam penuh kesumat di dada.
"kau Dee, makin lama mulut kau itu makin tak berinsurans kan." Aisyah menggeleng kepala. Apa nak jadi lah ini.
Mungkin sebab Farisha dah terbiasa berdebat dengan Naufal kot, itu kan lidah itu setajam pisau.
Sekali menggores, auto tebus ke jantung goresannya.
Farisha angkat bahu dan terus mengorder makanan. Tak lupa juga dia tolong orderkan makanan Faizam.
Dia yang menawarkan diri nak order dan bayarkan makanan kembar dia itu.
☜☆☞☜☆☞☜☆☞☜☆☞
Holla my girlboy friend ≧ω≦
Actually saya nak update bab baru lepas raya nanti. Tapi sebab tarikh hari ini cantik so saya pun perah otak untuk buat bab ini.
Bab ini tiada dalam draf yang saya pernah buat. Bab ini murni lahir secara spontan hasil saya perah seperah otak untuk hasilkan bab 20 ini.
Saya buat petang tadi. Jadi harap di maklum kalau bab ini merapu dan tak masuk akal. Sebab otak saya agak stuck tambah lagi tengah haus tadi, memang otak pun tak bergerak lah.
Apa-apa pun harap korang enjoy lah. Dan maaf sekiranya tak dapat memuaskan hati korang.
Saya ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya dalam beberapa hari lagi.
Semoga amal ibadah kita sepanjang bulan puasa ini diterima Allah swt. Amin ya rabbal alamin.
Selamat hari raya. Maaf zahir batin. (sahaja ucap awal, sebab saya bakal update bab baru lepas raya. InsyaAllah)
Jangan lupa follow, comment dan rate cerita saya ♡
See u next chapter. Lopp u ♡
(4/4/24)
Follow ig author : trianor_sd
Share this novel