Happy reading ♡
¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤
Naufal hanya tersenyum-senyum mengingat kejadian yang menimpa dia tadi. Apa lagi mengingat mulut orang itu yang pedas mengalahkan cili padi.
Sangat berapi, sampai boleh 'membakar' tubuh dia.
"hoi, kau dari mana? Asal lama kau tukar baju. Ke kau buat baju?" tanya Khairul tiba-tiba.
"jin apa kah yang merasuk kau, sampai tersenyum-senyum. Tak pernah-pernah kau senyum macam ni. Entah kenapa, bila tengok kau senyum macam ni, aku rasa dah di penghujung dunia. Seram pula" Amirul terus meletakkan tangan dia di dahi Naufal.
Takut kalau-kalau Naufal demam panas. Sampai tak sedar. Itu yang hilang kawalan, sampai boleh tersenyum macam itu. Kacak memang kacak, tapi kalau dah senyum macam itu, macam dunia ini nak 'terbalik'.
Mana taknya sejak peristiwa itu, ekspresi muka yang dilihat sekarang ini telah lama hilang di bawa pergi bersama seseorang. Yang tinggal hanya muka datar, muka 'iblis' dan muka sejuk beku Naufal.
"ish, apa kau? Aku sihatlah. Ini lah masalah korang, bila aku senyum dikata di rasuk jin. Bila aku tak senyum, kata aku macam 'iblis'. Korang ni nak apa sebenarnya?" Naufal tak puas hati. Tanpa menunggu jawapan, dia terus berlalu membuat warm up sebelum memulakan latihan.
Amirul bukan tak suka, tapi dia tertanya-tanya. Siapa yang kembalikan semula ekspresi itu. Siapa yang membuktikan yang Naufal itu manusia dan bukannya 'robot'. Apa yang menyebabkan Naufal boleh memunculkan ekspresi itu.
Dan bermacam-macam soalan yang tengah memenuhi otak Amirul sekarang ini.
Soalan-soalan yang bermain di otak Amirul, terbang melayang bila mendengar 'ngauman' Naufal.
"hoi, yang korang tercengang lagi tu kenapa?!" suara Naufal itu membuat semua orang join Naufal melakukan warm up.
Mood captain Naufal dah keluar. Sebelum kena 'panggang' hidup-hidup dan sebelum jiwa 'iblis' Naufal muncul, baik dorang buat apa yang di suruh. Takut nanti balik menangis mengadu dekat mak, sebab 'tikaman' lidah Naufal.
•••
Selepas membuang 'hajat' yang tertangguh akibat perdebatan yang cukup menguras tenaga antara dia dan seorang mamat itu, Farisha terus mengatur langkah besar menuju dewan bola keranjang.
"sampai pun kau. Kitorang ingat kau tidur dalam toilet. Tak pun sesat alam lain, sampai tak jumpa jalan balik sini. Hampir satu jam kut kau hilang" omel Aisyah.
Mana taknya, risau dorang dia buat. Bila Satu jam lamanya Farisha menghilang. Tandas bukannya jauh sangat dari dewan ini, tapi lamanya itu macam dewan ini berbatu-batu dari tandas.
Farisha buat tak dengar. Dia dahlah tengah 'panas' sekarang ini, ini kalau dia layan omelan itu takut ada yang rentung dia 'bakar'.
Farisha mengabaikan pandangan kawan-kawannya itu, dia mengambil sebotol air mineral yang ada di situ dan meminumnya sehingga habis. Setelah habis air itu di minum, dia kemik-kemikan botol itu, seperti itu adalah muka seseorang itu.
Kawan-kawan Farisha yang melihat itu, saling melempar pandangan sesama sendiri dan berinteraksi melalui pandangan mata itu.
"kau dah kenapa tiba-tiba bad mood ni. Ke masa kau nak ke tandas, kau ternampak hantu?" tanya Airin.
"haah. Bukan takat hantu je aku nampak, tapi dengan aku sekali nak jadi 'hantu'. Kalau korang tahu kenapa aku lama pegi tandas, sebab aku terjumpa 'harimau' jadian-jadian. Tak sangka sekolah ni ada belah 'harimau'." kata Farisha sambil anak mata menangkap 'harimau' tengah membuat jaringan gol.
"tak sangka yang 'harimau' tu hebat main bola keranjang. Ingat pandai maki orang je." sambung Farisha.
'macho pula mamat ni bila buat gaya jaringan macam tu. Boleh 'sejuk' balik hati yang panas ni' desis hati hatinya. Tanpa sedar Farisha telah mengagumi 'harimau' nya itu.
Bila tersedar dari kekaguman itu, Farisha terus menampar-nampar kepalanya sambil menggeleng kepala.
Farisha kembali memfokuskan mata ke arah kawan-kawannya yang tengah tergelak kuat itu. Entah apa yang lucu sangat. Dia pun tak tahu.
Ketawa mereka berempat terhenti, bila salah seorang team basket menegur mereka.
"kalau nak gelak sakan tu, blah lah. Cari tempat lain. Orang nak latihan pun susah. Asyik dengar suara korang bergosip je memanjang."
"eleh. Santai lah 'biawak'. Suka hatu kitorang ah nak gelak. Dah kawan kitorang buat lawak, kitorang gelak lah. Bukan macam korang, orang buat lawak ke, buat sedih ke, korang tetap dengan dua kata...tak berperasaan. Muka datar, hati beku 24 jam" bidas Amelia, apabila yang menegur itu adalah musuh ketat dia.
Khairul terus blah masuk semula dalam gelanggang. Malas nak layan lima sekawan itu. Ini baru berlima, sudah riuh sekampung. Kalau lagi ada 'rakyat sotong' berdatangan, mahu riuh sebenua.
Untuk latihan minggu ini dan sampai lah ke hari pertandingan, dewan itu di tutup buat sementara waktu dari pelajar-pelajar sekolah itu. Melainkan yang terlibat dalam pertandingan hujung bulan depan.
Ini semua agar pemain-pemain bola keranjang boleh fokus tanpa ada gangguan. Terutama pemain senior, mereka ingin ketenangan dalam bermain memandangkan ini adalah game terakhir mereka wakil sekolah.
Namun, entah macam mana lima sekawan itu boleh masuk. Semuanya sebab Farisha. Sebab Farisha ada buat syarat. Kalau dia kena tunggu Faizam dalam dewan itu sampai habis latihan, keempat kawan dia kena ada sekali.
Alasannya, dia takut bosan. Kalau ada kawan, taklah dia macam orang gila dalam dewan itu nanti. Dan Faizam mengiyakan.
Coach Daus memberi kebenaran. Kerana dia kenal dengan kelima gadis itu. Kaki gosip sampai tak ingat nak balik. Lagi pun kalau dewan itu tiada orang dan hanya pemain-pemain je, bosan juga.
Syarat yang di buat ini pun di ajukan oleh Naufal a.k.a Captain team Black Eagle itu.
"ish, dah lah tu gelak. Kang tak pasal-pasal bukan takat 'biawak' je bersuara, tap dengan bapa 'harimau' tu sekali. Naya kita jadi 'santapan' percuma 'harimau' tu. Kalau korang nak, jangan ajak-ajak aku. Aku tak nak" Farisha buat-buat muka ketakutan.
"Dee, sejak bila sekolah ni ada pelihara harimau? Kalau ada, kenapa aku tak tahu pun, harimau tu mesti comelkan. Kenapa aku yang nak dekat lima tahun dekat sekolah ni, tak tahu yang sekolah ni ada pelihara harimau?" tanya Amelia dengan muka blur.
"aku rasa yang blur dan lambat pick up cuma Liya. Takkan dengan korang sekali dah terjangkit 'penyakit' Liya tu kut?" Farisha menahan tawa melihat kerutan di dahi sahabat-sahabatnya yang meminta penjelasan itu.
"Fine! Aku kan bagi tau siapa 'harimau' tu. Tapi korang kena janji jangan bising-bising. Aku takut 'harimau' datang sini dan 'menyerang' hendap pula. Kalau dia datang, korang tanggung sendiri akibat dia. Aku tak nak ikut campur" tutur Farisha dan keempat-empat gadis itu menganggukkan kepala.
Farisha menarik nafas dalam dan menghembus keluar. "sebelum tu, tadi Mel kau kata yang 'harimau' tu mesti comel kan? Ini kalau korang tahu, msti korang tak akan cakap comel punya. Malah kalau boleh korang akan jaga jarak beribu batu jauh dari 'harimau' ni" semakin bertambah kerutan di dahi Airin, Amelia, Aisyah dan Aliya.
Farisha terkekek pelan sebelum menyambung ayatnya yang tergantung tadi.
"siapa lagi kalau bukan heard perfect korang yang tengah rehat tu" tutur Farisha dengan senyum senget khasnya, sebelum mulut muncung ke depan.
Lebih tepatnya, ke arah 'harimau' yang sedang mengelap peluh yang ada di wajah dan juga lengannya.
Buat seketika wajah Farisha tiba-tiba merah, bila dia 'tertangkap' basah memerhati Naufal. Naufal tiba-tiba menoleh ke arah Farisha, apabila dia merasa ada yang memerhati.
Dia senyum senget sambil mengenyit mata sebelah. Melihat itu makin bertambah merah di pipi Farisha.
'perasaan macho lah mamat satu ni. Aku lepang kang, ada juga yang melutut minta maaf depan aku ni' omel Farisha dalam hati sebelum mengalihkan pandangan matanya.
Tiba-tiba Farisha menutup telinga, bila dia mendengar kawan-kawan dia menjerit tiba-tiba.
"Naufal?!!" jerita keempat-empat gadis itu bila wayar-wayar dalam otak mereka sudah berhubung satu sama lain.
Mereka terkejut, bila 'harimau' yang sedari tadi Farisha sebut rupa-rupanya Tengku Azril Naufal. Leader the heartless guy.
"kan aku dah kata jangan bising. Nanti dia deng..." Farisha mengantungkan ayatnya apabila melihat orang yang jadi bahan umpatan mereka sedang berjalan menuju ke arah mereka.
Orang itu berjalan ke arah mereka dengan tatapan mata tajam, setajam pisau baru diasah. Lebih tepatnya orang itu merenung Farisha bagai mata dia itu ada laser yang boleh membunuh dengan sekali tenung.
Farisha ingin memberi hint, tapi sudah terlambat apabila orang sudah pun berdiri di hadapan mereka dengan tangan diseluk dalam seluar sukan dia itu.
"apa sebut-sebut nama aku?!" seru orang itu. Terkejut juga dia, bila tiba-tiba nama dia disebut sambil menjerit. Orang itu tak lain tak bukan adalah Naufal.
Terkejut beruk keempat-empat gadis itu bila mendengar suara dalam orang yang menjadi bahan gosip mereka. Kecuali Farisha sebab dia dah tahu, pasti lelaki itu akan datang apabila nama dia tiba-tiba di seru macam itu.
"aku dah kata tadi, jangan bising tapi korang degil. Sekarang 'HARIMAU' tu datang dan nak 'baham' korang. Dan aku dah cakap, kalau dia dengar, korang tanggung sendiri." bisik Farisha sambil kening di jongket berkali. Perkataan harimau itu sengaja dia tekan.
Walau sebenarnya, bisikan itu bukan di kategorikan sebagai bisikan, kerana orang yang di umpat itu dapat mendengar dengan jelas setiap patah perkataan yang di tutur Farisha. Terutama perkataan 'harimau' itu.
Naufal sangat tahu, Farisha sengaja menguatkan suara dia. Dia tahu Farisha cuba nak memanaskan dia.
"tak habis-habis nak umpat aku. Dah banyak sangat ke pahala korang tu sampai suka sangat nak mengumpat? Aku tahu, aku ni handsome. Tu yang korang suka sangat nak buat 'saham' akhirat dengan mengumpat aku kan. Tak gitu Ms. Lion." tutur Naufal sambil menaik turunkan keningnya.
Perbuatan Naufal itu membuat Airin, Amelia, Aisyah dan Aliya ternganga akibat terkejut. Sebab selama mereka mengenal Tengku Azril Naufal, belum pernah mereka melihat sisi 'nakal' dan terlebih ramah Naufal selama ini.
Kalau nakal lain itu sudah terbiasa, tapi 'nakal' yang ini belum pernah. Itu yang sampai ternganga mulut melihat tingkat laku Naufal yang sekarang ini.
"EEYUH! Perasaan nak mampus lah mamat ni. Handsome konon, puih. Handsome lagi pak guard tu dari kau. Aku tak sebut pun nama kau, seingat aku lah kan, tadi aku cakap 'harimau' bukan Tengku Azril Naufal. Ke, kau mengaku yang kau tu 'harimau'? And bagus lah kalau kau dengar Mr. Tiger, so kira kitorang tak mengumpat lah kan, sebab kau pun dengar apa yang kitorang cakap. Alhamdulillah, kurang dosa kitorang" dengan selamba badaknya, Farisha berkata begitu tanpa mempedulikan renungan yang semakin tajam itu.
"hek eleh, minah ni. Tak sedar diri betul. Bila masa aku sebut nama kau. 'Seingat aku lah kan, aku sebut Ms. Lion bukan Tengku Al Farisha Daniella. Ke, kau mengaku yang kau tu 'singa'. And bagus lah kalau kau mengaku. Alhamdulillah kurang dosa aku' "Naufal memulangkan paku buah kerasa sambil meniru gaya percakapan Farisha.
Muka Farisha dah merah menyala menahan api amarah. Melihat itu, Naufal tertawa lepas tanpa menghiraukan persekitarannya.
Udara sekeliling mula menipis. Semakin membuat keempat-empat gadis yang terjebak dengan drama sebabak Naufal dan Farisha itu, sukar untuk bernafas.
Keempat-empat gadis itu juga merasa, yang mereka serasa tak ubah berada dalam oven yang bersuhu tinggi. Panas dan membahang.
Drama yang tersaji di depan mata secara live ini, sangat-sangat membuat mereka terkejut. Nasib tiada riwayat sakit jantung. Kalau tak ada yang 'gol' nanti.
Faizam, Khairul, Ikram dan Amirul yang perasaan akan 'pergaduhan' itu, mula mengambil langkah besar untuk menyertai mereka di sana.
Pada awalnya, mereka hanya buat tak tahu saat Naufal tiba-tiba berjalan menuju ke arah gadis-gadis itu. Dalam fikiran mereka, Naufal ingin menegur mereka sebab membuat bising.
Mereka juga mendengar tadi saat nama Naufal tiba-tiba di seru oleha gadis-gadis. Itu sebab Naufal ke sana untuk menegur atau memarahi gadis-gadis itu. Itu sebab mereka mengabaikan Naufal dan meneruskan latihan.
Tapi bila mereka perhati yang Naufal tiada niat untuk beranjak dari sana setelah sekian lama, keinginan tahu mereka memaksa kaki untuk menuju ke arah Naufal dan gadis-gadis itu berkumpul.
Sesampai di sana, mereka terkejut dengan situasi yang tengah berlaku itu. Naufal yang tertawa, muka putih Farisha bertukar merah menyala dan muka kebingungan keempat-empat gadis yang 'tersepit' dengan drama 'Gelanggang Basketball' itu.
Dalam hati, mereka berdoa agar Naufal dan Farisha tidak ada niat untuk menukar gelanggang basketball menjadi gelanggang WWE.
Kalau tak, mahu hura-hara pihak sekolah ini nanti fikir di mana lagi nak di bina gelanggang yang baru. Sebab gelanggang lama, sudah jadi gelanggang WWE, akibat perbuatan Naufal dan Farisha.
☜☆☞☜☆☞☜☆☞☜☆☞☜☆☞
Holla my girlboy friend : ')
Jangan lupa follow, comment dan rate story ni.
See u next chapter. Lopp u♡
(22/02/2024)
Bab ni sepatutnya smlm d upload tpi sesuatu telah brlaku, so saya repost balik hari ni...
Share this novel