Bab 18

Young Adult Series 6729

Happy reading =')

¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤

Tertoleh terus kepala gadis-gadis itu, mencari dari mana arah datang suara itu dan mencari tahu siapakah gerangan pemilik suara iceberg itu.

Hanya kepala Farisha masih statik di tempat. Dia yakin seratus peratus siapa pemilik suara itu.

Dia hanya melihat badan kawan-kawan dia yang mengeras seperti arca, setelah mengetahui empunya suara.

'Farisha ni lah masanya kau lancarkan 'peluru berpandu' kau untuk mamat tiger tu. Kali ni jangan menyerah kalah sebelum peperangan ni tamat. Kau boleh Tengku Al Farisha Daniella. Jangan buat malu kaum pompuan. Chayok chayok' Farisha memberi semangat untuk diri sendiri.

Farisha terus bangun dari duduknya, setelah dia mengumpul semangat.

Farisha menatap orang yang betul-betul berdiri di hadapannya. Orang itu macam dah sedia nak serah diri untuk kena 'cincang' oleh
Farisha.

"eh, ada 'harimau' gila lah. 'Harimau' gila yang suka mengacau kebahagiaan dan ketenteraman orang. Memang eh, head perfect sekolah ni, tugas dia untuk mengganggu kebahagiaan orang aje ke? Suka sangat kacau orang. Suka hatu kitorang lah nak gelak sakan pun, yang kau sibuk sangat apahal?" tutur Farisha dengan lantang.

"sesedap rasa kau je cakap kitorang buat doa kering. Entah bila masa kitorang mengumpat kau. Kau ni sebenarnya ada masalah mental atau jiwa tengah kacau ke? Tak boleh nak tengok orang bahagia sikit. Asal orang tu nampak bahagia sikit, mula tak boleh duduk diam. Mulut kau tu akan 'berulat' kalau diam. So, untuk elak mulut kau dari 'berulat', kau kena banyak bercakap. Macam tu ke? Kalau kau nak join sekaki, cakap jelah, tak perlu nak sindir-sindir bagai" sungguh pedas tutur bicara yang terlontar dari mulut Farisha.

"but sorry to say, lain kali jelah kau tumpang sekaki. Bak kata kau tadi, loceng pun dah nak bunyi. So next time jelah eh. Itu pun kalau ada next time untuk kau" dengan angkuh Farisha berkata. Siap flip hair bertocang dia lagi.

Gaya diva sangat. Tak pernah-pernah Farisha berperi laku macam itu.

Biar orang itu rasa, apa yang orang lain rasa bila mulut tak reti nak tapis. Biar orang itu tahu, sakitnya macam mana. Ini dah jumpa ruas dengan buku. Apa kau rasa, oren?

Farisha ketawa jahat dalam hati. Puas hati dapat wakilkan orang pulangkan paku buah keras kepada Naufal.

Faizam yang melihat Farisha menflip hair itu, dah membulatkan mata. Memang minta kaki lah kembar dia ini. Betul-betul cari masalah betul.

Semua mata terus memusat ke arah meja Farisha dan kawan-kawan dia setelah mendengar suara lantang Farisha.

Semua yang berada dalam cafeteria, tercengang dengan kata-kata yang menusuk kalbu itu. Sungguh pedas dan makan dalam. Seperti peluru berpandu, berdas-das mengena hati apabila Farisha 'menembak' Naufal.

Naufal? Tak payah tanya. Muka dia dah bertukar merah padam. Kalau letak termometer, mungkin dah capai tahap paling maximum. Bila-bila masa akan meletup.

Tangan dikepal menjadi penumbuk. Cuba meredam amarah di dada. Kalau ikutkan hati yang panas, mungkin dah pecah muka orang itu.

Kalau tak dikenang orang yang bercakap itu perempuan, mungkin ada yang terbang gigi makan penumbuk dia.

Dan sebab perempuan itu juga kembar kawan baik dia, jadi dia cuba bertolerasi. Takut hubungan kawan itu hancur hanya kerana hal remeh macam ini.

Dia yakin Farisha nak balas balik apa yang terjadi kelmarin. Dia juga yakin Farisha saja nak bangunkan 'harimau' yang dah lama tidur. Dan iya, Farisha berjaya.

Lepas mengatakan apa yang nak dikatakan, Farisha terus nak berlalu dari situ. Namun, malang sungguh malang, laluan dia dihalang oleh satu susuk tubuh yang tinggi. Farisha hanya sebatas bawah dagu lelaki itu.

Empunya susuk tubuh merenung dia bagai nak tembus. Sungguh tajam, seperti laser.

Entah kenapa, tiba-tiba keberanian dan semangat yang berkobar-kobar itu lenyap ditelan bumi.

Diganti dengan perasaan gerun apabila melihat tatapan mata itu. Tapi sedaya upaya dia cuba menyembunyikan perasaan gerun dan takut yang sempat menyinggah.

Dia buat-buat berani. Dia balas balik tatapan mata itu dengan tak kalah tajamnya.

Namun di sebalik ketajaman tatapan itu, ada terselit sesuatu. Dan sesuatu itu tak seorang pun sedar. Jangan kan orang, empunya badan pun tak sedar.

Suasana sekeliling ikut menjadi tegang. Tak seorang pun yang berani buat bunyi. Nak menelan air liur pun takut.

"ehm" deham seseorang membuat sesi tenung menenung antara Farisha dan Naufal terhenti.

Dengan cepat Farisha memutuskan eye contact itu dan memaling muka ke kanan.

Dia rasa muka dia berbahang. Dia mengipas muka berharap dapat meredahkan rasa 'panas' itu.

"tepi lah. Menyemak aje." Farisha tanpa rasa bersalah, terus menolak badan Naufal dengan kuat dan kasar.

Dia sebenarnya cuba menutup apa yang dia rasa sekarang ini. Tindakan menolak itu di luar kawalan dia. Entah dari mana kekuatan itu datang pun dia tak tahu. Tapi kira okay lah, dia dapat menolak badan Naufal yang dua kali lipat besar dari sampai terundur member itu.

Naufal terundur setapak ke belakang. Sebab dia tak sangkak yang Farisha akan bertindak begitu. Jadi dia tak sedia. Dan dia akui tolak Farisha itu memang kuat. Guna tenaga batin kut.

Sekali lagi, perbuatan itu membuat semua orang terkejut beruk. Sebab drama yang tercipta ini, betul-betul sekali dalam sejarah selama dorang bersekolah di sekolah ini.

Entah berapa kali dorang akan dapat kejutan demi kejutan.

Bagi orang yang selalu kena maki dan diherdik Naufal, bersorak dalam diam. Puas hati dengan drama ini. Farisha adalah 'malaikat' mereka.

Mereka memang tak dan tak akan mampu berbuat sedemikian. Jadi dengan kehadiran Farisha, sedikit sebanyak dapat membalas apa yang terbuku di hati.

The heartless guy dah melopong melihat ketua mereka diperlakukan sedemikian rupa oleh seorang perempuan.

Faizam? Ha, dia hanya mampu melihat dan menggeleng-geleng kepala. Farisha betul-betul tunaikan apa yang dia kata pagi tadi.

Pandangan mata Faizam beralih ke wajah Naufal. Dia melihat wajah yang tenang itu dah merah sampai ke telinga. Ini pertama kali, dia melihat wajah itu semerah itu.

Tembakan Farisha betul-betul mengena sasaran.

Tapi hanya seketika Naufal menayang wajah tegang, setelah itu Naufal menampakkan senyuman misteri terhandal dia dan renungan mata yang sukar untuk orang tafsir.

"amboi, ayat kembar kau Izam kemain pedas. Tak sangka dalam lembut-lembut, rupanya ganas dalam diam" kata Amirul hanya untuk mengeruhkan keadaan.

Dia juga turut terkejut dengan drama itu. Tapi bila lagikan nak tengok Naufal macam ini. Ini lah masa dia. Dia tersenyum.

Hanya seketika senyuman itu bertahan. Sebab Aisyah, si kekasih hati memberi jelingan maut kepada dia. Dia angkat kedua-dua tangan separas bahu tanda menyerah.

Farisha mengabaikan kata-kata itu. Takut kalau dia balas, ada yang rentung dia 'panggang ' nanti.

Dia terus mengatur langkah menuju pintu dengan angkuh. Dagu di angkat. Mata statik ke depan. Tak pandangan kiri kanan. Mengabaikan pelbagai pandangan yang menatap dia.

Melihat Farisha yang berlalu, terus keempat-empat gadis itu turut mengikut langkah Farisha meninggalkan The heartless guy.

Sangkaannya, lepas dia melepas 'peluru berpandu' itu, musuhnya dah tumbang. Rupanya masih 'bernyawa' lagi.

Langkah yang di atur terpaksa berhenti. Dia menoleh ke belakang. Mencari tahu siapa yang 'menyalak' itu.

Oleh sebab, dia dah berjanji pada diri sendiri yang dia tidak akan mundur selagi musuh belum tumbang. Jadi, dia pusing belakang untuk 'menyerang' orang itu sehingga 'tumbang' dan tak 'menyalak' lagi.

"ha, baru kau tahu Rul? Tu bukan takat pedas je tau, tapi dah serupa bertih jagung. Dok pot pet pot pet je. Tak reti diam. Orang tanya sepatah, dia balas berjuta patah. Dan kalau kau nak tahu, dia ni singa betina tu yang kemain ganas. Itu sebab lah kenapa aku panggil dia Ms. Lion kelmarin itu." balas Naufal sambil menepuk-nepuk bahu Amirul.
Konon, beri penerangan dekat Amirul.

Naufal menarik senyum senget. Kening di naik turunkan. Mata memandang Farisha. Tangan memeluk tubuh.

"kau ni dah kenapa rimau gila. Suka sangat nak cari gaduh ngan aku. Suka hati kau je kan, cakap aku macam bertih jagung. Kalau aku bertih jagung, kau tu apa? Pakcik bawang? Ke, pakcik busybody?" Farisha balas dengan mulut senget ke tepi. Kening di jongket-jongket. Mata turut membalas pandangan mata itu. Tangan memeluk badan.

"bila masa entah aku cari gaduh ngan kau? Kau ke Mirul cari gaduh ngan minah singa itu?" Naufal menyoal Amirul di sebelah.

Terkebil-kebil member sebelah itu. Eh! ni dah kenapa nak limbatkan aku. Amirul angkat bahu tanda taknak ikut campur. Boleh perang dunia dia dengan kekasih hati.

Dah lah tadi, dia menyampuk sikit dah kena jelingan maut. Ini kalau dia ikut campur, mahu kena palau dia. Baik dia ambil langkah selamat.

"daripada aku cari gaduh, baik aku cari pahala. Daripada aku layan singa sewel macam kau, yang tahu nak mengumpat orang je kerja dia"

Farisha mengambil langkah mendeketi Naufal. Belum pun dua tapak melangkah, Faizam sepantas kilat maju. Menghadang Farisha daripada mendekati Naufal.

Dia tahu apa yang Farisha nak buat. Ini kalau dia biar, mahu cafeteria ini bertukar jadi gelanggang WWE.

Farisha dan Naufal ini bukan betul sangat otak dorang. Kalau dah dua-dua taknak mengalah, memang dah tak ingat apa-apa dah. Yang di tahu, nak balas membalas kata. Sampai salah satu 'tumbang'.

Itu pun kalau 'tumbang' sebab itu. Kalau 'tumbang' sebab lain? Lain juga jadinya. Tapi biarlah masa yang menentukan segalanya untuk 'tumbang' yang satu itu.

"dah, dah. Isya balik kelas sekarang. Bell dah bunyi dah tu. Kang lambat, kena denda pula nanti" ujar Faizam sambil memusingkan badan Farisha.

Dia menolak lembut badan Farisha menuju pintu keluar cafeteria.

Faizam sempat menghantar isyarat mata ke arah kawan-kawan Farisha, supaya menarik Farisha keluar dari cafeteria.

Faizam takut kalau Farisha tak keluar juga dari cafeteria ini, mahu sampai ke sudah drama sebabak ini tak akan selesai. Dah masing-masing asyik nak 'tembak menembak' mana nak habisnya.

"nasib menyebelahi kau. Tapi tidak untuk esok dan seterusnya. Sila ucap MAKASIH dekat Izam, kerana dia menyelamatkan kau hari ni. Kalau tak..." belum habis menutur kata, Naufal terus mencelah.

"kalau tak apa?" Naufal provokasi Farisha. Dia maju beberapa tapak mendekati Farisha dan Faizam.

'Aduih lah, Naufal ni pun satu. Aku dah pisahkan, dia pula maju. Memang nak minta smackdown ke apa?' geram betul Faizam dengan dua ekor ini.

Farisha pun maju. Membuat Faizam tersepit di antara dia dan Naufal.

'ni nak buat aku jadi pengadil ke apa? Ingat ni gelanggang WWE ke? Dan dia pengadil? Memang aku panggang juga dua ekor ni jadi sate' Faizam cuba menyabarkan diri. Kalau dia pun api, memang rentung cafeteria ini.

"dah, Dee. Kita blah sekarang. Kang lambat, cikgu tak bagi kita masuk pula. Dah lah lepas ni addmats. Aku tak nak lari padang. Penat." kata Airin sambil menarik tangan Farisha.

Kesian dia tengok Faizam yang tersepit itu, cuba untuk menjadi orang tengah.

Aisyah juga menarik tangan Farisha yang sebelahnya lagi, apabila melihat Farisha masih statik berdiri di situ.

'ai lah, drama apa kah yang aku tengok ni? Kenapa mengalahkan drama akasia pukul 7 malam. Banyak sangat babak-babak yang tak pernah aku tengok, aku tengok secara live terus. Dah macam laki bini tengah gaduh pun ada juga. Dan Izam pula orang tengah.' desis hati Aisyah. Dia sembunyi senyum.

Mata Farisha tajam merenung Naufal. Keinginan nak menghumban Naufal masuk kadang buaya sangatlah tinggi.

Farisha mengetap gigi menahan geram. Sekali lagi dia pergi sebelum musuh tumbang duluan.

Farisha pasrah dan merelakan diri bila ditarik keluar dari cafeteria. Dia sempat memberi jelingan maut apabila melihat Naufal yang tengah senyum senget itu.

'kau tunggu pembalasan dari aku. Ini baru permulaan. Semua belum selesai' Farisha menjerit dalam hati melepas geram.

Melihat Farisha dah selamat keluar dari cafeteria, Faizam menghembus nafas lega.

Faizam bukan apa, dia cuma takut akan nasib kembar dia kelak. Dia dapat melihat berpasang-pasang mata pelajar memandang Farisha dengan pelbagai pandangan.

Dari mata pun dia dapat baca. Pandangan cemburu, sakit hati dan yang banyak pandangan menyampah.

Faizam ada dapat tangkap salah satu pandangan berapi-api. Kerana Farisha cari masalah dengan idola sekolah mereka. Farisha juga berani menyindir secara terang-terangan. Dan yang paling parah, Farisha menolak idola mereka dengan kasar.

Dia taknak lah Farisha masuk bilik disiplin lagi. Mahu Tengku Al Wina turun tangan. Guru disiplin merangkap suami kepada Tengku Al Wina pun dah bagi warning dekat Farisha. Kalau Farisha masuk bilik disiplin kali kedua, cikgu Hafiz akan lapor dekat Tengku Al Wina. Dan tak mustahil akan sampai ke Tengku Farah.

Nanti dengan dia sekali kena menghadap 'polis' pencen itu. Mahu 'terbang' tahi telinga dia kena cuci.

•••

Di satu sudut itu juga, terlihat seseorang memandang mereka dengan hati yang panas.

Lebih tepatnya, panas hati melihat senyum yang terlakar di bibir Naufal. Panas hati dengan apa yang terjadi di depan mata dia. Panas hati sebab bukan dia yang buat Naufal tersenyum dan banyak bercakap seperti itu.

Dia cemburu. Sampai rasa cemburu itu membuat dendam di dalam hati semakin berbuku-buku.

'aku dah salah tentang kau. Mungkin aku silap sebab anggap kau macam orang lain yang mudah di singkirkan, tapi sangkaan aku meleset. Takpe, nanti kau tahu nasib kau. Kau belum bertemu ruas dengan buku lagi' orang itu tersenyum jahat.

☜☆☞☜☆☞☜☆☞☜☆☞

Holla my girlboy friend : ')

Jangan lupa follow, comment dan rate cerita saya.

Selamat berpuasa my girlboy friend≧∇≦

See u next chapter. Loppp u ♡

(20/3/24)

Follow my ig : trianor_sd

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience