Happy reading ♡
¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤
"Dee, kitorang rindu kau" jerit Amelia apabila melihat kemunculan Farisha di ambang pintu kelas. Dia dan Airin terus lari memeluk Farisha.
Nasib baik hanya mereka bertiga sahaja dalam kelas. Farisha datang awal ke sekolah sebab Faizam ada meeting dengan semua yang memagang jawatan.
Dalam kelas 5 Ibun Sina hanya ada Airin, Amelia dan Farisha. Sebab baru pukul 7:15 pagi.
"eh, engkau ni. Aku baru tak hadir tiga hari dan kita tak jumpa lima hari, tapi kau dah drama macam kita tak jumpa seabad lama." ejek Farisha sambil berjalan menuju mejanya.
Farisha terpaksa cuti selama tiga hari akibat dia jatuh tangga hari itu, menyebabkan kaki dia terseliuh, bengkak dan lebab di bahagian lutut. Boleh di bayangkan sekuat apa dia terjatuh sampai bengkak.
Selama tiga hari cuti, Farisha susah nak berjalan. Jalan pun kena papah. Dia terpaksa bertongkat. Syukur hari keempat itu dia tak perlu menggunakan tongkat untuk berjalan, walau cara jalan dia masih terhincut-hincut.
Selama cuti itu juga, dia dan Faizam telah berbaik seperti semula. Faizam selalu ambil hati dia dengan menolong dia berjalan, hantar makanan ke bilik dia, beli apa yang dia ingin makan dan banyak lagi lah sampai mahu tak mahu hati beku Farisha pun mencari.
Satu lagi, pada hari kejadian dia jatuh tangga itu, Faizam dukung dia sewaktu balik sekolah.
#FLASHBACK
DING DING DONG DING!!!
Menandakan tamat waktu persekolahan hari itu. Farisha dan yang lain sibuk mengemas barang-barang mereka.
Saat Farisha ingin berdiri, sakit di kaki terus menyerang dia. Farisha terus terduduk balik bila dia sudah tidak dapat menahan sakit di kakinya itu.
Sebenarnya, sedari lepas waktu rehat itu lagi kaki dia sakit, namun dia masih boleh menahan. Tapi kali ini dia tidak dapat menahan sakit yang berdenyut-denyut di kakinya.
Farisha terduduk sambil mengangkat sedikit skirt dia untuk melihat lutut yang ikut berdenyut seperti pergelangan kaki dia. Dia dapat melihat lutut terdapat goresan-goresan berwarna merah dan ada sedikit berwarna biru gelap. Bila dia menekan lutut dia, terus dia mengaduh sakit dan tanpa sedar air mata mula membasahi pipinya.
"Dee, kau okay tak ni?" tanya Airin panik bila melihat Farisha menangis. Hampir sekelas menoleh ke arah Farisha kerana suara Airin yang kuat itu. Nasib cikgu dah keluar kalau tak mesti heboh.
Farisha menggeleng kepala dan terus menangis.
Faizam yang mendengar suara Airin dan dia melihat semua kawan-kawan Farisha sudah mengelilingi Farisha, terus dia menuju kumpulan Farisha itu ingin melihat apa yang terjadi.
Sesampai sahaja dia di kumpulan itu, alangkah terkejutnya bila melihat sudah banjir dengan air mata. Dan dia tambah syok bila melihat ke arah lutut Farisha yang luka dan lebam.
"apa dah jadi ni? Kenapa adik nangis, tu lutut kenapa boleh sampai lebam dan luka macam tu. Apa jadi sebenarnya ini?" Faizam yang panik mula menyoal sambil mengelap air mata yang membasahi pipi kembar dia itu.
Farisha terus menangis tanpa menjawab soalan Faizam. Faizam yang melihat Farisha terus menangis dan tak menjawab soalan dia, dia terus mengalihkan pandangan mata dia kepada kawan-kawan Farisha. Lebih tepatnya ke arah Airin.
Airin yang melihat tatapan mata Faizam, seketika membuat jantung dia laju mengepam darah. Serasa dalam badan dia kekurangan darah. Dengan muka-muka dia sekali jadi pucat.
Orang kalau crush dia tenung, mesti muka dia jadi merah macam terlebih darah di muka. Tapi Airin pula pucat macam darah dia habis di resap oleh tatapan mata Faizam.
"waktu kami nak naik kelas lepas rehat tu, Dee tak sengaja tersadung anak tangga sampai dia jatuh tersujud dekat tangga tadi" terang Amelia bila melihat Airin tak dapat bersuara. Malah muka Airin dah berubah pucat.
Amelia tahu apa yang tengah Airin rasakan, jadi dia menjawab soalan Faizam itu. 'aii lah Rin, baru Izam tatap macam tu, kau dah pucat. Ini kalau sampai Izam lamar kau, mahu arwah kau time itu juga' desisnya dalam hati.
Lucu betul melihat muka Airin yang pucat, tambah lagi peluh mula membasahi dahi putih itu. Nak ketawa, tapi member seorang lagi itu tengah kesakitan. Sudahnya dia tahan dulu, nanti ada waktu baru dia serang Airin. Amelia tersenyum jahat.
"aku rasa kaki dia terseliuh tu" sampuk Ikram tiba-tiba dan semua gadis dalam kumpulan itu mengangguk termasuk Farisha.
Melihat Farisha yang ikut mengangguk itu, entah kenapa terasa comel di mata Naufal. Sampai tanpa dia sedar, sebuah senyuman tipis terbit di bibir yang kaku itu, sangat tipis sampai tak ada seorang pun perasaan yang dia tengah tersenyum sekarang ini. Malah tatapan mata dia terlihat lembut buat pertama kali setelah sekian abad. Dan bila Naufal tersedar ada yang memerhati, terus tatapan itu kembali beku. Malah wajah dia kembali tak berperasaan.
"tu lah, yang adik tak reti hati-hati tu kenapa. Kenapa tak cakap kat Am yang adik jatuh. Tengok sekarang siapa yang susah, adik juga kan. Ini kalau abah sama umie tahu, mesti dorang marah kat Am, sebab tak jaga adik bagus-bagus." omel Faizam. Tapi dia tidak sampai hati menyambung bebelan dia, bila melihat air mata Farisha semakin banyak keluar.
"sakit sangat ke?" tanya Faizam. Kali ni Farisha respon dengan menganggukkan kepala.
"meh, Am dukung" Faizam terus mencangkung di hadapan Farisha. Faizam menyuruh Farisha untuk naik ke belakangnya.
Tanpa berfikir panjang, Farisha terus naik belakang Faizam dan dia merebahkan kepala di bahu Faizam.
Sebelum Farisha naik ke belakang Faizam, Airin menghulurkan blazer Farisha yang dia ambil dari kepala kerusi Farisha dan mengikatkan di pinggang Farisha.
"baik kau bawa dia jumpa doktor. Takut esok lusa tak boleh jalan pula" tiba-tiba Naufal menyampuk.
Faizam dah menjeling bila mendengar tutur kata Naufal itu. Dia tahu yang Naufal sengaja nak panas kan hati Farisha.
Nasib ayat Naufal itu Farisha tidak dengar, kerana Farisha telah berada dalam dunianya sendiri. Kalau tak, ada juga yang 'bisu' kalau Farisha membalas.
"Beg kau biar aku yang bawa dan beg Dee biar Airin yang bawa" tutur Ikram mematikan tatapan tak bersahabat Faizam kepada Naufal itu.
Kalau dah heartless itu, heartless juga. Naufal tanpa rasa bersalah terus berjalan keluar dan menuju lif.
Faizam menangguk dan terus keluar kelas mengikut langkah kaki Naufal. Walau tak puas hati dengan Naufal, tapi dia sabar. Kalau 'perang' dengan Naufal sampai bila pun tak habis.
Semua masuk dalam lif. Tapi semua hairan bila suara esak tangis Farisha dah tak terdengar lagi. Tambah-tambah tiada langsung pergerakan.
"Zam, kembar kau tak pengsan kan? Kenapa takde suara macam tadi?" tanya Amirul sambil memerhati Farisha. Mata Farisha tertutup rapat, itu yang dia tanya takut betul-betul pengsan pula.
"dia tertidur itu. Dia asal dah nangis mesti tidur" terang Faizam dan mereka semua meng'O' kan.
"manja" ejek Naufal perlahan sangat perlahan sampai tak ada seorang pun dengar, kecuali Faizam. Kerana kedudukan Naufal dan Faizam yang bersebelahan, sampai ejekan itu terdengar di telingan Faizam.
Oleh Kerana sepuluh orang dalam lif, jadi mereka terpaksa berhimpit-himpit, tapi tak lah sampai tak ada jarak. Ada je jarak.
Faizam buat tak tahu. Malas nak layan perangai Naufal yang tiba-tiba banyak mulut. Kalau lah Farisha dengar apa yang Naufal cakap itu, confirm dua-dua masuk hospital sakit jiwa.
#END FLASHBACK
•••
Faizam telah menceritakan semua tentang ahli-ahli geng dia.
Baru Farisha tahu yang Naufal, Khairul dan Amirul tua setahun dari Faizam. Farisha juga tahu yang Sarah itu sebenarnya syok sendiri, padahal Naufal tak layan pun.
Bila dia mendengar yang Sarah itu syok sendiri, membuat hati yang selalu gelisah dan tak tenang kembali lega. Suatu kelegaan yang sampai membuat ada kupu-kupu berterbangan sampai menggeletek perut dia, membuat bibir sentiasa nak tersenyum tanpa sedar.
Bila sedar akan semua itu, Farisha terus beristighfar dan membuang jauh-jauh perasaan yang dia anggap tak masuk dek akal dan 'gila' itu.
Naufal juga merupakan ketua pengawas. Memang patut pun ramai yang takut dengan dia. Muka pun dah rupa macam bapa harimau.
Dia juga captain basketball plus anak pemilik sekolah. Memang patut pun ramai kaum hawa bergegar ovari. Selain Naufal itu handsome dan berbakat, dia juga anak crazy rich.
'Patutlah aku tak bergegar ovari, sebab bapa aku pun crazy rich. Ye ye je kau, padahal hati dah nak gugur kalau beradu mata dengan mamat tiger tu' baru nak riak, tapi hati Farisha membantah kenyataan otak dia.
Kembali ke cerita Naufal tadi, Farisha tidak tahu kenapa tiga 'serangkai' itu baru mengambil SPM tahun ini. Bila dia bertanya 'kenapa' kepada Faizam, Faizam kata 'jangan nak sibuk hal orang. Cukup tu je kau tahu' itu yang Faizam kata dekat dia.
'Cringe kan, asal top mesti head prefect lah, captain lah, anak jutawan lah. Macam dalam novel-novel online remaja sekarang ni' omel Farisha. Tanpa dia sedar, yang dia pun memang dalam cerita novel cringe sekarang ini. Hahaha
Lamunan Farisha terhenti apabila mendengar suara Amelia bertanya. Terbang segala kejadian beberapa hari yang lalu.
"korang stay tak hari ni tengok training basketball?" tanya Amelia tiba-tiba.
"aku macam biasa lah. Sebab aku kena tunggu Faizam habis latihan. Kalau aku tak tunggu, aku nak balik ngan sapa?" jawab Farisha sambil tangan sibuk menekan kalkulator.
"aku pun stay gak. Macam biasa gosip-gosip sambil makan, macam hari tu" balas Aisyah dan itu merupakan alasan kedua, bukan alasan yang utama. Kerana dia mempunyai perancangan yang lain.
"ye...ye je kau. Cakap je lah nak tengok Mirul main kan? Takut Mirul kena 'sotong' oleh rakyat 'sotong-sotong' kan?" sinis Aliya. Macam jelah dia tak tahu perancangan tersembunyi Aisyah. Takut sangat Amirul itu kena 'rimbat'. Takut berputih mata katakan.
"tepat sekali. Pandai eh kau hari ni. Tak macam selalu blur memanjang. Orang dah sampai pulau, kau baru terkial-kial nak terjun laut. Lambat pickup macam siput 'oing oing'" ejek Aisyah sambil membuat bunyi haiwan pink itu.
Ketawa Aisyah terhenti begitu juga dengan yang lain dalam kumpulan itu, apabila guru addmats mereka berdeham sambil melontarkan amaran melalui renungan mata helang itu.
Terus mereka menunduk dan menyambung membuat soalan addmats yang senang macam 'kacang hijau'.
•••
DING DING DONG DING!!!
Menandakan sesi persekolahan telah pun tamat untuk hari itu dan masa untuk pulang.
Namun tidak untuk kelima-lima gadis kaki gosip itu.
"weh, aku nak ke toilet jap. Aku tak tahan dah ni nak lepas 'hajat' kecil. Penat aku tahan dari tadi, dah di hujung-hujung 'tanduk' dah ni" ujar Farisha sambil menyarungkan semula blazernya semula.
Bila dalam kelas Farisha akan membuka blazer. Walau pun sekarang ini waktu pulang, tapi semua pelajar wajib mengenakan blazer itu sampailah kaki mereka melangkah keluar dari pagar sekolah.
"hoi! Dee. Beg kau bagi kitorang bawa. Agak-agak lah nak buang 'hajat' sambil pakai beg. Kitorang tunggu di dewan, tempat hari tu" kata Aisyah dan terus mengambil beg Farisha.
Nasib ringan. Kalau berat sudah dia lempar bagi akak sado itu bawa. Siapa lagi sado antara dorang kalau bukan Amelia.
"thank beb. Ini yang makin sayang ngan korang ni. Muahh cikit" Farisha membuat flying kiss, dan terus berlalu dari situ.
Dari jauh dia boleh dengar omelan kawan-kawan tentang kegedian dia. Farisha tertawa. Dia terus menuruni tangga menuju tandas di lantai bawah sekali.
Sebab dia tahu, di tingkat dua mesti dah sunyi memandangkan semua pelajar dah pulang. Oleh sebab dia ini agak penakut, baik dia ke tandas dekat bawah yang berhampiran dengan lorong ke dewan gelanggang bola keranjang.
"ish, gedik betul minah ni. Kang tak pasal-pasal terlepas 'hajat' tengah jalan baru padan muka dia" Amelia menggeleng-geleng kepala melihat telatah Farisha.
•••
Dalam Farisha sibuk berlari-lari anak di menuju tandas yang berhampiran loker pelajar-pelajar senior.
Tanpa Farisha sedar, dia sedang menghumban diri dia ke dalam 'jeratan' masalah kepada dia kelak.
Farisha yang berlari tak tengok depan itu, terus terlanggar sesuatu yang tinggi dan keras. Pelanggar itu menyebabkan dia jatuh terduduk macam nangka busuk.
Dia yang langgar dia juga yang jatuh. Nampak sangat stamina Farisha tak kuat.
"bila masa pula ada tiang konkrit dekat tengah-tengah jalan ni. Tak pasal-pasal punggung aku selamat 'bercium' dengan lantai. Tak guna betul lah tiang ni. Dah lah 'hajat' aku betul-betul hujung 'tanduk' dah ni, nasib tak terlepas. Kalau tak, buat malu je. Kesian nanti kucing kena fitnah sebab aku terlepas 'hajat'" omel Farisha tanpa sedar, 'tiang' yang dia langgar itu mula naik hantu.
"hoi! Minah senget. Kau buta ke? Lain kali guna mata bukan main langgar je. Mata itu Tuhan bagi untuk kau guna dengan betul. Bukan jadi perhiasan semata. Satu lagi, kalau nak lari tu di trek bukan dekat laluan orang berjalan. Kau fikir sekolah sedia trek tu untuk tanam pokok jambu ke. Nama je sekolah menegah, tapi otak macam budak tabika. Tak boleh beza mana yang sesuai untuk berlari." marah orang yang Farisha sangk tiang konkrit.
'mak aiii. Aku ingat tiang konkrit, rupanya spesis tiang juga, tapi tiang ni boleh menengking orang dan boleh bergerak. Tengku Al Farisha Daniella, lain kali kalau nak lari tu tolong lah tengok depan bukan kau main bantai je. Kan dah kena sebiji. Padan muka dengan muka kau' desisnya dalam hati.
Terangguk dan tergeleng kepala dia, bila dia mengutuk diri sendiri. Sampai tersenyum kelucuan dia dengan fikirannya sendiri.
"aku rasa yang 'terhantuk' tu punggung kau, bukan kepala kau. Tapi aku tengok, dengan kepala-kepala kau sekali yang 'sakit'." orang itu bersuara apabila dia melihat Farisha yang terangguk dan tergeleng sambil tersenyum. Mesti tengah mengutuk.
"sampai bila kau nak duduk dekat lantai itu, nak buat free show ke macam?" peluru berpandu sekali lagi di lepaskan dan kali ini sungguh sinis sampai ke tulang sum-sum terasa 'tembakan' nya.
Farisha terus sedar yang dia masih lagi duduk di lantai. Terus dia berdiri dan menepuk-nepuk habuk yang melekat dekat skirt dia.
"sorry saya tak sengaja. Tapi boleh tak lain kali kalau bercakap tu tolong berlapis sikit. Mulut tiada insurance langsung. Ingat saya ni perempuan murahan ke. Eh, tolong sikit eh, saya ni perempuan mahal tau." marah sungguh Farisha bila orang itu kata dia buat free show.
'kuang ajar betul mamat ni, cakap aku buat free show. Ingat aku ini perempuan murahan ke, aku ni perempuan mahal plus limited edition tau. Mulut tu macam minta kena 'cili' biar padan dengan muka dia. Balik ni aku suruh along beli insurance takaful buat mamat ni, supaya lepas ni kalau nak bercakap tu berlapis bukan main lepas je' desis hati Farisha tak puas hati.
Walau dia tak angkat kepala dan bertentang mata dengan lawan bicara dia, tapi dia tahu lawan nya sekarang ini adalah lelaki. Dengar suara pun dah tahu.
Melainkan kalau dia kawan abang Nur Sajat. Suara lelaki tapi berpenampilan perempuan. Tapi tengok kaki berbulu. Sah memang lelaki. Suara pun macam pernah dengar, tapi di mana eh.
"kalau cakap tu padang aku. Jangan tunduk. Ingat lantai tu lagi handsome dari aku ke?" sinis orang itu.
'Kan aku dah kata dia ni lelaki. Kalau dia ini lelaki jadian-jadian mesti dia cakap 'cantik' bukannya 'handsome'. Tapi dia ini perasaan sangat. Entah-entah 'lantai' ni lagi 'handsome' dari dia'. Kutuk Farisha.
"kau" serentak mereka menutur satu kata itu apabila melihat muka masing-masing.
☜☆☞☜☆☞☜☆☞☜☆☞☜☆☞
Holla my girlboy friend ;-)
Ha, siapa kah orang itu. Jeng jeng jeng... mesti korang dah dapat agakkan. hahahah
Btw, selamat hari kekasih my girlboy friend. Memandangkan saya ni single, mingle and tringle, so saya ucap dekat korang je lah eh. heheh
Jgn lupa follow, comment and vote story saya tau :-D
See u next chapter. Lopp u ♡
(14/2/24)
Share this novel