Happy reading : ')
¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤
"Yang korang pula, tak reti nak masuk kelas ke? Kenapa, seronok sangat tengok drama free sampai bell bunyi pun tak dengar? Baik korang masuk kelas sekarang, sebelum aku denda korang lari padang lima round" sergah Amirul apabila masih ada pelajar yang menunggu babak drama selanjutnya.
Semua yang berada dalam cafeteria, kelang kabut menyelamatkan diri masing-masing sebelum kena 'baham' harimau.
Mereka masih terkejut dengan drama sebabak tadi. Rasa terkejut itu belum hilang, ditambah kena sergah dengan suara lantang Amirul itu, memang lari lintang pukang lah jawabnya.
•••
"Tak guna betullah mamat tu. Nak aje aku bagi sedas dua. Suka sangat cari pasal. Kalau bukan sebab Izam tadi, arwah dah mamat tu aku buat" marah Farisha.
"sabar Dee" hanya itu yang mampu dorang buat untuk tenangkan Farisha.
"mamat tu sahaja nak buat aku ramai 'fans' tu yang dia cari gaduh ngan aku dekat tempat yang ramai pentaksub dia tu. Dia nak fans-fans tu balas dendam untuk dia. Memang cari masalah betul"
"adalah tu nanti datang serang aku. Kenapa aku buat IDOLA dorang macam tu. Adalah tu plan-plan cliche tengah di plan nak kenakan aku. Kalau sampai aku masuk bilik disiplin kali ni, aku heret mamat tu sekali. Apa nak jadi, jadilah. Aku tak kisah" sambung Farisha.
Airin, Amelia Aliya dan Aisyah dah menggeleng kepala. Faham dengan apa yang Farisha rasa.
"apa-apa pun jadi lepas ni, kitorang akan selalu ada dengan kau. Kita hadapi sama-sama." kata Amelia sambil mengusap belakang Farisha.
Farisha menenangkan diri. Kerana mamat itu, dia berasap-asap satu badan.
'tunggu kau. Aku balas balik. Kalau sampai pentaksub kau serang aku, aku serang kau dua kali lipat' tekad Farisha dalam hati.
•••
Sebaik Farisha dan semua pelajar dah keluar dari cafeteria, kelima-lima itu pun turut melangkah keluar dari cafeteria.
"Zam, aku tak sangka yang kembar kau tu dalam lembut-lembut dia, boleh jadi brutal macam tu" Amirul memecahkan kesunyian di antara mereka berlima.
Dia pun lebih kurang macam pelajar-pelajar yang juga, terkejut dengan apa yang dia lihat secara live. Jantung dia tadi nyaris-nyaris berhenti sebab berdetak terlalu kuat, sebab takut Naufal lepas kendali dan tanpa sengaja tertumbuk Farisha.
Walau dia tahu yang sahabat dia tidak akan semudah itu naik tangan, tapi tetap juga rasa takut itu menguasi diri. Tambah-tambah bila muka Naufal semerah tadi.
Dalam masa yang sama, dia rasa macam best pula tengok drama sebabak tadi. Sekali dalam sejarah kut ada yang berani lawan si terpaling heartless.
Baru kali ada anak orang tak menangis bila lidah 'tajam' lagi 'berbisa' itu tak menangis dia buat. Malah anak orang itu, memulangkan paku buah keras kepada Naufal.
Nampaknya, Naufal dah jumpa buku dengan ruas dia.
"tu baru sikit. Pagi tadi kan aku dah kata, dia tidak akan menyerah selagi musuh dia angkat bendera putih" sengaja Faizam mengulang ayat dia pagi tadi.
Memberi amaran dalam diam. Dia menjeling Naufal di sisi, tapi yang dijeling hanya buat tak tahu. Dengan santainya, kaki panjang itu melangkah keluar cafeteria. Bagai drama tadi tak pernah terjadi pun. Hanya mimpi berlaka.
"yang kau kenapa diam je? Takkan dah penat 'berperang' kut. Kau tengoklah diri kau sekarang ni, dah banyak berubah. Sejak kejadian kelmarin itu, aku perhati kau asyik tersenyum sampai lah sekarang. Jangan cakap, dalam ini dah tumbuh benih-benih cinta" kata Khairul sambil menumbuk pelan dada Naufal.
"ke kau dah tangkap cinta dengan Dee. Omg" sambung Khairul sambil mata dikedip-kedipkan. Sengaja nak mengusik Naufal.
Kalau dah tangkap cinta, apa salahnya. Sepadan apa dua ekor itu. Dua-dua lidah berbisa dan hati kering. Memang sesuailah.
Lagi pun sampai bila Naufal nak terjebak dengan kisah lama kan. Baik move on. Farisha itu pun cantik, manis, kalau bercakap pun lembut je. Eh! tadi itu boleh kira lembut ke? Pedulilah, yang penting kawan dia yang seorang ini tak terkurung sangat dalam zone selamat dia.
Ini first step untuk Naufal mencari kebahagiaan yang baru. Jangan nak samakan semua perempuan jahat.
Kalau difikir-fikir, macam mana kalau Naufal dan Faizam beripar, mesti best kan.
Khairul tersenyum sendiri dengan fikiran dia itu. Nasib tiada yang perasaan.
"takde makna aku nak tangkap cinta dengan 'lion' sewel tu. Daripada aku tangkap cinta, baik aku tangkap terus orangnya. Betul tak Zam" Naufal melontar senyum senget dekat Faizam.
Faizam juling mata ke atas. Memang minta kaki betul Naufal ini.
"untuk pengetahuan korang, hati aku dah lama mati. Kau cakap dengan aku, macam mana benih tu nak tumbuh, sedangkan hati aku dah penuh dengan 'racun' buat hati aku mati rasa" sambung Naufal. Kali ini muka dia kembali beku dan tutur bicara itu sangat serius.
Mereka berempat hanya mampu diam. Tak tahu nak balas apa. Kerana mereka tahu apa yang membuat Naufal jadi sebegini rupa.
"aku tak akan pernah terjebak lagi dengan namanya perempuan. Kerana semua perempuan sama je. Aku akan pastikan hati aku tak akan terusik sikit pun. Tembok china yang aku buat dulu, tidak akan rentak walau sebesar hama sekali pun.' desis hati Naufal. Dia melangkah meninggalkan kawan-kawan dia di belakang.
"aku harap kata-kata Naufal tak memakan diri dia kelak. Aku takut dia akan terluka sekali lagi" kata Amirul risau. Dia melihat belakang tegap Naufal.
Dia tahu sahabatnya seorang itu menyimpan seribu satu duka dalam hati. Kepercayaan yang pernah di beri dikhianati. Hati yang di beri tapi dilukai.
Kalau Khairul menyokong Naufal membuka lembaran baru, Amirul tidak. Dia tidak mahu sahabat dia itu terluka lagi dan jatuh ke jurang yang sama. Biar lah waktu menentukan segalanya.
•••
Dalam perjalanan menuju kelas, mereka terserempak dengan tiga orang pelajar yang tengah mengulas kejadian tadi.
Ketiga-tiga pelajar itu tidak menyedari yang di belakang mereka telah berdiri lima jejaka tampan lagi popular di sekolah itu.
"sapa budak perempuan itu. Berani betul dia lawan ketua the heartless guy, siap panggil 'harimau' lagi. Pastu dia tolak Naufal tu macam dia tolak meja." kata salah seorang dari ketiga pelajar itu.
"aku pun tak sangka. Baru kali ini, Naufal tak maki hamun pun perempuan itu. Kan selalunya, Naufal tu memetir kalau ada yang berani cari masalah dengan dia. Tapi tadi, dia pun tumpak sekaki panggil perempuan tu 'lion' hahaha" balas lagi seorang dari mereka sambil tergelak dengan drama tadi.
"tak silap aku perempuan tu kembar Faizam, salah satu the heartless guy. Mungkin sebab tu kali Naufal tak maki hamun perempuan tu. Adik member katakan" kata lagi seorang pelajar.
"sesuai lah dorang tu. Yelah, satu harimau, satu lagi singa. Kalau perang pun, dua-dua mengaum. Jadi adil. hahahaha" balas yang pelajar kedua tadi.
Khairul, Amirul dan Ikram menahan tawa. Apa yang pelajar kedua itu cakap memang betul. Sama-sama mengaum. Aum. Hahaha
Faizam senyum senget ke arah Naufal. Kening di jongket. Mengejek Naufal.
Yang diumpat bagai nak meletup. Memang nak kena budak-budak ini. Belum sempat dia meletup, Ikram terus bersuara. Takut ada yang terbang gigi kejap lagi.
Dah member seorang itu hati tengah kacau.
"ehem. Puas bergosip" Ikram berdeham mengejutkan tiga-tiga pelajar itu.
Tegak terus badan pelajar-pelajar itu. Ketiga-tiga mereka dalam takut, memusingkan badan kebelakang.
Liur di telan susah payah. Tegak brdiri bulu roma. Mereka tunduk bila melihat the heartless guy berdiri betul-betul di hadapan mereka.
Jantung dah berdegup laju. Takut dengan pandangan mata itu. Lebih tepatnya, mata yang jadi bahan ulasan mereka tadi.
Tajam memandang mereka. Dari pandangan itu dah tahu, mereka siap nak kena panggang hidup-hidup.
"ma..ma...mana a...ada kami go...gosip" kata pelajar yang pertama tadi. Kerana takut sampai tergagap-gagap dia bercakap.
Yang lain mengangguk mengiyakan.
"tadi bukan main lancar lagi bergosip. Ini kenapa tiba-tiba gagap pula? Mana keberanian korang tadi itu" kan dah keluar suara petir orang itu.
Makin dalam kepala ditundukkan. Mulut ini pun lain kali kalau nak bergosip itu pandang lah kiri kanan. Ini tak, main tibai aje. Kan dah kena. Desis hati salah seorang dari mereka.
"dah blah. Kali ini korang lepas. Kalau sekali lagi aku tangkap korang bergosip, siap korang. Dah sana masuk kelas" kata Naufal dengan suara khas dia.
Malaslah nak marah terus. Kang dia cepat tua, bak kata cik singa itu. Tak nak lah dia.
Eh! sempat lagi otak dia berfikir pasal minah itu. Sah otak dia dah tak betul.
Mencicit lari ketiga-tiga pelajar itu. Nasib menyebelahi mereka hari ini. Kalau nak mengulas sesuatu lepas ini, kena padang kiri kanan. Takut pisang berbuah dua kali pula.
Naufal terus melangkah. Mengabaikan pandangan mata yang mengejek itu.
Hari ini macam semua tak betul. Dengan otak-otak di sekali pun K.O.
"Naufal dah berubah lah. Mesti termakan dengan kata-kata Dee tadi. Macam bukan diri Naufal aje sekarang ini" ulas Khairul sambil ketawa kecil.
Ikram dan Amirul turut mengiyakan dan turut ketawa. Faizam? Seperti biasa, tak ambil pusing. Dia sibuk dengan fikiran sendiri.
☜☆☞☜☆☞☜☆☞☜☆☞
Holla my girlboy friend (≧∇≦)
Bab ni agak merapuh hahahah. Dah kering idea dah ni. Maklumlah puasa. Otak pun ikut puasa juga hahahaha.
Btw, selamat berpuasa dan selamat beribadah.
Jangan lupa follow, comment and rate story ini :-P
See u next chapter. Lopp u ♡
(25/3/24)
Follow ig author : trianor_sd
Share this novel