Happy reading ♡
~¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤~
Hari ini merupakan hari pertama Farisha bersekolah di Malaysia, setelah lima tahun lebih dia menetap di Perancis bersama atuk dan neneknya.
Farisha bersekolah yang sama dengan Faizam di LVY International High School.
Farisha dengar dari Faizam, yang sekolah ini merupakan salah satu sekolah terbaik dan sekolah terelit di sini. Sekolah ini jenis private school. Hanya orang yang mempunyai ciri-ciri khas sahaja akan di terima.
Bukan sahaja dari segi kemampuan ekonomi, namun lebih kepada piawai peratus kecemerlangan yang di titik beratkan.
'aku tak rasa ada golongan biasa, sebab nama sekolah pun dah ada perkataan International dan berjenis private school. Kau rasa ada ke golongan biasa? Kalau ada pun, mungkin kuantiti dia boleh di kira guna jari. Ini sangat lah cringe!!!' sempat lagi Farisha mengutuk sekolah barunya.
Farisha sebenarnya tak faham, kenapa dan mengapa dia kena bersekolah dekat sini, ini sungguh membazir. Tahu lah mak bapa dia kaya, tapi perlu ke? Bagus masuk sekolah biasa, jimat sikit dan tak perlu berdrama si kaya versi si miskin.
Farisha dah membantah untuk masuk sekolah ini, sebab dia tahu mesti dan akan ada yang berlagak. Tambah lagi sekolah ini terdiri dari golongan kerabat dan golongan orang berada.
Mestilah dah sekolah berjenis private school kan. Itu pun Faizam yang bagi tahu dan sempat memberi amaran kepada Farisha supaya jangan nak buat masalah.
Kalau pun Faizam tak cerita, dia tak lah bodoh sangat tak boleh nak bezakan. Dan mengenai amaran itu, Farisha hanya mengatakan
"tengok lah macam mana, asal orang tak jolok 'sarang' aku, maka aku akan behave" Farisha mengatakan itu sehari selepas dia mengetahui sekolah barunya dan serba sedikit tentang sekolah ini.
Dah lah dia baru balik dari Perancis, manalah dia nak tahu apa yang dorang belajar.
Tapi atas pujuk rayu keluarganya yang meminta dia pulang semula ke Malaysia, dia turutkan walau hati dia berat nak meninggalkan atuk dan nenek dia di Negara romatik itu. Kerana dia dah bertahun-tahun menetap dekat sana.
Tapi sebab rayuan maut kembarnya, supaya dorang satu sekolah bagi memudahkan Faizam menjaganya. Kata Faizam dorangkan dah lama terpisah, jadi Faizam rindu nak cari gaduh dengan dia. Farisha hanya pasrah.
•••
Sesampai di sekolah jam sudah menujukan pukul 7:30 pagi. Jadi ada lagi setengah jam sebelum semua murid masuk ke dalam kelas.
Memandangkan Farisha masuk sekolah hari Khamis, jadi tiada perhimpunan. Sekolah ini hanya mengadakan perhimpunan pada hari Isnin dan jika ada perkara penting yang ingin di sampaikan, baru murid sekolah itu berkumpul di dalam dewan perhimpunan.
Sebaik motor Faizan melewati pagar sekolah, Farisha memerhati gelagat pelajar sekolah itu di balik helmet full face dia. Hampir semua mata tertuju ke arah motor Faizam atau lebih tepatnya tertuju ke arah empunya motor.
Terutama yang pelajar perempuan terus melayangkan senyuman manis bergula dan mengedik ke arah Faizam sebaik jejaka itu melewati mereka.
Faizam tak menghiraukan mata yang memerhati, dia terus parking motor berkuasa besar dia di tempat yang di khaskan untuk pelajar yang membawa kenderaan ke sekolah.
Namun, pandangan yang di layangkan untak Faizan berbanding terbalik dengan pandang yang mereka lemparkan untuk Farisha. Sebaik sahaja mereka ternampak kelibat Farisha yang di bonceng Faizam, semua mata tertuju ke arahnya dengan pandangan tajam menikam. Ada yang berbisik-bisik sambil melirik ke arahnya, ada yang menjeling sampai mata nak terpusing 360 darjah.
'dah kenapa dengan dorang ni, mantel ke sawan? Aku baru je masuk sekolah ni. Tapak kasut cantik aku lagi berkilat ni belum pun panas. Jangan kan panas, menapak dekat tanah pun betul dah dapat haters. Sungguh hebat aura yang aku bawa balik dari Perancis ni' Farisha tergelak dengan kenyataannya sendiri.
•••
Dalam perjalanan menuju pejabat sekolah, Farisha tidak dapat menahan dirinya dari bertanya kepada Faizam tentang semua 'orang gila' yang memandang dia sampai nak terjuling biji mata itu dan bagai nak menelan dia hidup-hidup.
"Am, aku nak tanya ni. Kenapa dorang dok pandang aku semacam. Aku ada buat salah dengan dorang ke. Padahal aku baru je balik Malaysia minggu lepas. Aku baru je melangkah kan kaki dekat sekolah ni. Lagi pun aku tak kenal dorang siapa dan dorang pun belum tentu kenal aku. Ke ada sesuatu dekat muka aku atau baju aku? Aku tahu lah pagi tadi aku mandi 'kambing' je, tapi aku dah pastikan penampilan aku sentiasa nampak cantik dan kemas. Tak kusut masai macam orang tak mandi" dalam bertanya dengan wajah polosnya, Farisha telah membongkar 'aib' yang sepatutnya dia simpan dari pengetahuan orang terutama kembarnya itu.
Tapi nak buat macam mana, terlajak perahu boleh di undur, terlajak bicara buruk padanya.
Faizam yang mendengar soalan bertubi-tubi itu, hanya masuk kanan keluar kiri. Sehinggalah dia mendengar 'aib' Farisha, dia terus berpaling dengan wajah sukar untuk di tafsir.
Kening Faizam terjongket-jongket memandang Farisha. Namun Farisha yang belum sedar dengan keterlajakkan bicaranya, hanya memandang Faizam pelik.
"mandi kambing" Faizam mengulang dua patah perkataan yang membuat dia menoleh kepada Farisha.
Dia mendekatkan mukanya ke arah Farisha dan mula menghidu bau badan Farisha dan menilik muka Farisha.
Sebenarnya dia tahu walau pun Farisha tak mandi sehari, Farisha tetap akan menjaga penampilan diri. Entah berapa botol minyak wangi yang Farisha sembur di badannya.
Faizam buat begitu hanya untuk mengejek Farisha. Tapi Faizam tidak tahu yang perbuatan dia itu akan mendatangkan keburukan kepada Farisha di masa akan datang.
Dengan serta merta muka Farisha bertukar warna merah seperti tomato terlebih masak. Sampai ke telinga merah.
'alamak, aku dah terlajak dan membuka aib sendiri. Dasar mulut durhaka. Ni semua sebab pelajar sekolah ini yang terlebih 'gila' sampai aku pun 'gila' membongkar keaiban sendiri' marahnya dalam hati.
"ehh, bila masa aku cakap mandi kambing" tanyanya berusaha tenang dan menolak kepala Faizam yang betul-betul di hadapannya.
'Dia ni kenapa, dia tak nampak kah banyak mata memerhati. Mesti otak pelajar-pelajar itu dah traveling ke mana-mana' marah Farisha dalam hati.
"eleh, dah kantoi 'mandi kambing' taknak mengaku. Dah lah perasaan cantik ada hati nak menipu. Dah macam muka badut aku tengok, tapi ada hati perasaan cantik." kutuk Faizam sambil menarik kembali kepalanya. Dia tak menghiraukan mata pelajar yang tertuju ke arahnya dan Farisha. Dengan selamba badaknya dia berjalan meninggalkan Farisha di belakang.
Kalau bukan sebab negara ini ada hukum hakam dan undang-undang, dah lama Farisha cekek-cekek Faizam biar terkeluar otak kurang waras Faizam itu. Dan dia bedah supaya waras balik.
Tanpa menghirau pandangan yang menikam itu, Farisha sekali lagi bertanya tentang soalan yang dia yakin Faizam tak dengar sangat pun tadi.
"kau boleh tak jawab soalan aku dulu. Kau nasib baik tau mood aku agak baik, kalau tak memang kau jadi santapan buaya darat" marahnya sambil mencubit lengan Faizam.
Faizam apa lagi menjerit lah. Confirm lebam. Dah lama dia tak merasa cubitan maut kembarnya itu, sekali dah rasa nak tercabut kulitnya.
"Alah biasalah tu, kau kan budak baru mestilah dorang tengok kau macam tu. Lagi pun, tadi kan kau datang dengan aku, maybe sebab tu juga kot" Faizam melanjutkan langkahnya selepas 'menerangkan'.
Berkerut-kerut kening Farisha mendengar 'explanation' Faizam itu.
"what do you mean? Boleh tak kau straightforward je. Pening lah" Farisha mendengus geram.
"kau akan tau juga nanti. Sekarang kita kena jumpa pengetua."
Farisha hanya menganggukkan kepala dan mengikut ke mana langkah Faizam membawanya.
Walau kepala masih berfikir kenapa dia menjadi pusat perhatian sekarang ini.
•••
Sesampai di pejabat, Farisha ternampak seorang perempuan dalam lingkungan 20an tengah sibuk dengan kertas-kertas di atas mejanya.
"pagi Izam, ada yang kak Emah boleh tolong?" tanya orang yang tadi Farisha nampak sedang sibuk dengan kerja nya.
"pagi juga kak. Puan dah sampai ke? Kalau dah sampai, saya nak jumpa Puan. Sebab hari ni first day kembar saya sekolah sini" terang Faizam tentang tujuan mereka datang ke pejabat.
"sorry, kembar? Akak tak tau pun kamu ada kembar?" tanya Kak Emah sambil mengscan Farisha atas bawah. Lepas itu dia perhati Farisha dan Faizam silih berganti
'memanglah akak tak tau, dah aku baru balik Malaysia minggu lepas mana nak tau nya' kata Farisha dalam hati sambil tersenyum lucu apabila melihat gelagat Kak Emah.
"panjang ceritanya kak dan tak seorang pun tahu yang saya ada kembar. Lagi pun kalau saya bagi tau, belum tentu ada yang percaya. Sebab dia ni baru je balik sini minggu lepas. Selama ni dia menetap dekat Perancis dengan atuk dan nenek kitorang" terang Faizam.
"tapi kenapa tak sama pun?" tanya kak Emah setelah puas menilik Faizam dan Farisha mencari kesamaan antara dua anak muda di depannya.
"memanglah tak sama kak. Walau kitorang ni kembar, tapi kitorang kembar tak seiras. Kalau ada pun sama hanya nama bapa je yang sama" kali ini Farisha pula mencelah setelah sekian lama menjadi pendengar setia.
Dalam mencelah, sempat lagi dia melawak. Lagi pun dia rasa yang kak Emah ini comel je scan dia dengan Faizam atas bawah macam itu.
Kak Emah tergelak kecil mendengar gurauan Farisha itu. Akhirnya, dia hanya menganggukkan kepala sahaja.
"oh, ya. Lupa nak kenalkan diri, saya Tengku Al Farisha Daniella. Panggil Dee je" Farisha mengenalkan diri walau tanpa di pinta.
"nama akak Nurul Fatimah. Semua pelajar panggil kak Emah" kali ini kak Emah pula mengenalkan diri.
"tadi korang datang nak jumpa Puan kan? Pigi lah, Puan ada je dalam bilik dia" Farisha dan Faizam mengangguk dan meminta diri sebelum berlalu ke bilik pengetua.
"sebelum kau masuk dan jumpa pengetua, aku nak bagi amaran dekat kau. Kalau kau nak jerit tolong bagi hint, supaya aku boleh bersiap tutup telinga. Dan tak payah nak tanya kenapa, ikut je apa yang aku cakap. Nanti kau tau lah" awal-awal Faizam dah beri amaran dekat Farisha.
'dia ni dah kenapa nak ajak aku main teka-teki di saat otak aku dah serabut dengan wayar-wayar urat otak aku. Tidak kah dia tahu, otak aku serasa nak terkeluar dari 'soketnya' sebab terlebih berfikir' bebel Farisha dalam hati. Dia rasa nak luku-luku kepala kurang 'handsome' kembarnya itu.
Tanpa dia sedar, mereka dah sampai di depan sebuah bilik berpintu kayu yang bercat putih.
Faizam mengetuk pintu yang tertera nama Tengku Al Wina Khalid.
'mungkin ni bilik pengetua sekolah ni' fikir Farisha.
'tapi kan, kenapa nama ni sangat familiar di otak cantik aku eh. Macam nama...' belum sempat Farisha berbalas kata dengan otaknya, terdengar orang di dalam menyuruh masuk.
Farish dan Faizam terus melangkah masuk. Faizam menutup kembali pintu kayu bercat putih itu.
Farisha hanya menundukkan kepala tanpa melihat siapa gerangan pengetua sekolah barunya.
"oh, Am...Isha. Finally, sampai pun dua ketul kentang ni. Dari tadi mama Wina tunggu korang. Mama ingat Isha tak jadi masuk hari ni."
'ehh, pengetua ni panggil kitorang 'ketul kentang'. Tapi kenapa sangat familiar di otak aku' kata Farisha tapi dia still tak angkat kepala.
"ehh yang Isha tunduk dan berdiri macam tugu negara dekat situ dah kenapa, kenapa tak duduk?" tanya pengetua itu bila melihat Farisha masih kekal dengan posisinya.
Buat seketika, kepala otak Farisha terloading lagi untuk ke sekian kalinya. Namun kali ini hanya untuk seketika, sebelum kembali memproses maklumat.
'wait the minute, she calls herself mama Wina and calls me Isha? Don't say that she's my...'
Farisha tidak menunggu sesaat pun untuk mengangkat kepala selepas otak dia memproses segala maklumat dan melihat siapa gerangan pengetua dia itu.
"Mama Wina" jerit Farisha apabila melihat gerangan pengetua itu. Dia terlupa dengan amaran Faizam.
Farisha terus berlari dan memeluk pengetua itu.
Faizam yang telah duduk di sofa, hampir melompat mendengar jeritan nyaring Farisha. Air dalam pasu bunga pun bergegar mendengar suara 'mengilai' Farisha itu. Ini kan dia yang duduk tak berapa jauh dari Farisha, mahu gugur jantung dia.
"mama I miss you so much. Sampai hati mama Wina tak datang jemput Isha dekat Airport hari tu. Dah seminggu Isha dekat sini, tapi mama Wina tak pernah pun datang rumah jumpa Isha. Isha rindu tau dekat mama Wina" Farisha dah menangis di bahu Tengku Al Wina.
"I miss you too dear. I'm really sorry, okay. Mama Wina sibuk belakangan ni. Tapi sekarang Isha dah ada dekat sini kan, jadi nanti kita boleh lah girl's day. Dah lah tu nangis nanti orang ingat mama Wina buli kamu pula" pujuk Tengku Al Wina sambil mengusap belakang anak saudaranya itu.
Tengku Al Wina adalah adik kepada Tengku Al Iman Nasser.
"ish, dia ni mengalahkan budak 5 tahun betul lah. Kan tadi aku dah bagi amaran awal-awal, kalau nak 'mengilai' tu bagi tau aku dulu. Ini tak main 'mengilai' je sampai bunga dalam pasu tu hampir layu dengar suara 'kak pon' kau tu. Kau tengok tahi hidung aku hampir meleleh tengok drama queen kau ni. Macam lah tak jumpa berabad lamanya." Faizam yang jenis suka berkata sepatah-sepatah, dah berubah jadi 'mak tiri' versi lelaki.
"eh, pakcik. Aku yang drama queen atau kau yang terdrama king. Sesedap 'bontot' lepar kau je nak cakap aku mengilai macam kak pon. Dia datang bilik kau malam-malam, astu dia mengilai tepi telinga kau, mau kau lari bertapuk bilik umie" kata Farisha sambil menarik telinga Faizam itu. Geram betul dia dengan kembarnya itu.
' dari lah aku sampai sekolah ni, dia asyik ajak main teka-teki dengan aku. Lepas tu sesedap 'bontot' leper lagi hitam dia kutuk aku kaw-kaw' omel Farisha dalam hati sambil menjeling Faizam yang menggosok telingnya yang kena tarik tadi.
"dah...dah...dah tak payah nak gaduh sangatlah. Ada juga mama Wina hentuk kepala korang ni baru tau. Asal jumpa gaduh, kalau tak jumpa cakap rindulah. Isha ni pun satu, dah macam adik-adik ku gangster mama Wina tengok. Sian Am tu, sampai merah telinga dia. Nasib tak tercabut, kalau tak habis telinga kamu dia ambil bagi makan buaya biar sama-sama tiada telinga. Lagipun, mama Wina yang suruh Am rahsiakan" dalam Tengku Al Wina cuba menenangkan dua anak 'monyetnya' itu sempat lagi dia bergurau.
Kesian pula dia tengok telinga Faizam itu. Mesti sakit telinga dia kena tarik Farisha tadi, tengoklah merah sangat itu. Aii sabar je lah ada adik calon ahli 'gusti' ini. Dia perempuan, dia juga lah yang paling ganas mengalahkan abang-abang dia.
Macam mana lah kakak ipar dia boleh handel anak kembar yang dua orang ini. Terutama yang perempuan ini.
Ini baru yang ini, belum tambah yang abang 'monyet' dua ekor itu lagi. Kalau dah bergambung mahu terbang perabot rumah abang dan kakak iparnya itu. Haru.
"Am yang mula dulu. Alah mama Wina ni macam lah tak biasa. Nama pun kembar kan, mestilah ada gaduh-gaduh manja gitu. Kan Am?" kata Farisha, dengan selambanya dia duduk sebelah Faizam macam yang agenda tarik telinga tadi tak berlaku.
'bukan tak biasa, anak ku sayang. Sebab terlebih biasa lah mama Wina rasa nak lucut korang jadi anak buah mama Wina. Gaduh manja konon, ni kalau orang luar nampak mau kena masuk lokap dua-dua' bebelannya hanya terluah dalam hati sambil menggeleng kepala melihat pasangan kembar itu.
Faizam dah menjuling mata ke atas. 'nasib sayang, kalau tak dah lama aku daftarkan kau masuk zoo negara. Biar kau dapat berkumpul dengan spesis kau dekat sana.' hati jahat Faizam mengutuk.
•••
Lebih kurang 15 minit jugalah mereka bercerita pantang larang sekolah ini.
"Am, kamu bawa Isha jumpa guru kelas dia. Dan Isha mama Wina nak cakap welcome to LVY International High School. Belajar rajin-rajin dan jangan nakal. Jaga kelakuan kamu tu, jangan sampai kamu masuk bilik mama Wina ni sebab kamu buat hal. Siap kamu mama Wina hukum" Tengku Al Wina memberi amaran kepada anak saudaranya itu, sebab dia terlebih faham dengan perangai 'gila' Farisha.
"Ai ai capten" kata Farisha sambil tangan di buat alah gaya tabik hormat polis itu sambil senyum kerang wangi dia layangkan.
Sebelum mereka melangkah keluar, Farisha dan Faizam menyalami tangan Tengku Al Wina.
Sebaik kelibat Farisha dan Faizam tidak terlihat lagi dalam bilik Tengku Al Wina, beliau duduk semula di kerusinya dan tanpa sedar air matanya mengalir tanpa di pinta.
"mama Wina harap Isha cepat sembuh. Mama Wina dan ahli keluarga yang lain sangat merindukan Isha yang lama sayang" Tengku Al Wina menyekat air matanya. Dia tidak boleh menangis, dia harus kuat untuk Farisha.
☜☆☞☜☆☞☜☆☞☜☆☞☜☆☞
Holla my girlboy friend : ')
Mungkin jln cerita agak merapu dan mmbosankn, but I hope u guys can enjoy it. Apa² pun makasih sudi baca.
Hope u guys can follow my acc, comment and vote.
Kalau ada typo saya minta maaf, sbb keyboard saya 'besar sangat' untuk jari 'kurus' macam 'lidih' ni.^o^ hahaha
See u guys in the next chapter ♡
(10/10/23)
Share this novel