Happy reading ♡
¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤
Sesampai di rumah, Farisha terus meluru masuk ke dalam rumah. Dia melempar beg sekolahnya ke atas lantai dan terus merebahkan badan yang penat atas sofa empuk yang berada di ruang tamu rumahnya.
Tak sampai lima minit melelapkan mata, terdengar suara orang membangunkan dia dan sebuah pukulan hinggap dengan selamat di lengan yang menutup kedua matanya itu.
Dengan rasa terkejut, Farisha membuka kedua matanya. Alang terkejutnya dia, apabila melihat Tengku Farah dah terpacak depan dia dengan bercekak pinggang.
"amboi! Bertuah punya anak dara. Balik-balik bukannya nak salam umie, tukar baju dulu ke apa ke. Ini tak, terus baring atas sofa dengan kaki satu di lantai satu lagi di sofa. Nasib tiada orang yang tengok perangai tak semegah kamu tu Isya oi. Buat malu umie je kamu ni. Entah tadi masuk rumah ada beri salam ke tidak, macam 'kambing hitam' betul" bebel Tengku Farah dengan perangai tak semegah anak daranya seorang ini.
'aduii, kan dah kena sebiji. Padan muka, tulah siapa suruh kau terus baring. Alah, aku mana sengaja, dah aku penat sangat plus mata aku ni macam kena gam gajah nak buat macam mana dah' otak dan hati Farisha bermonolog sendiri sampai terangguk tergeleng kepalanya.
"ha, bagus lah tu mengutuk umie, tergeleng terangguk" naik pitam Tengku Farah dengan gelagat anak tunggal perempuannya ini. Baru ini, belum lagi yang tiga ekor itu. Kalau bergabung tiga beradik ini, boleh darah tinggi dia.
"eh, mana ada lah umie. Berdosa tahu kutuk umie sendiri dalam hati, tak cium syurga nanti. Maaf ye umie Isya yang cantik lagi bergaya ni. Tadi Adik penat sangat tu yang tertidur di sofa ni. Tambah lagi adik sungguh letih dengan perangai manusia di sekolah adik tu" semestinya hujung ayatnya hanya terdengar dengan jelas oleh telinganya, tidak dengan Tengku Farah.
"kamu cakap apa tadi, umie tak berapa dengar lah?" tanya Tengku Farah memastikan. Sebab dia tak berapa jelas dengan ayat terakhir Farisha itu.
"takde cakap apa-apa pun. Okay lah umie, Isya naik dulu nak solat dan buat homework. Sayang umie, muahh" Farisha terus mencium pipi Tengku Farah dan terus lari naik tangga menuju bilik nya.
Tengku Farah hanya mampu menggeleng-geleng kepala melihat gelagat anak bongsu nya itu.
•••
Sampai di dalam bilik, Farisha terus melepar beg ke katil sebelum berlalu masuk ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum menunaikan solat Zohor.
Sejam kemudian, seusai solat Farisha terus merebahkan badan di atas katil.
"penat gila. Baru seminggu sekolah tapi macam dah setahun aku rasa. Nasib baik esok cuti, jadi boleh lah aku 'qada' tidur aku" keluh Farisha sambil mencapai Iphone nya yang terletak di meja lampu tidur.
Bila dia on Internet, berderet-deret notification masuk dari pelbagai platform sosial media nya.
Farisha membuka whatsapp dan mendapati ada group baru yang pertama kali dia nampak
Farisha tertarik dengan group ' The crown gegirl's ' yang chatnya beberapa minit yang lalu.
"what the fish betul lah nama group ni. Macam budak 12 tahun je punya nama" kutuk Farisha
Dia sudah mengagak siapa je ahli group itu. Baru je dorang berbincang nak buat group waktu dekat sekolah tadi, tup tup dah ada dah. "kemain laju betul buat kerja. Tak menyempat betul"
The crown gegirl's terdiri dari lima orang gadis manis. Airin, Amelia Aisyah, Aliya dan Farisha.
THE CROWN GEGIRL'S
SYAH: holla gegirls
ni group utk kita buat 'pahala' lah. hehe
LIYA: bangang lah kau ni. hahahah
tapi kan, agak² lah kau ni nak buat nama
group pun.
cringe tahu tak. hahahaha
MEL: betul tu aku sokong
mcm BBNU je.
IRIN: betul bdk² sgt. hahaha
Farisha dah tergelak dengan perbalahan tentang nama group itu. Kan dia dah kata macam budak-budak. Farisha masih setia menjadi cctv tak bertauliah.
MEL: btw Dee mna. dri tdi tak muncul²
tadi aku nampak dia online
IRIN: tadi aku nmpk tu anak typing
tapi satu habuk pun tak msuk
Dee takkan kau buat karangan bm kut
lama bebenor hang typing tu
SYAH: dia acah² je tu, dia jadi cctv tak bebayar tu
tak pun, dia on call dengan pakwe dia tu
yg lupa nak send tu. Hahahahahahah
LIYA: sorry Dee, kitorng kacau daun. Hahahaha
DEE: amboi seronok bahan aku
ada juga yang aku tendang smpai planet
pluto ni. klu nak aku on je
MEL: ayo Dee dah marah
aku tak msuk cmpur. drng Dee aku tak slh
IRIN: lek ah, kitorang main² je.
jgn sentap, kang sentap² kahwin awal pula
Hahahahahahaha
DEE: mangku cendol ni, aku reject jadi kakak ipar
aku biar padan dgn muka kau.
MEL: reject jgn tak reject. Hahahahah
SYAH & LIYA: HAHAHAHAHAHAHA
IRIN: SOB SOB SOB
DEE: ha tahu takut. Hahahahah
jgn risau, kau ada candidate paling sesuai
utk Faizam c batu tu. hahahah
Di rumah masing-masing, mereka berlima tergelak dengan chat Farisha yang mengelar kembar sendiri batu. Memang betul kata Aisyah yang group itu untuk dorang berlima buat 'pahala'.
Tak terasa hampir sejam setengah mereka berborak, tanpa sedar dah nak masuk waktu Asar.
DEE: oke lah korng. aku nak off kejap lagi asar
dan pastu aku nak buat hw yg mcm gunung
kinabalu tu.
LIYA: ye tak ye juga. oklh aku pun nak off
tatatitu prgi dlu
SYAH: me too. bye bye muah
IRIN: annyeong yeorobun
MEL: sayonar
Farisha hanya tersenyum melihat gelagat kawan-kawan tiga suku dia itu. Walau baru kenal tapi dorang dah boleh akrab seperti dah kenal bertahun-tahun. Satu kenikmatan yang patut di syukuri kerana Tuhan telah menemukan dia dengan orang yang baik.
Farisha off kan semula internet dia, sebelum meletakkan phone dia dekat lampu meja tidur dia.
•••
Tak terasa sekarang dah pukul 7 malam. Dari selepas asar, Farisha berperang dengan buku pen di tangan menyiapkan kerja sekolah yang menggunung itu.
Farisha bergegas membersihkan diri sebelum solat maghrib.
Selepas menunaikan solat maghrib, Farisha terus keluar bilik dan menuju ke bawah untuk makan malam keluarga.
"turun pun tuan putri kita ni. Ingat tadi taknak makan sebab diet" sakat Fairul apabila melihat Farisha turun. Siap dengan baju tidur satin lengan panjang yang berwarna lavender itu.
"eh, yang angah nak cari gaduh dengan adik ni kenapa? Angah jangan lupa apa yang buat dua hari lepas. Angah kena ingat yang angah tu ada hutang dekat adik" Farisha terus melabuh kan punggung di tempat biasanya iaitu bersebelahan Fakhrul.
"dah, depan rezeki pun nak gaduh juga ke. Ada yang benjol kepala abah hentuk satu-satu jap lagi ni baru tahu" tegur Tengku Al Iman. Tak kira usia yang usia, asyik nak gaduh je memanjang.
Selepas itu, suasana di meja makan menjadi sunyi hanya terdengar suara sudu berlaga dengan mangkuk kaca semasa mengambil lauk.
Kesemua ahli keluarga itu makan menggunakan tangan. Itu pun Tengku Iman yang suruh dan sudah menjadi kebiasaan bagi mereka semua.
Lepas menyantap makan malam, Farisha membantu Tengku Farah membersihkan meja makan dan membasuh pinggan mangkuk.
Oleh sebab semua pembantu rumah hanya bekerja sehingga pukul 6 petang. Lepas jam 6 mereka semua sudah pulang ke rumah yang telah di sediakan oleh Tengku Al Iman yang terletak di belakang kawasan rumah Tengku Al Iman. Hanya lima minit dari kediaman Tengku Al Iman.
Sesuai membersihkan meja dan membasuh pinggang dan mangkuk, Tengku Farah dan Farisha naik ke tingkat dua untuk menunaikan solat Isyak berjemaah.
Seusai menunaikan solat Isyak berjemaah, mereka sekeluarga berkumpul di ruang keluarga yang juga berada di tingkat dua itu untuk meluangkan masa bersama.
Farisha duduk di sebelah Faizam dan menyandarkan kepalanya di bahu Faizam seperti selalu apabila mereka sekeluarga meluahkan masa bersama.
Faizam hanya membiarkan sahaja Farisha yang menyandar di bahunya. Kalau pun dia larang, Farisha mana makan saman. Buang air liur je.
"amboi sweetnye kembar dua ekor ni, biasanya kalau jumpa mesti nak gaduh. Malam ni akur pula. Angah pun nak jugalah" ujar Fairul sebelum dengan selamba badak dia menyandarkan kepalanya di bahu Fakhrul.
Perbuatan Fairul itu membuat Fakhrul yang tengah khusyuk menonton itu terkejut dengan tingkat Fairul itu.
"kau dah kenapa ngah buang tabiat malam ni? Tepi lah panas ni" usir Fakhrul sambil menolak kepala Fairul menjauh. Entah apa yang merasuk kembarnya ini malam-malam.
Semua ketawa melihat drama sebabak yang dicipta oleh kedua kembar yang jarang nak sebulu itu. Dua kali lima je dengan Faizam dan Farisha.
Suasana kembali sunyi, semua kembali memfokuskan mata menonton movie yang di tayangkan.
"adik macam sekolah, okay ke?" tanya Tengku Farah tiba-tiba, memecahkan suasana yang sunyi sepi itu.
Farisha dah telan liur, hampir tersedak mendengar soalan KBAT Tengku Farah itu.
Farisha tidak tahu nak jawab apa. Adakah dia patut jujur atau berbohong dan menyatakan hasrat untuk dipulangkan semula ke Perancis atau berdiam diri. Ini semua sebab, rata-rata di sekolah itu kebanyakannya 'sakit jiwa'. Dia tak tahu apa salahnya, sampai dia boleh mendapat haters yang banyak.
Walaupun dia tahu alasannya tapi wajar kah dia dibenci hanya kerana rapat dengan Faizam. Faizam kembar dia kut, abang kandung dia.
Sedangkan di sisi agam takde pun tertulis haram dan berdosa kalau dia dekat-dekat dengan kembar sendiri.
Namun itu semua hanya terluah dalam hati. Dia tidak mahu ahli keluarganya risau. Dia terpaksa menelan balik keinginannya itu untuk dipulangkan semula ke Perancis.
"so far okay lah. Alah adik baru seminggu adik sekolah, umie jangan lah nak risau sangat. Kalau Am ada, InsyaAllah adik akan okay punya. Betul tak Am?" tanya Farisha sambil memandang Faizam dengan pandangan yang hanya mereka berdua sahaja yang faham.
"hmm" ujar Faizam sambil menganggukkan kepala menambah keyakinan dalam jawapan dia itu. Walau dia tahu apa yang ada di fikiran Farisha, tapi dia yakin Farisha boleh lalui semua itu.
"lega umie dengar kalau Isya okay dekat sekolah baru. Umie bukan apa, umie bukan risau dekat Isya tapi umie risau dekat pelajar dekat sekolah itu takut Isya jadi kaki buli pula" lepas menuturkan ayatnya itu, Tengku Farah terus tergelak apabila melihat muka masam mencuka Farisha itu.
'kalau lah umie tahu yang anak kesayangan umie ni yang jadi mangsa buli. Apalah agaknya yang umie akan buat ehh?" tanya Farisha dalam hati sambil membayang Tengku Farah datang sekolah dan 'smackdown' orang yang buli dia.
Tersenyum sendiri Farisha dengan fikiran dia itu. Ini kalau Tengku Farah tahu apa yang dia fikir, mahu dia yang kena smackdown dengan Tengku Farah.
"ha yang senyum sendiri itu dah kenapa. Adalah lah tu mengutuk orang" sergah Fairul sambil melepar bantal sofa ke arah Farisha.
Farisha mendengus geram bila dia baling batal oleh Fairul. Farisha memberi bombastic side eye dekat Fairul sambil membaling semula batal sofa itu yang tepat mengenai muka Fairul.
"dah, angah ni pun macam budak-budak. Umur dah berapa masih nak cari gaduh dekat adik dia" tegur Tengku Al Iman bila melihat Fairul bersedia nak membaling semula batal sofa itu.
Ini kalau dia biarkan mahu meletup gunung berapi orang sebelah dia ini a.k.a Tengku Farah.
Farisha menjelirkan lidah kepada Fairul. Berpuas hati abang dia kena marah oleh Tengku Al Iman.
"adik dah dapat kawan baru?" tanya Tengku Al Iman.
"dah dapat dah masa first day masuk sekolah tu. Dorang pun baik dekat adik dan semua sekepala dengan adik. Masuk air" dengan cerianya, Farisha menceritakan perihal kawan-kawan dia.
"baguslah kalau macam tu. Umie dengan abah tak lah risau sangat. Dan umie yakin adik dapat suaikan diri dengan suasana baru dekat sekolah tu" Tengku Farah tersenyum manis kepada Farisha. Farisha hanya mengangguk kepala dan membalas senyuman Tengku Farah sebelum kembali fokus menonton tv.
'hanya cara ni sahaja yang boleh bantu kamu sayang. Umie berharap sangat kamu cepat sembuh. Umie dan yang lain rindu kamu yang dulu sayang' bisik hati Tengku Farah sambil menyembunyikan riak sedihnya.
Tengku Al Iman mengusap bahu Tengku Farah cuba menenangkan isterinya itu. Dia tahu apa yang di risaukan sangat oleh isteri dia itu, tapi dia yakin anak perempuan mereka itu boleh lalui semua dugaan yang menimpa dirinya.
☜☆☞☜☆☞☜☆☞☜☆☞☜☆☞
Holla my girlboy friend : ')
i'm so sorry baru upload new chapter. ada sesuatu yg mnghalang saya utk upload bab baru.
hope korang masih setia menunggu dan masih sudi nak baca. klu korang nak saya slalu upload bab baru bgi lah komen jdi saya tahu yg saya tak ss(syok sndiri) menaip cerita ni.
dengan komen korang sedik sebnyk mmberi saya semangat.
klu ada typo saya mnta maaf sbb bab kali ni hbis type saya terus upload, tak mcm slalu saya slalu double check sblm upload. lps upload ni insyaAllah klu ada sempat nnti saya recheck balik.
don't forget to follow, comment and rate my story ♡.
see u next chapter. lopp u guys ♡
(30/12/23)
Share this novel