Happy reading ♡
~¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤~
DING DING DONG DING DONG!!!.
Loceng berbunyi menandakan kelas dah habis dan sekarang waktu rehat.
"okay kelas, sampai sini sahaja pembelajaran kita. Jangan lupa buat tugasan yang sir bagi ni. Esok kalau ada tak siapkan, sir denda kamu jalan itik di padang sekolah 5 round seorang." ugut sir Nordin selaku guru subjek addmats.
Murid 5 Ibnu Sina hanya mengangguk kepala tanda faham.
Sekarang Farisha kena rehat sendiri, kerana Faizam telah keluar awal 15 minit sebelum rehat tadi untuk bertugas masa rehat ini.
Farisha baru mengetahui yang Faizam adalah seorang pengawas sekolah dan Faizam seorang penolong ketua pengawas.
Patutlah Faizam ada guna sejenis kad matrik yang bergantung dekat lehernya.
Farisha bercadang untuk stay dalam kelas sahaja. Sebab dia belum tahu selok belok sekolah ini. Lagipun dia belum minta 'waze' dari Faizam. Takut nanti dia main aci redah je, sesat pula dah lah sekolah ini besar nak mampus.
Masa Farisha ingin merebahkan kepala untuk tidur, dia mendengar suara memanggilnya. Tepat dekat tepi kepalanya.
"Dee, jom rehat ngan kitorang" ajak Airin sambil menarik tangan Farisha supaya bangun.
"korang tak kisah ke kalau aku rehat ngan korang?" tanya Farisha sambil membetulkan seragam sekolahnya dan membuka blazer yang dia gunakan. Dia menyangkut blazer dekat kepala kerusi.
Takkan lah dia nak guna blazer time cuaca panas ini. Mahu berkuah-kuah ketiak dia. Lainlah dalam kelas ada aircond.
LVY International High School membenarkan pelajarnya menanggalkan blazer mereka. Namun setiap datang sekolah wajib menggunakan blazer.
Seragam LVY International High School seperti seragam orang Jepun dan Korea.
"apa pula nak kisah. Kau kan kawan kitorang juga. Kau dah kitorang anggap sahabat dah pun. Lagipun, hanya kita bertiga je ni. Liya dan Syah kan bertugas" terang Airin lagi.
'no wonder lah, Leya dan Syah pun keluar awal macam Am.' desis otak Farisha.
Lamunan Farisha terhenti apabila tangan kiri dan kanannya diapit oleh Amelia dan Airin.
Farisha sangat terharu sebab ada juga yang sudi nak berkawan dengan dia dekat sekolah ini.
'syukurlah ada juga yang normal dekat sekolah ni, kalau tak dengan aku sekali jadi gila juga' ke kiri ke kanan kepalanya.
"thanks korang sebab sudi nak jadi kawan aku. Aku ingat korang akan benci aku macam orang dalam kelas tu" tersenyum kelat Farisha bila mengingat bertapa banyaknya haters dia dekat sekolah ini.
"tiada sebab untuk kitorang benci kau. Kau mana ada buat salah ngan kitorang. Abaikan je dorang tu, terutama sekali si 'diva' Sarah tu. Dia tu memang dengki kalau ada orang tengok crush dia. Padahal Naufal bukan pernah anggap pun kewujudan dia. Dah lah jom, kalau kita lambat takut tiada tempat kita nak makan nanti" Airin dan Amelia terus mengheret Farisha mengikut langkah mereka.
•••
Tiba di cafeteria, ketiga gadis itu terus menuju kaunter untuk memesan makanan. Lepas memesan makanan dan makanan mereka siap, mereka bertiga terus mencari meja kosong.
Kebetulan ada meja kosong di sudut cafeteria yang berhampiran dengan pintu keluar. Mereka terus menuju ke meja itu dan terus melabuhkan punggung mereka di situ.
"Dee, kenapa kau pindah sini?" Airin memulakan perbualan.
"oh, aku pindah sini atas kehendak keluarga aku. Tahun ni kan aku akan ambil SPM, jadi keluarga aku nak aku ambil SPM. Lagipun, aku dah lima tahun menetap dekat Perancis. Tu juga salah satu sebab aku pindah balik duduk Malaysia ni. Walau aku dah sebati dengan kehidupan aku dekat sana, tapi aku pun rindu ngan family aku" terang Farisha sambil menghirup milo ais nya.
"serius lah, kau tinggal dekat Perancis lima tahun, dan kau boleh cakap bahasa Melayu dengan begitu lancar tanpa ada slang-slang Perancis atau English. Memang wow gilerrr" sampai tersembur air yang baru di minum Amelia. Nasib tak kena siapa-siapa. Kalau tak free-free kena maki minah satu ini.
Farisha dan Airin terkejut dengan kelakuan serupa lelaki Amelia itu. Tak senonoh betul.
Amelia terus meminta maaf kepada Farisha dan Airin. Setelah itu, mereka ketawa juga dengan situasi itu.
"aku memang fasih cakap Melayu. Dah atuk dan nenek aku hari-hari cakap Melayu, jadi aku pun dah terbiasa. Sebab atuk aku tak suka dengar cucu-cucu dia berspeaking atau berfrench. Kata atuk aku, jangan pernah lupa asal usul keturunan kitorang. Walau kami semua lahir luar negara, tapi atuk aku kan orang Melayu dan keturunan Melayu. Sebab tu kenapa aku boleh fasih cakap Melayu tanpa ada slang-slang bahasa lain" terang Farisha sebab dia boleh fasih bahasa Melayu, walau dah lima tahun menetap di Perancis.
Airin dan Amelia mengangguk kepala tanda faham.
"tapi kan, kenapa Izam tak ikut kau sekali pindah sana. Izam tak pernah pun cakap yang dia ada kembar. Kami punya lah terkejut dengan kejutan cikgu pagi tadi" tutur Airin menekan perkataan kejutan itu.
Farisha tergelak bila mengingat kejadian pagi tadi.
"sebab kenapa Izam tak ikut dan tak cakap yang dia ada kembar, aku tak tahu kenapa. Lagipun aku pindah Perancis sebab mak su aku suruh aku jaga atuk dan nenek kitorang dekat sana" Amelia dan Airin hanya meng'O' kan sahaja mendengar penerangan Farisha itu.
"aku nak tanya ni, kenapa Faizam tu aku tengok macam ramai je orang tengok dia terutama yang perempuan. Aku bukan apa, pagi tadi waktu aku turun dari motor Faizam, semua mata asyik tenung aku macam aku ni perogol bersiri pula" tanya Farisha apabila otak dia sampai saat ini belum dapat memproses apa-apa tentang Faizam.
Lepas Farisha habis berkata-kata, ketawa Airin dan Amelia mula kedengaran. Farisha dah kerut muka tanda tak pelik dengan kelakuan kedua gadis itu.
Untuk hari pertama dia masuk sekolah ini, entah berapa banyak kerutan yang telah terhasil untuk hari ini.
"ada yang lucu ke dengan soalan aku, sampai korang gelak macam orang tak cukup nafas?" tanya Farisha.
"lawak lah kau ni Dee, apa ke benda perogol bersiri kau sama kan dengan situasi kau. Takkan lah kau tak tahu apa-apa tentang Izam. Dia kembar kau kut. Lagi satu, muka kau ni comel sangat lah bila buat memek muka macam tu. Sebiji macam adik aku yang baru berusia dua bulan. Nak je aku cubit dan culik kau bawa masuk beg aku" tanpa memberi amaran, Airin terus cubit pipi gebu Farisha dan empunya badan terus menjerit dan memberi dia jelingan maut.
"okay, okay sorry. Meh sini aku cerita perihal kembar kau tu"
Airin tarik dan hembus nafas sebelum menyambung ayatnya yang tergantung.
"kalau kau nak tahu, kembar kau tu merupakan salah seorang pelajar popular dekat sekolah ni. Izam merupakan captain football, ahli basketball dan penolong ketua pengawas" Farisha dah tersedak air liur sendiri mendengar perihal kembarnya sendiri.
Faizam yang selama ini dia kenal 'otak senget', tak sangka dalam diam ubi berisi. Bangga juga lah ada kembar macam itu. Tak sia-sia dia dan Faizam berkongsi rahim dulu.
Tapi bila Farisha fikir balik, rupa-rupanya selama ini dia yang senget, sebab satu habuk pun dia ada bakat terpendam. Kalau ada pun, bakat buat masalah. Hanya itu yang dia tahu.
Tapi kan bila dia fikir-fikir lagi balik, kalau Faizam hebat dan berbakat, dia pun sepatutnya kena lah hebat dan berbakat sebab dorang kan kongsi rahim Tengku Farah dulu.
Ke waktu pembahagian bakat dulu, Farisha jadi halimunan sehingga semua di kebas sampai habis oleh Faizam. Sehingga yang tinggal hanya yang buruk-buruk, sebab yang bagus-bagus semua Faizam dah rembat.
Farisha dah mula merepek. Memang kalau otak senget ini selalu berfikir 'out of the box' betul.
Farisha tersedar dari lamunan bila terdengar suara bisikan Amelia di telinganya.
"and more think, this one are very very important. For your information, Izam tu crush si Irin since Izam pindah masuk sekolah ni. Boleh di katakan love first sight gitu" sambung Amelia sambil tergelak dan di ikuti oleh Farisha yang tergelak sama melihat muka Airin yang dah blushing itu.
Walaupun kata-kata tadi di bisikan di telinga Farisha, tapi sebenarnya Amelia sengaja menguatkan sikit suara supaya Airin dengar apa yang dia bisikan kepada Farisha.
Airin merenung Amelia dengan tatapan mata yang tajam. Farisha apa lagi, menambah perisa lah " jangan risau, rahsia kau aman dengan aku. Kalau kau yang jadi kakak ipar aku, aku sokong infiniti peratus. Jangan risau aku akan bantu kau dan kau kenalah baik-baik dengan bakal adik ipar kau ni." Farisha menjongketkan keningnya naik turun. Apalagi muka Airin bertambah merah seperti tomato yang terlebih masak.
Farisha dan Amelia bertepuk tangan tanda berpuas hati melihat muka Airin yang dah merah menyalah itu.
"tak yelah buat muka macam tu. See, berkat bantuan aku, kau dah dapat sokongan dari bakal adik ipar kau yang comel ni. Kau kenalah berbaik-baik dengan dia, supaya dia boleh tolong kau minta restu dari bakal keluarga in-law kau nanti" Amelia tak berhenti menyakat Airin yang sudah tarik muncung itik itu. Sakit perutnya ketawa sampai kejang segala otot-otat di perut nya.
Bila lagi dia boleh nak sakat Airin ini yang selalu tenang dan tak peduli dengan sekelilingnya. Time ini lah dia bantai habis-habis. Tambah lagi Farisha pun sporting memang kaw-kaw dia bahan Airin.
Muka Airin dah merah sampai ke telinga. Dia malu sangat bila kena sakat macam ini, selalunya bila Amelia, Aisyah dan Aliya bahan dia, dia selalu boleh control ekspresi muka dan tingkah laku nya. Apalagi kalau menyangkut tentang Faizam.
Tapi kali ini entah kenapa dia langsung tak boleh, tambah lagi bila Farisha pun ikut mengusik dia dan Farisha mengernyitkan mata sambil tersenyum mengusik. Dia malu sangat lah malu, serasa nak bersembunyi dalam tandas.
"diam ah kau Mel. Nanti kau, aku bagu tahu Khai yang kau dah mula tangkap cinta dengan dia" ugutan Airin hanya angin lalu bagi Amelia.
Lepas sesi usik mengusik dan Farisha mengetahui sedikit sebanyak perihal Faizam, mereka pun sambung bercerita benda lain sehingga loceng masuk kelas berbunyi.
☜☆☞☜☆☞☜☆☞☜☆☞☜☆☞☜☆☞☜☆☞
Holla my girlboy friend : ')
Long time no see, how are u guys. I'm so sorry sebab dah lama tak update. Ada masalah yang tak dapat nak d elakkan.
Lepas ni saya cuba update perweek balik, harap-harap korang masih sudi baca walau dah sebulan lebih tergantung tak bertali. heheheh
Apa² pun hope korang enjoy lah baca. Kalau ada typo harap d maklum.
Korang jgn lupa follow, komen dan vote. Supaya aku tak syok sendiri tulis² tpi tiada yg sudi baca huhuhuhu sendu.
See u in the next chapter, lopp u guys ♡
(8/12/23)
Share this novel