Bab 16

Young Adult Series 6729

Happy reading ♡

¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤

Berbeza dengan Farisha yang bad mood. Di sebuah rumah mewah, terlihat seseorang sedang berdiri di balkoni biliknya, sambil mata memandang langit-langit malam yang diterangi oleh cahaya bulan dan bintang.

Dalam seseorang itu menikmati langit malam, otaknya tengah memproses kejadian petang tadi.

Baginya, peristiwa itu sangat lah melucukan dan itu bukan lah dirinya yang suka cari gaduh. Tambahan lagi, bertikam lidah dengan seorang perempuan. Dan paling teruk, perempuan kembar kawannya sendiri.

•••

#FLASHBACK

"kau" serentak mereka menutur kata apabila melihat wajah masing-masing.

"tak dalam kelas, sini pun kau muncul juga. Apalah malang sangat nasib aku hari ini. Dalam banyak-banyak orang kat sekolah ni, kenapa mamat 'harimau' ni juga yang aku kena langgar. Hish, malang betul nasib" tutur Farisha tapi part 'harimau' itu dia memperlahankan suara.

Dia juga mengeluh kuat, apabila melihat gerangan orang yang dia langgar itu.

Siapa lagi 'harimau' dekat sekolah ini, kalau bukan Tengku Azril Naufal.

"apa kau kata? Malang? Eh, yang malang tu aku bukan kau. Kau yang lari pastu langgar aku. Kalau kau nak lari, tu dekat padang bukan dekat sini. Sia-sia je sekolah sediakan padang kalau tak reti guna. Kau ini nama je ada otak, tapi tak boleh beza mana tempat yang sesuai untuk berlari dan mana yang tak boleh. Dah tak reti guna otak, mata pun kau tak guna dengan betul. Tu yang main reda je." marah Naufal.

Siapa tak marah, kalau kau tengah jalan, tiba-tiba kena rempuh. Ingat ini padang rugby ke. Main langgar-langgar.

"kau ni kan, boleh tak kalau bercakap tu tak perlu nak marah-marah Cepat tua baru tahun Oops! Lupa, kau kan memang dah tua. Lagi satu, tak perlu kut nak terjerit sana-sini. Aku ada telinga boleh dengar. Dan telinga aku masih berfungsi dengan baik lagi." Farisha berani dalam takut.

Dia cuba melawan kata-kata Naufal itu, sambil menantang mata Naufal. Tadi suruh sangat tengok muka 'handsome' dari lantai dia itu kan kalau bercakap, nah ambik kau.

"amboi! Mulut takde insurance langsungkan. Suka hati kau je cakap aku tua. Suka hati aku lah marah ke, nak terjerit-jerit ke. Ada aku kisah. Dan kau, siap suruh lawan aku" balas Naufal sambil memeluk tubuh.

Eh, mamat ni. Dia buat boleh, aku buat tak boleh pula. Dasar 'harimau' gila. Mulut dia yang tiada insurance, pastu cakap mulut aku yang tiada insurance. Memang sah otak mamat ini tergeser sikit masa aku rempuh dia. Itu yang tak boleh berfikir dengan matang. Melalut entah ke mana. Kutuk Farisha dalam hati, sambil mencebikkan muka.

"memang kau siapa nak di takut? Takat head prefect je, pe dah. Sekali lagi aku terlupa, yang kau tu 'harimau', tu pasal suka sangat 'mengaum' tak tentu pasal. Sikit-sikit 'aum'. Hal kecil je pun nak kecoh" sindir berlapis Farisha. Dia mana mahu kalah. Anak gadis umie ini.

Kali ini, secara terang-terangan dia menyebut perkataan 'harimau'. Walau sebenarnya, dia tak sedar pun dia dah tersebut gelaran itu. Ah! redah jelah. Apa nak jadi, jadi lah.

Terlajak perahu boleh ku undur, terlajak kata ku, badan yang binasa.
Eh, betul kah itu peribahasa aku. Lantak lah, betul tak betul belakang cerita. Sekarang ini aku kena siapkan mental untuk berdepan dengan mamat ini.

"eii, minah pendek ini. Memang patut pun aku marah, dah kau rempuh aku macam sumo. Dan kalau kau nak tahu satu fakta baru tentang kau, kau tu BUTA. Tu pasal main aci redah je. Satu lagi, sesedap rasa maggi kau je jak gelar aku 'harimau'. Kalau aku ni 'harimau', pastu kau apa? Singa?" balas Naufal sambil kening di jongket.

Sebenarnya, pertanyaan dia itu lebih kepada ayat penyataan.

"banyak cantik muka kau panggil aku pendek. Eh! Pantang nenek moyang aku kalau orang panggil aku pendek. Pendek-pendek aku ni, aku tak 'sependek' akal kau lah. Tak guna tinggi, tapi suka menindas orang pendek macam aku ni. Dan sesedap rasa kau je panggil aku buta. Kalau aku buta, takde nya aku masuk sekolah orang normal. Tapi mungkin lepas ni aku 'buta' kut. Yelah, sebab muka tu sungguh menyakitkan mata aku" berdas-das Farisha berhujah.

"satu lagi, thanks untuk gelaran kau tu. So, after this aku dah tak perlu takut kalau nak lawan kau. Aku kan 'singa'. Kita boleh lah berlawan 'kekuatan' siapa lagi kuat" sambung Farisha. Dia puj berpeluk tubuh dan menjongket-jongket kening. Menentang Naufal.

Kata-kata Farisha itu tepat mengena sasaran, tepat di titik kesabaran Naufal. Naufal menanah amarah di dada yang hampir meletup.

Dia menarik nafas dan menghembus dengan kasar. Nak lawan sangat kan. Meh, kita tengok siapa yang tersungkur duluan.

"memang aku tak cantik pun. Sebab aku ini lelaki, so tak sesuai langsung dengan kata itu. Kau ni badan je kecil, tapi kalau dah membebel, perh boleh bernanah telinga. Dari mana kau tahu akal aku pendek? Orang yang akal panjang ini, tak pernah mengaku yang dia ada akal panjang. Melainkan orang pendek akal akan mengaku yang dia tu panjang akal. Tapi sebenarnya, seluas langkah kura-kura je." Naufal menahan tawa apabila muka Farisha yang putih bersih itu bertukar merah.

'Ha, tahu pun sakit kena 'panggang'. Tapi nak juga cuba 'panggang' orang yang memang dah lama dalam dunia 'pemanggangan' ini. Ha, ambik kau'. Naufal ketawa jahat dalam hati. Puas hati bila dapat buat Farisha berasap.

"dan...aku dah kata tadi, yang kau tu buta. Otak kau pun bermasalah juga ni. Sampai tak boleh bezakan perempuan dan lelaki. Aku rasa kau patut ajak Izam, bawa kau jumpa doktor pakar otak dan mata. Mana tahu 'wayar' otak dan mata kau bertukar tempat. Naya kau nanti." Naufal menambah minyak tanah ke atas api yang sedia marak.

"susah lah nak bercakap dengan 'harimau' seekor ini. Bukannya faham bahasa. Buat habis air liur je berdebat. Satu pun tak faham. Ke kau nak aku cakap dalam bahasa kau? Mana tahu kau faham kalau aku cakap bahasa 'rimau'. Tapi kan, kau memang tak cantik. Tapi kau handsome..." tanpa sedar Farisha memuji Naufal. Itulah mulut, kalau dah membebel apa yang terlintas di fikiran pun cakap lepas je. Kemudian baru menyesal.

"apa yang aku mengarut ni?" Farisha menampar-nampar mulut celuparnya bila dah sedar, dia terlajak kata.

"tak sangka aku, kau boleh cakap bahasa 'rimau'. Cuba kau cakap, aku nak dengar. Mana tahu aku faham bahasa sudah. Btw, thanks sebab puji aku. Aku tahu aku handsome. Kau sendiri pun tak boleh nafikan, kan?" sekali lagi Naufal tergelak kecil.

"babi lah kau. Kalau pun aku cakap bahasa 'rimau', belum tentu kau faham walau kau pun spesis 'harimau'. Tolong lah jangan nak perasaan sangat. Aku bukan puji, tapi aku menghina." marah Farisha. Rasa nak di cakar-cakar je muka Naufal ini.

"Mana satu spesis aku ni? Babi ke harimau? Tapi aku lagi suka harimau. Suci. Dan boleh kita lawan kekuatan. Kalau aku 'babi' confirm lah aku kalah. Kan tak adil itu. nanti kau 'mengaum', aku pula 'teroing-oing' je. Aku lagi suka 'mengaum'. Sama-sama kita mengaum. Aum." Naufal mengaum sambil kedua tangan diangkat membuat macam orang tengah nak mencakar.

Makin berasap Farisha. Tambah lagi bila ketawa Naufal itu sangat membingitkan telinga. Macam mahu cair tahi telinga mendengar ketawa mengejek itu.

"ikut suka kau lah. Nak jadi 'babi' ke, 'harimau' ke. Ikut kau. Aku tak kisah. Dari aku layan kau otak kurang 'setting' kau ni, baik aku pigi buang hajat. Nanti tak pasal-pasal, dengan aku-aku sekali berjangkit. Kau punya pasal, aku lambat buang 'hajat'. Nasib tak terbuang dekat sini. Tepi lah" Farisha menolak kasar Naufal sebelum dia beredar.

Dia meninggalkan Naufal yang tengah ketawa penuh kemenangan itu. Mulut Farisha tak henti-henti membebel. Sakit betul hati dia dengan mulut beracun Naufal itu.

Koyak mental dia.

'hati ni pun satu, yang tak pandai berhenti berdegup laju dah kenapa? Tahu lah sakit hati dengan mamat tiga suku tu, tapi takye berdegup laju macam ni sampai nak tercabut dari soketnya. Bergedup normal dah cukup kan.' kali ini jantung dia pula yang jadi sasaran bebelan dia.

•••

#FLASHBACK END

Lamunan Naufal terhenti, saat dia mendengar suara seseorang memanggil namanya dari arah belakang.

Kejadian yang berlaku petang tadi, terbang dibawa angin malam.

"sejak bila mummy ada dalam bilik Ril ni?" tanya Naufal yang terkejut dengan kemunculan mummynya, Tengku Najiha.

"dah nak dekat sejam mummy duduk sini. Ril tu je yang tak perasaan. Asyik melamun je. Ingat makwe ke?" tanya Tengku Najiha berseloroh.

Naufal dah buat muka.

"haha. Takde lah. Baru je mummy masuk. Anak mummy yang seorang ni kenapa belum tidur? Esok tak sekolah ke?" tanya Tengku Najiha prihatin. Tangan terangkat mengusap sayang rambut Naufal.

"dah nak tidur lah ni mum. Mummy ada apa-apa ke sampai cari Ril dalam bilik ni?" tanya Naufal sambil menikmati rambutnya di usap sayang oleh Tengku Najiha.

"takde apa-apa pun. Tadi waktu mummy nak ke bilik, mummy tengok bilik kamu terbuka dan lampu masih menyala. Tu yang mummy masuk, ingat kamu lupa tutup pintu dan matikan lampu." terang Tengku Najiha.

Naufal hanya menangguk.

"kalau macam tu, mummy keluar dululah. Takut daddy kamu cari mummy pula" Tengku Najiha berdiri dari duduknya.

Namun kata-kata Naufal membuat di ketawa.

"betul tu. Nanti daddy tak boleh tidur kalau bantal peluk takde kat sebelah" seloroh Naufal. Dia sudah ketawa bila melihat muka merah Tengku Najiha.

"pandai lah kamu. Dah lah mummy keluar dulu. Kamu jangan tidur lewat sangat. Nanti lambat pula bangun esok"

Naufal menangguk dan mengikut Tengku Najiha menuju pintu biliknya.

"good night sayang" Tengku Najiha mencium dahi anak tunggal lelakinya itu.

"good night too mummy" balas Naufal sebelum menyalam tangan Tengku Najiha.

Sebaik Tengku Najiha berlalu, Naufal terus menutup pintu biliknya. Dia berjalan menuju katil setelah menutup pintu bilik.

Naufal merebahkan badan di atas katil sambil menatap siling bilik.

"aku tak tahu apa dah jadi dengan aku hari ni. Macam mana kata-kata yang aku keluarkan hari ni, boleh terluah dari mulut aku tanpa aku sedar. Bagaimana gelaran spontan tercipta untuk kembar Faizam itu. Semua terjadi hari ni, semua luar kawalan aku." kata Naufal sambil memejamkan mata.

Naufal kembali membuka mata. Fikiran dah terbang melayang-layang di udara.

Bila dia ingat-ingat balik. Dia pernah cari gaduh dengan seorang budak perempuan dulu. Sampai dia boleh terjerat hingga buat dia terluka di kemudian harinya.

Kejadian itu dah bertahun berlalu, tapi bagai kaset rosak, selalu sahaja bermain difikiran walau dah sehabis mungkin dia ingin memadam memori menyakitkan itu.

Naufal menggeleng kepala mengusir kejadian itu. Dia miring menghadap kanan dan memejamkan mata.

Dalam hitungan minit, Naufal telah dijemput Cik Mimpi dia.

Tengku Azril Naufal, atau lebih di kenali sebagai Naufal. Dia merupakan heard perfect LVY International High School. Sekolah yang di dirikan oleh bapanya.

Naufal dah berusia 18 tahun, namun baru menduduki SPM pada tahun ini. Semua ini terjadi akibat kejadian sehari sebelum peperiksaan besar itu berlaku.

Dia dan dua lagi sahabatnya yang terlibat dengan kejadian itu, terpaksa di gantung untuk mengambil SPM. Dan mereka di haruskan menduduki semula sekolah seperti biasa sebelum mengambil SPM.

Naufal memiliki empat orang adik-beradik. Nasibnya sama seperti Farisha. Dia merupakan anak tunggal lelaki. Bezanya, kalau Farisha bongsu, tapi Naufal di apit oleh dua orang kakak dan seorang adik perempuan.

Kakak sulung Naufal, Tengku Aisyah Nara yang berusia 27 tahun. Dia telah mendirikan berumah tangga dengan seorang arkitek iaitu Tengku Haris Faeq. Kakak sulung Naufal dikurniakan dua orang anak lelaki yang berusia masing-masing tiga tahun dan dua bulan.

Manakala kakak kedua Naufal, Tengku Aini Najwa baru berusia 23 tahun. Masih bergelar pelajar di London dalam kos kedoktoran.

Adik bongsu Naufal, Tengku Ain Naura baru berusia 13 tahun. Dia bersekolah LVY International High School juga. Meski satu sekolah dengan abangnya, jarang sekali boleh melihat kedua beradik ini datang sekolah atau balik sekolah bersama.

Ain lebih suka menumpang kereta kawan baiknya daripada menumpang kereta abangnya yang terkenal cerewet itu. Sebab Naufal kadang berkereta dan kadang menunggang superbike dia itu. Baik dia datang dengan kawan baik, dari abang sendiri.

Tengku Adam Ahamd, daddy Naufal. Beliau baru berusia 50 tahun. Beliau merupakan pengasas sekolah LVY International High School. Beliau juga mempunyai beberapa syarikat yang bergerak dalam bidang arkitek.

Tengku Najiha Irma, mummy Naufal. Berusia 47 tahun. Beliau merupakan bekas model yang pertama cukup terkenal suatu ketika dahulu, sebelum dia berkahwin dengan ahli perniagaan, Tengku Adam Ahmad.

Tengku Najiha memiliki sebuah spa kecantikan. Spa Beauty and treatment. Selain itu, Tengku Najiha merupakan suri rumah tangga sepenuh masa.

Spa Beauty and Treatment telah diambil oleh Tengku Aisyah.

Walau kekayaan Naufal tak sebanding Farisha, tapi keluarga juga salah satu keluarga yang mempunyai kuasa. Luar mahupun dalam negara.


☜☆☞☜☆☞☜☆☞

Holla my girlboy friend.

Hope u guys suka lah dengan bab ini. Saya dah tak tahu nak olah macam mana lagi. Hope u guys enjoy dengan jalan cerita saya yang agak kurang memuasakan ini. Hehehe :-D

Jangan lupa follow, comment and vote story saya.

Saya nak ucapkan selamat menyambut bulan suci Ramadan kepada yang menyambutnya. Saya harap Ramadan kita pada kali ini dapat di isi dengan ibadah.

Sama" lah kita mengejar pahala yang banyak InsyaAllah. Sekali lagi selamat berpuasa dari saya :-P.

See u next chapter. Loppp u ♡

(12/3/24)

Jangan lupa follow ig saya : trianor_sd

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience