Luahan Hati =)

Young Adult Series 6729

Holla my girlboy friend ?

Terima kasih kerana sudi datang sini. Ini merupakan terbitan pertama saya. Cerita ini dari tiga tahun yang lalu lagi. Saya mula merangka pada 10/11/20, tapi tak terbit-terbit juga atas masalah teknikal dan waktu itu saya sibuk study (kunun lah padahal malas) hahahahah

Memang saya masih student lagi time tu, tapi sekarang ni saya hanya seseorang yang tengah menunggu di lamar hahahah gurau je. Saya sekarang tengah sibuk 'tanam kurma' yang tak pandai tumbuh. hmm sabar jelah.

Cerita ni banyak berlaku pengeditan dari segi bahasa terutamanya. Kerana saya orang sabah ( teda org tnya tpi sy nak cakap juga hehehe) jdi ada beberapa part tu bahasa sabah dia agak pekat bila saya baca balik (kunun jak tu, padahal memang ayatnya tunggang langgang hahaha). Jadi menyebabkan saya edit balik bahasa dia supaya nda ketara sangat sabah dia.

Dan kerana itu, cerita ni tak terbit-terbit juga. Bila saya baca sendiri terasa hambar dan "eyuh apa yg aku mengarut ni" (lebih kurng bgtulah reaksi aku). Sebab tu tak nak terbit sebab takut org tak suka, bila orang tak suka akan buat saya down dan terus malas buat cerita ni. Jadi tolong lah suka, kalau nda suka juga buat² suka lah. hahahah nda juga saya kejap macam tu.

Apa-apa pun I'll try my best to make the story not to 'hambar'. Suka tak suka tu belakang cerita, kerana kita sebagai manusia susah nak puaskan hati semua orang untuk menyukai dan menghargai apa yang kita buat.

I know the story to cliche and cringe. Mungkin juga jalan ceritanya korang boleh teka, tapi saya akan usahakan buat cerita ni tak membosankan sangat (InsyaAllah, klu membosankan juga, maafkan lah hotak saya yg dah kekeringan idea ni. Maklum lah cerita ni dah lama jadi 'ilham' saya pun dah hilang entah ke mana).

Semua idea, jalan cerita dan nama-nama dan semua yang ada lahir dari idea saya sendiri. Sekiranya ada yang tersama dengan cerita orang lain saya tak tahu sebab semua ni murni lahir dari hotak senget saya yang tak berapa nak center dan kreatif ni.

Even cerita ni dah lama, tapi sampai sekarang masih tergantung dan tak berpenghujung a.k.a tergantung dan tak tahu macam mana nak sambung dan ending dia macam mana. Saya still berfikir rangkak ceritanya macam mana nak buat jalan cerita ni tak hambar sangat dan mencari penghujung ceritanya yang entah macam mana.

p.s: cerita ni dari saya, yang saya import ke sini atas sebab dekat tu saya tak dapat sambutan dan tak ada pembaca.

Sampai saya buat 2 acc , tapi still teda juga yang baca (mungkin sebab saya tak reti nak promote cerita saya kut). Hope in this apps ada lah yang sudi baca ?.

Dekat tu saya dah unpublish di kedua-dua acc saya.

Sebab cerita ni dari yang sinonim dengan cerita anak Tengku dan anak orang kaya a.k.a jutawan (utk bbnu mcm aku ni lah). sbb ni agak cerita ni aku cakap cringe dan cliche. but who's care, cerita aku kan jadi suka² kepala hotak aku lah nak buat cerita mcm mn ?.??.


☜☆☞☜☆☞☜☆☞☜☆☞☜☆☞

SEBARANG CETAK ROMPAK ATAU ORANG TIRU KARYA DAN IDEA SAYA, SAYA TAKKAN MARAH (kunun ja tu, entah² jadi mama hulk hahahah) TAPI SAYA TAKKAN HALALKAN DUNIA AKHIRAT DAN ITU URUSAN DIA DENGAN ALLAH.

Sekian terima kasih.

Selamat membaca

From: Trianor?

(2/10/23)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience