Bab 15

Young Adult Series 6729

Happy reading ♡

¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤

"arhhhhh!! Diam arh kau 'harimau'. Fikir lucu ke? Am aku nak balik" kata Farisha apabila melihat Faizam datang turut serta untuk melihat drama sebabak dia.

"eh, kejaplah. Aku belum habis training lagi ni. Lagi pun kalau kau balik sekarang, kau nak balik naik apa?" tanya Faizam apabila melihat Farisha sudah menggalas beg dan ingin berlalu keluar dari dewan.

"naik apa-apa lah. Jalan kaki pun aku sanggup. Asal aku tak satu tempat dengan 'harimau' gila tu. Kalau aku masih stay sini, mau gelanggang ni jadi gelanggang WWE aku buat." tutur Farisha dan terus mengorak langkah menuju pintu dewan.

Tak sampai beberapa langkah dia menapak, suara sumbang terdengar di corong telinga.

"lek lah Ms.Lion. Kau tak takut ke jalan kaki sorang-sorang? Kalau dalam perjalanan kau jumpa orang jahat, kau tak takut kena kacau ke? Oops! My bad. Bukan kau yang takut, tapi orang yang nak kacau kau tu yang takut dengan kau. Takut kena ngap. Yelah, kau kan 'singa' jadian-jadian. Sekali ngap, terus tempah batu nisan. Kubur pun kirim salam." dengan selamba badaknya, Naufal 'memanggang' Farisha.

Naufal ketawa lepas bila melihat Farisha yang hampir nak 'rentung' bila 'memanggang' Farisha dengan kata-katanya tadi.

Walau tawa dia tak kuat, tapi cukup untuk mengejutkan orang sekelilingnya. Kerana ini pertama mereka dapat melihat Naufal ketawa tanpa beban itu.

Lagi-lagi bila mendengar patah perkataan Naufal yang banyak itu. Kalau selama ini hanya beberapa patah sahaja. Malah boleh dikira dengan jari sebelah tangan. Kalau pun banyak patah perkataannya, itu lebih kepada hinaan atau memaki orang, atau pun tengah memarahi orang. Baru tak terhitung patah perkataannya.

Walau kali ini, tutur bicara pun boleh dikategorikan sebagai hinaan untuk Farisha, tapi 'hinaan' kali lebih kepada sweet gitu.

Sisi ini, sisi yang cukup lama tak kelihatan dek mata. Sisi yang dirindui oleh Khairul dan Amirul. Sisi yang selalu membuat mereka hidup tanpa menggoreskan hati orang-orang sekeliling mereka.

Muka Farisha sudah merah menyala sampai ke telinga merahnya. Darah dalam badan dah mendidih siap untuk 'meletus' keluar badan seperti gunung mengeluarkan laharnya. Tanda dia sudah berada di puncak kesabarannya.

Tapi dia tak boleh nak meluapkan amarahnya itu. Bagai ada yang menahan untuk dia tak meletuskan 'gunung berapinya'. Oleh sebab itu, yang dia boleh buat adalah dengan berteriak.

"bodoh punya 'harimau' gila" jerita Farisha sekuat hati sampai bergema dewan itu. Farisha terus membawa langkah keluar dari dewan.

Dia menghampas pintu dewan itu sekuat hati. Sampai sekali bergema bunyi pintu itu.

Dia dah tak peduli macam mana reaksi orang dalam dewan itu. Dia buat tuli bila mendengar gelak tawa Naufal yang sangat menyakitkan telinga itu.

Dia juga mengambaikan panggilan Faizam yang memanggil.

Nasiblah, coach Daus tak ada dalam dewan itu. Kerana beliau terpaksa balik awal hari ini kerana anak beliau kena tahan wad. Kalau tak mahu kena cepuk Farisha. Sesuka hati dia je nak menghampas pintu.

"Izam, takpe. Dee balik ngan kitorang. Kau sambung lah training. Nanti kalau ada apa-apa nanti kitorang call kau." Airin menahan Faizam daripad mengejar Farisha yang dah keluar dari dewan.

"thanks. Tapi kalau ada apa-apa call aku terus" kata Faizam. Risau juga dia. Yelah, mana tak risau. Farisha mana pernah buat perangai macam ini. Macam kena rasuk pun ada.

Entah apa yang jadi, sampai Farisha boleh mengamuk sampai macam itu sekali.

Airin dan yang lain hanya mengangguk sebelum menyusul Farisha. Takut pula Farisha buat gila. Haru biru jadinya nanti.

Setelah keempat-empat gadis itu berlalu meninggalkan para jejaka hot itu, Faizam terus menatap Nauf dengan tatapan tajam. Faizam meminta penjelasan melalui pandangan mata.

Faizam mengeluh. Rasa nak cakar-cakar muka handsome Naufal itu. Boleh pula dia senyum tanpa dosa. Kalau senyum je takpe tahu, ini siap dengan kenyitan mata lagi. Entah apa yang Farisha buat, sampai Nuafal jadi 'senget' ini.

Memang ngam lah dia dengan Farisha. Dua-dua kena rasuk. Satu hantu yang panas baran. Satu lagi hantu yang kehilangan otak.

Naufal masuk semula ke dalam gelanggang tanpa memberi apa-apa penjelasan kepada sahabat-sahabatnya. Terutama Faizam yang dah merenung dia bagai nak telan dia hidup-hidup.

"Hoi, yang tercengak lagi itu dah kenapa.Drama dah habis dah pun. Baik korang masuk gelanggang sekarang, sebelum aku suruh korang lari padang lima round." jerit Naufal memanggil semua pemain-pemain Black Eagle.

•••

Di luar dewan itu, terlihat seorang gadis sedang duduk sambil menenangkan diri. Dia cuba untuk meredahkan amarah yang sedah mencucuk untuk dilepaskan.

Nafas di tarik dan di hembuskan. Dalam hati tak henti-henti dia beristighfar. Cuba menghalau segala setan yang tengah sakan menghasut dia.

Bahu dia di sentuh lembut. Suara mula kedengaran dari arah belakang. Menandakan dia bukan sendiri lagi.

"Dee, are you okay?" tanya orang yang berada di belakangnya itu. Farisha tahu siapa yang berada di belakangnya.

Dia juga tahu siapa yang menegur dia itu. Siapa lagi kalau bukan Airin. Dan betul sahaja, setelah Airin menegur dia, Amelia, Aisyah, dan Aliya turut menanya dia adakah dia okay atau tidak.

Dari suara sahabat-sahabatnya, dia tahu yang dorang tengah risau akan dirinya. Dia cukup terharu di kurniakan sahabat-sahabat yang selalu ada untuk dia.

"i'm okay. Don't worry, okay" kata Farisha sebelum bangun dari duduknya. Dia ingin mengatur langkah meninggalkan kawasan dewan itu, tetapi pergelangan tangannya ditarik membuat langkahnya pun terhenti.

"kau nak ke mana ni? Biar kitorang hantar kau balik" kata Airin lagi.

"takpe lah. Aku tak nak susahkan korang. Aku boleh je balik naik grab, tak pun aku tahan teksi" ujar Farisha. Dia tak nak susahkan sesiapa pun.

Ini salah dia sendiri yang nak menyusahkan diri sendiri. Padahal dia boleh je duduk dekat taman sambil tunggu Faizam habis training. Tapi sebab termakan hasut setan tadi, mahu tak mahu dia kena juga balik sekarang.

Takut nanti 'harimau' itu keluar dan nampak dia masih ada di sekolah, mahu dia kena 'panggang' lagi. Dan kali ini dia tak boleh jamin, yang dia boleh tahan dari termakan hasutan demi hasutan setan yang membisik kata-kata 'sweet' di tepi telinganya.

"kau jangan nak mengada naik grab bagai. Kang kau sesat dan hilang, mahu kami kena bunuh dengan Faizam. Lagi pun, kau nak order grab macam mana, sedangkan kau tak bawa phone?" tanya Amelia.

Tanpa menunggu balasan dari Farisha, dia terus menarik tangan Farisha menuju parking kereta.

Farisha hanya pasrah bila tangan dia di tarik. Kerana kata-kata Amelia itu ada betulnya juga. Macam mana dia nak order grab, kalau phone dia tak bawa. Kan sekolah ini tak benarkan pelajar membawa handphone ke sekolah.

Sepanjang perjalanan menuju parking, mereka hanya senyap dan tak ada seorang pun yang bersuara. Kalau boleh, bunyi tapak kasut mereka pun tak kedengaran. Sunyi sepi macam mereka tengah melalui kawasan perkuburan.

Amelia, Airin, Aisyah dan Aliya of course nak tahu apa yang terjadi sebenarnya. Namun, apabila melihat mood Farisha yang 'menyeramkan' itu, mereka urungkan niat mereka daripada bertanya.

Sampai di tapak parking kereta, mereka berpeluk sebelum mengucap selamat tinggal. Mereka terus menaiki kenderaan masing-masing.

Farisha menaiki kereta Honda Civic Hatchback milik Airin yang berwarna blue night itu.

Sepanjang perjalanan, hanya radio yang menemani mereka berdua. Sehinggalah sampai di rumah Farisha.

"Dee kalau kau ada problem, just share with us. Kami akan jadi pengengar yang baik untuk kau" kata Airin sebelum memberhentikan kereta dia betul-betul di hadapan pagar besar rumah Farisha.

Sebenarnya, Airin tahu latar belakang keluarga Farisha dan Faizam. Tapi dia belum pernah lagi datang rumah Farisha dan dia tak tahu pun dekat mana rumah keluarga Farisha sebelumnya. Ini merupakan kali pertama dia sampai sini.

Tak boleh di nafikan, bertapa besarnya rumah keluarga Farisha ini. Ini bukan banglo tapi lebih kepada mansion alah-alah istana.

Airin pun memang anak orang berada juga, tapi kalau nak di bandingkan dengan Farisha memang kalah. Ada rasa insecure dalam dirinya. Tapi dia tepis semua itu.

Kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ini. Jangan nak membandingkan diri kita dengan orang lain. Kalau kita selalu membandingkan diri dengan orang lain, sikit demi sikit akan tumbuh rasa ingin lebih dari orang itu.

Sampai bermacam cara di lakukan untuk mencapai hasrat tamak itu. Halal, haram dan dosa, pahala pun dah tak boleh nak bezakan.

"jangan risau lah. Aku okay je. Kalau aku dah sedia, nanti aku cerita dari A to Z dekat korang. Btw, kau tak nak singgah dulu ke, kenal-kenal dengan bakal mak mertua kau. Aku rasa sekarang ni mesti umie aku dah dekat rumah" sempat lagi Farisha mengusik Airin.

Walau mood dia tak okay sekarang ini, tapi bila melihat muka Airin yang tiba-tiba bertukar merah, mahu tak mahu dia ketawa juga.

"eh, dia ni kan. Saja tau. Tadi moody, sekarang boleh pula usik aku" Airin buat-buat marah.

Farisha masih lagi ketawa. Sampai naik pelik Airin dengan mood Farisha ini. Sekejap mengamuk macam 'singa', sekarang ketawa tak ingat dunia.

'Memang betullah kata Naufal yang Farisha ini singa jadian-jadian' desis Airin dalam hati. Kang nanti dia cakap, mahu ICU kirim salam dengan dia.

"mahu ke tak ni?" giat Farisha lagi sambil kening di jongket naik turun.

Airin menggeleng kepala sebagai jawapan. Gila apa nak masuk. Kang Farisha tinggal dia sorang dengan umienya, tak ke naya dia. Dah lah sekarang ini Farisha agak tak betul sikit. Baik dia mengelak dari jadi 'mangsa' mengejut.

"tahu takut. Hahaha. Okay lah, see you tomorrow sis-in-law. Thank sudi hantar adik ipar balik dengan selamat." Farisha mengernyit mata sebelum cepat-cepat keluar dari kereta Airin.

Apalagi, semakin merah menyala muka Airin jadinya.

"hish, tak guna punya Dee" marah Airin. Padahal suka. Haha

Airin terus berlalu pergi meninggalkan perkarangan rumah Farisha, apabila dia melihat Farisha sudah masuk melalui pagar kecil berdekatan dengan pondok security rumah itu.

Sesampai di dalam rumah, Farisha terus naik ke tingkat tiga selepas salam cium Tengku Farah.

Apabila tiba di tingkat tiga, Farisha terus menuju biliknya dan menterbalikkan papan tanda yang berada di pintu menjadi 'Do not disturb'.

Dia mengunci pintu biliknya, tanda dia betul-betul tidak mahu diganggu.

Tengku Farah yang melihat, hanya menggelengkan kepala melihat kelakuan anak perempuannya itu.

•••

Selama makan malam, Farisha hanya diam dan kelakuannya itu tidak seperti selalunya. Bila ditanya, hanya angguk dan geleng yang diberi sebagai jawapan.

Selepas makan malam, dia tidak lupa untuk membantu Tengku Farah mengemas meja dan membasuh pinggang mangkuk.

Setelah selesai, dia dan Tengku Farah menuju tingkat dua untuk menunaikan solat Isyak.

Farisha masih diam. Walau ada juga dia bercakap, tapi patah kata itu boleh di kira guna jari tangan.

Lepas solat Isyak, kebiasaannya keluarga Tengku Al Iman akan berkumpul meluangkan masa bersama setelah seharian tidak bersua muka, di ruang keluarga yang berada di tingkat dua.

Tapi Farisha tidak. Dia terus menuju biliknya dengan alasan mengantuk, walau matanya masih segar.

Ini semua kerana dia tiada mood untuk berbual atau pun menonton.

•••

RUANG KELUARGA

"Am kenapa dengan Isya tu. Dari waktu dia balik sampai lah sekarang, umie tengok moody semacam aje. Pastu patah perkataan yang keluar dari mulut dia, umie boleh kira guna jari-jari tangan umie." tanya Tengku Farah tentang kelainan yang dirasa dari anak bongsunya itu.

Faizam menjadi 'pesalah' tak bersalah yang kena menjawab soal siasat dari ketua polis kediaman Tengku Al Iman.

"entahlah umie. Am pun tak pasti kenapa Isya macam tu. Tapi umie jangan lah risau. Mungkin dia tengah stress dengan homework yang bertimbun tu. Budak sekolah memang selalu moody kalau homework bertimbun-timbun." mahu tak mahu, Faizam kena juga bohong sunat.

Lagipun, dia tak tahu sangat kenapa Farisha boleh semoody itu. Padahal Farisha bukan orang yang senang moody, hanya kerana bertikam lidah.

'eh, ye ke? Sebelum ni mana pernah Isya bertikam lidah ngan orang. Mana pernah dia cari gaduh dengan orang. Tambah lagi, bila masalah remeh temeh je. Ini pertama kali Isya buat perangai macam tu. Naufal lah ni punya pasal. Gara-gara 'harimau' tu, satu rumah kena tempiasnya' desis hati Faizam.

Setelah kejadian beberapa tahun lalu, Farisha telah banyak berubah. Ada yang dia tak pernah buat, dia buat.

Ini pertama kali, Farisha mengamuk depan orang ramai. Kalau pun Farisha bertikam lidah, dia akan selesaikan masalah itu, bukan blah macam tadi.

Tengku Azril Naufal adalah satu-satunya manusia, yang telah berjaya membangunkan 'singa' yang tidur.

Haru lah aku lepas ini. Mesti punya ada sesi 'revenge-merevenge'. Apa lah nasib aku dapat adik 'singa', pastu member pun 'harimau'. Pasrah Faizam mengena nasib dia lepas ini.

"jadi kau tak stress?" tanya Fairul tiba-tiba. Sengaja nak mengusik adik kembarnya yang seekor ini.

Teguran itu menarik Faizam kembali ke alam realiti.

Faizam hanya angkat bahu. Tak acuh dengan pertanyaan abangnya yang otak hampir penuh dengan air.

Fairul menggeleng melihat Faizam yang mengabaikan dia. 'kenapa lah aku ada adik macam dia ni. Kalau tahu dulu macam ni, aku buang dia tepi tong sampah. Baru padan dengan muka dia' geram Fairul dalam hati.

Ruang keluarga itu kembali sunyi. Mereka semua memfokuskan mata memandang filem di saluran HBO.

Tengku Farah sebenarnya merasa ada yang tak kena. Kerana anak perempuan dia tidak pernah begini. Tapi dia yakin, walau apa pun berlaku, dia pasti Farisha dapat lalui semuanya.

☜☆☞☜☆☞☜☆☞☜☆☞

Holla my girlboy friend >_<

Maaf baru dapat upload bab baru. Hehehe

Sekarang ini, novel plus dah kena upgrade dah tak macam dulu. Jadi saya agak susah nak menaip.

Saya pernah taip dan nak upload hari tu, tapi rupanya yang saya taip tu tak tersave. Sudahnya saya tinggalkan, sebab penat taip dan korek idea, last" tak tersave.

Version diupdate ni dah tak mcm dulu. Kalu dulu kira by patah perkataan. Sekarang by abjad dan space. Dan saya tak tahu berapa patah perkataan untuk bab ini.

I love old version punya. Tapi ini ada juga kelebihannya, dan boleh sudah preview. Jadi boleh double check before upload.

Apa" pun thanks masih sudi tunggu bab baru update, walau tak menentu. Saya akan cuba untuk merajinkan diri lepas ni.

Jangan lupa follow, komen dan rate story saya tu.

See you next chapter. Loppp u ♡

(5/3/23)

Jangan lupa follow ig author ia...trianor_sd...nnti saya follow back :-D

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience