Happy reading ♡
~¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤~
Dalam riuh rendah di cafeteria, terlihat seseorang sedang berdiri di atas bangunan sekolah yang jauh dari semua pelajar sekolah itu.
Dia mendonggakkan kepala ke atas. Memandang langit biru dengan tangan yang berada dalam poket seluar slack hitamnya.
Matanya hanya merenung langit dengan pandang yang sukar untuk di terjemahkan. Hanya tuan empunya badan yang tahu erti dari pandangannya itu.
Orang itu terlihat sangat lah tampan dalam balutan seragam nya. Orang itu mempunyai ketinggian dalam lingkungan 178. Memiliki kulit yang agak cerah, hidung mancung yang terletak cantik, bulu mata panjang dan lentik, kening tebal juga terukir cantik.
Rambut yang agak lebat di sikat kemas dan agak terpacak berwara coklat gelap. Yang terpenting adalah mata orang itu yang sungguh menawan berwarna hazel mampu menundukkan kaum hawa dengan hanya sekali renung tajamnya.
Orang itu adalah Tengku Azil Naufal. Lebih di kenali sebagai Naufal.
Naufal yang hanyut dalam fikirannya dan ingatannya kembali ke waktu awal pagi tadi sewaktu kedatangan murid baru di kelasnya.
#FLASHBACK
Dalam kelasnya yang riuh rendah macam pasar ikan, Naufal lebih memilih untuk membaringkan kepala dan melelapkan matanya. Tidak sampai beberapa minit, dia rasa ada orang duduk di samping kanannya. Dia tidak mempedulikan, kerana dia tahu gerangan orang itu.
Naufal masih dalam keadaan yang sama sehinggalah orang yang duduk di sebelah kanannya menepuk pelan bahunya, membangunkan dia kerana cikgu telah masuk.
Dia bangun dan memandang depan dengan pandangan tak berperasaan. Cikgu itu mula bercakap panjang lebar yang hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Bila guru kelasnya mengatakan kelas mereka ada kedatangan murid baru dari luar negara plus KEJUTAN, Naufal merebahkan semula kepalanya di atas meja.
Dia malas mahu ambil tahu. Dalam mata terlelap, telinga nya sempat mendengar guru kelasnya itu mengarahkan murid baru itu masuk. Tak sampai beberapa minit terdengar suara sumbang dari arah belakang.
Dia tahu siapa gerangan orang itu. Dia langsung tak terkejut sebab baginya perempuan itu sudah 'gila'. Tapi yang mengejutkan dia adalah, apabila orang yang duduk di sebelah kanannya bersuara dengan lantang memarahi orang yang bersuara sumbang itu.
Dia mengangkat kepala dan melirik ke kanannya yang duduki oleh Faizam. Dia dapat melihat Faizam yang bagai nak naik hantu sehingga muka yang agak cerah itu berubah merah, menandakan yang dia berada di puncak kesabarannya.
Naufal tidak pernah melihat muka Faizam sebegitu merah dan dia tak pernah melihat Faizam dalam keadaan yang begitu marah.
Lagi tak di sangkak Faizam sebegitu marah hanya kerana seorang budak baru dan budak baru itu perempuan. Macam mana dia tahu yang budak baru itu perempuan, sebab dia dengar 'suara sumbang' itu mengatakan 'perempuan gedik'.
Lepas kekecohan berlaku, Cikgu Kasma mula bersuara dan mengarahkan semua muridnya untuk diam dan bertenang. Cikgu Kasma juga meminta muridnya untuk memberi perhatian kepada murid baru itu.
Naufal belum lagi menolehkan kepala ke depan. Lepas melihat Faizam kembali duduk dan bertenang, Naufal kembali membaringkan kepala di atas meja.
Saat murid baru itu mula membuka suara memperkenalkan diri, secara automatik kepala Naufal langsung terangkat dan menghadap ke hadapan. Saat itu lah dia dapat melihat dengan jelas budak baru itu.
Seorang perempuan dalam balutan seragam sekolah dengan rambut yang tersanggul kemas di kepala.
Budak perempuan itu memiliki mata kuyu yang indah, bulu mata lentik, bibir yang kecil berwarna merah buah cherry. Dengan ketinggan 160 m, hidung mancung dan yeahh dia ada iras-iras dengan Faizam.
No wonder lah Faizam naik hantu. Rupanya perempuan itu dah kacau orang yang tak sepatutnya. Naufal pun sebenarnya terkejut sebab selama dia kenal dan berkawan dengan Faizam, tak pernah sekali pun Faizam menceritakan yang dia ada seorang kembar.
Namun, bukan itu yang membuatkan dia terpaku dekat budak baru itu, tapi sebab suara itu. Dia dapat rasa detak alunan jantungnya yang tak sekata. Jantungnya ibarat bekerja keras mengepam darah, sampai rasa nak terkeluar jantungnya, walau sekarang dia tidak melakukan sebarang aktiviti berat.
Tambah lagi saat mata mereka secara tak sengaja bertembung buat seketika, sebelum budak perempuan melarikan anak matanya dan menundukkan kepalanya.
'kenapa budak perempuan ni meningkatkan aku tentang someone yang telah lama aku nak lupakan.' batin Naufal.
Anak matanya tidak pernah lari dari merenung budak perempuan itu, sehinggalah budak perempuan itu duduk di tempatnya.
#FLASHBACK END
Panjang lamunan Naufal, sampai dia tak sedar yang dia tak bersendirian lagi. Naufal tersedar bila ada yang menepuk bahunya tiba-tiba dari arah belakang.
Saat dia menoleh, muncullah jembalang segak. Iaitu Wan Amirul Qayum dan Syed Khairul Adam.
Amirul dan Khairul merupakan sahabat Naufal sedari mereka tabika lagi. Mereka membesar bersama-sama.
Lepas mengetahui siapa yang mengganggu ketenteraman jiwanya, Naufal kembali melemparkan pandangannya ke padang sekolah.
"hoi, kau kenapa termenung sana termenung sini. Sampai kitorang sampai pun kau tak sedar" sergah Amirul.
"bila masa aku termenung. Aku hanya fikir masa depan dan aku fikir lepas ni nak sambung mana" bohong Naufal tanpa langsung menoleh ke arah sahabatnya.
"yelah tu, padahal tengah fikir pasal budak baru tu kan a.k.a kembar Izam kan, kan" kata Khairul yang hanya di sambut angin lalu oleh Naufal.
"jangan cakap kau masih fikir pasal 'perempuan' tu dan kau fikir kembar Faizam tu 'dia'." sekali lagi kata-kata itu masuk kanan, keluar kiri.
"jangan bilang kau belum dapat nak lupakan 'perempuan' tu. Bukan kau bagitau kitorang yang kau dah move on ke?" dan syukur, akhirnya Naufal merespon pertanyaan Khairul itu.
"entahlah, aku malas dah nak fikir pasal tu. Mungkin 'dia' dah berbahagia dengan kehidupannya sekarang dengan cara pergi meninggalkan aku tanpa sebab." dalam nada bicaranya yang terdengar dingin, namun siapa yang tahu apa yang ada di dalam hatinya. Hanya dia dan sang penciptaan yang tahu.
"Izam sama Ikram mana?" tanya Naufal menukar topik selepas ketiga-tiga mereka tidak membuka suara. Masing-masing hanyut dalam fikiran masing-masing.
Sebenarnya, seboleh-bolehnya dia langsung tak nak fikir apa-apa lagi tentang 'perempuan' itu. Yang ada, luka yang belum sembuh bertambah parah bila mengenang masa lalu.
"tukar topik nampak. Tadi aku nampak Ikram masuk bilik guru dan Izam pula, aku tak nampak dia dari waktu rehat lagi. Mungkin dia jumpa kembar dia kut" jawab Amirul.
Walau sebenarnya dia ingin tahu apa yang tengah sahabatnya rasa sekarang ini. Adakan sahabatnya belum move on sampai sekarang. Padahal benda itu dah lama berlalu.
"dah, jom masuk kelas. Loceng tak lama lagi bunyi" ajak Khairul kepada dua sahabatnya yang tengah hanyut dalam fikiran masing-masing.
Sebaik sahaja ketiga sahabat itu berlalu dari taman sekolah yang terletak di atas bangunan sekolah itu, tiba-tiba seseorang muncul sejak ketiga sahabat itu berbual. Tanpa ketiga sahabat itu menyedari yang perbualan mereka itu di dengar oleh orang 'misteri' itu.
Orang itu bersembunyi di dinding yang berhampiran taman mini itu.
Riak wajah orang itu susah untuk ditafsir. Dia berbisik sendiri yang hanya dia yang mendengar apa yang dia katakan sendiri.
"kau jangan terlalu yakin. Akan aku pastikan kau menyesal dengan kata-kata yang kau tuturkan barusan" orang itu terus berlalu bersama senyuman misteri nya.
•••
Di perjalanan menuju kelas, ketiga-tiga sahabat itu melalui koridor bangunan yang di penuhi dengan kaum hawa yang menatap mereka dengan senyuman mengedik khas mereka dan pandangan penuh kagum.
Seperti biasa mereka hanya memasang wajah tanpa sebarang riak dan mengacuhkan kaum hawa tersedut.
Semasa mereka melalui bangunan bilik guru, bertepatan dengan Ikram yang baru sahaja keluar dari bilik guru dengan kertas di tangan. Tanpa Ikram sedar, di belakangnya dah terpacak geng-gengnya.
"hoiii, pakcik" sergah Amirul yang hobinya suka mengejutkan orang dan muncul tiba-tiba seperti lembaga hitam.
"mak kau latah" orang dengan nama lengkap Megat Ikram Azizi tanpa segaja melatah. Kertas di tangan hampir bertaburan ke lantai kalau dia tidak memegang dengan kuat kertas-kertas itu tadi.
Walaupun dia tak menoleh ke belakang, tapi dia sudah yakin siapa gerangan anak kurang ajar itu.
"kau ni memang kan, tiada kerja lain ke selain nak kacau hidup orang. Kau memang nak aku mati berdiri kan?" marah Ikram terhadap geng kurang ajarnya itu.
Ikram nak marah lebih-lebih pun tak ada guna, sebab dia kenal sangat dengan Amirul itu. Maklum lah dia dan Amirul dah kenal sejak kecil, walau dia dan Amirul beza setahun tapi tak menghalang mereka untuk menjadi sahabat.
Naufal, Amirul dan Khairul pada tahun ini berumur 18 tahun, manakala Ikram dan Faizam berumur 17 tahun. Namun takdir mengatakan Naufal, Amirul dan Khairul mengambil SPM pada umur 18 tahun.
Disebabkan sesuatu masalah yang mereka buat tahun lalu mengakibatkan mereka kena gantung sekolah sehingga SPM tahun lalu mereka tak di benarkan ambil. Di sebabkan masalah itu, mereka bertiga terpaksa bersekolah semula dari awal dan mengambil SPM pada tahun yang sama dengan Faizam dan Ikram.
"eleh mamat ni, macam sotong kurita je melatah. opss my bad, aku lupa yang kau ni memang spesies Sarah juga 'sotong' walau kau tak lah menyotong macam minah tu. Sebab kau sotong cool gitu" ejek Amirul sambil lari bersembunyi di belakang Naufal apabila melihat Ikram nak hempuk dia dengan kertas di tangannya itu.
"kau yang sotong cakap orang" balas Ikram geram.
"dah dah. Aku hentuk kepala seekor-ekor baru tau. Izam mana, dari tadi batang hidung pun tak nampak?" tanya Khairul memberhentikan pergaduhan childish sahabat-sahabatnya itu.
"tu na...." kata Ikram terhenti saat Faizam memberi isyarat supaya dia tutup mulut. Faizam telah berdiri di belakang Amirul, Khairul dan Naufal sebelum Khairul bertanya tentang keberadaannya.
"kau nak cakap apa sebenarnya ni encik sotong?" soal Amirul seraya mengejek sahabatnya itu.
"tahi kau. Aku nak cakap, mana lah aku tahu. Sepatutnya aku yang tanya korang. Korang kan keluar awal dari aku" terang Ikram sambil menyambung langkah menuju tingkat 4 iaitu tingkat kelas mereka.
"entah budak tu. Lepas makan tadi terus menghilang di telan angin, lepas kata nak ke tandas membuang hajat. Sekali itu, sampai sekarang bayang pun tak nampak." tutur Khairul.
"berak batu kali tu anak. Tak pun dia tolong pakcik-pakcik repay toilet tu yang lama" kutuk Amirul tanpa menyedari kehadiran Faizam tepat di belakangnya. Mana nak sedar kalau dah siuk mengumpat.
Khairul dan Ikram dah tergelak mendengar loyar buruk Amirul itu.
Kecuali Naufal yang sedari tadi hanya diam sambil menggeleng-geleng kepalanya. Dia sangat yakin, sekejap lagi 'perang sahabat' akan berlaku.
Dia sedar dengan kemunculan Faizam di belakang mereka. Sewaktu Ikram tiba-tiba berhenti bercakap lepas memandang ke belakangnya dan Amirul tadi, dia dah perasaan bayang-bayang seseorang di belakang mereka. Dia yakin yang itu adalah Faizam, sebab dia dapat menghidu bau wangian Faizam. Hidungnya sangat sensitive tidak seperti sahabat-sahabatnya.
Sebenarnya Faizam sama-sama dengan Ikram di bilik guru tadi. Tapi dia keluar lambat dan menghilang tanpa memberi tahu Ikram ke mana dia pergi sebab ada seorang guru tiba-tiba meminta pertolongan dia.
Dia keluar beza 5 minit setelah ketibaan ketiga-tiga jejaka hot LVY International High School itu.
Dia sengaja menyuruh Ikram senyap tanpa memberi tahu kewujudannya di belakang mereka. Dia nak tahu apa lagi si mulut puaka itu mahu mengutuk dia, dan ternyata tekaan dia benar. Amirul akan mengutuk dia.
"ehem" deham panjang Faizam membuat tawa yang tadi kedengaran, terus terhenti serta merta.
"seronok bahan aku, kenapa tak sambung gelak biar sampai usus-usus korang terkeluar dari mulut." sindir Faizam.
"eh, tuan punya badan dah muncul, ingat masih merepay toilet. Usus kitorang baru je nak keluar kau dah datang. Terus dia masuk balik tempatnya." lepas Amirul berloyar buruk, terus dia ter'adu' kesakitan.
Sekali toleh, Faizam dah tersenyum sinis sambil meniup penumbuknya. Faizam dah bersiap sedia buka langkah seribu masuk kelas bila melihat muka Amirul bertukar merah menahan geram.
Iya, Faizam sekeh kepala Amirul.
"kau main kepala nampak, meh sini kau aku sekeh kepala kau sampai botak. Hoii mangkuk, kau nak lari mana. Dasar pengecut. Siap kau kalau aku dapat kau, habis kepala kau, aku sekeh" jeritan Amirul menarik perhatian semua yang berada di koridor itu.
Dia langsung tak peduli dengan pelbagai pandangan yang di lontarkan ke arahnya. Dia terus memecut laju mengejar langkah Faizam yang naik menuju kelas mereka di tingkat empat.
Walau sedari tadi mereka berlima memang menjadi santapan mata pelajar-pelajar di situ. Apalagi bila melihat Amirul dan Faizam kejar berkejaran dekat koridor itu.
Naufal, Khairul dan Ikram hanya menggeleng kepala melihat gelagat dua ketul sahabat childish mereka itu yang serupa budak lima tahun yang di lepas bebas oleh sang ibu.
"dah tua bangka tapi masih berperangai seperti budak lima tahun baru masuk sekolah" kutuk Ikram.
"biasalah Kram. Nak hilangkan stress belajar katakan. Lagipun ni last year kita, so kita enjoy lah zaman remaja kita ni" ujar Khairul.
Mereka bertiga meneruskan langkah ke kelas 5 Ibnu Sian. Setiba di kelas, mereka melihat dua orang sahabatnya yang tadi kejar berkejaran dah bergelak tawa di kumpulan tengah itu. Seperti yang tadi berlari-lari di koridor buka mereka berdua.
"see, tadi bukan main macam kucing dan tikus. Sekarang boleh pula bergelak tawa tanpa dosa" Ikram terus menuju meja guru dan meletakkan kertas yang dia bawa dari bilik guru tadi dan ikut bergabung dengan keempat-empat sahabatnya.
Kelima-lima jejaka itu mula tenggelam dalam dunia mereka.
☜☆☞☜☆☞☜☆☞☜☆☞☜☆☞
Holla girlboy friend : ')
Jangan lupa komen, vote dan follow saya tau ♡
See u in the next chapter, lopp u guyss♡
(12/12/23)
Share this novel
h