Happy reading ♡
~¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤_¤~
Di perjalanan menuju ke bilik guru, Farisha memerhati riak wajah Faizam yang agak murung dan terlihat sedang mengelamun.
Riak wajah itu wujud setelah mereka keluar dari bilik Tengku Al Wina lagi. Farisha tidak mengetahui kenapa kembarnya beriak begitu.
"Am, kau okay tak ni? Aku ada buat kau sakit atau aku ada buat salah dekat kau? Kalau ada aku minta maaf" tutur Farisha sambil menundukkan kepalanya.
Dia menahan air matanya daripada mengalir. Namun, apakan daya, air mata dia tetap mengalir dan membasahi pipi gebu itu.
Lamunan Faizam terhenti apabila dia mendengar esakan kecil di sebelahnya. Dan apabila dia menoleh ke tepi, air mata telah membasahi wajah Farisha.
"eh, kau dah kenapa menangis di tengah-tengah laluan ni. Tak malu ke orang tengok kau nangis. Dah lah, jangan nangis. Nanti orang ingat aku cubit kau pula." pujuk Faizam sambil menyekat air mata Farisha.
'ai lah kembar. Bila ganas, ganas sangat. Bila lembut, terlembut pula. Perempuan-perempuan, kenapa lah engkau makhluk paling pelik di muka bumi ni. Korang tak kesian ke dekat kitorang yang lelaki ni kena hadap mood swag korang 24h perweek. Tak lama kitorang pun akan ikut 'perangai' pelik korang ni' Luahan hati seorang lelaki terhadap perempuan.
Namun, luahan itu hanya terluah dalam hati. Takut kalau terluah betul-betul, mahu 'mahkamah' terbuka dekat sini. Yang hujung-hujungnya lelaki juga kalah dalam perdebatan itu. Perempuan kan tak pernah salah.
"a...aaku minta ma..maaf sebab tadi aku tarik telinga kau sampai merah. Mesti sakitkan, kau jangan lah marah aku. Aku main-main je tadi" tutur Farisha sambil mengelap air hingus dia. Tergagap-gagap dia bertutur.
"aku okay lah, sakit sikit je. Aku dah biasa dah pun. Kau ni terlebih sensitif pula hari ni. Dah dah lah nangis. Tengok hidung kau, dah merah macam hidung badut. Rupa pun dah seiras badut aku tengok." sakat Faizam sambil tangan menarik hidung mancung Farisha itu.
Habis menjerit si kembar kena buli. Dia menjeling Faizam yang dah ketawa tanpa dosa.
'Am ini memang nak buat orang salah faham ke apa, dia tak tengok ke mata pelajar-pelajar perempuan di situ nak terkeluar dari soketnya. Dah lah ketawa tak ingat dunia. Memang cari masalah betul lah kembar aku ini.' marah Farisha bila melihat mata pelajar yang memandang dia macam nak tembus. Seperti mata dorang itu ada laser.
"kenapa kau kata aku marah kau?" tanya Faizam dan mengeluarkan sapu tangan dari poket seluar belakangnya. Dia mengelap air mata di muka Farisha. Seperti seorang kekasih. Gently sangat.
"dah muka kau ketat semacam lepas keluar dari bilik mama Wina. Macam habis kena sampuk hantu pun ada" Farisha yang lama dah kembali.
'see, betul kan aku cakap. Perempuan makhluk paling pelik di muka bumi ini. Tadi ganas macam nak smackdown orang, lepas tu menangis macam kena rotan dan sekarang dia 'fintah' hantu pula. Sabar wahai hati dalam melayan kerenah kembar kau seorang ni. Nasib satu je perempuan aku kena layan, ni kalau 'berdozen' mau aku sendiri yang 'check in' hospital bahagia.' sampai pening kepala Faizam melayan perangai 'on off' Farisha ini.
"kau ni siang-siang mana ada hantu. Kalau ada pun itu kau yang jadi hantu...hantu paling seram dalam muka bumi ni" hujung ayat hanya terluah dalam hati.
Tiba-tiba dia ketawa apabila melihat muka Farisha berubah warna sebab menahan marah.
"tak yelah buat muka macam tu, hilang seri muka kau nanti. Nanti tiada orang nak kawan dekat kau. Aku bukan apa, aku risau kalau kau tiada kawan. Sebab kau ni mana boleh percaya sangat dan takkan lah kau nak berkepit 24 jam dengan aku. Jeles nanti fans-fans aku kalau kau asyik nak berkepit dengan aku terus" dalam memujuk sempat lagi masuk lif tekan butang sendiri.
"perasaan lah kau ni. Fans konon, entah-entah 'fans' yang kau kata tu semuanya buta kut. Dahlah muka kau ni sebelas dua belas dengan jalan tar di Sabah, ada hati nak ada fans" ambik kau sebiji Farisha kena kan Faizam.
Membulat mata Faizam mendengar kenyataan yang entah apa-apa Farisha itu.
"wehh, kau samakan muka aku dengan jalan tar di Sabah yang serupa jalan bulan tu. Kau ni biar betul, entah-entah kau yang buta. Muka aku punyalah flawless macam baby baru lahir, tapi kau samakan dengan jalan bulan itu pula" kata Faizam sampai bercermin yang kebetulan ada dekat laluan itu.
Dibelek kiri kanan atas bawah mukanya. 'Fuh handsome juga aku ni kan, kalah opah-opah thai Farisha tu'. Bagai masuk kereta tekan pedal minyak sendiri Faizam ini.
Farisha dah mengekek di belakang melihat perangai Faizam. Dia tahu mesti Faizam tengah memuji diri sendiri sekarang ini.
"you made my day lah Am. Sakit perut aku gelak kan perangai perasaan kau ni. Tapi kan, kau jangan lah risau sangat, aku tahu lah bawa diri nanti. InsyaAllah, aku akan okay, selagi Iman aku tak senipis kulit bawang lah." perhh tiba-tiba alim pula dia rasa.
"kau sakit perut sebab perangai aku, sekali aku sakit otak dengan perangai kau. Rasa nak admit hospital bahagia pun ada" tanpa sedar Faizam terlepas cakap yang dia nak check-in hospital bahagia.
Habis 'mengilai' dah kembar dia itu. Sampai tertunduk-tunduk sebab kekejangan perut.
"bongok lah kau Am. Ini kalau umie dengar mau kau kena kejar dengan kuali legend umie nanti" kata Farisga sampai tangannya di panjangkan untuk merosakkan rambut Faizam yang dah kemas berfomet.
"hishh, yang kau usik rambut aku yang handsome lagi bergaya ni dah kenapa. Tau tak hampir setengah jam aku bertapa depan cermin. Tapi kau tak sampai seminit kau sentuh dah jahanam rambut aku" Faizam dah nak mengamuk sebab rambut yang dia buat hampir setengah jam telah rosak oleh tangan 'emas' Farisha itu.
Faizam berdiri depan cermin semula. Dia membetulkan anak rambutnya yang berjuntai-juntai dekat dahi itu. Sekarang rambut dia dah tak serupa rambut yang dia buat pagi tadi.
'kau tunggu pembalasan aku. Kau ingat, kau je boleh buat. Aku pun boleh dan aku yakin mesti lepas ni akan berlaku gunung 'meletus' '. senyum jahat terlakar cantik dekat bibir merah Faizam.
"okay fine, aku percaya kau boleh bawa diri dekat sekolah ni. Tapi kalau ada apa-apa, cepat-cepat cari aku. Jangan nak buat masalah. Faham" tutur Faizam mengembalikan topik yang tadi mereka bincang, sebelum berlakunya perbandingan muka dengan jalan tar.
Faizam pusingkan badan menghadap Farisha yang hanya mengangguk kepala tanda faham. Dan tanpa mengetahui niat jahat Faizam.
Tangan Faizam terhulur menuju rambut bersanggul kemas Farisha itu, sebelum dia mengusap kepala Farisha macam mengusap buluh kucing tapi dia buat dengan agak kasar sikit agar rambut Farisha itu tak kemas seperti waktu sampai sekolah pagi tadi.
Memandangkan dia lagi tinggi dari Farisha, jadi dengan mudah dia boleh merosakkan rambut Farisha. Tidak seperti Farisha tadi yang perlu berjinjit untuk mencapai rambutnya. Oleh sebab Farisha pendek, rambut Faizam tidak lah serosak rambut Farisha.
"ish, dia ni kan. Tak aci, aku rosakkan rambut kau sikit je tau. Tapi kau buat rambut aku macam kena renjatan elektrik. Habis berdiri anak rambut aku" marah Farisha. Habis anak rambut nya berkeluaran.
Sekarang giliran dia pula menghadap cermin yang sama Faizam guna tadi. Nampaknya cermin ini memang khas untuk mereka dua beradik je. Dah lah laluan itu agak ramai pelajar. Tak pasal-pasal dorang berdua jadi tumpuan sekali lagi.
Faizam dah terkekek dan menjauh sikit dari Farisha, takut Farisha menyerang balik.
15 minit mereka tercegat dekat laluan itu.
Tak sangka hari pertama dekat sekolah ini, Farisha dah jadi tumpuan pelajar dekat sekolah itu. Dengan agenda main tarik-tarik rambut. Kalau perempuan dengan perempuan itu normal lah, ini dengan lelaki.
Faizam hanya memerhati Farisha yang mengikat kembali rambutnya menjadi sanggul seperti sedia kala. Walau tak 'sedia kala' sangat pun.
Faizam juga tak sangkak yang dia dan kembarnya akan jadi childish dekat tengah-tengah laluan ini. Padahal selama ini, Faizam seorang yang cool dan jarang nak ketawa. Jangan kan ketawa, senyum pun boleh di kira guna dari dalam seminggu persekolahan.
Namun hari ini, dia betul-betul bukan seperti diri dia yang selalu cool.
Walau banyak mata memandang dia dan Farisha yang 'berdrama' tengah laluan itu, dia langsung tidak hiraukan. Dia hanya menikmati moment yang dah lama dia tak rasai dan lalui bersama kembarnya itu. Berperilaku lepas.
Mungkin sebab kehadiran Farisha yang merubah kembali perwatakan dia menjadi diri dia yang dulu-dulu sewaktu dia dan Farisha masih bersama, sebelum mereka berpisah bertahun lamanya.
Dan mungkin juga bakal mengubah perwatakan seseorang di masa akan datang.
•••
Sebelum mereka melangkah masuk bilik guru yang berada di tingkat 2 itu, ada seseorang menegur Faizam.
"hai, abang Izam" sapa seorang budak perempuan sambil tersenyum manis. Namun senyumannya mati tak kala melihat kedudukan Farisha yang sangatlah rapat dengan Faizam. Budak perempuan itu terus menjeling Farisha.
'ehh, budak ni dah kenapa. Tiber nak jeling-jeling aku. Aku cungkil biji mata itu baru tau' desis hati Farisha.
Hanya anggukan yang menjawab sapaan itu. Dengan muka datar dan selambanya, Faizam menarik tangan Farisha masuk bilik guru.
Saat Faizam menarik tangannya, Farisha sempat berpaling ke belakang. Dapat di lihat budak perempuan tadi menahan marah dan untuk ke sekian kalinya, Farisha mendapat jelingan untuk yang ke berapa dia pun tak tahu.
Baru hari ini belum esok atau lusa, mungkin tak terhitung banyaknya. Baru sehari dia melangkah masuk sekolah ini, tapi haters dia mengalahkan macam dia merebut boyfriend orang pula.
"dah kenapa dengan murid sekolah ni 'sakit jiwa' ke semuanya. Ke aku yang salah masuk sekolah ni? Takkan lah ni sekolah sakit jiwa pula. Seram aku." bebel Farisha sampai nak berdiri bulu ketiaknya.
Faizam rasa nak gam mulut celupar Farisha itu. Tak reti diam. Dah lah mulut itu tak reti-reti nak 'tapis' apa yang keluar, main lepas tak tengok kiri dan kanan. Kalau ada cikgu dengar mahu kena lepuk Farisha ini.
"Am, kenapa hari ni aku dapat banyak sangat jelingan. Aku baru je kut masuk sekolah ni, tapi aku dah ada haters. What the fish betullah. Kau siapa sebenarnya?" sebenarnya soalan terakhir Farisha itu, dia nak tanya 'siapa aku sebenarnya adakah aku artis?'.
Tapi dia tak berani nak bertanya macam itu, mahu dia kena gelak sehari semalam oleh Faizam. Dia bukan macam Faizam yang 'masuk kereta, tekan pedal minyak sendiri'. Sudahnya dia ubah soalan jadi soalan itu.
Farisha juga dapat agak sesuatu, walau dia ini selalu loading tapi dia tak lah bodoh sangat untuk tak dapat mengagak apa yang tengah dia hadapi. Oleh sebab itulah, dia bertanya soalan itu. Lebih relevant sikit.
Takkan lah sebab Faizam itu anak buah pengetua, dia popular sangat. Ohh god, cringe nya.
Namun jawapan yang Faizam beri, betul-betul menguji kesabaran Farisha yang sekecil bakteria itu. Rasa nak 'masak' cuka Faizam pun ada.
"nanti kau akan tahu cepat atau lambat. Dah jom jumpa cikgu Kasma. Kita dah lambat dah ni. Takut cikgu Kasma masuk kelas pula." Faizam mengheret Farisha seperti budak kecil.
"siapa pula cikgu Kasma ni?" soalan cepumas Farisha lontarkan, menyebabkan Faizam menjentik dahi bersih Farisha itu.
"Ya Allah. Tengku Al Farisha Daniella, can you shut up your mouth. Dari tadi dok popet popet je. Cikgu Kasma tu bakal guru kelas kau. Tulah tadi masa mama Wina terangkan, kau dekat alam mana?" tanya Faizam menahan geram dengan mulut Farisha yang tak reti diam.
Tersengih, hanya itu yang Farisha boleh buat. Salah dia juga mengelamun masa Tengku Al Wina menerangkan tadi. Tangan naik ke dahi, menggosok dahi yang kena jentik Faizam tadi.
"Assalamualaikum cikgu" salam Faizam beri kepada seorang guru perempuan.
Guru perempuan yang dalam lingkungan pertengahan 30an itu mengangkat kepalanya apabila mendengar ada orang memberi salam.
"Waalaikumsalam. Faizam, ada apa kamu datang ke meja cikgu ni dan siapa pula dia ni? Cikgu tak pernah nampak pun sebelum ni?" tanya cikgu Kasma yang merupakan bakal guru kelas Farisha.
"ni kembar saya cikgu. Tengku Al Farisha Daniella. Dia baru masuk hari ni" terang Faizam. Farisha hanya senyum dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan cikgu Kasma.
"so, dia ni lah budak baru tu. Cikgu tak sangka dia kembar kamu. Patutlah dekat fail dia, nama bapa korang sama. Cikgu ingat hanya kebetulan."
"haah cikgu, tapi kembar tak seiras" balas Faizam sopan.
"kalau begitu kamu naiklah dulu, loceng pun dah bunyi dah tu. Nanti cikgu bawa Farisha ke kelas dia." arah cikgu Kasma.
Faizam mengangguk kepala dan terus berlalu dari situ meninggalkan Farisha dengan cikgu Kasma.
Faizam mengusap kepala Farisha terlebih dahulu sebelum berlalu. Itu merupakan perbuatan yang selalu dorang adik-beradik lakukan seandainya ingin meninggalkan Farisha sendiri.
Cikgu Kasma tersenyum melihat perlakuan manis Faizam terhadap kembarnya itu. Ini kalau orang tak tahu yang dua orang ini kembar, mahu orang salah faham.
Cikgu Kasma kagum dengan kedua ibu bapa anak kembar itu dalam mendidik dan membentuk keperibadian mereka yang baik. Sekarang ini susah nak cari keakraban adik-beradik yang tak malu untuk menunjukkan kasih sayang antara mereka.
•••
Tepat jam 8:15 pagi, cikgu Kasma membawa Farisha ke kelas yang bakal dia duduk selama dia bersekolah di LVY International High School.
Farisha tidak ingat nama kelas dia yang cikgu Kasma bagi tahu tadi. Yang pasti kelas dia berada di tingkat 3.
Dia berharap sangat dapat satu kelas dengan Faizam. Walau tadi dia kata dia akan okay, tapi sebenarnya tidak. Sebab dia belum kenal sangat dengan orang di sekolah ini dan cara pergaulan dorang macam mana.
Maklumlah, awal-awal sampai sekolah ini, dia dah kumpul hanters berdozen-dozen tanpa sedar.
Farisha rasa macam dia masuk sekolah alien pun ada juga. Sebab hampir semua mata memandang, terutama mata pelajar perempuan tertumpu dekat dia. Macam lah dia je manusia dekat sekolah ini yang berkepala bulat dan yang lain kepala kotak adudu.
Rambut dia pun bukanya warna karat besi macam anak mat salleh macam di Perancis. Rambut dia warna coklat gelap. Masih dalam kategori rambut orang Malaysia yang original.
Tahun ini merupakan tahun terakhir untuk fasa remaja Farisha dan Faizam. Bulan kemasukan Farisha ke sekolah adalah bulan Januari, namun Farisha masuk dua minggu setelah persekolahan bermula.
Farisha tidak dapat mendengar apa yang di sampaikan oleh cikgu Kasma, kerana pintu kelas yang bakal menjadi kelas Farisha tertutup rapat. Farisha sekarang berdiri di koridor kelas nya, sambil menikmati pemandangan kawasan sekolahnya. Sungguh tenang.
Farisha belum masuk lagi, oleh sebab cikgu Kasma kata tadi nak buat kejutan dekat pelajarnya yang dia ini kembar Faizam.
'kejutlah sangat, entah-entah belum aku bercakap dah kena maki dan kena jelingan maut' gumam nya dalam hati.
Sambil menunggu arahan masuk, Farisha melihat nama kelas yang bakal dia duduki selama lebih kurang setahun ke depan.
5 Ibnu Sina.
Farisha baru teringat yang Tengku Al Wina ada kata yang sekolah ini memiliki 7 kelas di setiap tingkatan. Dan semua nama kelasnya di ambil sempena nama tokoh-tokoh yang berjaya suatu ketika dahulu.
"mak ai, banyak nya. Mesti sekolah ni sebesar sekolah lama aku. Mampuslah aku, mesti sesat punya lah. Ini kena minta Waze dari Am ni." dah start dah Farisha bermonolog sendiri macam orang gila.
Farisha mula cuak bila pintu kelas itu tiba-tiba dikuak dari dalam. 'grandma, grandpa tolong Isha, Isha nak balik sana. Isha takut nak sekolah sini, dorang macam nak panggang Isha hidup-hidup. Lepas tu sedekah dekat buaya darat 'makan' 'desis hatinya.
"eh, buaya darat? Choiii hati tak sayang tuan nampak?" marah Farisha pada hatinya.
Dalam Farisha berdoa agar semua ini mimpi, tiba-tiba terdengar suara cikgu Kasma di muka pintu. Suara cikgu Kasma mengembalikan Farisha ke dunia nyata dan menyedarkan dia bahawa ini semua bukan mimpi tapi kenyataan yang dia kena hadapi.
"kamu boleh masuk sekarang." arah cikgu Kasma.
☜☆☞☜☆☞☜☆☞☜☆☞☜☆☞
Holla my girlboy friend : ')
Hope u guys enjoy it and love my story ( ̄3 ̄).
Don't forget to follow, comment and vote (♡˙︶˙♡)
See u guys in the next chapter ♡
(15/10/23)
Share this novel