Thea menyediakan sarapan pagi. Benjamin memeluk Thea dari belakang. Pipi Thea dicium.
"Morning." bisik Benjamin pada telinga Thea. Thea hanya diam. "Kau marah aku ke pasal semalam?" Thea melepaskan pelukkan. Dia duduk dimeja makan.
"Aku mintak maaf pasal semalam, ayat aku dah buat kau salah faham. Aku nak kahwin dengan kau tapi bukan sekarang.Bagi aku masa sikit lagi. Aku kena settle dulu kerja. Settle semua kita kahwin. Lepas ni mana aku pergi aku bawa kau ok?Aku ada benda nak bagitau kau."
Thea menantikan perkara yang ingin diberi tahu Benjamin. "Malam ni aku nak kena ke luar negara. Aku tak pasti bila aku boleh balik. Boleh jadi sebulan, dua bulan paling lama setahun aku dekat sana." Thea terkejut dengan apa yang diberi tahu oleh Benjamin.
"Kenapa lama sangat? atau awak memang nak tinggalkan saya?" akhirnya Thea bersuara.
"Inilah kerja aku Thea. Nak tak nak kau kena terima. Aku tinggalkan bukan suka-suka tapi atas urusan kerja. Aku tak boleh cerita dekat kau tentang kerja sebab ini adalah sumpah kami bila dah jadi Mafia. Boleh tak kau janji dengan aku, kau akan tunggu aku balik?" Thea menangis. Benjamin menggenggam tangan Thea.
"Aku pergi kejap ja. Nanti aku balik. Tunggu aku ya." Thea menangis teresak-esak. Benjamin memeluk tubuh Thea.
Seharian Thea menghabiskan masa bersama Benjamin. Mereka banyak habiskan masa dirumah. Mata Thea tak lepas memandang wajah Benjamin. Wajah yang bakal dia rindu. Begitu juga Benjamin tersenyum melihat tingkah laku Thea. Dia tahu Thea sedih atas kepergian dia nanti namun apakan daya, Benjamin pergi atas urusan kerja.
Thea mengemas pakaian Benjamin. Hatinya terasa sebak. Tangan Thea terhenti melipat pakaian. Benjamin datang duduk disebelah Thea. Cepat-cepat Thea mengesat air mata.
"Menangis lagi? Engkau ni dengan air mata memang tak boleh di pisahkan. Kau menangis macam aku dah mati." Laju tangan Thea menampar Benjamin. "Sakit la bijak." kata Benjamin.
"Mulut tu suka cakap bukan-bukan." marah Thea.
"Sorry. Garang betul kau sekarang. Mana kau belajar ni. Aku tak pernah ajar kau garang macam ni." Thea hanya diam.
"Kau marah aku? Kalau kau tak kasi pergi. Aku takkan pergi. Betul, aku tak tipu." Thea memandang Benjamin. Sambung Benjamin "Tapi kau dengan aku kena bersedia untuk hidup sebagai pelarian. Sebab diorang akan cari aku sampai dapat. Kalau dia orang dapat aku. Hidup aku tak lama. Mungkin mereka akan bunuh aku. Aku bukan nak takutkan kau. Tapi ini realiti"
"Pergi ja la awak.Cuma saya nak awak tahu, saya setia tunggu awak dekat sini. Saya harap lepas dah settle semua dekat sana jangan lupa balik sini. Saya dekat sini sentiasa tunggu awak. Jadi jangan kecewa saya."
"Terima kasih sebab faham kerja aku. Aku janji, lepas semua dah settle aku balik jumpa kau. Lepas tu kita kahwin."
Thea menghantar Benjamin di muka pintu. "Aku pergi dulu. Jaga diri. Jangan lupa makan. Pintu ni sentiasa berkunci. Tunggu aku tau. Aku pergi kejap je. Nanti aku balik."
"Banyak betul pesanan. Dah la pergi cepat. Nanti lambat pula." Thea cuba mengawal perasaan sedihnya. Benjamin memeluk tubuh Thea. Bibir Thea dicium. Benjamin melangkah meninggalkan Thea. Thea menutup pintu. Pintu dikunci. Thea kembali menangis hingga terduduk. Benjamin baru sahaja pergi, perasaan rindu mula menjalar dihatinya. Bagaimana dia mahu menempuh hari-hari tanpa Benjamin.
Share this novel