Sudah dua bulan Benjamin berada di sana. Dan selama dua bulan itu, hanya beberapa kali Benjamin mengirimkan pesanan whatsapp. Selebihnya dari dia tetapi tidak dibaca oleh Benjamin. Dia menjalani kehidupan dengan perasaan kosong. Kadang-kadang dia pulang ke rumah yang Benjamin hadiahkan untuknya. Kata Benjamin kalau takut pulang ke sana. Dekat sana keselamatan dijaga ketat oleh pengawalnya.
Thea termenung jauh. Dia bagaikan tidak ada
semangat untuk bekerja.
"Jauh termenung. Teringat kekasih hati ke?" Tegur lelaki lingkungan lima puluhan tersebut.
"Eh tak ada la. Encik nak bayar ke?" Lelaki itu mengangguk.
"Saya rasa encik pernah datang sini haritu. Encik yang tak ambik baki haritu kan?" Tegur Thea dengan ramah. Lelaki itu tersenyum.
"Ingat lagi ya kamu pada saya."
"Ingat, sebab sini tak ramai sangat customer."
"Oh. Hmm siapa nama kamu?"
"Thea. Encik?"
"Nama saya David. Panggil pak cik pun tak apa."
Semenjak perkenalan itu. Tuan David kerap datang ke kedai buku tempat Thea bekerja. Mereka juga pernah keluar makan bersama. Pelbagai cerita mereka bualkan. Tuan David sangat ramah dan baik. Thea rasa selesa bersama Tuan David.
Selesai kerja Thea pulang. Hari ini dia pulang agak lewat kerana stok buku serta novel baru sampai. Jadi dia perlu susun terlebih dahulu supaya besok tak kelam kabut. Semasa Thea berjalan pulang, Thea dapat merasakan ada seseorang sedang mengekori dia. Tangan Thea ditarik. Thea melihat wajah lelaki itu yang tak dikenali.
Bergetar seluruh badan Thea. Thea ketakutan. Thea menjerit meminta tolong. Lelaki itu menampar Thea. Entah datang dari mana dua orang lelaki datang membantu dia. Mereka memukul lelaki tersebut. Thea menangis. Saat ini dia betul-betul perlukan Benjamin.
"Thea.." Panggil Tuan David. Tuan David mendekati Thea yang sedang memeluk lutut.
"Pak cik." Entah bagaimana dia boleh memeluk Tuan David.Thea rasa selamat di pelukkan Tuan David.
"Kamu ikut pak cik balik ya?" Thea tidak menjawab. Tuan David membantu Thea untuk bangun. Thea menggengam erat lengan Tuan David.
"Jangan takut. Pak cik ada." Tuan David buat isyarat mata kepada pengawalnya untuk menguruskan lelaki itu.
Tuan David membawa Thea pulang ke rumahnya.
Orang gaji Tuan David menguruskan Thea. Tuan David meminta Thea untuk tinggal beberapa hari dirumahnya atas keselamatan nya.
Kevin menelefon Tuan David. Ada perkara yang perlu dia beritahu kepada Tuan David.
"Pak cik. Saya dapat call dari pihak polis. Benjamin kemalangan jalan raya. Kebetulan saya orang terakhir yang dia buat panggilan." Wajah Tuan David berubah.
"Macam mana keadaan dia?"
"Saya ada call hospital. Benjamin ada dekat dewan bedah. Dia cedera agak parah. Saya nak ke sana dengan Nelly pagi besok. Apa-apa saya update dekat pak cik."
"Ok." Panggilan dimatikan. Tuan David memicit kepala. Nampaknya pihak musuh sedang memulakan permainan. Tuan David yakin kemalangan yang menimpa atas Benjamin adalah dirancang. Dia harus melakukan sesuatu.
"Boleh saya tolong." Thea cuba membantu orang gaji Tuan David yang sedang memasak. Namun dihalang.
"Jangan cik Thea. Nanti Tuan David marah. Cik Thea pergi rehat. Dah siap makanan, saya panggil cik Thea." Thea menarik kerusi. Kemudian dia duduk.
"Kalau saya duduk sini boleh? Borak dengan Pauline?" Orang gaji Tuan David senyum sambil mengangguk, tanda boleh. Mata Thea tak lepas memandang Pauline. Lincah betul wanita itu membuat kerja.
"Awak dah kerja sini berapa lama?"
"Hmm empat tahun."
"Oh lama juga ya. Awak dah kahwin?" Pauline mengangguk. Sepatah Thea tanya sepatah Pauline menjawab.
"Dah."
"Habis awak tinggal sini, suami awak tak marah?" Pauline tersenyum pahit.
"Suami saya dah meninggal. Hmm makanan dah siap. Cik Thea tunggu sekejap saya hidangkan."
"Saya mintak maaf sebab tanya soalan sensitif."
"Tak apa." Pauline tidak banyak bicara.
"Tuan David mana? Saya tak nampak pun." Dari pagi tadi mata Thea melilau mencari Tuan David.
"Awal-awal pagi Tuan dah keluar. Ada hal katanya. Saya dah siap hidangkan makanan. Makan la." Bermacam hidang di sediakan.
"Awak makan la sekali dengan saya." Pauline menggeleng kepala.
"Saya mintak maaf saya tak boleh makan sekali nanti Tuan David marah. Makan lah. Saya banyak kerja belum siap lagi." Pauline seperti mengelak untuk bersembang dia. Thea mengeluh. Sebenarnya dia ingin pulang. Tapi Tuan David menghalang, risau kalau penjahat tu masih berkeliaran kata Tuan David.
Share this novel