Bab 16

Romance Series 4174

Hari ini Benjamin meminta Thea mengambil cuti. Benjamin membawa Thea ke suatu tempat.

"Awak bawak saya pergi mana?" Benjamin memandu kereta.

"Tidur. Dah sampai nanti aku kejutkan." Thea mengikut arahan Benjamin.

Akhirnya mereka sampai ke destinasi. Benjamin tidak terus mengejutkan Thea. Sebaliknya Benjamin membiarkan Thea tidur. Benjamin tidak sangka Thea mahu menerima dia. Benjamin rasa sangat bertuah dapat memiliki Thea.Dalam masa yang sama dia juga turut rasa bimbang keselamatan Thea. Risiko orang biasa mempunyai hubungan dengan orang seperti Benjamin sangat bahaya. Musuh ada di mana saja. Bila dendam musuh tak terbalas, mereka akan mencari orang rapat. Benjamin telah berjanji dengan dirinya sendiri yang dia akan menjaga Thea sebaik mungkin. Thea terjaga dari tidur.

"Dah sampai? Janji nak kejutkan. Hisy awak ni." Thea memandang ke hadapan. "Rumah siapa ni?"

" Akh tengok macam penat sangat itu yang aku tak kejutkan. Rumah kau la. Dah jom turun." Benjamin keluar dari kereta.

"Hah?"Thea membetulkan rambutnya.

"Cepat la cik kak oiii... Lambat betul kau ni."

"Kejap la." Thea terpegun melihat kereta Bentley continental gt speed berwarna pink. "Kereta siapa ni?"

"Kereta kau la. Nah." Benjamin menyerahkan dua kunci kepada Thea. Thea macam tak percaya.

"Tak payah buat muka terkejut sangat. Aku jenis tak pandai bermain dengan kata-kata untuk yakin kau yang aku sayangkan kau. Rumah, kereta antara bukti aku sayang kau. Yang lain bakal menyusul."

"Tapi bukan ini yang saya nak. Saya hanya perlukan awak."

"Aku tak janji sampai bila aku boleh ada dengan kau. Macam-macam boleh jadi pada masa akan datang. Mana tahu aku mati dulu. Kau jangan nak bawa laki baru datang sini. Cari tempat lain." ayat akhir sengaja Benjamin mengusik Thea.

"Hisy awak ni. Ke situ pulak."Benjamin membawa Thea masuk ke dalam rumah dua tinggkat itu. Perlengkapan rumah sudah tersedia. Memang terus masuk rumah sehelai sepinggang. Baju pun Benjamin dah siap sediakan.

"Aku dah daftarkan kau masuk kelas boxing. Nanti aku bagi jadual dekat kau." Thea terkejut.

"Saya tak pandai nak berlawan."

"Sebab tu aku hantar ke kelas boxing bijak. Belajar. Lama-lama pandai. Kau jadi girlfriend mafia kena pandai berlawan. Lesen kereta kau dah kan?"

"Dah ada. Saya segan la dengan awak." Thea rasa macam berlebihan dia dapat semua ni dari Benjamin.

"Segan? Kenapa nak segan? Bukan kau tak pakai baju."

"Awak ni saya serius ni. Macam-macam awak bagi saya. Serba tak kena saya rasa."

"Kan aku dah cakap ini antara bukti aku sayang kau. Kalau takat cakap sayang cinta kau ingat boleh buat perut kenyang?" Thea tidak membalas kata-kata Benjamin.

Mereka tidak pulang ke flat pada hari itu. Mereka berdua bermalam di rumah baru Thea. Mereka duduk di sofa kulit. Benjamin menonton television. Manakala Thea sibuk membelek tato di badan serta lengan Benjamin. Sebelum ini Benjamin tidak pernah bukak baju dihadapan dia. Benjamin selalu memakai baju lengan panjang.

"Awak. Nanti saya nak buat juga tato dekat bawah lengan." Benjamin memandang serius pada Thea.

"Tak payah. Aku tak suka kau pakai tato." Thea bermain dengan jari-jemari Benjamin.

"Hmm ye la." Benjamin mengerling wajah Thea.

"Merajuk?" Thea merebahkan badan atas sofa. Thea letak kepala atas paha Benjamin.

"Tak ada la."

"Kau ada plan apa-apa tak lepas ni?"

"Tak."

"Aku ingat nanti nak bukak cafe. Aku nak kau jadi owner cafe. Kau dah tak payah kerja dekat kedai buku tu lagi. Kau rasa macam mana?" Soalan Benjamin tidak dijawab oleh Thea. Benjamin melihat Thea.

"La tidur. Patut la tanya sepatah jawab sepatah." Benjamin mencempung tubuh Thea. Naik ke bilik.

Mafia ( Bab 16) ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience