Seharian Benjamin dan Thea berada di rumah. Benjamin pesan makan melalui atas talian. Benjamin menceritakan apa telah terjadi kepada dia sewaktu dia berada di luar negera. Thea memukul Benjamin kerena tidak memberitahu bahawa terlibat dalam kemalangan.
"Sakit sayang." kata Benjamin dengan nada manja.
"Padan muka. Siapa suruh tak bagitahu." marah Thea.
"Bukan aku tak nak bagitahu kau. Nanti kalau kau tengok keadaan aku, kau sedih."
"Habis awak ingat, saya tengah gembira masa awak ada dekat sana? Sama ja la, sedih juga." balas Thea. Thea peluk tubuh.
"Ya aku tahu kau sedih. Tapi akan bertambah sedih. Doktor cakap kalau aku lambat dapat rawatan mungkin aku akan mati. Lagi la kau akan sedih masa tu."
"Tak boleh ke awak berhenti jadi mafia?"
"Aku pun ada terfikir nak cuci tangan. Kahwin je, aku nak keluar dari jadi ahli mafia."
.
"Kalau macam tu kita kahwin sekarang." ajak Thea dengan muka selamber. Benjamin ketawa. Benjamin cubit pipi Thea.
"Amboi gelojoh betul kau ni. Kalau kahwin sekarang pun, aku tak boleh keluar dari ahli mafia macam tu ja. Dia ada proses. Nak berhenti kerja pun perlu ada notis inikan pula nak cuci tangan jadi mafia." Benjamin pandang Thea.
"Tak stop jadi mafia pun macam-macam hal nak kena buat. Siapa kepala ketua. Sini saya jumpa. Nanti jumpa tau la saya nak ajar dia macam mana." kata Thea sambil cekak pinggang. Benjamin ketawa
"Kau nak ajar dia apa? Pendidikan Jasmin ke geografi." Thea menampar paha Benjamin.
"Saya serius ni. Saya nak awak berhenti. Please hmm?. Lagipun kerja awak tu tak elok la. Saya tak suka." pujuk Thea. Lengan sasa Benjamin, di peluk.
"Haritu lagi aku dah cakap dengan kau. Kalau suka aku, kau kena terima juga kerja aku. Aku akan berhenti tapi bukan dalam masa terdekat. Aku dah bagitahu kau tadi. Sabar la sikit hmm? Aku janji. Kau tak percayakan aku ke?" Benjamin tenung wajah Thea. Benjamin usap pipi Thea.
"Tak apa la. Awak lagi sayang kerja dari saya. Saya ok." Thea merajuk.
"Sayang ....aku sayang kau. Sumpah Thea. Jangan la merajuk. Aku baru balik dari tempat jauh. Aku rindu kau. Tak habis manja lagi ni." Benjamin cium pipi Thea. Thea hanya diam. Benjamin mengeluh"Ye la aku berhenti sekarang. Kejap aku call bos." Thea menghalang.
"Tak payah la. Saya gurau je." Thea menjelir lidah kepada Benjamin. Terus Thea lari dari Benjamin.
"Kau ni macam-macam la. Dah pandai sekarang nak kenakan aku." Benjamin kejar Thea. Thea ketawa. Mereka berlari di ruang tamu. Akhirnya Benjamin berjaya menangkap tubuh Thea. Thea menjerit. Benjamin ketawa. Benjamin peluk Thea dari belakang.
"Ok.. ok. Saya mintak maaf. Saya gurau je." Benjamin geletek pinggang Thea. Thea ketawa. "Awak..! Geli laa." jerit Thea.
"Siapa suruh nakal sangat hmm?" Benjamin cium bahu Thea.
Satu hari mereka berada dirumah. Pelbagai cerita mereka kongsikan bersama. Termasuk dia bertemu dengan ayahnya.
Mafiaaa .... update ???????
Share this novel