Sudah tiga hari Benjamin tidak dapat informasi dari anak buah nya tentang Thea. Kata anak buah nya. Thea tidak keluar rumah. Hatinya resah. Dia cuba menelefon wanita itu tapi tidak berangkat.
"Bos, Tuan David nak jumpa."
"Suruh Tuan masuk." Tuan David masuk ke ruangan pejabat Benjamin. Benjamin berjabat tangan dengan Tuan David. Kemudian dia memeluk Tuan David.
"Jarang kamu ada dekat ofis sekarang? Pak cik dengar kamu kerap ke luar negeri?" Mereka duduk di sofa.
"Busy sikit pak cik. Hmm ada kerja sikit dekat sana."
"Ada kerja atau ada buah hati dekat sana?" Benjamin hanya diam. "Pak cik bukan tak bagi kamu bercinta. Kamu kena ingat kamu tu siapa? Kerja apa? Tak semua orang boleh terima orang macam kita. Pak cik nak kamu sedar. Perempuan boleh jadi penguat untuk kita. Tapi kalau salah pilih boleh jadi racun untuk kita. Faham?" Tuan David memberi nasihat dengan nada yang tegas.
"Faham, Pak cik." Tuan David merupakan ketua kumpulan Mafia. Pengaruh Tuan David sangat kuat. Pihak berkuasa tidak berani mencampuri hal kerja haram yang dijalankan oleh Tuan David.
Benjamin menekan lonceng rumah Thea berkali-kali namun pintu tidak di bukak. Dia teringat kirim whatsapp dari Thea.
Kunci rumah ada bawah pasu bunga.-Thea
Benjamin mengambil kunci rumah tersebut. Pintu rumah dibukak. Gelap.
"Thea. Thea." Panggil Benjamin. Mata Benjamin meliar mencari tubuh Thea. Alangkah terkejut melihat Thea terbaring lemah di lantai.
Badan Thea panas. Tubuh Thea di cempung dibawa ke hospita menaiki kereta.
"Terima kasih sebab bawak saya ke hospital." Thea masih lemah.
"Asal tak call aku cakap kau deman. Kan aku dah pesan ada apa-apa call aku." kata Benjamin.
"Saya tak nak susahkan awak."
"Habis sekarang kau tengah senangkan aku?"
balas Benjamin. Hati benar risau melihat tubuh Thea terbaring lemah di lantai tadi.
"Saya mintak maaf."
"Itu je la modal kau. Terima kasih lepas tu mintak maaf." air mata Thea bergenang. Benjamin pun satu hal . Orang tengah sakit boleh pula dia membebel. Benjamin melihat air mata Thea menggalir.
"Aku nak ke cafe. Kau nak makan apa-apa tak?" sengaja Benjamin menukar perbualan bila melihat Thea ingin menangis. Tanpa menunggu jawapan dari Thea. Benjamin terus keluar dari wad.
Benjamin membeli pelbagai jenis makanan. Thea terkejut. "Banyaknya awak beli. Awak beli untuk siapa?"
"Aku dengan kau je dekat sini. Tanya lagi untuk siapa. Dah makan."
"Tak nak. Tak ada selera."
"Kau jangan nak mengada. Tak padan dengan sakit. Dah makan."
"Yang awak dari tadi nak marah saya kenapa?" Thea menangis. Ah sudah menangis pula.
Benjamin mengaru kepala yang tidak gatal. "Tak payah la menangis nanti nurse ke doktor masuk tengok kau menangis. Dia cakap aku buat kau pula. Aku marah sebab kau degil. Dah lap air mata tu. Ke kau nak aku balik?" Benjamin baru berdiri. Thea menarik tangan Benjamin.
"Ok saya makan."
Thea tersenyum melihat Benjamin. "Terima kasih sebab bagi bunga. Sweet juga eh awak ni. Nampak macam ganas."
Semalam dia menyuruh anak buah nya membeli serta menghantar bunga kepada Thea pada pagi ini.
"Kau suka?"
"Suka."
"Aku, kau suka tak?"
"Suka." Laju Thea menjawab. Thea menutup mulut.
"Oh jadi selama ni kau suka aku la?" usik Benjamin.
"Tak. Saya tersalah sebut."
Benjamin duduk di sofa. "Kau nak pergi mana?"
"Ambil air untuk awak."
"Duduk. Aku boleh ambik sendiri. Kau baru je keluar dari wad. Kang sakit lagi siapa yang susah."
Prihatin sungguh Benjamin terhadap Thea.
"Awak balik hari ni?"
"Ya. Besok aku ada kerja. Kenapa?" Benjamin memandang tepat ke arah anak mata Thea.
"Boleh tak jangan balik malam ni. Teman saya." Entah mengapa Benjamin susah menolak permintaan Thea.
Malam itu dia tidur dirumah Thea. Thea sudah lena agaknya. Benjamin duduk ruang tamu sambil menonton television.Entah mengapa malam ini dia susah melelapkan mata. Benjamin terdengar jeritan Thea. Bingkas Benjamin bangun dari duduk menuju ke bilik Thea.
"Tolong jangan apa-apa saya." Thea mengigau.
"Thea. Hey ni aku Benjamin. Bukak mata kau." Thea membukak mata. Thea menangis. Thea memeluk Benjamin. Benjamin dapat merasakan tubuh Thea menggeletar.
"Saya takut." kata Thea dalam tangisan.
"Aku ada dengan kau ni. Kau mimpi ja." Benjamin memujuk Thea. Benjamin mengelap air mata Thea. "Dah tidur." Thea menggeleng tanda tidak mahu.
"Aku teman kau tidur." Benjamin baring di sebelah Thea. Tangan Benjamin, Thea pegang. Thea kembali menutup mata. Benjamin membetulkan selimut yang membaluti tubuh Thea. Wajah Thea dekat dengan wajahnya. Dia melihat wajah Thea. Putih bersih wajah Thea. Lama juga dia menatap wajah Thea. Akhirnya dia terlelap.
MAFIA
Share this novel