Thea menangis semahu-mahunya. Nenek sudah meninggal dunia. Thea sebatang kara. Ibu meninggal dunia disaat umurnya tujuh belas tahun kerana kanser payudara. Jadi dia hanya tinggal bersama neneknya. Tidak ramai yang hadir memberi penghormatan terakhir. Ini kerana, meraka tidak mempunyai saudara-mara.
Dari jauh Benjamin memerhati Thea yang sedang menangis. Dia simpati keatas Thea. Noah yang duduk sebelah Thea, membantu Thea untuk berdiri. Benjamin terus beredar dari situ. Penghormatan terakhir diberikan. Mendiang nenek akan menjalani proses pembakaran.
Noah menjinjing beg plastik yang berisi makanan. Noah letak beg plastik atas meja. Mereka duduk di rooftop flat tempat Thea tinggal. Thea hanya termenung. Air matanya bagai sudah kering. Angin agak kuat petang ini.
"Jom makan. Saya ada bawak makanan favourite awak." Thea hanya diam membisu.
"Jamah la sikit. Perut awak kosong. Nanti sakit macam? Makan sikit ok." Pujuk Noah.
"Biar sakit. Nanti cepat mati. Kalau dah mati saya boleh jumpa ibu dengan nenek." kata Thea bersahaja sambil mengukir senyuman.
"Apa yang awak cakap ni. Tak baik tahu tak. Makan la sikit. Nenek, kalau tengok awak buat perangai macam ni. Mesti dia sedih. Makan ok. Ke nak saya suap?" Thea menjeling. Terus dia mencapai sudu dan garfu. Noah tersenyum. Thea makan dengan penuh berselera.
"Saya ada benda nak bagitau tahu awak." Thea mengikat plastik yang berisi bekas makanan.
"Bagitau apa?" Thea memandang Noah. Noah jadi serba salah.
"Minggu depan saya dah nak pindah ke luar negeri. Saya dapat kerja dekat sana." Thea tersenyum pahit.
'Nenek baru pergi. Sekarang Noah pun nak tinggalkan dia. Memang hidup Thea hanya berseorangan kah?' kata-kata itu hanya bermain difkirannya.
"Oh bagus la."
"Kalau awak tak kasi saya pergi. Saya takkan pergi." Thea menggeleng kepala.
"Pergi lah. Kejar cita-cita awak. Sampai bila awak nak tinggal sini dan hidup dalam serba kekurangan. Nanti ada masa datang sini. Kita lepak sama-sama." Nasihat Thea.
"Awak macam mana? Atau awak ikut saya sekali nak?"
"Tak nak la saya. Saya ok ja la dekat sini. Rutin harian saya tetap berjalan macam biasa. Pergi kerja balik kerja. Jangan fikir soal saya. Fikir pasal diri sendiri. Itu kan lebih baik." Macam mana tak fikir. Noah dah lama simpan perasaan terhadap Thea. Cuma Noah tak berani nak bagitahu.
"Nanti saya mesti teringatkan awak." kata Noah dengan nada sedih
"Awak ni kelakar la. Telefon kan ada? Boleh call kan tak pun whatsapp ja. Tak payah la nak buat teruk. Awak kerja bukan nak pergi berperang." Thea ketawa. Noah tidak turut ketawa sebab bagi dia tak ada satu pun ayat Thea yang lawak.
Mafia
Share this novel