Thea menyusun novel di rak. Hari ini dia terasa mengantuk sungguh. Mata Thea tak boleh nak lelap fikirkan Benjamin.
Seorang lelaki umur lingkungan lima pulahan ingin membayar buku yang dibeli. Lonceng ditekan. Thea segera ke kaunter. Hari ini teman sekerja Thea tak dapat datang kerja kerana demam. Tinggal lah dia seorang diri di kedai buku tersebut.
Thea mengambil buku untuk di scan harga. Lelaki itu memandang Thea begitu lama. "Semuanya lima puluh enam ringgit." Lelaki itu masih memandang Thea.
"Encik." panggil Thea. Lelaki itu tersedar.
"Sorry. Berapa tadi."
"Lima pulah enam ringgit." kata Thea sambil tersenyum. Lelaki itu mengeluarkan not seratus.
"Encik. Ini baki." Lelaki itu menolak.
"Balance tu buat makan tengah hari." Lelaki berjalan keluar.
"Terima kasih encik."
"Muka tak payah nak serius sangat. Kau dengan aku ja." Kata Kevin kepada Benjamin. Kevin makan makanan yang dia dipesan.
"Biasa lah masalah sikit-sikit. Biasa la nama pun business kadang naik kadang turun nak pula kerja kita macam ni. Bab pihak berkuasa tu kau bagi duit tepi sikit settle.Nama pun manusia bukan semua orang jujur dalam bekerja. Tak kisah dalam sektor apa pun, manusia susah jadi amanah." kata Kevin. Benjamin gelak sinis.
"Lain macam mafia sorang ni bercakap. Kau tak sedar kau tu kerja apa. Pandai la kau nak judge kerja orang. Aku tak kisah bab tu sekarang. Bukan baru sekali aku kena. Cuma aku terfikir benda lain." Kevin tersenyum.
"Fikirkan perempuan yang dekat luar negeri tu?"
"Nelly bagitau kau?"
"Tak. Aku dengar Tuan David bersembang dengan ayah aku. Kan dia orang nak jodohkan kau dengan Nelly. Tapi dah kau tolak. Nelly pun ada cakap dekat ayah aku yang kau ada perempuan lain." Benjamin rasa serba salah. Dia dan Kevin kawan baik dari kecil. Dia risau kalau hubungan persahabatan terputus kerana dia menolak cinta adiknya Nelly.
"Sorry Kevin. Aku memang ..." Tak sempat Benjamin ingin berkata-kata. Kevin memotong ayatnya.
"Tak ada hal lah. Cinta mana boleh paksa. Kadang-kadang kena ajar sikit si Nelly tu. Tak semua yang kita nak kita boleh dapat. Papa dengan mama aku terlalu manjakan dia. Cuma itu lah aku nak pesan dengan kau. Hati-hati. Aku tak nak nasib kau sama macam aku. Mana tahu Sean yang hantar perempuan tu dekat kau." Kevin tak mahu perkara yang sama berulang kepada Benjamin.Kevin jenis suka perempuan macam tukar baju. Dengan Jennifer memang dia tak ada perempuan lain.Kevin betul sayangkan Jennifer. Tapi tak sangka Sean yang hantar Jennifer pada dia.
"Tak la. Aku dah siasat." Benjamin meyakinkan Kevin.
"Kalau Sean tak hantar dia. Kau kena ingat kau tu siapa. Kau dah bagitau dia kau kerja apa sebenarnya?" Benjamin menggeleng kepala. "Kau rasa dia boleh terima kau?Aku bukan nak lemahkan semangat kau. Tapi aku nak kau sedar diri.Bukan semua orang boleh terima kita.Kita jahat. Bagitau dekat dia perkara sebenar sebelum dia tahu sendiri. Bila kau tak jujur dalam perhubungan partner kau akan mula rasa tawar hati. Bila dia tahu sendiri benda tu lagi sakit daripada kau yang bagitahu." malam ini kata-kata Kevin lebih berguna daripada hari biasa.
MAFIA
Share this novel