Bab 9

Romance Series 4174

Benjamin masih tidur. Thea bangun awal menyiapkan sarapan pagi. Hari ini dia kerja. Benjamin terjaga bila terdengar bunyi orang sedang memasak di dapur.

"Awal kau bangun?" tegur Benjamin. Thea terkejut.
Lengan Benjamin ditampar.

"Hisy awak ni. Terkejut saya tau tak?" marah Thea.

"Masak ke berangan kan Noah? Sekarang kau dah pandai marah." Thea menyeduk nasi goreng ke dalam pinggan.

"Asal tetiba sebut nama Noah? Awak jealous?" Benjamin diam. Di menarik kerusi kemudian dia duduk. "Saya kerja sekejap lagi. Awak cuti sampai bila?"

"Sampai bulan depan." Benjamin menyuap nasi goreng kedalam mulut.

"Orang tanya betul-betul. Hisy awak ni."

"Bila masa aku main-main. Betul la."

"Awak tak kerja?"

"Cuti. Penat la aku dengan kau ni banyak tanya."

"Banyak lagi sebenarnya saya nak tanya. Tapi kita makan dulu la."

"Kejap lagi aku hantar kau pergi kerja."

"Kau tak masuk office?" Awal-awal pagi lagi Kevin menelefon Benjamin.

"Tak. Aku ada dekat luar negeri. Aku ingat dalam sebulan kot aku tak masuk."

"Kau gila ke apa. Habis business dekat sini siapa nak urus. Kau jangan buat gila. Takkan pasal kena marah semalam terus kau bawak diri."

"Ah tak ada maknanya pasal semalam. Aku mintak budak aku settle dekat sana kau jangan risau. Aku balik juga ke sana, cuma kejap-kejap je. Aku dapat job baru dekat sini. Kalau settle cepat aku balik."

"Hmm yelah. Apa-apa roger aku." kata Kevin.

"Ya."

Benjamin menunggu Thea keluar dari tempat kerja. Benjamin tersenyum melihat Thea. Datang tiga orang lelaki cuba menganggu Thea. Dengan pantas Benjamin keluar dari perut kereta. Thea terus belari kearah Bejamin.

"Kau tunggu dalam kereta. Jangan keluar. Kunci pintu." kata Benjamin.

"Wah ada hero la." kata salah seorang dari mereka.
Mereka menyerang Benjamin. Dengan pantas Benjamin mengelak. Mereka tidak tahu siapa Benjamin. Mereka bertiga nampak masih mentah.
Benjamin kilas tangan salah seorang dari mereka.

"Sakit!"Jerit pemuda itu.

"Tahu sakit. Tangan kau ni jahat. Berani kau sentuh dia. Biar aku ajar tangan kau macam mana nak hormat orang." menjerit budak lelaki itu. Benjamin nampar pipi budak lelaki tersebut. Dua orang kawan nya sudah lari.

"Kali aku lepaskan kau. Lain aku jumpa kau. Memang mati aku kerjakan." Benjamin melepaskan budak lelaki itu.

Thea menangis didalam kereta. Benjamin mengetuk tingkap kereta.Dia menyuruh Thea unlock pintu kereta.

"Dah lap air mata tu. Dia orang dah tak ada. Lepas kalau dia orang atau siapa sahaja yang kacau kau. Kau bagitau aku." Benjamin memegang jari-jemari Thea. Menggigil tangan Thea sebab takut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience