Bab 8

Romance Series 4174

Benjamin memukul pemuda tersebut yang merupakan ahli anggota mafia. Benjamin mencekam rahang pemuda tersebut.

"Aku dah cakap. Aku paling benci orang tikam belakang aku. Nak buat kerja biar cerdik. Ni kerja orang bodoh kau tau tak? Siapa hantar kau? Sean?" Pemuda itu hanya diam. Benjamin berang. Dia mengambil pisau, tangan pemuda itu ditikam. Menjerit pemuda itu kesakitaan.

"Aku tanya kau sekali lagi. Siapa hantar kau?"

"Sean" jawab pemuda itu.

"Memang tak guna si Sean ni. Memang cari pasal dengan aku. Aku nak korang uruskan dia." Anak buah Benjamin membunuh pemuda tersebut. Mayatnya dibakar sampai tinggal abu. Itu antara cara mereka selepas membunuh.

Benjamin menyerbu tempat Sean di kelab malam.
Benjamin berlawan dengan anak buah Sean.Habis meja terbalik. Kerusi patah. Galas pecah. Berteriak perempuan di kelab malam itu. Malam ini Benjamin betul-betul naik hantu. Lunyai habis anak buah Sean dia kerjakan.

"Apasal hantar budak kau untuk korek rahsia pasal business aku." Benjamin menarik kolar baju Sean. Sean tersenyum sinis. Benjamin menumbuk wajah Sean. Tapi Sean tak lawan.

"Kau jangan buat gila dengan aku Sean. Silap hari bulan nyawa kau, aku yang ambil. Ini amaran dari aku. Sekali lagi aku dapat tahu kau hantar budak kau, tahu la nasib kau."

Benjamin masuk kerja. Kevin dah terpacak dalam bilik Benjamin.

"Semalam aku dengar Sean kena balasah." Kevin ketawa puas. Benjamin duduk di kerusi.

"Itu baru surat cinta aku bagi. Kurang ajar si Sean tu. Tamak tak tentu hala. Padahal tempat dia tunggang langgang. Ada hati nak caras bisnes aku. Kau dah jumpa Jennifer?" Kevin buat muka.

"Dah mampus perempuan tu."

"Kau bunuh dia?"

"Ya. Kalau kau nak tahu Sean hantar dia dekat aku. Sama macam kes kau juga. Cuma dia tahu kau dengan perempuan tak layan sangat."

"Habis kau hantar budak kau belasah dia?"

"Tak."

"Takut?" Kevin diam.

"Macam mana kau boleh jadi mafia dengan Sean pun kau takut." Jika di ingat perkara semalam memang hatinya bara tambah pula tengok senyum sinis.

"Kau tahu kan siapa family dia." Benjamin senyum mengejek.

"Aku tak heran family dia siapa. Kacau tempat aku. Memang nahas aku kerja kan."

"Good morning sayang." Nelly menerjah masuk ke ofis Benjamin. Kevin memberi isyarat kepada Nelly agar tidak menganggu Benjamin.

"Kau bawak dia keluar boleh tak ?" Kevin terus menarik Nelly keluar dari bilik Benjamin.

"Sakit la. Apasal tarik-tarik ni." marah Nelly kepada Kevin.

"Dah pergi balik. Dia tak mood tu. Kang tak pasal-pasal muka kau pecah si Benjamin tu buat. Dah balik." Muncung bibir Nelly. Akhirnya dia pulang.

"Apa yang kamu dah buat Benjamin!" marah Tuan David. "Yang kamu pergi mengamuk dekat sana kenapa?" Benjamin hanya diam.

"Sekali lagi kamu ulang perkara ni. Pak cik takkan teragak-agak untuk buat sesuatu ke atas kamu. Faham?"

"Faham."

Thea hairan mengapa Benjamin tidak datang ke rumahnya. Whatsapp dan panggilan telefon pun tak berjawab. Adakah lelaki itu terasa hati dengan dia atau Benjamin sudah tidak mahu berteman dengan dia. Ah kusut dibuatnya memikirkan tentang Benjamin. Loceng berbunyi, dengan malas Thea bangun membuka pintu. Wajah Benjamin betul-betul berada dimuka pintu.

"Awak ..." belum sempat Thea bercakap. Tubuh Thea dipeluk oleh Benjamin.

"Boleh tak kau jangan tanya apa-apa untuk malam ni. Aku penat." Bisik Benjamin. Thea melepaskan pelukan. Tangan Benjamin ditarik masuk ke dalam rumah. Thea menyuruh Benjamin membersihkan badan. Sementara dia akan menyediakan makan malam.

Benjamin makan dengan penuh selera. Thea memandang Benjamin dengan penuh tanda tanya. Pelbagai soalan bermain dalam fikiran dia.
Selesai makan Benjamin membantu Thea mengemas meja makan. Benjamin teman Thea yang sedang membasuh pinggan mangkuk di sinki.

"Malam ni aku tidur dengan kau boleh. Aku janji aku tak buat apa dekat kau. Aku tidur dekat bawah pun tak apa." Tangan Thea terhenti membasuh seketika. Thea memandang Benjamin.

"Kita tidur dekat ruang tamu boleh?" Benjamin mengangguk tanda setuju."

Thea baring disebelah Benjamin. Wajah Thea menghadap kearah muka Bejamin. Mereka tidur dalam posisi mengiring. Muka Benjamin ada kesan lebam. Ada juga kesan luka. Thea bingkas bangun mengambil ubat sapu. Thea sapu ubat di kawasan luka. Sesekali wajah Benjamin berkerut menahan sakit.

MAFIA

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience