Thea berada sedang menjemur pakaian. Entah datang dari mana Benjamin datang memeluk Thea dari belakang. Thea melepaskan pelukkan.
"Hisy apa ni. Segan la." Benjamin merapatkan muka pada Thea. Mata mereka bertentangan.
"Bukan ada siapa dalam rumah ni. Kau dengan aku ja. Nak segan apa. Semalam tak segan pun." usik Benjamin. Thea menutup mulut Benjamin. Benjamin ketawa bukan main. Gembira dia dapat melihat riak wajah Thea menahan malu.
"Hisy apa awak ni? Anggap ja la apa yang jadi semalam tu satu kesilapan."
"Jadi apa yang kau cakap dengan aku malam semalam tu kira tak betul la? Kalau macam tu aku nak balik la." Benjamin buat-buat merajuk.
"Awak ni. Jangan la. Ok bukan kesilapan tapi atas kerelaan. Saya mintak maaf."
"Memang modal kau mintak maaf ja kan?"
"Habis nak cakap apa lagi? mintak maaf ja la. Bukan macam awak. Nak cakap terima kasih pun payah apatah nak mintak maaf." balas Thea.
"Aik aku pulak yang kena."
Mood Benjamin bertukar kepada tidak baik. "Korang buat kerja macam mana? Macam mana boleh kena ambush dengan polis? Aku tak kira aku nak semua barang tu balik ke gudang. Tak kira dengan apa cara sekali pun. Choni aku kau settle kan benda ni. Kalau tak nahas aku kerjakan korang semua. Faham tak!" jerkah Benjamin.
"Faham." sahut anak buah Benjamin.
Kepalanya betul-betul serabut. Hari ni Benjamin terpaksa masuk ofis. Tuan David mahu berjumpa dengan dia.
"Benjamin apa yang dah jadi ni?" Benjamin hanya menundukkan kepala. "Polis start ambush tempat kita. Kamu dah cuci tangan? Dah tak nak kerja macam ni lagi? Kerja dah tak macam dulu. Ada apa dekat luar negeri sampai business dekat sini tak terjaga?"
"Saya tau saya salah. Saya akan pastikan business kembali pulih macam biasa."
"Pak cik pegang kata-kata kamu Benjamin."
Thea termenung sendirian. Benjamin mengatakan dia takkan pulang beberapa hari. Kata Benjamin, ada hal yang harus di lakukan. Telefon pintar Thea berbunyi.
"Hmm kejap saya naik."
Noah menantikan kehadiran Thea. Thea datang menghampiri Noah.
"Bila awak balik? Tak cakap pun." kata Thea.
"Saja nak suprise kan awak. Walaupun awak tak terkejut." Macam mana nak kejut kalau Thea sudah bahagia bersama Benjamin. "Mana Benjamin?"
"Kerja. Lama awak cuti?"
"Besok pagi saya balik. Saya balik nak jumpa awak ja. Saya nak bagitau awak sesuatu." Thea memandang Noah.
"Bagitau apa?"
"Saya dah lama sukakan awak. Tapi saya tahu awak tak anggap saya lebih dari kawan." Thea agak terkejut. Sambung Noah "Saya tahu awak suka siapa. Saya cuma nak pesan dekat awak. Dia bukan lelaki yang baik. Saya bukan nak burukkan dia. Saya harap awak hati-hati. Saya sekadar nasihat bukan cemburu tapi saya sayang kan awak lebih dari seorang kawan." Noah menasihati Thea.
"Kejap. Saya tak berapa nak faham apa yang awak nak cakap. Awak nak cakap Benjamin tu jahat macam tu?" Thea masih terkejut dengan kenyataan yang diberikan oleh Noah ditambah pula cerita tentang Benjamin.
"Semua orang dekat sini bercerita pasal awak. Yang awak berkawan dengan mafia. Dia buat kerja tak elok Thea. Saya tak tahu sejauh mana hubungan dia dengan awak. Saya tak nak keselamatan awak terancam disebabkan dia." Thea tak dapat nak hadam. Dirinya menganggap ini hanyalah dusta.
"Tak mungkin. Saya tak percaya."
"Terpulang awak nak percaya atau tidak. Cuma macam saya cakap tadi. Saya tak nak nyawa awak terancam."
Fikiran Thea terganggu oleh apa yang dikatakan oleh Noah. Tak mungkin Benjamin mafia tapi kalau betul macam mana. Ah fikiran kusut. Thea tak dapat nak lelapkan mata sepanjang malam.
MAFIA
Share this novel