Thea menghantar Noah ke stesen kereta api. Thea agak sedih kerana Noah akan bekerja diluar negeri. Tiada siapa yang akan menemani dia disini. Maka bermula la episod dia bersendirian.
"Awak ok tak?" Tanya Noah.
"Ok. Dah pergi la cepat. Nanti tertinggal train pulak."
"Nanti apa-apa call ok?"
"Ok."
Thea berjalan menuju pulang ke rumah. Tapi kaki Thea tidak terus pulang ke rumah. Dia naik ke tempat biasa. Thea menjinjing beg plastik yang berisi makanan ringan serta air tin.
"Awak buat apa dekat sini?" tanya Thea kepada Benjamin.
"Saja. Nak jumpa kau." Thea duduk disebelah Benjamin. Benjamin mematikan api rokoknya.
"Dah lama awak sampai?"
"Baru ja, dalam dua jam." Terkejut beruk Thea dengar.
"Lamanya. Saya mintak maaf. Saya tak tahu awak nak datang. Mujur saya balik rumah."
"Asal kau nak mintak maaf? bukan salah kau. Kebetulan aku ada kerja sikit dekat kawasan sini. Itu yang aku singgah. Kau tak kerja hari ni?"
"Cuti. Awak kerja apa?"
"Kerja biasa-biasa ja. Kau tinggal sorang dekat sini?" Benjamin segaja mengalih topik.
"Ya tinggal sorang. Minggu lepas nenek saya baru meninggal." Thea menundukkan wajah.
Walhal sedikit sebanyak Benjamin sudah mengatahui tentang Thea. Benjamin menyuruh salah seorang anak buahnya untuk mengawal pergerakkan serta menyelidik tetang tanpa pengetahunanya.
"Semua orang akan mati. Kau dan aku pun sama akan mati juga nanti. Jadi tak payah nak sedih-sedih. Dia dah hidup tenang dekat sana. Kau yang masih bernyawa nikmati lah kehidupan." Benjamin memberi kata-kata semangat untuk Thea.
"Kau dah makan?"
"Belum. Kejap lagi saya makan ni." Kata Thea sambil menunjukkan isi dalam beg plastik yang di beli olehnya.
"Makan benda macam ni? Makanan ringan ni tak elok untuk kesihatan. Jangan amalkan sangat. Dah yang tu kau simpan dulu. Aku jarang ajak perempuan makan nak pulak makan berdua. Jadi aku nak ajak kau makan nak tak?"
"Boleh je." Dia punya berleter macam kenal setahun.
"Kenapa orang pandang-pandang kita? Kita ada buat salah ke? Saya rasa saya pakai baju tak terbalik." Benjamin menikmati makanan yang baru sampai.
"Dah makan. Pedulikan diorang." Thea jarang makan di luar. Selalu dia atau nenek akan masak. Orang sekitar kawasan itu mengenali siapa Benjamin. Thea masih belum mengetahui siapa Benjamin. Mereka gerun dengan sifat Benjamin.
"Number telefon" Benjamin menyua telefon pintarnya kepada Thea.
"Nanti kalau ada apa-apa kau call je aku, dengan segera aku sampai."
"Wah dah macam ultraman. Panggil je datang."
"Ada ke kau samakan aku dengan ultraman. Aku lagi handsome tau dari ultraman." Thea ketawa. Benjamin rasa senang hati melihat wajah Thea nampak gembira.
"Apa ja la."
Kevin menarik rambut Jennifer. Jennifer menangis kesakitan. Bibirnya pecah dan berdarah.
"Tolong lepaskan i. i janji i akan pulangkan duit you." Kevin tersenyum sinis.
"Kau jangan ingat kau boleh terlepas. Eh perempuan jalang. Kau dengar sini aku takkan lepaskan kau. Kau ni betul-betul sundal kau tahu tak. Aku sayang kau. Aku rela kau habiskan duit aku. Rupanya kau tikam aku dari belakang. Patut la polis banyak kacau kawasan aku. Rupanya kau punca dia.Lepastu Sean yang dapat kawasan aku. Berapa Sean bayar kau hah?!" Jerkah Kevin.
Jennifer diam.
"Eh perempuan. Kau pekak ke? Aku tanya ni. Jawab lah!" Jennifer menangis. "Kau nak diam sangat. Bukan takat diam aku bagi. Lepas ni dunia pun kau dah tak payah tengok dah." Jennifer menggigil ketakutan.
"i mengaku. Sean upah i. Tolong jangan apa-apa kan i. You cakap you sayang i." Kevin ketawa jahat. Kevin mencengkam rahang Jennifer.
"Pergi mampus dengan kau punya sayang lah betina. Baru kau nak mengaku. Dah terlambat." Dia menolak wajah Jennifer.
Kevin pandang anak buahnya."Hari ni aku bagi lauk dekat korang. Ratah sepuas-puasnya. Lepas tu korang urus macam biasa." Jennifer cuak. Anak buah kevin seramai enam orang memandang ke arahnya dengan pandangan nakal. Mereka membawa Jennifer ke bilik khas. Jeritan Jennifer yang kuat semakin tenggelam.
"Terima kasih, sebab bawak saya jalan-jalan. Belanja makan." Benjamin menghantar Thea pulang.
"Hmm. Aku gerak dulu."
"Ok. Bye."
"Susah sangat ka nak balas balik. Orang dah cakap terima kasih tak balas. Ini cakap bye pun tak balas juga." bebel Thea sorang diri.
Sang Puter dan Serigala
Share this novel