Bab 12

Romance Series 4174

Selepas mengambil Thea dari tempat kerja. Benjamin membawa Thea untuk membeli barang keperluan.

Selesai membeli barangan dapur, Benjamin menyuruh Thea membeli pakaian. Thea melihat blouse bebunga kecil. Cantik kata hatinya. Apabila melihat tanda harga pada blouse tersebut Thea terkejut. Mahal.Benjamin hanya memerhati tingkah laku Thea.

"Awak. Saya rasa tak ada yang baju cantik dan yang sesuai untuk saya.Dah la jom la kita balik."Bohong Thea. Padahal harga dekat sini mahal. Harga satu baju persamaan dengan gajinya seminggu. Hmm memang tak la dia nak beli. Bukan kedekut. Bak kata pepatah orang dulu-dulu, ukur baju dibadan sendiri.

"Ambik saja yang mana kau suka. Jangan risau aku bayar." kata Benjamin.

"Tak nak lah. Nanti habis duit awak."

"Kalau kau tak nak. Aku suruh dia orang bungkuskan semua baju yang ada dekat sini." Kaki Benjamin baru ingin melangkah.Thea cepat-cepat menarik lengan sasa Benjamin.

"Ok.. ok ... saya ambik." dengan terpaksa Thea memilih pakaian.

"Seluar kecik dengan baju kecik jangan lupa ambik. Aku tengok yang dekat rumah tu,teruk sangat.Dah boleh buang kot." bisik Benjamin pada telinga Thea. Berona merah wajah Thea.

"Tak malu la awak ni. Tengok baju saya."

"Aku pulak yang salah. Kau tu yang letak merata. Aku ingat kain buruk."

"Jahat la awak ni." Thea meninggalkan Benjamin ke bilik persalinan pakaian. Benjamin ketawa kecil.

Tak tahu la berapa banyak pakaian yang Benjamin belikan untuk Thea. Kiri kanan penuh dengan beg plastik, beg kertas.

"Kau masuk dulu. Aku pergi simpan barang kejap dalam kereta. Nah." Benjamin menghulurkan kad kredit kepada Thea.

"Banyak dah barang awak dah beli. Dah terlebih cukup." Thea jadi segan dengan Benjamin.

"Banyak barang kau yang tak ada. Beli ja. Bab duit kau jangan risau. Kalau kau tak nak beli, aku beli semua barang dalam kedai ni." Benjamin meninggalkan Thea.

Thea terpaksa masuk kedalam drugstore. Thea memilih berapa barang penjagaan seluruh badan. Benjamin mengambil bakul yang berisi barang yang diambil oleh Thea.

"Ini ja yang kau ambil?"

"Tu pun dah banyak awak." Benjamin terus mengambil setiap satu yang berada rak. Thea terkejut. "Awak nak buat apa-apa banyak?"

"Cakap banyak la kau ni. Ambik je la dah orang suruh." Thea hanya mengikut langkah Benjamin.

Macam-macam Benjamin belikan untuk dia. Ada juga barangan Benjamin tapi tidak sebanyak barangan dia. Dah macam nak buka kedai serbaneka. Benjamin mengemas barangan dapur yang dibeli manakala Thea menyimpan pakaian yang baru beli.

"Dah tak payah buat. Biar aku simpan. Kau kemas pakaian kau sudah." Benjamin menyusun botol mandian.

"Saya busuk sangat ke? Sampai berbotol sabun awak beli."

"Ada aku cakap. Lagipun aku lama dekat rumah kau. Takkan aku tak beli apa-apa. Aku pun pakai juga nanti. Yang lebih ni boleh buat stok. Kan dah jimat duit engkau." Thea tak terkata.

Mereka berdua menikmati makan malam. Malam ini Benjamin yang masak.

"Pandai juga awak masak.Sedap." kata Thea.

"Kau puji ka kau sindir aku?"

"Hisy awak ni. Saya puji masakan awak la."

Benjamin duduk ruang tamu. Sambil bermain telefon pintarnya. Mug berisi Thea letak atas meja. Benjamin memandang Thea. Benjamin menalan air liur. Thea baru selesai mandi. Dia memakai singlet serta seluar pendek paras lutut. Bau wangi dari Thea membuatkan nafsunya bergelora.

"Asal awak pandang saya macam tu?"

"Dah kau macam ni depan aku. Memang aku tengok la. Lain kali pakai sebelum tidur. Aku ni lelaki tau bukan perempuan." Thea ketawa.

"Awak tergoda dengan saya ke?"

"Bukan takat aku yang tergoda. Mana-mana laki pun kalau tengok macam ni boleh tak tergoda." Benjamin bangun terus masuk kebilik. Risau jadi yang bukan-bukan. Thea ketawa sendirian. Kuat juga iman dia.

Benjamin terjaga dari lena bila terdengar suara Thea meracau. Terus dia pergi ke bilik Thea.

"Thea.. Bangun. Kau mimpi ni." Peluh dahi Thea. Benjamin mengelap air mata Thea. Thea bangun dari tidur. "Mimpi lagi?"

"Saya takut." kata Thea dalam tangisan.

"Kau takut apa?Aku ada ni. Kau mimpi je tadi. Tak ada apa pun. Dah tidur." Benjamin baru ingin bangun. Ditarik oleh Thea.

"Awak teman saya boleh?" Benjamin baring di sebelah Thea. Benjamin mengelap sisa air mata Thea. Tubuh mereka terlalu dekat. Mereka saling berpandangan.Thea mencium pipi Benjamin. Benjamin jadi tak keruan. Benjamin dan Thea hanyut dalam layar bahtera.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience