Hari ini Benjamin bangun awal. Dia menyediakan sarapa pagi untuk Thea. Thea masih belum bangun dari tidur. Benjamin sedang membacuh air kopi. Benjamin terdengar pintu bilik ditutup. Pasti Thea sudah bangun.
"Sorry saya lambat bangun. Hari ni saya lewat sikit pergi kerja." Mereka duduk di meja makan.
"Wah, awak dah siapkan breakfast." Ada roti bakar, salad dan telur separuh masak. Benjamin hanya diam. Thea mati kutu dah tak tahu nak cakap apa. Akhirnya dia juga memilih untuk tidak bersuara.
Fikiran Benjamin masih terganggu dengan soalan Thea semalam. Selepas menghantar Thea pergi kerja. Benjamin parking kereta agak tersembunyi dari tempat Thea bekerja. Dari jauh dia nampak Thea sedang menyusun buku. Lama Benjamin memandang Thea. Sungguh dia takut kehilangan wanita itu.
"Bos, barang semua dah sampai." Benjamin melihat senjata api yang dihantar. Benjamin membeli beberapa pucuk senjata api.
"Choni. Aku nak kau siasat perkembangan Sean. Lepas tu kau update dekat. Jangan terlepas satu pun perkembangan tentang dia.Faham?" Choni antara orang kepercayaan Benjamin.
"Faham. Bos."
"Ada-ada masalah dekat sini?"
"Buat masa sekarang tak ada bos. Cuma semalam ada orang nak ceroboh gudang kita. Tapi budak-budak dah dia settle kan."
"Apa-apa kau update aku."
"Baik Bos."
Benjamin pulang ke rumah. Senjata api disimpan dibilik rahsia bawah tanah. Benjamin mengemas pakaian untuk dibawa ke rumah Thea.
Ting tong
Benjamin melihat dari cctv kehadiran tetamu yang datang. Benjamin mengeluh. Benjamin membuka pintu.
"Sayang." Nelly memeluk Benjamin. Benjamin melepaskan pelukan
"You nak apa datang sini?" Nelly menghampiri Benjamin. Tangan Benjamin dipegang manja.
"i datang cari you. You pergi mana? You tau tak i rindu you sangat." kata Nelly dengan manja tapi lebih kepada mengoda.
"Balik Nelly i banyak kerja nak buat."
"You ni tak habis-habis dengan kerja. Apa kata hari ini kita kerja bersama." Kata-kata Nelly begitu nakal. Jari jemari runcing Nelly cuba menyentuh tubuh sasa Benjamin. Namun dia menolak kasar tangan Nelly.
"Apa yang you merepek ni.Apasal? Dah gian sangat ke?Dah berambus." marah Benjamin. Benjamin menolak tubuh Nelly supaya keluar dari rumahnya.
"Sampai hati you buat i macam ni. i nak you." Rengek Nelly dalam tangisan.
"You ni dah kenapa? mabuk? i cakap elok-elok dengan you ni. Balik la Nelly, i tak ada masa nak layan you."
"Habis dengan perempuan tu you ada masa nak layan? You jangan ingat i tak tahu. You selalu ke luar negeri jumpa perempuan tu kan?" Benjamin tidak terkejut.
"Habis kalau i jumpa dengan dia. Apa masalah dengan you. i tak pernah declare pun dengan you. i nak dengan perempuan mana itu hak i. Move on Nelly. i tak pernah suka you. i anggap you macam adik je.Cari lelaki lain Nelly. Banyak lagi dekat luar sana."
"Apa kurangnya i? i tak tahu nak tunjuk lagi macam mana lagi yang i cinta dan sayangkan you." Nelly menangis. "i nak you Benjamin. i tak nak orang lain." rengek Nelly macam anak kecil.
"Banyak kurang you jika nak dibandingkan dia. You dengan dia jauh beza Nelly. i mintak maaf i tak ada niat nak sakit kan hati you. i tak ada perasaan dekat you. i sayangkan dia." kata Benjamin dengan nada rendah.
"Sampai hati you! You akan menyesal nanti sebab pilih dia." Nelly keluar dari rumah Benjamin. Hatinya betul-betul sakit kerana cinta dia ditolak. Benjamin mengeluh. Macam-macam hal.
Share this novel