Bab 21

Romance Series 4174

Sepanjang Benjamin berada di hospital. Nelly yang menjaga dia. Bersirat wayar ditubuh Benjamin. Wad Benjamin dijaga ketat oleh pengawal.

Kevin, Tuan David dan Tuan William ayah kepada Nelly dan Kevin datang melawat Benjamin. Tuan David mencari doktor yang terbaik untuk merawat Benjamin. Kata doktor, bila Benjamin boleh mengerakkan seluruh tubuh badan. Benjamin wajib menjalini fisioterapi untuk memulih kembali lututnya.

Fikiran Tuan David melayang mengingatkan Thea. Bagaimana jika Thea tahu keadaan Benjamin begini. Pasti Thea sedih.

Tuan David mengetahui percintaan antara Benjamin dan Thea. Tuan David mengupah orang menyiasat siapa teman wanita Benjamin. Mula dia lihat gambar Thea dia agak terkejut kerana wajah Thea persis isterinya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk melihat sendiri wajah Thea. Dia tidak sangka Thea mirip sekali dengan Belinda. Semenjak pertemuan itu dia cari akal untuk bertemu dengan Thea. Dengan melihat wajah Thea rindu dia pada Belinda terubat.

Thea duduk dibirai katil sambil memeluk sweater Benjamin. Thea memandang ke luar tingkap. Ada bulan menerangi malam. Bukan takat ratus rasa beribu pesan whatsapp Thea kirim pada Benjamin namun tak berbalas. Tiap hari Thea akan whatsapp Benjamin. Thea menceritakan aktiviti yang dia lakukan. Hanya satu tick whatsapp di kirimkan. Benjamin tak bukak langsung whatsapp dari dia. Thea menangis sambil memeluk baju Benjamin. Thea rindukan Benjamin.Adakah Benjamin sudah melupakan dia.

Benjamin tersedar dari koma. Nelly tersedar dari tidur apabila tangan Benjamin menyentuh dia. Nelly segera memanggil doktor.

"Ayah mintak maaf kalau kehadiran ayah menganggu kamu." Tuan David merayu ingin bertemu dengan Thea. Akhirnya dia akur. Thea mengajak Tuan David bertemu di rooftop. Agak asing di pendengaran Thea bila Tuan David membahasakan diri ayah.

"Ada apa pak cik nak jumpa saya?" mereka berdua duduk di pangkin yang diperbuat dari besi. Bibir Thea sukar memanggil Tuan David, ayah.

Tuan David perasan mata Thea bengkak. Mungkin baru lepas menangis.

"Ayah nak mintak maaf sebab ayah tinggalkan ibu dan kamu. Sumpah ayah tak tau kewujudan kamu. Ayah dah cuba cari kamu semua. Tapi tak berhasil."

"Pak cik tak payah nak mintak maaf. Semuanya dah terjadi. Sekurang-kurangnya saya tahu ayah saya masih hidup dan saya bukan sebatang kara."
Tuan David telah mengetahui yang Belinda sudah meninggal dunia. Penyesalan makin menebal dalam diri Tuan David.

"Ayah harap sangat kamu tak simpan perasaan marah dan dendam pada ayah. Ayah nak ajak kamu tinggal dengan ayah."

"Nanti bila ada masa lapang. Saya akan kesana." untuk tinggal bersama Tuan David, mungkin tidak buat masa sekarang. Thea selesa di sini.

Tuan David menceritakan semua perkara tentang kehidupan dia kepada Thea. Akan tetapi Tuan David tidak menceritakan hubungan dia dan Benjamin. Memandangkan Keadaan Benjamin masih belum stabil. Tuan David tidak mahu Thea sedih bila mendengar khabar tentang Benjamin.

Thea agak terkejut. Bila mengetahui ayahnya seorang Mafia. Namun difikiran langsung tak terlintas untuk bertanyakan tentang Benjamin.

Setelah berminggu. Kesihatan Benjamin kian pulih. Dia tidak boleh banyak bergerak. Tapi Benjamin dah boleh bercakap.

Kevin duduk atas kerusi bersebelah katil Benjamin. Manakala Nelly pulang ke rumah.

"Kau tak nak bagitau dia ke?" Benjamin hanya diam.

"Kalau tak nak bagitahu keadaan kau sekarang. Sekurang-kurangnya whatsapp bagitahu la dia yang kau ok dekat sini. Jangan buat orang tertunggu lama. Nanti kau merana." Nasihat kevin pada Benjamin.

Benjamin ada alasan tersendiri mengapa dia tidak mahu Thea tahu keadaan dia begini. Dia yakin yang Thea takkan mencari penggantinya. Dia tidak mahu Thea sedih melihat keadaan dia sekarang. Badan Benjamin pun sudah semakin susut. Hati meronta ingin melihat Thea namun dia tidak mahu melayan perasaan rindu tersebut. Biar dia pendam buat seketika.

MAFIA ???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience