Bab 7

Romance Series 4174

Thea mengeliat malas. Tubuhnya terasa segar hari ini berbanding semalam. Hari ini dia rasa lebih sihat. Hmm mana tak sihat, semalam bukan main sedap tidur peluk Benjamin.

"Morning. Aku dah siapkan breakfast. Aku ingat kau tidur lagi. Hari ini macam mana demam lagi?" Benjamin menyentuh dahi Thea. "Hmm dah tak demam dah." kata Benjamin.

"Saya ingat awak dah pergi kerja." Thea butangkan baju kemeja Benjamin. Benjamin terkesima. Benjamin melihat wajah Thea. Benjamin memakai kot.

"Handsome nya. Anak siapa ni?" puji Thea.

"Engkau puji ka keji aku ni?"

"Puji la. Hisy awak ni. Dah dua kali saya tengok awak handsome. First masa awak balik meeting pastu singgah rumah saya makan meggi."

"Habis hari lain aku tak handsome la"

"Handsome tapi sikit ja."

"Yang lagi sikit pergi mana?"

"Yang sikit tu time awak pakai kot."

"Lepas ni aku nak kena jumpa kau kena pakai kot la." Thea ketawa.

"Hisy awak ni. Cakap banyak awak hari ni. Dah pergi kerja cepat nanti lambat." Benjamin memeluk Thea sambil berbisik.

"Aku pergi dulu. Jangan lupa makan. Nanti kita jumpa lagi ok." Thea terkejut dengan tindakkan Benjamin. Benjamin keluar meninggalkan Thea tanpa sempat Thea membalas. Wajah Thea berona merah. Thea menampar pipinya. Sakit. Thea mencapai tuala mandi. Sepanjang hari Thea tersenyum.

"Kenapa tak cakap nak balik?" Thea duduk di sebelah Noah.

"Saya whatsapp awak. Jarang awak reply. Macam mana saya nak bagitau." Mereka duduk di rooftop.

"Sorry la kebelakangan ni saya busy sikit. Awak cuti berapa hari?" Thea meneguk air tin berkarbonat.

"Dalam tiga hari. Saya balik ni pun semata-mata nak jumpa awak." Thea tersenyum.

"Terima kasih sebab masih ingatkan saya."

"Tak ada satu hari pun saya lupakan awak." Thea hanya diam. Entah mengapa dia berasa kekok bersama Noah. Mungkin mereka jarang bertemu.

"Saya dah ada kawan baru." kata Thea.

"Siapa?"

"Benjamin."

"Dah lama awak kenal dia?"

"Sebelum nenek meninggal."

"Awak tak bagitau saya pun." terbit rasa cemburu dihati Noah.

"Panjang ceritanya. Kebetulan ja. Saya tak sangka lepas nenek meninggal dia datang cari saya."
Noah hanya diam.

"Rajin kau masak."Tegur Benjamin. "Nak aku tolong tak?"

"Tak apa. Awak duduk je dekat situ. Lagipun dah nak masak ni." Lonceng rumah berbunyi. Thea baru ingin melangkah. Tetapi Benjamin menghalang.

"Biar aku yang bukak." Noah tercegat di depan pintu. Senyuman Noah mati melihat Benjamin.

"Noah ke? Suruh dia masuk." jerit Thea.

Noah melangkah masuk tanpa menegur Benjamin. Benjamin tersenyum sinis.

"Eh duduk la." kata Thea kepada Noah.

"Awak tak cakap pun awak ada tetamu." Noah membantu Thea menghidangkan makanan. Benjamin memandang tingkah laku Noah.

"Awak ini la Noah. Noah ni la Benjamin yang saya ceritakan hari tu." Noah hanya mengangguk.

"Jom makan." Mereka menjamah makanan tengah hari bersana. Benjamin hanya makan sedikit. Benjamin juga tidak banyak bicara. Hanya mendengar perbualan antara mereka berdua.

Benjamin pulang lebih awal dari Noah. Entah mengapa hati terasa sakit melihat Thea dengan Noah begitu mesra. Cemburu? Ah tak mungkin. Dia dan Thea hanya berkawan tak lebih dari itu.

Selama tiga bulan Benjamin mengabaikan whatsapp serta panggilan dari Thea. Lama betul Benjamin merajuk, gara-gara Noah. Walaupun menolak keras bahawa dia tidak mempunyai perasaan terhadap Thea.

MAFIA

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience