Bab 2

Romance Series 4174

"Aku dah cakap dengan korang semalam. Tunggu dekat dalam. Apasal yang pandai-pandai masuk dalam!Bodoh!" tempik Kevin kepada anak buahnya. "Aku tak peduli. Aku nak korang bawak dia jumpa aku hari juga. Faham tak!" Jerkah Kevin. Masing-masing mengangguk faham kemudian beredar dari ofis Kevin.

"Benak betul budak-budak ni. Lain yang aku suruh lain dia orang buat." Kevin menghampas punggung di sofa kulit.

"Tak jumpa lagi si Jennifer tu?" Benjamin gelak.

"Tak kelakar la Ben. Perempuan tu memang licik. Tak guna betul. Dapat dekat aku mampus aku kerjakan. Dasar perempuan sundal."

"Mafia pun boleh kena tipu dengan perempuan." Benjamin ketawa sinis.

"Engkau tu tak ada perasaan. Kau tak tahu macam rasa jatuh cinta. Aku memang sayang gila dekat dia. Dia lain pada perempuan lain. Tak sangka aku kena scam dia. Banyak duit aku habis dekat dia. Memang jalang betina tu. Kau tengok la nasib dia. Bila aku dapat dia." Kevin mengempal penumbuknya.

Thea baru pulang dari tempat kerja. Hari ini dia gaji. Thea tersenyum kerana dapat membeli makanan kesukaanya. Tak sabar rasanya nak kongsi dengan nenek.Tanpa sedar ada orang mengekorinya. Dengan pantas beg sandang ditarik.

"Tolong pencuri!" jerit Thea. Kebetulan Benjamin sedang berjalan di kawasan itu.Thea mendapatkan Benjamin."Encik tolong saya. Dia ambik beg saya." Dengan pantas Benjamin mengejar peragut itu.

Baju peragut itu ditarik Benjamin. Tanpa banyak soal, Benjamin menumbuk peragut itu berulang kali. Peragut itu hanya kurus jika nak dibandingkan dengan Benjamin yang berbadan sasa. Benjamin mengambil beg. Dia tinggalkan peragut itu dalam keadaan pengsan.

Thea menangis. "Nah." Thea terdiam melihat begnya.

"Terima kasih encik." kata Thea.

"Lain kali jangan lalu kawasan lorong sempit macam ni. Bahaya. Sini ramai orang jahat." Thea hanya mengangguk faham.

"Terima kasih encik. Kalau encik tak tolong saya tadi. Saya dah tak tahu nak buat macam mana." Thea memandang tangan Benjamin.

"Tangan encik luka tu. Saya letak ubat ya."Thea terus menarik lengan sasa Benjamin. Benjamin hanya menturuti langkah Thea. Dia bagaikan dipukau oleh wanita itu.

Thea membawa Benjamin ke rooftop. Thea membawa kotak kecemasan. Thea mencuci luka Benjamin. Angin malam membuatkan rambut Thea beralun. Benjamin curi pandang Thea.

"Siapa nama kau?" tanya Benjamin.

"Thea. Awak?"

"Benjamin."

"Sedap nama. Kena dengan orang. Banyak tato eh? Macam mafia." Benjamin pandang Thea. "Sorry kalau percakapan saya tadi buat awak terasa."

"Kau tinggal sini?" Thea hanya mengangguk. Thea sudah selesai membalut luka Benjamin.

"Ya, saya tinggal. Terima kasih tau sebab tolong saya tadi. Saya tak tahu nak balas jasa awak macam mana."

"Banyak betul terima kasih kau. Kebetulan ja aku lalu situ. Ini kau dah balut luka aku kira dah terbalas jasa kau pada aku." Padahal dia baru pulang dari sebuah kelab berhampiran. Sebelum dia memukul peragut tadi, Benjamin bergaduh di kelab itu. Kerana itulah tangan dia luka.

"Aku gerak dulu. Kawan aku dah tunggu dekat bawah."

Benjamin tersenyum sendirian. Entah mengapa dia rasa ingin lagi bertemu wanita itu.Kevin memandang Benjamin. "Kau pehal senyum sorang-sorang?"

Benjamin terserentak. Rupanya Benjamin teringat saat perkenalan dia dengan Thea. Entah mengapa fikiran dia terganggu oleh wanita yang bernama Thea. Adakah dia sudah jatuh cinta. Ah tak mungkin.

"Dua minggu aku ada dekat luar negeri. Apa-apa hal rojer. Aku gerak dulu." Belum sempat Kevin membalas apa-apa, laju Benjamin keluar dari pejabatnya.

"Dua minggu ni kita stay sini dulu. Enam kelab yang belum settel payment. Aku nak korang kutip sampai dapat sebelum kita balik. Apa-apa korang contact aku. Jangan datang jumpa aku. Kecuali aku yang minta korang datang. Faham?" kata Benjamin dengan tegas kepada anak buahnya.

"Faham." jawab lapan orang anak buah Benjamin yang berada dihadapannya.

Cinta?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience