Bab 4

Romance Series 4174

"Jangan ada tinggal kesan." Anak buah Benjamin membungkus mayat. Membunuh menjadi rutin harian mereka. Prinsip Benjamin tali barut tak layak hidup wajib dibunuh. Benjamin menghisap rokok. Telefon Benjamin berdering. Nama Thea tertera.

"Hello."

"Kau nak apa?"

"Maaf la kalau saya ganggu."

"Tak ganggu. Kenapa?"

"Awak kerja ke?"

"Boleh tak kau straight to the point? Banyak coner la kau ni."

"Jangan la marah."

"Tak. Aku tak marah. Kau nak apa? Ada masalah?"

"Tak ada. Saya nak ajak awak datang rumah malam ni. Makan malam. Saya masak."

"Berani kau ajak aku datang rumah kau. Kau tak takut? Aku tak free hari ni."

"Ok tak apa la." terus Thea mematikan panggilan. Benjamin terkedu. Macam tu je letak.

"Asal yang tergesa-gesa sangat ni? Macam ada bini dekat rumah." tegur Stephen. Mereka baru selesai menghadiri perjumpaan ahli mafia.

"Entah kau ni. Dekat dalam ramai perempuan. Tinggal pilih je yang mana kau nak." kata teman Benjamin.

"Dia mana ada perasaan dekat perempuan." tambah Kevin. Mereka ketawa beramai-ramai seolah mempermainkan Benjamin. Benjamin buat tak tahu sahaja.

Benjamin menekan loceng rumah Thea. Sudah pukul sebelas malam. Sekali lagi Benjamin menekan loceng. Pintu rumah terbuka. Thea menggosok mata.

"Awak? Cakap tak free. Kenapa datang?" Thea memandang Benjamin. Handsome Benjamin malam ini. Berbaju kot. Rambut rapi. Wangi. Selalu jumpa macam serabai sikit.

"Aku tahu aku handsome. Tak payah tenung aku macam tu. Ni memang nak ajak borak depan pintu? Tak nak jemput aku masuk?" Datang nak modal nak marah je.

"Hmm masuk la."

Mug berisi air coklat panas diletak atas meja. Mata Benjamin sempat memandang isi ruang tamu.

"Orang kerja siang. Awak kerja malam. Baru habis meeting?" Benjamin hanya menangguk.

"Barang dapur saya dah habis. Tinggi meggi ja.Dah awak cakap tak boleh datang. Saya tak beli barang dapur."

"Habis kau dah makan belum?"

"Dah. Saya beli bungkus. Ingat besok baru nak beli barang dapur. Besok saya cuti. Awak dah makan belum?"

"Belum." bohong Benjamin. Walhal tadi dia sempat jamah makanan.

" Lah.Saya masakkan meggi kejap. Tapi meggi je kosong je la. Awak tunggu kejap." Benjamin membuka kot.

Benjamin mencuri memandang Thea. Benjamin tersenyum.Nampak comel.

"Jom makan."

"Kenapa kau ajak aku datang rumah kau?"

"Saja. Saya tak ada kawan. Saya cuma ada awak dengan Noah je. Tapi Noah dah kerja dekat luar negeri. Saya tak ada teman nak bercakap."

"Noah tu boyfriend kau?" Thea menggeleng kepala.

"Tak. Kita orang kawan dari zaman sekolah lagi."

"Kau suka dia?"

"Suka tapi suka sebagai seorang kawan."

"Dengan Noah pun kau selalu ajak dia datang rumah?"

"Tak. Kita orang selalu lepak dekat atas."

"Habis kenapa kau tak ajak aku lepak makan dekat atas?" Benjamin segaja menguji Thea. Tapi Thea jenis lurus. Tak pandai bersangka buruk pada orang.

"Awak tak suka makan dekat sini? Takut girlfriend marah makan dekat rumah perempuan ka? Boleh je kalau nak naik atas."

"Tak. Aku mana ada girlfriend. Aku tanya ja. Kau baru kenal aku. Kau tak tahu lagi perangai aku macam mana. Buatnya aku buat jahat dekat kau macam mana?" Thea tersenyum.

"Firasat saya kuat mengatakan awak takkan buat bukan-bukan pada saya. Nenek pernah cakap yang bertato, muka nampak ganas-ganas ni tak semua jahat. Ayah saya pun ada ciri-ciri fizikal macam awak. Ini berdasarkan nenek saya cerita. Saya tak pernah jumpa ayah."

"Ayah kau pergi mana?"

"Ibu cakap ayah pergi demi keselamatan kami semua. Saya pun tak tahu ayah kemana. Saya harap ayah masih hidup. Saya nak jumpa dia." Thea tersenyum pahit.

"Aku nak balik. Besok kita jumpa lagi." Thea menahan Benjamin dari pulang.

"Awak tidur sini ja la. Lagipun dah malam. Awak nak tidur dalam bilik atau luar?"

"Tak apa. Lagipun badan aku melekit. Aku nak kena balik mandi."

"Baju ayah ada. Rasa muat."

"Kau simpan pakaian ayah kau?Walaupun kau tak pernah jumpa diam?

"Ibu yang simpan. Pakaian ayah saya ja la yang mampu saya tengok. Nak tengok ayah tak tau nak tengok dekat mana. Kalau rindu pandang itu ja la. Kejap saya ambik."

Selesai mandi Benjamin memakai pakaian ayah Thea. Muat. Thea menunggu Benjamin di ruang tamu.

"Ha kan saya dah cakap. Muat. Awak nak tidur mana? Luar dalam?' rumahnya memiliki dua bilik. Satu bilik Thea dan lagi satu bilik nenek.

"Aku tidur luar ja la."

"Awak tidur ja la dalam bilik."

"Hmm baik.tak payah tanya."

"Awak cakap apa?"

"Tak ada apa. Ok la aku nak tidur. Bye. Goodnight.'

"Goodnight. Sweet dreams."

kisah cinta mula berputik

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience