Benjamin masuk ofis hari ini. Kevin tersenyum melihat Benjamin sudah sihat seperti sedia kala.
"Lama kita tak jumpa." Kevin memeluk tubuh Benjamin.
"Kau pun dah lama tak datang melawat aku dekat sana." Mereka duduk di sofa.
"Aku busy sikit. Kau dah jumpa buah hati? Kau tak nak kenalkan aku dengan dia?" Benjamin buat muka. Kevin ketawa.
"Nak bawa jumpa kau nak buat apa. Kau jangan macam-macam Kevin. Jangan buat persahabatan kita putus sebab perempuan." Benjamin mengepal penumbuknya, acah Benjamin sahaja.
"Ok la cancel tak jadi kenal." mereka sama-sama ketawa.
"Hai morning." tegur Nelly. Kevin pandang wajah Benjamin. Benjamin menghadiahkan senyuman untuk Nelly. Layan Benjamin pada Nelly agak berbeza dari sekarang. Dia terhutang budi pada Nelly kerana menjaga dia ketika di hospital.
"i ganggu korang ke?" tanya Nelly. Nelly duduk di sebelah Benjamin.
"Benjamin boleh tak i nak mintak you teman i pergi shopping. i janji tak lama."
"Hmm kau percaya dengan minah ni. Silap-silap sampai ke malam tak habis shopping." usik Kevin. Nelly menjeling.
"Lepas lunch boleh. i ada kerja sikit."
"Ok. Nanti i datang balik." Kevin menggeleng kepala melihat sikap adiknya.
Thea mengambil cuti hari ini. Noah datang menjemputnya. Kata Noah mereka sudah lama tak bertemu. Thea setuju. Cuti-cuti duduk rumah pun bosan. Lagi pula Benjamin sudah mula bekerja. Tiap malam Benjamin akan pulang ke rumah Thea.
"Awak nak makan apa, order je. Saya belanja." tanya Noah kepada Thea. Noah membawa Thea ke restoran Francis. Thea melihat buku menu. Setelah pesan makanan. Mereka berborak maklum lah sudah lama tidak bertemu.
Selesai makan Noah mengajak Thea jalan-jalan ke dalam mall. Noah ingin belanja Thea membeli pakaian tapi Thea menolak dengan baik. Benjamin baru sahaja belikan baju baru untuk Thea.
Sambil mereka berdua berjalan. Thea memandang sosok tubuh yang sangat Thea kenali. Benjamin bersama seorang wanita tinggi lampai persis model. Mereka agak mesra. Perasaan Thea bercampur-baur.
Noah perasaan perubahan Thea. Tapi Noah tak tahu yang Thea nampak Benjamin. Kebetulan masa Thea tengok Benjamin. Noah ke tandas.
"Awak ok tak ni?" Risau melihat perubahan Thea.
"Pening sikit. Ramai orang kot. Boleh tak kita keluar dari sini." Hari ini hari minggu jadi biasa kalau ramai orang.
Setelah pulang ke rumah. Thea duduk sofa. Hatinya sakit bila ingat kembali tentang tadi. Benjamin curang dengan dia. Sampai hati Benjamin buat dia begini. Thea menangis seorang diri. Akhirnya Thea terlelap dalam tangisan.
Thea terjaga dari tidur. Thea memandang jam. Sudah pukul tiga pagi. Lama betul Thea tidur. Thea bukak pintu bilik Benjamin. Benjamin tiada dalam bilik termasuk dalam bilik dia. Thea mencapai telefon. Ada kiriman whatsapp dari Noah dan Benjamin. Whatsapp Benjamin dibukak terlebih dahulu.
Aku tak balik malam ni. Jangan tunggu aku. Mungkin seminggu aku tak balik. Ada kerja aku kena settle dulu. i love you. Bye.
Dia mula memikirkan perkara yang tak elok. Jangan-jangan Benjamin bersama perempuan tu malan ni. Thea merasa jijik dengan perkataan i love you dari Benjamin. Bergenang air mata Thea. Jauh betul Thea berfikir tentang Benjamin.
????? Mafia ???????
Share this novel