Tiga Tahun Kemudian.
Thea mengemas kedai. Sebentar lagi kedai akan tutup. Hari ini dia pulang agak lewat kerana stok baru sampai. Selesai menutup kedai. Thea berjalan pulang. Sempat dia membeli makanan untuk makan malam.
Kereta yang diberikan oleh Benjamin jarang dia guna. Dia lebih suka berjalan kaki. Lagipun dia hanya pergi kerja dan ke pasar raya untuk membeli barangan dapur. Jarak rumah dari tempat kerjanya tidak lah jauh mana.
Thea terasa langkahnya seperti di ekori. Jantung Thea berdegup kencang bila teringatkan peristiwa lalu. Thea melintas jalan tanpa menoleh kiri dan kanan. Hampir saja dia dilanggar oleh lori namun tanganya sempat ditarik oleh seseorang. Pemandu itu menekan hon yang agak panjang. Jantung berdegup laju dan nafasnya turun naik. Thea memandang wajah orang yang menarik tangan dia. Mata mereka bertaut.
"Lain kali nak lintas tengok dulu kiri kanan. Jangan main jalan je. Kau ingat nyawa tu ada jual dekat super market. Boleh ganti baru." bebel Benjamin.
Thea jadi kaku melihat Benjamin berdiri dihadapan dia. Benjamin memicit hidung Thea. Thea tidak bermimpi. Thea terus memeluk Benjamin. Dia terlalu rindu Benjamin. Thea hilang suara.
"Kita balik rumah. Takkan nak peluk dekat sini sampai besok pagi." Thea melepaskan pelukkan. Benjamin pimpin tangan Thea sampai ke rumah.
Thea mengambil kunci rumah. Thea ingin membuka kunci pintu rumah tapi terjatuh. Benjamin menunduk mengambil kuncil tersebut. Benjamin membuka pintu rumah. Mata Thea terus memandang Benjamin. Thea menyuruh Benjamin masuk terlebih dahulu.
Thea meletakkan makanan yang dibeli. Manakala Benjamin duduk atas sofa menghadap ke arah dapur. Mata Benjamin memandang tingkah laku Thea. Thea ingin mengambil sudu di dalam bekas. Entah macam mana dia tarik sudu , bekas sudu terbalik. Habis sudu jatuh Berselerak. Thea ingin mengutip sudu entah bagaiman tangannya terkena mug. Mug itu jatuh dan pecah.
"Jangan kutip. Berdiri situ. Aku bersihkan." Thea hanya melihat Benjamin mengutip sudu. Kemudian dia mengambil penyapu untuk sapu kaca. Mata Thea mula berair, dia tersebak bila melihat Benjamin. Benjamin terdengar tangisan kecil Thea. Benjamin membuang kaca di dalam tong sampah.
Benjamin berdiri dihadapan Thea, begitu dekat.
"Hati-hati boleh tak? Ada luka tak." kata Benjamin dengan lembut sambil membelek tangan Thea. Thea menggeleng. Tangisan Thea makin kuat.
Thea memukul dada sasa Benjamin. "Awak jahat. Awak tau tak saya sorang-sorang dekat sini macam orang gila. Tiga tahun tanpa awak macam-macam saya hadap tanpa awak. Saya betul-betul rindukan awak." Thea berkata sambil menangis teresak-esak. "Awak tak contact saya langsung. Saya risaukan awak. Saya tak tahu mana nak cari awak. Awak jahat."
Benjamin memeluk Thea. "Aku mintak maaf sebab buat kau tunggu lama, buat kau risau.Aku pun rindu kau juga. Aku janji lepas ni aku tak kan tinggal kau. Aku mintak maaf." Dahi Thea dicium.Benjamin membelai rambut panjang Thea.
"Sampai bila kau nak tenung aku? Dah macam juon aku tengok." Benjamin menjentik dahi Thea dengan lembut. Mata Thea tak berkedip memandang Benjamin. Ini kalau tengah malam, terjaga dari tidur mesti ingat Thea kena sampuk.
"Sampai awak tertidur. Nanti kalau tak, awak hilang lagi." Benjamin ketawa sambil berkata
"Aku tak hilang mana, ada ja ni hah depan muka kau." Benjamin mendekatkan wajah pada wajah Thea. Bibir Thea dicium.
"Awak rindu saya tak?" tanya Thea.
"Tadi aku rasa aku dah cakap rindu. Rindu sangat-sangat. Kalau tak rindu. Aku tak balik sini. Kau orang pertama aku cari masa sampai tadi. Puas hati dah?" Thea baru nak tanya Benjamin. Tapi Benjamin memotong ayat Thea.
"Kita sembang besok ok. Aku penat dan mengantuk ni.Kita tidur ya." Benjamin menarik Thea rapat dengan tubuhnya. Seluruh wajah Thea, Benjamin cium. Mereka lena dibuai mimpi indah.
Share this novel