Adelia melihat keluar jendela. Hujan baru saja reda, meninggalkan sensasi dingin dan selesa. Sudah berapa lama dia di kota London? Mungkin 5-6 bulan. Bermula dengan hanya membawa diri akhirnya dia memilih untuk menetap di London. Begini lebih baik.
Sepanjang tempoh itu, tiada satu panggilan daripada Ren. Lelaki itu memilih untuk menikahi Catherine dan meninggalkan Adelia. Pembetulan, Adelia yang memilih untuk pergi tapi tetap saja lelaki itu yang berhenti berjuang untuknya. Adelia memutuskan hubungan dengan semua kecuali Amelia. Sepatutnya dari awal lagi Adelia berada disini, belajar disini, menetap disini tapi keputusan bodoh yang diambil hanya kerana seorang lelaki. Yang lebih mengecewakan, Adelia sentiasa menunggu lelaki itu datang.
Mujur ada Abang Miki, sepupu Adelia yang menetap di London. Permintaan Mama untuk Mikhail menjaga Adelia sepanjang dia disana telah dipenuhi oleh anak saudaranya itu. Anak sulung Mama long itu bermastautin di London dan tinggal bersama isterinya, Valerie seorang penduduk tempatan.
“Promise me that you will be okay.”
Adelia mengangguk. Tangannya melipat baju-baju yang bergelimpangan diatas katil. Bagasi yang berukuran 28 inci itu cukup buatnya, tunggu sampai di London dia akan menggantikan dengan pakaian baru.
“Nanti Abang Miki ambil Adelia dekat airport. Apa-apa tolong bagitau Mama ya sayang.”
Adelia tidak merespon. Hatinya jadi sendu untuk meninggalkan negara ini. Mungkin ini yang terbaik untuk merawat hatinya yang diluka.
“Adelia” Lembut suara Daddy menyapa Adelia. Gadis itu menghentikan aktivitinya, menoleh kearah sosok Daddy yang berdiri dihadapan pintu biliknya. Adelia memaksakan senyum.
“Seri, bagi I bercakap dengan Adelia sekejap.” Seri menelan air liur. Mahu tak mahu dia mengikut saja arahan suaminya. Seri lantas bangkit dan meninggalkan ruangan itu untuk mereka berdua.
“Sudah fikir masak-masak?” Adelia mengangguk. Daddy kemudiaanya melabuhkan punggung pada kerusi kerja milik Adelia. Adelia kurang berkomunikasi dengan Daddy, lelaki itu terlalu sibuk tapi dia sentiasa ada buat Adelia. Cuma hal Ren membuatkan Adelia terus merasa bersalah terhadap Daddy.
“Daddy tidak mahu menghalang. Dulu pun Adelia berubah fikiran, Daddy ikut saja.”
“Daddy cuma mahu Adelia tahu, tidak semua bicara kita harus dituruti. Kadangkala menyerah itu lebih mudah.” Adelia tidak langsung membalas. Tidak faham bahasa kriptik yang digunakan oleh lelaki tua itu. Bicaranya selalu begitu, terlalu sulit untuk difahami. Mungkin faktor usia.
“Kamu tetap satu-satunya puteri Daddy. Itu tidak akan berubah.” Adelia menelan air liur. Tidak suka arah bicara Daddy. Adelia menoleh kearah ayah tirinya. Daddy hanya tersenyum manis.
“Ya sudah. Jaga makan, jaga dirinya. Daddy sudah tua, hanya mahu anak-anak bahagia.”
Mata Adelia berkaca. Lelaki ini yang telah membesarkannya. Jika bukan kerana Daddy, sudah pasti dia dan Mama entah kemana sekarang. Adelia mendekati Daddy saat lelaki itu bangkit dari duduknya. Adelia menyalami tangan tua itu, tanpa sedar air matanya jatuh.
“Ada banyak hal yang kamu tidak perlu tahu. Tidak harus pedulikan soal itu. Yang penting adalah sekarang. Jangan sia-siakan hidupmu.”.
Adelia mengukirkan senyuman. Kata-kata Daddy seakan menyuntik semangat buatnya. Benar, dia tidak harus mempedulikan hal yang tidak mampu dia ubah. Jalan terus Adelia, lebih banyak hal yang belum kau nampak.
Mikhail mengintip keluar jendela seperti Adelia. Mencari apa yang dipandang gadis itu. Aneh, dipanggil tidak direspon. Terpaksa Mikhail menuntut Adelia sampai kedalam bilik.
“Apa yang kau tengok?” Adelia tersentak, mengelus dadanya. Terkejut dengan suara dalam yang menyapanya. Masa bila Mikhail masuk kedalam biliknya dia sendiri tidak perasan.
“Terkejut lah. Masa bila abang masuk?”
“Ni baru je masuk. Abang dah panggil kau dekat sejuta kali.” Mikhail memutarkan bola mata lalu bergerak menuju keluar semula. “Jom lah, Kak V kau dah siap masak.” Adelia bangkit lalu membuntuti Mikhail keluar ke ruang makan. Adelia tersenyum melihat Valerie yang sedang menyiapkan meja makan buat mereka. Adelia bergerak menuju kedapur, membantu membawa piring kedepan.
“Ibu call tadi. Dia tanya kau sihat ke tak.” Beritahu Mikhail. Panggilan Ibu khas buat Seri. Kenapa ibu, Adelia juga tidak tahu.
“Abang cakap apa?”
“Aku cakap kau seronok mengelamun sampai taknak keluar bilik.” Sindir Mikhail. Valerie yang faham isi bicara Mikhail hanya tergelak kecil. Adelia mencebik. Mulut abang sepupunya sebijik macam mulut itik. Adelia mengeluarkan gelas lalu menuang air buat mereka bertiga.
“Takde lah. Abang cakap kau okay je. Abang bagitau Ibu yang kau dah nak pindah masuk rumah sewa minggu depan.” Sambung Mikhail. Dia mencedok pasta kedalam pinggan, senyuman dihadiahkan kepada si isteri sebagai tanda terima kasih.
Adelia menggaru kepala. Tidak mahu bicara soal Mama sekarang. Mikhail sendiri cukup tidak faham Adelia memilih untuk menyekat semua hubungan termasuk ibunya sendiri.
“Abang macam tak berapa faham sebab musabab korang gaduh. Sampai kena block Ibu dengan Uncle.”
“Takde gaduh pun.”
“Dah tu?”
Adelia menghentikan suapan. Sebal dengan soalan Mikhail.
“Kau duduk dengan Abang, kau jadi tanggungjawab Abang.”
“Ya, minggu depan Adel keluar.”
“Adel…”
“Miki, enough.” Valeri mencelah. Mikhail kelihatan tegang tapi memilih untuk berdiam. Mungkin dia sudah terlanjur berkata-kata. Adelia merengus lalu kembali menyuap makan. Suasana di meja makan itu bertukar dingin.
“Adel, let’s go out after this.”
Adelia tersenyum mendengar ajakan Valerie. Hatinya mula melembut. Apa yang Mikhail cakapkan itu benar tapi belum masanya lagi hatinya melupakan segalanya. Mikhail mula sedikit melunak. Mungkin 5 bulan belum mampu membuat hati Adelia berdamai dengan keadaan. Adelia perlukan sedikit masa saja lagi. Seketika wajah Ren menyapa mindanya, dengan cepat dia menyingkirkan fikiran itu. Lagi lama difikir, bisa saja air matanya menitik disini.
“Hi,”
Adelia menoleh kearah suara yang menyapanya. Betul-betul disebelahnya. Dia memandang lelaki itu, tersengih-sengih. Sungguh menjengkelkan.
“Hi.” Balas Adelia malas. Dia cepat-cepat membersihkan meja belajarnya lalu meletakkan semua buku kedalam bag.
“Sven.”
Adelia menjeling. Tidak kuasa untuk berkenalan. Dia lantas bangkit lalu berjalan keluar dengan laju, meninggalkan lelaki asing itu dibelakang. Sebulan Adelia disini, dia tidak membuat kawan. Lebih selesa untuk terus keluar dan kembali ke rumah sewanya yang terletak tidak jauh dari institut yang Adelia tuntuti.
“I think you left something.” Lelaki itu berteriak. Adelia menghentikan langkah. Dia membalik badan melihat lelaki itu sudah pun berada didekatnya. Adelia tidak sedar lelaki itu mengekorinya sampai keluar. Adelia melihatkan wajah bingung.
“You left this.” Sven menghulurkan sebuah buku nota kepada Adelia. Dengan cepat Adelia mengambilnya lalu mengucapkan terima kasih. Dia memeluk buku itu erat didadanya dan berjalan pergi.
“I don’t accept a thank you. How about a treat?” Adelia sedikit menjerit melihat Sven yang tiba-tiba menghalang laluannya. Laju sekali lelaki itu berlari. Adelia merengus.
“What do you want? Leave me alone.” Adelia kembali berjalan meninggalkan lelaki bermata biru itu.
“Oh, come on, Adelia.”
“How do you know my name?”
“You are not that bright, aren’t you?” Sven ketawa kecil. Bertambah sebal Adelia jadinya. Too annoying for a pretty face.
“I’m sorry. We’re classmate and it’s not hard to remember pretty girls.” Sven tersengih mengejek.
“Fine, one treat in exchange to stop bothering me.”
“What if you changed your mind?”
“About what?”
“After one treat and you don’t mind me to be around.”
“I don’t think so.”
Sven ketawa terbahak-bahak. Comel sekali gadis didepannya ini.
“Okay fine. We’ll see. See you tomorrow.” Sven mengenyitkan mata menggoda lalu berjalan pergi meninggalkan Adelia yang terpinga-pinga.
Adelia meneliti lelaki berambut perang dihadapannya itu, asyik menyedut susu kocak dengan pandangan yang berbinar-binar. Sesaat lelaki itu mengerling kepada Adelia lalu tersenyum, sesaat kemudian dia kembali menyedut minuman. Lelaki ini lucu. Sengihan Adelia muncul tanpa sengaja, hatinya menghangat.
He feels like a genuinely good guy.
“I love this place.” Sven menebarkan pandangannya keserata kafe. Adelia mengekori mata lelaki itu, turut memerhatikan sekeliling mereka. Menarik, kafe ini terlihat nyaman dengan hiasan minimal. Beberapa pelanggan duduk menikmati kopi. Adelia dan Sven memilih Susu kocak berperisa coklat, minuman keanak-anakkan.
Sven mengangkat tangan kearah salah satu pelayan didepannya, sepertinya mahu memesan sesuatu.
“Can I get water?” Pinta Sven. Pelayan itu mengangguk lalu meninggalkan meja.
“Too sweet.” Sven mengernyit. Adelia ketawa kecil.
“Then why you order that?”
“I was following you.”
Adelia ketawa mengejek. Lelaki ini sungguh aneh.
“I hope I didn't come off too strong.”
“You already did.”
Sven pula tertawa. Adelia nampak seperti membangunkan dinding disekelilingnya. She doesn’t loosen up for a bit. Pelayan datang meletakkan segelas air dihadapan mereka, Sven mengucapkan terima kasih sebelum pelayan itu meninggalkan mereka sekali lagi.
“So…”
“So?”
“Do you like poetry?”
Adelia mengerut dahi. Soalan itu kedengaran agak rawak. Tiada soalan klasik seperti what did you do, why you come here, where are you from. Straight to do you like poetry?
“I have seen some of your work.” Sambung Sven menjawab riak muka Adelia.
“How?”
“The not.”
Mata Adelia membulat. Terkejut dengan pengakuan yang dibuat.
“I’m sorry about it. I know I shouldn’t open it but seriously, you are a god’s gift. All of them well written.”
“Oh…” Pipi Adelia memerah mendengar pujian itu. Dia yang sepatutnya marah malah menjadi segan.
“To be fair and square…” Sven membalikkan badan lalu menyelongkar bag yang dibawanya. Dia mengeluarkan satu buku nota lalu diserahkan kepada Adelia. Adelia menyambut buku nota berwarna biru itu, sesaat dia memandang Sven untuk meminta izin membukanya, Sven hanya tersenyum.
Helaian demi helaian diselak menguntumkan senyuman dibibir Adelia. Itu bukan buku nota tapi pad lukisan. Beberapa coretan seorang gadis yang sedang menulis, rambutnya mengurai menutup wajahnya. Cantik. Satu coretan lagi memperlihtkan gadis itu sedang duduk termenung. Hati Adelia tersentuh. Itu dia.
“I’m sorry, I don’t have money. I can’t pay you.” Seloroh Sven. Adelia hanya tersenyum manis.
“But I will treat you more than once.”
Adelia mengangguk.
“I would love that.”
Share this novel