Kisah XIII

Humor Series 7936

♥

Cynthia membuka matanya sebaik saja cahaya matahari menyinari terus ke bilik. Dia terlupa menarik tirai malam tadi kerana marah dihantuk dahi oleh ayahnya. Sambil mengosong matanya, dia mengejutkan Lucinda. Pasangan tersebut tidur sekatil yang besar. Mereka dikelilingi banyak patung beruang beraneka warna serta saiz.

"Luce..." Bahu Lucinda digoncang perlahan. Tiada jawapannya. Diambil satu patung beruang hitam, lalu dihantukkan pada kepala Lucinda. "Bangunlah..."

"Ya...ya..." Terpisat-pisat gadis itu menjawab. Mana tidaknya, mereka tidur lambat semalam. "Pukul berapa..."

Mata Cynthia melirik pada jam digital di meja pada sebelah katilnya. Tertera angkanya; 08:45. "Pukul...pukul...pu-" (Matanya masih lagi bersalut dengan tahi matanya.

"Tak sekolah ke?" Suara Lucinda sambil menguap besar.

"Mana ada sekolah..." Lucinda merebahkan dirinya. Sebuah anak patung beruang berwarna putih dipeluknya. "Hari ni kan hujung minggu..." Matanya dipejamkan.

"Sambung tidur..." Lucinda juga terus baring menyambung alam peraduannya. Dipeluknya beruang yang 'memukul' muukanya tadi.

Pasangan itu lupa. Hari ini merupakan hari yang penting buat mereka. Kerana percayakan cerita Billion, mereka bersengkang mata untuk berjumpa dengan ayah walaupun tahu si ayah sentiasa pulang pada lewat malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience