Kisah XVI

Humor Series 7936

♥

Mata pasangan itu tekun saja perhatikan Felton menjalankan tugasnya. Tamat saja menonton rancangan memasak, Felton terus menuju ke dapur untuk membuat tart coklat. Jadi benarlah Zachary ada menyuruhnya membuat.

"Kenapa ya, ayah tiba-tiba suruh Felton buat tart coklat?" Bisik Lucinda.

Cynthia berdiam diri untuk sementara waktu. Barangkali cuba untuk membuat andaiannya. "Entahlah. Kau tahukan ayah suka tart..."

"Tu aku tahu..." Lekas Lucinda menjawab. "Tapi sejak bila ayah suka coklat?"

Cynthia diam. Dia terdiam sebenarnya. Kata-kata Lucinda ada benarnya. Sejak bila ayah gemarkan coklat? Tart memang kegemarannya. Perisa kegemarannya pula merupakan tart buah-buahan. Menarik lagi dia menyuruh Felton. Banyak-banyak orang Felton yang dipilih. Mengapa?

Telefon pintar Felton berdering tiba-tiba. Di ruang tamu, tempat dimana Cyndel sedang duduk perhatikan Felton membuat kerja. Cepat-cepat pasangan itu memberi tumpuan pada television sewaktu Felton menuju kearah mereka. Sempat mata Cynthia melirik pada skrin telefon tersebut.

Tertera perkataan Zachary.

Tidak sampai sesaat Felton menyambarnya lalu dijawab. Sambil itu, dia menuju ke tempat lain. Dia tidak mahu perbualannya didengar oleh Cyndel. Matanya sempat toleh pada kembar itu. Pakaiannya tidak ditukar lagi.

"Cyndel, tukar baju. Zachary dalam perjalanan balik..." Usai berkata demikian dia menyambung perbualannya semula.

Cyndel pun bangun. Mereka bangun lalu menuju ke dapur.

Mata mereka perhatikan coklat dimana bau enaknya menusuk tajam ke hidung terjelas menyelerakan disebuah mangkuk besar. Lama pasangan itu perhatikan keadaan mangkuk tersebut.

"Jadi...apa yang kita patut buat?" Soal Lucinda. Matanya perhatikan wajah kembarnya. Cynthia pula hanya tersengih. Otaknya berjalan hendak kenakan Felton. Matanya meliau keadaan dapur sehinggalah tertangkap sesuatu.

Sebotol garam.

Terus ia diambil. "Agak-agaknya bagaimana rasa coklat setelah ditabur garam?"

Lucinda hanya diam. Dia hanya perhatikan kembarnya menaburkan garam kedalam mangkuk coklat itu. Entah kenapa dia berbuat demikian. Niatnya mahu mengenakan Felton. Manakala Lucinda pula entah kenapa dilanda kegembiraan tiba-tiba. Sebotol kecil berisikan lada sula diambil.

"Bagaimana kalau dicampurkan dengan lada sula?"

Lalu gadis nakal itu menuangnya ke dalam mangkuk itu. Mereka ketawa kecil sambil membuat onar. Setelah menaburnya, Cynthia mula mengacau coklat tersebut.

"CYNTHIA!" Jerit Felton sekuat hatinya. Seraya itu dia menuju ke arah kembar itu. Senduk diambil daripada Cynthia. Gadis itu hanya mencebik. "Tolong jangan kacau. Lagi satu, cepat bersiap. Sekejap lagi kawan-kawan kamu akan datang ke sini dari sekolah..."

"Dari sekolah?"

"Bukan hari ni cuti ke?"

"Mana ada..." Felton menjawab lemah. "Kepala kamu tak betul ni. Mungkin kerana Zachary menghantuk kuat sangat..." Sempat pula Felton bergurau.

"Ah! Hari ni merupakan hari nilah!" Jerit Lucinda.

"Macam mana boleh lupa..." Cynthia merungut sendirian. Usai berkata dia terus menuju ke biliknya untuk bersiap. Lucinda ikut dibelakang.

Felton perhatikan pasangan itu sambil mengeleng kepala. "Nampaknya Zachary benar-benar menghantuk kepala mereka kuat sangat..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience