Kisah IX

Humor Series 7936

♥

"Ayah dan Felton pernah tidur bersama tak?"

Senyap.

Masing-masing tidak percaya apa yang berlaku. Cyndel tidak percaya mereka berjaya katakan. Zachary dan Felton pula terdiam. Pipi masing-masing sudah pun merah. Perlahan-lahan mereka menjauhkan diri masing-masing.

"Mana ada..." Felton bersuara. Batuknya dibuat-buat. Tiada apa benda pun. Memarakkan merah pada pipinya adalah. "Saya dan Zachary rapat dari dulu lagi...tapi kita tak rapat seperti yang Cyndel maksudkan..." Batuknya dibuat lagi.

"Mana. Dapat. Cerita. Karut. Ni."

"Ah~" Lucinda mula mencari jawapan. Tak perlu pun. Zachary sudah pun tahu siapa dalangnya.

"Billion?" Zachary tinggikan suaranya. Si ayah sudah marah. "BILLION!? Ayah dah banyak kali pesan bukan!? Jangan berjumpa dengan dia! Kenapa degil!?"

"Tapi ayah-"

"Diam, Lucinda! Jangan sesekali menyampuk."

Felton disebelah hanya simpati melihat Lucinda dimarahi. Matanya perlahan-lahan beralih ada Cynthia. Gadis itu tersengih melihat kembarnya dimarahi.

"Cynthia jangan ingat kamu terlepas." Zachary bersuara lagi. Menyakitkan jiwa betul. Ingatkan balik ke rumah bolehlah berehat tapi perlu pula berdepan dengan Cyndel punya ragam.

"Kenapa kaitkan saya?" Cynthia mula bersuara. Berbanding kembarnya, dia kuat melawan. "Luce berjumpa dengan Bill bukan urusan saya!"

"Itu bukan masalahnya..." Felton perasan Zachary mula turunkan nadanya. Namun kekerasannya ada. Hanya mempunyai satu maksud. Ia hampir ke penghujungnya. "Masalahnya cerita mengenai ayah dan Felton...kalau tersiar di media macam mana?" Terbayang-bayang wajah Pasangan Sampah dimindanya. Perasaan marahnya meluap-luap.

Jangkaan Felton meleset. Zachary memarahi anak kembarnya hampir setengah jam. Dia menguap mengantuk. Lama lagi ke?

"Sudah. Diam. Ayah dah buat keputusan. Hukuman kali ini tiada telefon pintar, tiada pergi membeli-belah, tiada temu janji, tiada keluar jalan-jalan, tiada duit poket...erti kata lain tiada apa-apa unsur hiburan. Selama sebulan."

"Apa!" Cyndel menjerit tidak puas hati.

"Satu." Zachary bersuara sepatah. Felton hanya tersengih.

"Ayah mana boleh? Lucinda merengek. "Janganlah ambil telefon..." Nanti macam mana nak berbual dengan Bill? Biarlah dikenakan perintah berkurung nanum dia tak boleh berenggan dengan telefon pintarnya (Billion hakikatnya.)

"Dua."

"Ayah! Ini tak adil! Ayah marahkan Luce kerana berjumpa Bill dan ayah sabitkan saya sekali! Tak adil! Tak adil! Tak adil!"

"Tiga..."

Suasana bertambah hening tiba-tiba. Cyndel baru sedar kesilapan mereka. Mata Zachary ditenung ketakutan.

"Tiada hiburan selama tiga..."

Ingin saja Cynthia membuka mulutnya namun dipintas oleh ayahnya. "Sepatah perkataan keluar lagi, ayah tak teragak-agak panjangkan lagi tempoh hukuman ini." Dengan hati yang berat pasangan Cyndel mengangguk setuju.

Kedengaran suara Felton ketawa mengisi suasana sunyi tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience