Kisah XX

Humor Series 7936

♥

Mata Zachary terbeliak saat tart itu masuk ke dalam mulutnya. Serta-merta dia terbatuk tanpa henti. Pinggan tart itu dilepaskan lantas berderai di atas lantai. Semua yang menyaksikan itu terpana. Batuk Zachary semakin melampau sehinggakan Felton terpaksa datang padanya lalu diurut belakang bapa tunggal itu.

"Tolong dapatkan air." Suara Felton tenang memberi arahan pada Valerik. Dalam situasi begini dia tak sepatutnya cemas. Kalau tidak teruk keadaannya.

Tidak sampai seminit Valerik kembali dengan membawa segelas air kosong. Ia diberikan pada Zachary. Dengan pantas ia diteguk. Keadaan ruang tamu itu sunyi tanpa sebarang suara melainkan bunyi batuk Zachary. Setelah beberapa minit, batuk itu reda.

"Apa yang diletak dalam tart tu?" Suara Zachary kasar.

Senyap.

"Jawab! Lucinda! Cynthia!" Suara Zachary mula meninggi. Dia tak pedulikan pada tetamu yang hadir.

Cyndel pula hanya terdiam. Mereka tak tahu apa yang hendak dikatakan sebenarnya. Tetapi apa boleh buat, mereka terpaksa jujur. Semua ini tak akan terjadi kalau mereka tidak percaya akan cerita karut Billion.

"Bill..." Lucinda merengek. "Habiskan bahagian tart saya..."

"Jangan harap..." Suara Billion sebaik saja dia selesai berkumuh-kumuh. Tak guna betul. Disebabkan perbuatan bodoh Cyndel, dia diseret sekali dikenakan hukuman.

Hukumannya tak lainlah bukan...

"Makan semua tart ni sehingga habis!"

Zachary mengarahkan Cyndel memakan tart hasil mereka sebagai hukumannya. Billion pula diseret kerana dialah puncanya perkara ini berlaku. Dengan itu dia turut dijemput untuk menikmati tart hasil Cyndel. Setelah bertungkus lumus memakannya, Billion berjaya menghabiskannya. Manakala Cyndel pula masih lagi bertungkus lumus.

"Berapa banyak garam kau letak?"

"Entah..." Jawab Lucinda lurus. "Rasanya lebih dua sudu besar..."

"Termasuk juga serbuk lada..."

Mendengar saja itu Billion sudah pun mengusap perutnya. Dia tak boleh bayangkan keadaan perutnya setelah makan semua benda itu. Tak sangka Lucinda boleh jadi sebegini bodoh!

"Dah selesai?" Suara Ian tiba-tiba. Dia ingin melihat keadaan Cyndel serta Billion. Bibirnya mengukirkan senyumn.

"Ian...tolong habiskan..."

"Tak boleh Cynthia...nanti ayah awak marahkan saya..."

Cynthia hanya merungut tak puas hati. Matanya menoleh pada Billion pula. Seperti memahaminya Billion menggeleng kepalanya laju.

"Ian! Cepatlah!"

Jerit Nichloe dari ruang tamu. Segera Ian menuju ke arah tersebut.

"Seronok nampak...main apa?"

"Main permainan video seram..." Jawab Ian pada Billion. "Menarik lagi Zachary berikan oculusnya. Seronok..." Usai berkata demikian Ian berlalu keluar tinggalkan mereka.

"Cyndel..." Suara Billion perlahan. "Cepat habiskan tart tu...aku nak main guna oculus..."

"Ala..."

"Habiskan!"

Billion tak peduli. Cyndel kena habiskan tart tu juga. Jauh disudut hatinya dia menyesal kerana mempermainkan mereka. Niatnya hanya bergurau. Tak sangka pula mereka mampu bertindak sebegini melampau. Kerana mereka jugalah Billion terlepas peluang untuk bermain menggunakan oculus.

Menyesal. Dia sangat-sangat menyesal.

Rasa-rasanya dia tak akan makan tart sekali lagi untuk seumur hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience