Kisah IV

Humor Series 7936

♥

Billion ketawa sendirian (sebaik saja pasangan Cyndel pergi, David sudah pun datang untuk menjemput) seperti orang gila. Orang ramai di kedai kek itu perhatikan dia. Lebih teruk lagi ketawanya semakin galak. Tangannya mula menghentak meja.

"Woi!"

Satu suara memanggilnya. Lantas Billion berhenti ketawa. Dia menoleh ke arah empunya suara itu. Valerik namanya. Dia merupakan sahabat Billion serta rakan sekelasnya. Wajahnya berkerut melihat telatah Billion. Tidak seperti Billion, dia lebih baik daripadanya. Bukan dari segi rupa (berambut perang kemerahan, bermata hijau dan sememangnya seorang yang tampan!) tetapi dari segi telatah. Sambil menggelengkan kepalanya dia bersuara. "Aku jangkakan kau sudah beritahu pasangan Cyndel mengenai penipuan kau?"

Billion hanya mengangkat keningnya. "Kau tahu aku seorang penipu, buat apa aku beritahu yang benar pada mereka?" Ujarnya ceria sambil mengambil sedikit saki baki kek teman wanitanya untuk dimasukkan ke mulut. Valerik hanya merenung 'sahabatnya'. Bagaimana Zachary mahu menerima dia sebagai bakal menantu kalau beginilah perangainya. Menyakitkan jiwa betul. Dia kagum ayah pasangan Cyndel itu mampu bertahan. Nasibnya baik Billion tidak memilih adiknya sebagai teman wanita! Dia tidak mahukan lelaki tak guna ini menjadi iparnya!

"Val, kau rasa aku patut beritahu perkara sebenar je?"

Suaranya tiba-tiba. Kali ini nadanya kendur berbanding tadi. Apa hal tiba-tiba berubah angin? Valerik hanya diam saja. Dia menantikan kata-kata Billion yang seterusnya. "Zachary kalau tahu ni, mati aku dikerjakan..."

"Kalau kau dah sedar diri tu pengecut beritahulah perkara sebenar!"

Billion tiba-tiba berdiri! Kedua-dua belah tangannya kuat menghentak meja. Sekali lagi tumpuan ramai. Valerik hanya menggelengkan kepalanya. Apa pula kali ni? Tak habis-habis. Hatinya berdetik tiba-tiba. 'Kenapa aku berkawan dengannya?' Tumpuannya gagal sebaik saja Biliion bersuara kuat di kedai kek itu.

"Tak sekali! Sebagai anak jantan aku akan buktikan diri aku berani! Akan aku teruskan penipuan ini! Biar padan muka Zachary!"

Sunyi.

Senyap.

Jeda.

Valerik berdehem beberapa kali sebelum bersuara. "Apa-apa sajalah, Bil. Semoga berjaya." Tangannya mengenggam erat pada bahu sahabatnya. "Oh ya, sebelum terlupa..."

"Apa dia?"

Valerik memberikan sekeping resit pada Billion. Pemuda itu pula teragak-agak mengambilnya.

"Ini resit bayaran pasangan Cyndel tadi. Mereka keluar tergesa-gesa tanpa membayar. Aku rasa semuanya angkara penipuan kau..."

Bahu Billion ditepuk lembut berkali-kali. Kali ini Valerik menampilkan senyumannya. "Aku rasa sebagai teman lelaki yang baik, kau patut membayarkan bukan?"

Oh, lupa nak beritahu Valerik merupakan anak empunya kedai ini. Jadi dia akan sentiasa berada di Kedai Kek Valor. Silalah kunjungi kalau ada masa nanti. Mana tahu Valerik mungkin ada melayan anda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience