Kisah XVIII

Humor Series 7936

♥

"Tolonglah!" Felton merayu sepenuh hatinya. Harap-harap ia boleh menghalau pergi pasangan kembar ini mengganggu kerjanya. "Tolonglah pergi! Saya nak buat kerja ni!"

"Buatlah..." Suara Cynthia bersahaja. Sambil itu dia mengambil bahan-bahan yang hendak dibuat tart. Lucinda juga membantunya.

"Nanti! Kenapa sibuk nak buat tart tiba-tiba?" Soal Felton musykil. Seraya itu juga Cyndel sudah pun tersenyum kambing. Senduk sengaja diketukkan pada meja.

"Entah..."

"Betul, tiba-tiba nak buat tart!"

Felton hanya menggeleng kepala. Pasangan ini betul-betul menyakitkan jiwa. Sebilah parang diambil lalu ditetakkan kuat pada meja. Bunyinya kuat membisukan suasana. Kesabaran dia sudah sampai ke puncaknya. "Keluar...keluar sebelum ada yang ditetak..." Ujarnya halus sambil tersenyum.

Lihat saja itu, pasangan itu bergegas keluar. Felton jarang mengamuk. Tetapi andai mengamuk tiada siapa dapat bayanganya. Noah pernah mengatakan kemarahan Felton lebih dahsyat daripada baran Zachary.

Tiba saja di ruang tamu pasangan itu disamput oleh renungan maut Zachary. Mereka hanya mampu tersengih saja menanti apa yang hendak dikatakan oleh ayahnya. Lucinda sempat menoleh ke arah Billion. Wajah lelaki itu pucat. Barangkali baru saja ditempias oleh renungan maut Zachary.

"Sila jelaskan." Suaranya halus serta dengan nadanya yang dingin.

Cyndel hanya tersengih. Perlahan-lahan mereka membuka ceritanya. Sebulan yang lepas Cyndel serta sahabat-sahabat yang lain untuk membuat majlis ulang tahun pertubuhan kumpulan Kelab Fotografi. Setelah dibuat undian rumah Cyndel (Zachary) menjadi tapak untuk hiburan. Hari ini merupakan harinya.

Zachary hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sambil itu dia menuju ke tingakat atas kebiliknya. "Berseronoklah. Tetapi jangan melampau..."

Mendengar saja kata-kata itu telah mengukirkan senyuman dibibir pasangan kembar itu. Serentak jugalah mereka menjerit sekuat hati.

"Terima kasih! Sayang ayah!!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience