Kisah XII

Humor Series 7936

♥

Billion baru saja selesai membungkus sesuatu dengan pembalut hadiah. Siapa kata kerja ini mudah? Ian ni mengarut saja. Ianya susah. Banyak pembalut hadiah direnyukkan. Mulut tong sampah dibiliknya sudah tak mampu untuk menampung lagi.

Telefon pintarnya berdering.

Billion terus menyambarnya di atas meja belajar lalu merebahkan dirinya diatas katil. Tanpa melihat si pemanggilnya, Billion terus saja menekan punat hijau lalu diletakkan di tepi telinganya.

"Billioooon~"

Meremang telinga anak muda itu sebaik saja mendengar suara Ian memanggil namanya sebegitu. Dia hanya merengus tak puas hati.

"Tergoda tak?"

"Langsung tak. Aku pasti mana-mana lelaki dengar pasti akan lari." Pantas dia menjawab soalan Ian. Dalam pada itu sempat dia kenakan Ian.

"Alahai, tak menjadi..." Suara Ian mengeluh. Usai berkata demikian dia ketawa.

"Apa hal!?" Suara Billion kasar. Jangan katakan Ian hanya menelefonnya semata-mata nak menggatal. Seraya itu kakinya disilangkan.

"Dah selesai bungus?"

"Baru selesai."

"Baru ni!?"

"Ya..."

"Nichele!" Kedengaran Ian menjerit. "Nichele! Billion baru selesai. Jadi aku menang, ya?"

Apa!? Biar betul lelaki ni? Dia bermalam di bilik Nichele? Kedengaran suara pasangan perempuan itu bersuara tak puas hati.

Billion beranikan diri untuk bersuara. Air liurnya diteguk sebelum itu. "Kau dimana sekarang?"

"Huh, aku di bilik akulah." Suara Ian bendul. "Kenapa?"

"Kenapa Nichele ada di bilik kau?"

"Oh, tu." Billion dapat rasakan Ian tersengih. "Mereka tumpangkan dapur aku nak buat tart coklat. Kenapa?"

Billion tak duga Ian menyoalnya kembali. Dia tak tahu apa yang nak dijawab.

"Kau cemburu?" Usai berkata demikian Ian ketawa.

"Bu-bukanlah!" Cepat saja Billion balas. Mukanya merah menahan marah. "Aku-aku-" Fikirannya buntu. Dengan keadaan itu lagi pun dia masih lagi mahu menjawab soalan Ian.

"Billion, aku terpaksa pergi. Aku nak tolong Nichele buatkan tart coklat."

Usai berkata demikian talian dimatikan. Billion diam berfikir sejenak. Esok harinya. Hari istimewa buat dirinya serta sahabat yang lain akan berseronok. Mengikut cabutan undi, rumah Cyndel menjadi tapak operasinya.

Pergi ke rumah Cyndel bererti dia perlu berdepan dengan Zachary. Memikirkan itu saja sudah pun mengecutkan perutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience