Kisah V

Humor Series 7936

♥

Pasang Cyndel senyap saja. Perjalanan pulang ke rumah mereka terasa sangat jauh sedangkan ia berhampiran saja. Semua ini kerana kata-kata Billion tadi. Mengenai Felton dan ayah mereka ke hotel cinta?

Tak. Tak mungkin. Ayah pernah berkata dia hanya setia pada Irene saja. Tiada sesiapa pun akan mengantikan tempatnya. Bila diingatkan semula, Felton juga ada menyatakan bahawa dia akan sentiasa kekal disisi Zachary, untuk memberikannya semangat saat Zachary dilanda gundah...

Menaikkan semangat macam mana tu!? Itu persoalannya sekarang.

Cyndel sudah pun mula berfikirkan bukan-bukan. Saat itu Davis si pemandu perasaan melalui cermin segera bersuara pada pasangan itu.

"Cyndel?" Suaranya lembut. "Ada sesuatu yang terjadi ke semasa di sekolah?"

Pasangan itu senyap.

"Ceritalah..." Suara Davis sekali lagi. Seperti biasa nadanya lembut. "Ceritalah...mana tahu saya boleh tolong?"

"Betul ni?" Suara Lucinda perlahan. Nadanya teragak-agak sedikit. Davis hanya tersenyum. Comel pula reaksi anak perempuan Zachary tadi. Sayang sekali perangainya teruk mengalahkan ayahnya sendiri.

"Beritahulah. Saya dengar ni..."

"Baiklah." Cynthia pula bersuara. Nada Cyndia agak kasar sedikit jika dibandingkan dengan Lucinda. Sedia maklum, siapa ayahnya kalau bukan Zachary. Ayahnya seorang yang sangat panas baran. "Ayah dan Felton pernah tidur bersama tak?" Soalnya dengan nada yang bersahaja serta tidak berperasaan. Gadis itu tersenyum sinis sedikit.

"APAAA!!!"

Davis menjerit sekuat hatinya! Kereta yang dipandu dihentikan secara mendadak. Wajahnya pucat sebaik saja telinganya menangkap kata-kata Cyntia. Biar benar budak ni!? Cepat-cepat dia menoleh ke belakang, untuk meminta kepastian mereka. "Ulang lagi!?"

"Ayah dan Felton pernah tak ti-"

"Sudah!" Suara Davis tinggi. Dia tidak sanggup untuk mendengarnya. Disebabkan itu Cynthia mencebik tidak puas hati.

"Tadi suruh ulangkan?"

"Pedulikan tu!" Riak wajah Davis masih lagi pucat. Walaupun begitu dia cuba bersuara dengan tenang. "Mana dapat cerita ni?"

"Jadi benarlah!" Lucinda pandai-pandai buat andaiannya. Gadis itu tersipu-sipu apabila memikirkannya. Entah tanpa sebab. Cynthia turut sekali.

"Bukanlah!" Cepat saja Davis bersuara. "Tu bukan maksud aku!" Terus saja perkataan 'aku' dikeluarkan sedangkan pasangan Cyndel merupakan anak majikannya. Lantaklah. Dia tidak pedulikan semua ini lagi. Yang penting sekarang dari mana kembar ini dapat berita tersebut. "Mana dapat ni semua!?!

"Dari mulut orang..." Suara Lucinda bersahaja. Lagaknya seperti anak kecil. Dia tidak mahu nama Billion dikeluarkan. Sedia maklum Billion merupakan kebencian ayahnya. Bukan itu saja termasuklah sekali si pemandunya, si tukang kebun, si tukang masak malah seluruh pembantu rumahnya menyampah sekali dengan Billion.

Davis hanya mengeluh. "Kalau itu dari buah mulut orang tolonglah jangan percaya bulat-bulat." Sambil bersuara Davis kembalikan tumpuannya untuk memandu. Perlahan-lahan keretanya mula bergerak laju. "Lagi satu, Zachary sekarang sibuk mengendalikan kes penculikan remaja perempuan...tolong jangan bebankan fikirannya dengan benda karut tu..."

"Tapi-"

"Tutup cerita! Aku tak nak dengar lagi..."

Usai saja Davis berkata demikian keadaan menjadi sunyi. Hanya kedengaran bunyi deruman penghawa dingin saja lalu menyejukkan tubuh mereka. Walaupun diam kepala pasangan Cyndel itu ligat berfikir. Reaksi Davis tadi nampak benar lain sekali. Kenapa begitu?

Tunggu! Mata pasangan kembar itu saling perhatikan sesama sendiri. Masing-masing mengerti apa yang sedang bermainkan di fikiran. Kebarangakalian Davis menyembunyikan sesuatu.

Entah-entah kata Billion tadi ada benarnya! Dan Davis pula terkejut mungkin kerana rahsia telah terbongkar mengenai hubungan rahsia ayahnya dengan Felton (Tolonglah kata ia tidak benar!) dan sengaja menggunakan alasan yang ayahnya sibuk menguruskan kes penculikan.

Zachary dan Felton sememangya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience