Kisah X

Humor Series 7936

♥

Cyndel menuju ke dapur dengan wajah yang masam mencuka. Mereka cuba mahu ketahui kebenaran tetapi lain pula yang diperolehi.

Zachary mendenda mereka. Tiada hiburan selama tiga bulan. Sebenarnya ia hanya untuk seminggu saja tetapi Cyndel memburukkan keadaan. Dengan itu (termasuk dengan perasaan marah sekali) mereka menuju ke dapur. Cynthia segera membuka peti ais lalu diambil sekotak jus segar lalu diteguknya.

"Phtui!"

Si gadis itu meludah. Mulutnya dikesat.

"Kenapa?" Soal Lucinda dalam keadaan gelap.

"Jus anggur!" Suaranya marah. "Masam! Siapa pandai-pandai letakkan di peti ais!?" Tak sedar pun, dirinya yang salah. Siapa suruh diambil saja kotak minuman itu tanpa melihat intinya.

"Bukan Ollie suka jus anggur?" Suara Lucinda. Dia menahan gelaknya. Nampaknya Cynthia benar-benar marah. Dia seorang yang teliti sebenarnya. "Kau lupa ke? Olliekan (Adik mereka, Oliver) sukakan jus anggur?"

"Oh...aku lupa..."

Tiba-tiba kedengaran bunyi berdentum kuat dari ruang tamu. Bunyi apa itu? Barang jatuh ke? Atau pun pencuri masuk? Daripada berduga bukan-bukan pasangan itu segera ke arah tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience